Post: Khamis 2\4\2020, hari ke 16 Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19. Baruku tahu perasaan orang yang kena perintah berkurung. Meskipun Abah Din Cakap ni bukan darurat lagi, tapi hati dan perasaan yang biasa lepas bebas pasti merana duduk terperap dalam rumah just like forever!.
Sebab tu kalau kita tengok penulis prolifik seperti J.R.R Tolkien yang tulis Lord Of The Ring, The Hobbit dan seumpamanya, hidup dan menulis semasa dalam peperangan WW 1, diwaktu itu badan dikurung tetapi minda lepas bebas sampai boleh buat buku, begitu juga dengan C.S.Lewis yang tulis cerita Narnia, beliau menulis sewaktu WW II dimana dia berbakti kepada negara dengan menyediakan rumah pelindungan kanak-kanak sewaktu London Raids 1935 gitu pada masa yang sama dia menulis cerita fantasi kanak-kanak. Dan hasilnya amazing sampai sekarang dibaca dibuat filem laku keras.
Oklah to be fair, Islamic sikit kita tengok Fi Dzilalil Quran, dibawa lembayung Al-Quran, yang ni korang kurang bacalah sebab dah la Arab, ditulis pula dengan kesusasteraan tahap tinggi oleh As-Shahid Sayyid Qutb, silap-silap orang Arab pun susah nak baca. Ia ditulis dari dalam penjara yang menjadi kediaman akhir asshahid sebelum beliau digantung oleh Rejim Gamal Abde Nasir.
Lepas tu Tafsir Al-Azhar, ditulis oleh Buya Hamka disempurnakan dalam tempoh 2 tahun 4 bulan dalam penjara atas tuduhan nak menjatuhkan soekarno. Yang ni korang kena tengok betapa Hamka menggunakan mehnah penjara sebagai sesuatu yang positif. Sebab bila Soekarno mati, Hamka bersedia untuk menjadi Imam solat jenazah Soekarno. Ini semua sebab pemenjaraan itu dianggap anugerah Allah yang tidak terhingga, sampai selesai kitab Tafsir al-Quran 30 juz.
So korang taknak terima kasih ke kat Abah Din? ni belum saya cerita pasal buku dari tirai besi tulisan Promoedya Ananta Noer, Dr Martin Luther King, Nelson Mandela ...atau yang paling menakutkan Mein Kampf dari Adolf Hitler. Semua tu dari dalam penjara kut, takde line internet, wifi pun guna imaginasi ajer.
Jadi gunakanlah masa tersisa anda untuk buat sesuatu yang bermunafaat, selain dari main game, tengok muvi astro free, iflix dan yang paling banyak orang buat ...tido. Just get up and make yourself usefull.
Mula-mula nak cerita pasal melawat agensi undang-undang Turkiye...
ISTANA KEHAKIMAN ISTANBUL: ISTANBUL ADALAT SARAYI
1. 9.30 pagi 9\3\2018 temujanji
dengan Ketua Pendakwa Istanbul dan Mahkamah Keluarga di Sisli Istanbul. Ini
lokasi pertama penyelidikan ikut jadual kami yang padat gitu. Mana lagi nak
layan sejuk cuaca disini, pagi pagi lagi dah kena keluar nak elakkan jem, macam
KL pulak jem dia.
2. Istana kehakiman Istanbul adalah yang paling besar di
Eropah dibina pada tahun 2011 berkeluasan 3200,000 sq ft, mempunyai 326 dewan
perbicaraan, 276 bilik untuk pendakwa, 442 ofis untuk Hakim, dewan persidangan
sebanyak 354 seat dan bilik seminar untuk 50 seat. Kompleks kehakiman ini juga
mempunyai bilik untuk peguam, dewan makan, cafeteria, pusat asuhan anak, post
ofis, bank dan unit kesihatan. Bapak punya besar Mahkamah dia, kita baru takat
ada Istana keadilan kat putrajaya yang mungkin 1\4 dari keluasannya.
