Umur Pengantin
1400 tahun yang lalu.
Respon
terhadap perkahwinan Nabi dan Aishah
Pra: Artikel
ini ditulis tatkala isu penyebaran karikatur yang dianggap/berniat
menghina nabi. Ianya mendatangkan respon yang tidak baik, bahkan mampu menggugat
keharmonian Malaysia yang telah dipupuk oleh datuk nenek kita sejak dulu. Saya
lontarkan tulisan ini sehabis harmoni memandangkan saya mempunyai rakan dan
jiran bukan beragama Islam yang masih belum memahami erti Islam sebenarnya.
1. Usia pengantin
yang direkodkan dalam sejarah dunia, berbeza-beza mengikut jantina, masa,
tempat dan kedudukan. Secara umum, perempuan kahwin muda dari lelaki, perempuan
bangsawan berkahwin dalam umur yang muda dari perempuan kebanyakan. Umur pengantin
lelaki dan perempuan mula meningkat semasa akhir zaman pertengahan. Secara basic,
orang kebanyakan boleh faham jika dia berfikir.
2. Isu ini
penting bila kita membincangkan umur Aishah apabila berkahwin dengan Nabi,
sekadar membaca hadis dan tanpa penjelasan, bukan kata orang bukan Islam sahaja
akan mislead, bahkan yang born muslim pun mungkin akan tertanya-tanya juga.
Tambahan lagi isu global sekarang adalah ‘perkahwinan bawah umur’.
3. Kita mulakan
dari titik tolak isu perkahwinan Nabi dan Aishah berdasarkan Hadis Aishah
sendiri. Hadis tersebut dibawakan sebagai:
عَن عائشةَ رضي اللهُ عنهَا أَن النَّبيَ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسلّمَ تَزَوَّجَهَا وَهِيَ بِنتُ سِتِّ سِنِينَ، وَأُدخِلتْ عَليهِ
وَهيَ بِنتُ تِسعٍ وَمَكَثَت عِندَهُ تِسعَا.
Daripada
Aisyah R.A bahawa Nabi SAW mengahwininya sedangkan beliau berusia enam tahun
dan bersama dengannya ketika berusia sembilan tahun. Kemudian hidup bersama
Rasulullah SAW selama sembilan tahun.
Hadis ini bertaraf sahih riwayat
Bukhari
(4840) dan Muslim (1422)
SIAPAKAH
AISHAH?
4. Aishah
merupakan anak Abu Bakar, sahabat Nabi paling rapat semasa di Mekah dan Madinah.
Aishah merupakan seorang perempuan yang cergas pemikiran, pengingat, kritikal
dan cepat matang. Lebih dari itu, beliau juga seorang yang kritis, berani dan cemburu
jika kita melihat hadis-hadis lain yang diriwayatkan sendiri oleh Aishah.
5. Semasa
meriwayatkan hadis diatas, Aishah mengingati, bahawa beliau sedang bermain diluar
rumah. Ibunya memanggil ke rumah, disana Aishah berada disamping bapanya dan
Nabi turut berada disitu. Pada ketika itulah Abu Bakar sebagai bapa kandung
mengahwinkan Nabi dengan Aishah. Tiada apa yang berlaku melainkan selepas itu
Aishah kembali ke luar rumah dan menyambung main seperti kanak-kanak lain.
6. Point dari
hadis Aishah adalah perkahwinan usia 6 tahun dan bersama ketika umur 9 tahun. 6
tahun adalah akad yang diwajarkan oleh Abu Bakar kepada Nabi, tetapi tiada
hubungan kelamin pada masa itusehinggalah Aishah berumur 9 tahun. Kenapa 9
tahun baru bersama, tidak pada masa 6 tahun semasa diakadkan atau 16 tahun ikut
undang-undang keluarga Islam atau 18 tahun ikut age of majoriti dalam Akta
Tafsiran 1948?
7. Rasul hanya
tinggal bersama dengan Aishah semasa berumur 9 tahun sebab ini adalah umur
baligh (puberty) bagi perempuan bangsa Arab yang hidup di iklim zon kering atau sub tropik yang
mempunyai suhu panas yang melampau dan sejuk yang melampau.
