Pre: Rabu malam Khamis
pengajian kitab “Raudhatul Anwar Fi Shamail Nabiyul Mukhtar” karangan Sheikh
Ibrahim Masran AlBanjari Hafizahullah. Himpunan sebanyak 241 Hadis terpilih
dari Kitab Syamail Muhammadiah karangan Imam Tarmizi Rahimahullah. Syeikh
titipkan untuk anak muridnya dalam bentuk buku comel di daurahkan setiap minggu
di Pondok Ledang. Semoga kita berazam untuk mengikuti Sunnah baginda Rasul SAW
dengan cara mengaji dan berguru secara talaqqi di setiap masa dan kesempatan
InsyaAllah. Doakan saya. Harini hadis ke 43 m.s 57-58:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ
بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا
شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الأَسْوَدِ بْنِ يَزِيدَ، قَالَ: سَأَلْتُ
عَائِشَةَ، عَنْ صَلاةِ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِاللَّيْلِ؟ فَقَالَتْ:
كَانَ يَنَامُ أَوَّلَ اللَّيْلِ ثُمَّ يَقُومُ، فَإِذَا كَانَ مِنَ السَّحَرِ
أَوْتَرَ، ثُمَّ أَتَى فِرَاشَهُ، فَإِذَا كَانَ لَهُ حَاجَةٌ أَلَمَّ بِأَهْلِهِ،
فَإِذَا سَمِعَ الأَذَانَ وَثَبَ، فَإِنْ كَانَ جُنُبًا أَفَاضَ عَلَيْهِ مِنَ
الْمَاءِ، وَإِلا تَوَضَّأَ وَخَرَجَ إِلَى الصَّلاةِ.
1. Daripada Aswad bin bin
Yazid R.A, aku bertanya kepada Aisyah R.A tentang solat malam Rasul SAW, Aisyah
menjawab; Rasul SAW tidur awal malam, dan baginda menghidupkan (beribadat) di
akhir malamnya. Apabila mendekati waktu sahur, Baginda mendirikan solat witir.
Sesudah itu, beliau kembali ke tempat tidur. Sekiranya Rasul SAW berhajat ke
atas isteri Baginda, baginda akan melakukan hajatnya. Ketika mendengar seruan
azan. Baginda bergegas bangun (untuk solat). Jika baginda bangun dalam keadaan
berjunub, baginda akan mandi terlebih dahulu. Jika tidak, cukup sekadar
mengambil wudhu’ lalu keluar (ke Mesjid) ke tempat solat.
2. Syekhuna Ibrahim semoga
Allah merahmatinya menyatakan, Hadis ini yang menerangkan tentang ibadat Rasul
SAW pada waktu malam. Rasul membahagikan malamnya kepada ibadat dan berehat.
Ada satu bahagian malam dikhususkan untuk beribadat kepada Allah.
3. Berbanding dengan kita,
sepanjang malam tidur, siang tidur, dalam kuliah pun tidur lagi. Kita ini
banyak tidur. Rasul beribadat pada waktu pagi sehingga menjelang subuh
adakalanya menggerakkan isterinya untuk beribadat sekali. Begitulah juga yang
sepatutnya kita buat.
4. Untuk isteri yang menggerakkan
suaminya untuk beribadat di tengah malam, akan dapat pahala atas usahanya.
Sekalipun kena merenjis air ke muka suami, tapi jangan jirus air ke mukanya, takut
nanti dapat cerai pula.
5. Saidatina Aisyah R.A tidak
berasa malu meriwayatkan Hadis tentang Rasul SAW kerana ilmu. Apabila
ditanyakan oleh para sahabat perihal Rasul sewaktu berada di rumah.
6. Rasul apabila mendengar
azan terus bangun untuk pergi Solat, kalau kita lagi tarik selimut.
7. Sunat mengambil wudhu’
dirumah sebelum pergi Masjid. Kalau nak pakai air masjid untuk berwudhu’ jangan
buka air kuat-kuat. Kecilkan jumlah air yang digunakan untuk wudhu supaya tidak
berlaku pembaziran.
8. Sesudah bersama dengan
isteri kenalah mandi wajib terlebih dahulu di rumah, jangan pergi mandi di
Masjid pula.
Post: Sampaikan dariku walau
satu ayat. Jadikanlah usahaku ini dan mereka yang mem’viral’kan kalam Rasul
sebagai asabab mendapat Syafaat di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin. ..udah
pagi yeop!
No comments:
Post a Comment