Tuesday, February 13, 2018

PERTUNANGAN PANTUN TEROMBA DAN PENGISIAN


MUQADDIMAH

Awal bermula dengan Bismillah,
Syukur hanya kepada Allah
Selawat nabi pada Rasulullah
Semoga pertemuan ini membawa berkah

Bapa-bapa ibu-ibu
Atas nama besar En Azman
Kami mengucapkan ribuan terima kasih sebesar besarnya
Kedatangan kami disambut dengan muka yang jernih
Dinanti dengan dada yang lapang, ditunggu dengan wajah yang berseri-seri

Namun demikian entahlah kami tersalah cakap
Bercakap tidak beradat, adat tidak bersifat
Supaya tidak timbul cacat dan cela, tidak muncul tuduh dan kata
Supaya tidak datang fitnah yang hina dari jauh menjunjung duli,
Dari dekat menyusun sembah,
Mohon kami maaf diberi atas silap dan salah.

Encik encik dan puan puan,
Yang sebenarnya Yang empunya hajat pada hari ini adalah encik Azman
Saya hanya ditugaskan sebagai wakil untuk bicara menyampaikan hajat adat yang sebesar ini
Ridzuan zainudin nama ditabal, johor bahru tempat tinggal,
ditugaskan En Azman sebagai tukang bual, untuk menyampai hajat yang besar
Kerna besar hajat yang saya nak sampaikan tak mungkin saya bercakap seorang,
tentu ada kawan tempat berbincang.



INTRO

Menurut adat melayu yang sebenarnya, sebelum hajat saya nak sampaikan,
Didalam setepak sirih terdapat hati yang bersih
Didalam seulas pinang terdapat hati yang dikenang-kenang.
Di dalam tembakau nan secawan nak menyambung  tali persaudaraan,
Didalam secolek kapur terdapat hati yang jujur

Tanjung Pindang Kotanya sempit
Gedungnya tinggi bertingkat tingkat
Sirih pinang saya tolong Pak Ali cicip cicip
Baru saya sampaikan hajat

Pengiring adat yang kedua adalah bunga rampai
Daun kelapa melambai lambai jatuh sehelai di pokok manggis
Tolong Pak Ali terima bunga rampai, nanti bagi janda dan mak gadis,

Petang-petang membeli nangka, nangka dibeli di pulau penyengat
Perlu sekali diberi mak janda biar pak duda bertambah semangat

Jadi Pak Ali singkat cerita, saya nak berceritalah sedikit,
Beberapa hari yang lalu bahkan beberapa minggu yang lalu Pak Azman datang ke rumah saya,
Dia menceritakan kisah anaknya yang bujang namanya Shahir,
Shahir ni dah berjalan kemana-mana, tapi dua tiga bulan ni dia mulai makan tak banyak sangat,
Tidur terlungkup terlentang, terlungkup terlentang
Dah periksa di rumah doctor katanya tak ada penyakit,
Jadi bapaknya berjumpalah dengan saya,

Dari pinang ke kampung bukit,
Pergi ke pantai menangkap bangau,
Periksa ke Doktor tak ada penyakit
Agak agak kena penyakit angau.

Kalau begitu tulah lah itu,
Pergi ke pantai menangkap bangau
Bangau ditangkap di pantai senayang,
Kalaulah terkena penyakit angau
Tidur tak nyenyak makan tak kenyang.

Saya ondeng-0ndeng saya Tanya-tanya\
Bapaknya kata, dia nyebutlah nama budak budak dalam ngigaunya
Namanya …………………………….
Jadi kami naklah cuba-cuba datang merisik-risik, sepatah kata orang
Harum baunya bunga selasih tumbuh diatas pokok pinang
Kemarin datang sudahlah merisik risik harini rencana datang hendak meminang

Anak itik terkedek-kedek, terkedek kedek ditepi tangga
Anak orang jangan diusik, kalau diusik hantarkan tanda

Kalaulah memang pinangan dah diterima inilah sebagai tanda (bagi cincin) kepada nak yang kami nak pinang

Sungguh tinggi sipokok pinang tinggi
Tumbuh dekat si pokok keladi
Takkan nak pergi bawa meminang
Bawa mas dikasi anak pak ali
Ini tanda pinangan ini diterima

Perkara pinang meminang ini takkanlah sampai disini sahaja  
Jadi kalau begitu saya nak bertanya sikit nih,
Pertanyaan saya ada 4,
bila di mana hendak berhajat,
Apa maskahwin menurut syariat,
Berapa RM hantaran cara adat.



PENUTUP

Akhir kata saya bagi pihak En. Azman, mohon ampun dan maaf
Kalau ada wajah yang tersalah pandang,
Kalau ada nama yang tersalah sebut,
Kalau ada gelar yang tersalah ucap,
Kalau ada yang duduk disalah tempat.

Check List meminang

1.       Nama wakil/keluarga yang meminang
2.       Nama bakal pengantin lelaki
3.       Nama orang yang ditunang
4.       Nak tahu sekarang jadi tunangan orang atau tidak
5.       Terima atau tidak pertunangan ini
Selepas terima
baru serahkan tepak sirih.

Soalan Asas:
1.       Berapa nilai maskawin
2.       Berapa banyak hantaran
3.        
4.       Tempoh Berapa lama nak ikat.
5.       Sekiranya tak jadi.halal bi halal

kemuncak
Serahan cincin, cincin merisik, cincin meminang dan cincin bertunang kepada wakil
Bilangan dulang hantaran bertunang sila nyatakan.
Diminta untuk ibu bakal pengantin untuk menyarungkan cincin.

Teromba

Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Faham sesuai benar seukur
Bulat segolek ,pipih selayang
Rundingan jangan selisih
mufakat jangan bercanggah

pantun
Panjat-panjat si pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman,
Hajat besar kami tak terkira,
Hendak memetik bunga ditaman.

Kalau gugur buah setandan
Sampai ke tanah baru tergolek,
Kami bersyukur kepada tuahn
Datang kami disambut baik.

kredit kepada utube Dato Thamrin dan Pak Ali. 

No comments:

Post a Comment