8. Sebab tulah
kita dapati budak budak Arab umur baru 9 tahun tapi tubuh badannya macam 17 ke
18 kita ataupun sama dah macam anak dara di Malaysia, begitu juga di Amerika dan Eropah. Perbezaan ini hanya didapati oleh mereka yang terbuka dan mungkin pernah keluar negara.
PERBEZAAN
BALIGH BAGI WANITA
9. Perkara ini
adalah common, perbezaan umur kedatangan haid perempuan bukan sahaja
berdasarkan perbezaan geografi, bahkan mengikut keturunan. Ada juga yang lambat sampai
baligh disebabkan penyakit dan ada juga yang tak ada langsung.
10. Bahkan
mengikut kajian sains, kedatangan haid bagi perempuan juga berbeza mengikut
aktiviti kehidupan. Seorang ballerina (menari gunakan ibu jari kaki)
akan lambat datang haid sehingga umur 16 tahun. Ini disebabkan latihan intensif
dan pergerakan tubuh badan yang sangat aktif. Manakala perempuan yang berbadan
besar (oversize) akan datang haid lebih awal dari perempuan yang kurus. Begitu
juga dengan pendedahan perkara dewasa (adult content) yang awal dan
perkembangan semasa.[1]
11. Oleh yang demikian, secara biologinya haid berbeza-beza atas pelbagai faktor, berdasarkan kajian tumbesaran kanak-kanak wanita di Saudi (tempat Aishah dilahirkan) tanda baligh dari segi fizikal telah datang seawal 9 tahun. Tanda baligh tu boleh lah dilihat dari legend dalam clustered bar diambil dari artikel Pubertal Developmental Age among Saudi and Non-Saudi Young Females Living in Jeddah, Saudi-Arabia [2]
12. Manakala kita
di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai (2008) kanak-kanak
mengalami menarche (haid kali pertama) pada umur 12.6 tahun 1994. Manakala pada
tahun 2008 banyak yang menarche pada seawal umur 10 tahun. Kan nampak tak
perbezaannya? [3]
13. Kenapa saya
cerita pasal haid pulak?. Sebabnya dalam Islam, tidak diletakkan had umur
secara angka untuk membolehkan perkahwinan. Ia seawal datang haid, sekira-kira
mampu melahirkan anak hinggalah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ini
cerita hukum syarak, berbeza dengan undang-undang yang dikanunkan di negara
Malaysia.
UMUR MINIMUM
UNTUK PERKAHWINAN DI MALAYSIA
14. Manakala angka
16 tahun dalam undang-undang keluarga Islam bagi perempuan (sebelum pindaan ke
18 tahun) dan 18 tahun bagi had umur minima untuk berkahwin. Itu adalah kuasa
pemerintah bagi mengelakkan penginayaan dan jenayah sex bawah umur ikut
tafsiran common law. Jika nak kahwin bawah 18 tahun maka kena lah minta
kebenaran Mahkamah Syariah. *sex bawah umur 16 tahun dikenali sebagai statutary
rape dan boleh dikenakan hukuman tak kurang pemenjaraan 10 tahun dibawah
seksyen 376 Penal Code.
15. Jadi adakah
undang-undang keluarga Islam contradict dengan hukum syarak?, jawapannya…
tidak. Sebab hukum syarak kekal sebagai asas perundangan bagi orang Islam dimana
sahaja mereka berada, manakala undang-undang keluarga dibuat untuk pengkhususan
atau penyeragaman bagi satu satu jajahan atau pemerintahan. Sesuai dengan
Senarai 2 Jadual Ke 9 Perlembagaan Persekutuan. Penentuan undang-undang dibuat
berdasarkan kemaslahatan pemerintah dan Rahmatan Lil Alamin! (nak masuk
jugak).
USIA PENGANTIN
DALAM KONTEKS DUNIA
16. Untuk kita membuat
kesimpulan samada perbuatan Nabi berkahwin dengan Aisha adalah perbuatan
menyalahi norma atau tidak, kita kena lihat apa yang berlaku pada masa itu. Ini
mengambil kira Nabi dilahirkan pada tahun 570AD (Anno Domini = tahun Masihi).
Tahukah anda 1400 tahun yang lalu, atau tahun 500AD Eropah masih diselubungi
zaman kegelapan, juga disebut dark ages. Berikut beberapa fakta zaman dark ages
yang lebih kurang sama zamannya sewaktu nabi dilahirkan. Saya bawakan fakta
‘pada zaman dahulu’.
