Kuliah
subuh 30/11/2012 oleh Pengerusi Surau Nurussalam Taman Pulai Indah, Ustaz Halim Shah
1. Tema
sambutan maal Hijrah tahun ini “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” sementara
masih fresh dalam kepala.
2. Ramai
yang tidak tahu apakah wasitiyah, kadang sebut pun tak betul, wasatiyah itu
adalah yang pertengahan, ia juga disebut muktadil. Ramai ada orag keliru dengan
pertengahan atau adil. Adil yang bagaimana?
3. Yang
paling tepat pertengahan mengikut landasan Syariat. Ikut landasan Al-Quran dan Sunnah.
Jadi itu kayu ukur untuk kita membagahikan siapa yang lebih dan kurang dari
pertengahan.
4. Bila
sebut pertengahan maka kita membahagikan manusia kepada 3 kelompok. Pertama
lebih dari pertengahan namanya melampau, atau dalam bahasa arab Ghuluw, kalau
di pasar kat Mesir, penjual meletakkan harga yang mahal, maka kita akan cakap ‘ghaali
jiddan’ maksudnya harganya melampau sangat!.
5. Kelompok
kedua yang pertengahan itulah dinamakan wasat atau wasatiyah dan golongan
ketiga golongan muqtasir atau golongan yang berkurang, tidak mencapai tahap
wasatiyah pun.
6. Banyak
gesaan untuk kita menghindari dari menjadi kelompok ghuluw, tak boleh melampau
lampau, dalam perbuatan. Tapi kadang kita lupa golongan muqtasir. Kita lihat
dalam contoh menutup aurat. Kita risau orang yang pakai jilbab nampak mata
sahaja macam di Afghanistan, orang tengok semacam. Mereka nak tutup aurat dan
itu tidak dikira ghuluw, dikira ghuluw kalau dikurung tidak dibenarkan
melakukan perkara yang harus. Tapi berapa banyak golongan ini di Malaysia?.
Yang banyaknya golongan muqtasir yang tak tutup aurat langsung. Atau tutup tapi
tak cukup. Mempromosikan wasatiyah tapi aurat masih ada yang terjojol.
7. Kita
risau pasal ustaz yang ghuluw, bercakap garang sangat marah sana marah sini,
betul golongan itu ada tapi banyak mana sangat? Yang muqtasir duduk dirumah tak
mahu solat berjemaah tak mahu menyampaikan dakwah bagi tazkirah ini dikira
muqtasir.
8. Kedua-dua
kelompok ghuluw dan wasatiyah ini yang perlu diperhatikan, wasatiayah mungkin
ramai dan bagi saya ghuluw adalah merbahaya tapi golongan ini sedikit, tapi
muqtasir lagi bahaya dan gologan ini pula banyak, kita sekarnag banyak fokus
kepada kelompok ghuluw tapi lupa pada muqtasir.
9. Pernah
datang sahabat menyatakan kepada nabi, tentang tahap ibadat yang akan mereka
kerjakan "Maka salah seorang dari
mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan
seorang yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan
tidak akan berbuka." Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan
mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin
selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu
bersabda:
Kamu
semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang
sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa
dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan
aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan
sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
10. Dari
sini kita letakkanlah wasatiyah kita itu dimana. Kita mungkin nampak
kesederhanaan sahaja tetapi tak nampak golongan melampau (ghuluw) dan golongan
yang tidak indah (muqtasir). Kita tidak membantu kedua-dua golongan ini tapi
hanya memerangi golongan ghuluw sahaja. Jadi pandangan kita hendaklah
diperbetulkan. Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment