Friday, January 11, 2013

Majlis Semarak Cinta Rasul 1434H

1. Alhamdulillah, kami di sini mengenang Rasul tanpa mengira bulan tertentu, berkat dakwah para waliAllah dan do'a muslimin, Cinta kepada Rasul didambakan tanpa waktu-waktu yang terhad. Untuk AR ini adalah majlis yang dulunya dikenali sebagai Maulidur Rasul, tapi kini dah transform ke nama lain yang lebih sesuai ikut kehendak zaman dan intelektualiti masyarakat Islam setempat. Ingatilah Rasul cintailah Rasul sepanjang umurmu. Jangan di bulan Rabiul Awal sahaja ye, itu yang dulu-dulu punya pesen.

2. Untuk malam 11/1/2012 ada pertindanan majlis ilmu yang diisi oleh Sheikh-Sheikh undangan, MasyaAllah nampak macam berlaku perubahan yang ketara kepada perkembangan dakwah di Selatan Tanah Air, tradisi ilmu semakin subur, yang pertama di isi oleh Syeikh Muhd Zainul Asri Mudir Darul Hadis Kedah bersidang di Surau Jauharul Muttaqin, Taman Mutiara Rini, yang kedua Majlis Semarak Cinta Rasul di Taman Sutera Perling (ni belum kira kuliah bulanan di surau-surau sekitarnya lagi). Susah juga nak buat pilihan. Oleh sebab semalam (10/1/12) sudah kena tempias ilmu Syeikh Muhd Zainul maka hari ini pergi berjumpa dengan Syeikh Thoiyyib dan Habib Ahmad Zain Al-Kaff la pulak.  




3.  Walaubagaimanapun kewajipan 'waliunziru qaumahum' tetap dilaksanakan dulu, kuliah Tarbiatul Awlad tetap dijalankan. Jadi perjalanan mencari lokasi Surau/Masjid Taman Sutera hanya dibuat usai solat Isya' dan makan malam. Kira-kira terlambat lah juga sampai ke lokasi sekira-kira para Jemaah dah berbaris nak salam dengan Syeikh yang ada.  

4. Ini adalah pertemuan kali kedua dengan Fadhilatus Sheikh. kali pertama di kediaman Habib Nuruddin al-Banjari (insan yang berkongsi nama dengan Sheikh Nurdin Marbu Albanjari Al-Makki) di Pangsapuri Wadi Hana tahun lepas, Sheikh Thoyyib semangatnya masih macam dulu. Menyampaikan apa yang terlintas di dalam hatinya tanpa kenal letih dan keuzuran diri dimamah usia. 

5. AR ketinggalan dari mendengar tazkirah Al-Habib Ahmad bin Zain Al-Kaff, Pengurus Nadlatul Ulama' Jawa Timur, tetapi Allah bayar kesusahan AR yang sesat barat nak cari surau Taman Sutera dengan mendengar kalam-kalam mufid dari Syeikh Thoyyib, begitu menginspirasikan diri. Antara pesannnya zikir yang mesti di amalkan untuk melepasi imigresen di akhirat kelak. Terutamanya yang 33 selepas solat juga beberapa hizb lain. Oh Ya! saya tidak lupa isu yang tahun lepas diulanginya juga ...kata Syeikh kita sekarang timbang dah tak pakai dacing lagi, itu zaman dulu, dah ada alat baru... di Saudi orang yang jadi rakyatnya dibela, rumah Melayu Jawi di sana dalam rumah macam istana, berbeza dengan orang disini.
Habib Nurruddin Al-Banjari yang berusaha membawakan Syeikh Thoyyib ke bumi Johor berada disisi Syeikh, orangnya manis dan berkumis serta mudah didekati.

6. Penduduk Taman Sutera disini sangat bertuah, kerana kebanyakan disini orang middle-high income, kalau pembinaan surau ditempat lain mungkin terpaksa cari dana dari orang awam, tapi disini terbalik pula, penduduk sini yang berhati mulia cari tempat surau lain pula untuk dicurahkan derma-derma mereka. Sebabnya surau disini penuh dengan fasiliti yang indah dan mencukupi belaka.
7. Walaubagaimanapun peluang untuk mendekati Syeikh ternyata lebih cerah apabila majlis secara rasminya selesai apabila jemaah mula makan nasi beriani yang disediakan. Sheikh juga menekankan tentang kepentingan membaca Bismillah dalam setiap perbuatan kerana Rasul SAW bersabda setiap perkara yang tidak dimulai dengan Bismillah ianya adalah batal, tidak di terima...

8. Syukur Alhamdulillah, walau rakaman video tak seberapa namun 'laisalkhobaru kal muayanah', tuan-tuan dapat lihat sendiri betapa bertenaganya Syeikh Thoiyyib AL-Makki melayan para murid-murid yang dahagakan ilmunya. cuma kali ini AR tak dengar lagi telo Balingnya seperti "dema thu ke tak thu makna ni deh?" maksudnya 'kamu tahu atau tidak makna bacaan ini?'. Bila ada Syeikh cakap sebegini, ia mengingatkan kembali tempat tumpah darah AR di Baling Kedah. Masih adakah lagi orang yang mampu bercakap telo sebegitu sekarang? Ayat dalam bahasa Kedah itu Syeikh tanyakan pada pengikut Habib setelah mereka mendendangkan qasidah Ya Hana Na, Tho Lama Ashku Gharami dan lain lain dalam bahasa Arab.

9. Sukar sudah untuk kita saksikan ulama dari jalur sheikh yang dapat bertahan sehingga ke hari ini, Sheikh juga menceritakan banyak rakan-rakan nya samada di Malaysia mahupun di Mekah sudah kembali ke Rahmatullah. Oleh itu kawan-kawan, sama-samalah kita timba ilmu pengetahuan dan mewarisi ilmu tersebut sebelum mereka ini ketemu dengan Rabnya. Ilmu hilang dari tangan manusia bukan dengan cara naik kelangit akan tetapi ilmu hilang dengan perginya ulama' ulama' yang faqih lagi alim. Rugi sangatlah hidup tanpa diisi dengan ilmu agama. Pesanan pada diri sendiri nih!.

10. Rabbi Zidni Ilma! 

3 comments:

  1. Assalammualaikum sheikh, semalam ana ddk selah sheikh masa tgh ambil gmbr2 sheikh toyyib nie.. ana x sempat nk tegur sheikh sbb khusyuk dgr kalam2 dr sheikh toyyib.. malam nie ade program maulidur rasul kt rumah habib nuruddin kt kondo wadihana pukul 8.30 start.. sheikh pegi x? boleh berjumpa.. ana dh lama follow blog sheikh nie..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah! Allahummasalli ala Muhammad (SAW) sori takde keypad jawi. Mula-mula taraddud nak pergi malam ni, kendian tengok komen enta, jadi semangat pulak, pastu jumpa Habib Nuruddin dia jemput juga sebab cerita kat dia tahun lepas ana ada pergi... kalau tak silap ana tahun lepas ada orang tu muka macam Ustaz Noh Kadri di majlis dulu... enta perasan tak? Macammana nak kontek enta ya akhi?

    ReplyDelete
  3. You can allows you to get down with exactly one of the few usable templates, but you can tailor-make
    it ideal way to create money blogging.

    Here is my weblog click here

    ReplyDelete