17. Di Eropah
telah berlaku perkahwinan di usia 10 tahun, buktinya Alice de Routclif of York
telah berkahwin dengan John Marrays pada tahun 1364, walaupun Canon law
(undang-undang gereja) kata had minimum adalah 12 untuk perempuan dan 14 untuk
lelaki tetapi priest (naib tok kadi) pernah menjalankan akad nikah bawah
daripada umur tersebut. Sapa Alice ni?, dia bukan Alice in Wonderland, tapi
Alice ni seorang bangsawan yang turut kawin dengan bangsawan yang sekufu
dengannya.[4]
18. Masih di
Eropah, Isabella (bukan lagu ‘search’) juga dikenali sebagai she-wolf of france
berumur 10 tahun semasa dikahwinkan pada tahun 1303. Beliau kahwin melalui
‘papal dispensation’ (kebenaran kadi besar/pope pada masa itu Clement V) atas
tujuan proxy. Ada khilaf yang kata Isabella kahwin pada umur 12 tahun (Gillaume
de Nangis) tapi apapun, ia masih dibawah umur kalau kita ikut pembaris zaman
sekarang. [5]
Isabella de France
19. Pada abad ke
12 dan 15 di England, anak orang bangsawan boleh kahwin seawal 4 atau 6 tahun.
Cuma mereka tidak tinggal bersama (consummated) sehinggalah yang perempuan mula
datang haid sekitar umur 12 hingga 14 tahun. Ini bertujuan untuk menjaga kuasa
dan kekayaan keluarga dari jatuh ke tangan orang lain.[6]
20. Bahkan pada
semasa kurun ke 19, umur berkahwin di negeri-negeri Amerika Utara adalah antara
10 dan 16 tahun, bergantung kepada undang-undang negeri dan tahun. Ukuran
dibuat berdasarkan kemampuan anak perempuan boleh melakukan aktiviti sex.
Kebanyakan perkahwinan tersebut adalah dengan persetujuan ibu bapa. Walau tak
ramai yang buat macam ni, tapi undang-undang tersebut wujud. [7]
21. Kita patah balik zaman sebelum kelahiran Nabi sehinggalah
selepasnya. Kita lihat dalam agama Yahudi. Dalam kitab Hebrew dan New Testament
perkahwinan adalah situasi biasa, walaupun ada yang tak kahwin. Kebanyakan
perempuan kahwin dalam usia yang sangat muda, biasanya selepas datang haid yang
pertama. Kedatangan haid sudah tentunya menandakan kesuburan. [What the Bible Really Tells Us: The Essential Guide to
Biblical Literacy By T. J. Wray page 146 chapter 7].
22. Perempuan biasa berkahwin dengan bapa saudaranya dari sebelah bapa
atau dengan sepupunya untuk memelihara harta keluarga dan dengan harapan
saudara terdekat itu akan menjaga perempuan dengan baik. Kanak kanak perempuan
ditunangkan (betrothed) oleh bapanya walaupun sebelum mencapai umur dan biasanya
mula hidup bersama suaminya yang biasanya berumur lebih tua dikala kanak-kanak itu masuk usia baligh, [Encyclopedia of the Jewish Diaspora: Origins,
Experiences, and Culture, Professor Mark Avrum Ehrlich writes]
Ketubah, perjanjian perkahwinan dalam agama Yahudi
23. Yahudi Parsi mengahwinkan anak mereka semasa awal
usia anak, lelaki semasa umur 10 atau 11 manakala perempuan 6 atau 7.
Sesetengahnya telah menjadi ibu semasa berumur 12 atau 13 tahun. Poligami
diamalkan oleh lelaki yang mampu mempunyai lebih dari seorang isteri. Adalah
menjadi kebiasaan untuk anak yang baru nak baligh (prepubescent) untuk
berkahwin dengan lelaki yang layak dipanggil datuk. Jewish Communities in Exotic
Places By Ken Blady Page 69.