3. Sejarah pernah tercipta disini kerana selepas 4 tahun
perasmian bangunan ini, Mehmet Selim Kiraz seorang pendakwa (public prosecuter)
pernah dibunuh dalam pejabatnya sendiri setelah ditahan dua pemberontak
bersenjatakan pistol selama 6 jam. Ini angkara parti pembebasan yang nama
singkatan dia DHKP-C. Sebab tu tahap sekuriti dia sangat ampuh, kalaulah mesin
pengimbas dia tu kuat magnetiknya mau mati pucuk hari hari lalu dekat situ beb.
4. Kawalan keselamatan disini, sangat ketat sana sini jumpa
polis bersenjata berat. So memang tak heranlah, sebab ancaman yang diterima
oleh kerajaan turki juga turut hebat. Harap Malaysia tak perlu sampai macam ni.
Jenuh nak pi Mahkamah kena sampai 2 ke tiga kali scan. Ya ampunn mau merghah
punch card pakcik.
5. Setelah melalui pemeriksaan, kami naik ketingkat atas
untuk berjumpa dengan Ketua Pendakwa Istanbul, kenapa Istanbul dan bukan
Turkey, ini kerana sistem kehakiman di Turkey secara pentadbirannya di pisahkan
antara Istanbul dan Ankara. Sebab Istanbul berada di turkey Eropah dan Ankara
berada di Turkey Asia. Jarak antara keduanya lebih kurang 450km benua dan cuaca pun berlainan.
6. Ayhan AYAN, Pesuruhjaya Keadilan Istanbul, menyambut kami
dengan muka yang ceria, sambil mengiringi chief de mission untuk berjumpa
dengan Ketua Pendakwaraya Republik Turkey (Istanbul) bernama Irhan FIDAN.
Kiranya macam kat Malaysia kita ada Tommy Thomas (terkini Tan Sri Dato’ Idrus Harun mula 6\3\2020)
7. Turkey ni muka depa banyak macam orang belah Russia,
sekali tengok macam Chechen pun ada, sebab asal tok nenek mereka ada yang datang
dari Mongolia, macam Melayu jugaklah, ada Melayu mirip cina dan ada Melayu
mirip India, tapi kalau nak disifatkan macam tu lah.
8. Dalam kamar Irhan FIDAN, tercokoh gambar bapa pemodenan
Turkey, Mustafa Kamal Atarturk, betul betul belakang kerusi boss. seolah-olah
memerhatikan segala gerak geri mereka yang menghuni kamar Ketua Peguam Negara. Perasaan
canggung orang Melayu apabila disapa ketua pendakwa tiba-tiba hilang apabila,
beliau bersuara, tidaklah segarang macam yang disangka.
9. Beliau mengalu-alukan
rombongan Ketua Hakim Syarie dan berulangkali memuji tahap kerjasama yang baik
antara Malaysia dan Turki. Malaysia sentiasa membantu Turki pada bila-bila masa
yang diperlukan. Beliau menerangkan Istana Keadilan adalah kompleks Mahkamah
yang terbesar di Eropah. Mempunyai 5,000 Pegawai dan kakitangan, sebanyak 600
hingga 1000 kes dibicarakan setiap hari.
10. Kalau mengadap orang Turkey tak cukup sembang aja, kami
pekena the turkey untuk memanaskan badan dan manisan turkey yang memang manisss
potong kaki. Tak lama kami bertukar-tukar maklumat disitu kerana point kami
lebih kepada Mahkamah Keluarga. Kalau nak Tanya pasal maklumat jenayah kat
Turkey macam tak kena pulak. Jadi kami pun dibawa bertemu dengan panel Mahkamah
keluarga.
11. Oh ya bersama kami penterjemah yang diuruskan oleh pihak
kedutaan. Baik orangnya masih study, terror bab cakap turkey. Lepas tu kami berjumpa dengan wakil Mahkamah Keluarga.. Kita sambung nooo.
No comments:
Post a Comment