24. Rabbi Isaac Kelin dalam bukunya ‘A
Guide to Jewish Religious Practice’ berkata, perkahwinan kanak-kanak adalah
kebiasaan dan umur bukanlah faktor apabila seseorang perlu berkahwin, apabila
ibubapa mengarahkannya maka kanak-kanak perempuan kena pilih suami dan dia
tiada pilihan. A Guide to Jewish Religious Practice By Isaac Klein page 396 [8]
25. Penemuan ini tanpa mengambil kira usia perkahwinan
dahulu dan sekarang di negara India, China, Zimbabwe, Peru, Sri Lanka, Korea
Selatan, dan mana-mana negara yang sewaktu
dengannya.
JADI DIMANAKAH LOGIK FIKIRAN KITA?
26. Jesteru,
adakah adil untuk kita menghukum, mereka yang hidup 1400 tahun yang lalu? Kalau
nak hukum kelakuan orang dahulu dengan pembaris sekarang, zalimlah kita. Kalau
begitu adilkah orang-orang Inggeris yang menetapkan perempuan dari golongan bangsawan kena beri maskahwin
kepada lelaki dalam bentuk duit, barang keperluan dan harta.
27. Atau
perkahwinan hanya diatur untuk faedah keluarga, selalunya disebabkan pangkat
dan harta, bukan atas pilihan anak perempuan. Atau tuan-puan mahu pakai
undang-undang memberikan kuasa kepada lelaki hak sepenuhnya kepada perempuan,
perempuan akan menjadi seumpama harta yang dimiliki. Kalau
begitu, tuan-puan pergilah ke kedai sarapan minta nasi lemak sepuluh sen… atau
pergi market beli ikan kembung seringgit ..cubalah!
28. Kesimpulannya.
a) Nabi
dikahwinkan oleh Abu Bakar semasa Aishah berumur 6 tahun dan hidup bersama
hanya pada umur Aishah 9 tahun.
b) 9 tahun Aishah
adalah umur baligh bagi perempuan di kawasan hijaz.
c) Tiada
salahlaku samada dari segi moral atau etika dalam perkahwinan Nabi dan Aisha.
d) Kita tidak
boleh menghukum perkara yang dilakukan oleh orang terdahulu dengan menggunakan
neraca pada masa sekarang.
POST: i) Sengaja saya
tidak membawakan hujah dikalangan ulama bahawa kemungkinan umur sebenar Aishah
semasa perkahwinan adalah 14 tahun bukan 6 tahun, seperti membandingkan umur
berdasarkan peristiwa tahun perang badar, perang uhud, umur Asma (kakak
Aishah), kecelaruan sanad pada Hisyam bin Urwah. Sebab perkara ini tidak
diambil pusingpun oleh pihak yang membuat dakwaan Nabi berkahwin dengan budak
bawah umur.
ii) Oleh itu saya
membuat perbandingan terus dengan keadaan pada masa itu, kerana secara common,
orang yang membaca akan akur dengan perbezaan masa dan tempat. Namun jika tak
faham juga, tunggu matang fikiranmu atau sampainya hidayah dari Allah.
iii) Satu lagi,
saya amat tidak menyokong sesiapa menyatakan bantahan terhadap penyebaran
karikatur tersebut dan pada masa yang sama mengattachkan karikatur tersebut
untuk tatapan orang lain, meskipun niatmu murni tetapi tanpa sengaja anda
telahpun mempromosikan karikatur tersebut untuk tatapan orang ramai.
iv) Dan lagi satu,
kepada sesiapa orang Islam yang merasa tiada apa-apa, tepuklah dada tanyalah
iman kita kat mana.
REFERENCE
[1] https://www.cam.ac.uk/research/news/age-of-puberty-in-girls-influenced-by-which-parent-their-genes-are-inherited-from
[2] https://www.omicsonline.org/open-access/pubertal-developmental-age-among-saudi-and-nonsaudi-young-females-living-in-jeddah-saudiarabia-2161-0665-1000242.php?aid=51564
[3] https://www.thestar.com.my/news/nation/2008/08/26/malaysian-reaching-puberty-younger-says-liow/
[4]https://www.reddit.com/r/AskHistorians/comments/3pafst/what_was_the_average_marriage_age_for_people/
[6] https://www.quora.com/In-medieval-times-at-what-age-were-girls-and-boys-married
[8] https://discover-the-truth.com/2013/09/14/bible-child-marriage-in-ancient-israelite-times-paedophilia/
No comments:
Post a Comment