20 Jun 2009 di Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa. Bulan April 2004 di Masjid Krisek, Oktober 2004 di Tak Bai dan yang terbaru di Masjid Furqan, tiga tragedi cukup menggambarkan perhatian istimewa kerajaan Siam Perut Hijau terhadap minoriti umat Islam di Thailand.
Seminar yang cukup berinformasi sangat memberi kesan kepada para peserta dimulakan dengan pembukaan oleh Dato’ Hj Md Saleh Hj Ahmad, diikuti penganalisis politik selatan thai Ustaz Farid Mat Zin seorang pensyarah UKM, beliau mengulas tentang fakta sejarah umat Islam Fatani, banyak yang kita tak tahu oleh sebab banyak sangat saya kena la beli bukunya bertajuk ‘Muslim Selatan Thai- Konflik dan Perjuangan (MST)’. Buku ni susah nak jumpa, marketing belum luas lagi kot. Dan akhirnya Ustaz Ghani Syamsudin yang menuqilkan dalil dalil betapa pentingnya umat Islam ambil tahu berita-berita sebegini dan bersatu, kene banyak baca dan browse internet.
Seperti mengetahui betapa meluapnya keinginan saya untuk mengetahui perkara sebenar tragedi Masjid Furqan, Cikgu Azmi Abdul Hamid yang baru balik dari misinya ke Selatan Thai menyempurnakan rasa ingin tahu tersebut. (beliau pergi atas undangan kerajaan Thailand tiga hari selepas kejadian berlaku) Diceritakan semula oleh saya lebih kurang begini :
Terdapat 23 orang Jemaah solat Isyak pada malam itu, sebelum itu ada jemaah muslimah seramai 5 orang pada waktu Maghrib, tapi oleh kerana terdapat beberapa karkun tabligh yang mengimarahkan masjid pada hari itu maka jemaah Muslimah solat Isya’dirumah sahaja. Masjid yang kurang lebih besar 1 classroom malam itu dapat la 2 sof. Sewaktu rakaat kedua apabila bacaan Fatihah sampai ‘Iyyakana’budu Waiyya Kanas Tain’ oleh Imam Abdullah (cerita versi lain semasa sedang rukuk) sekonyong-konyong masuklah 6 orang berpakaian hitam menghamburkan peluru otomatik dari rifle M16 dan AK47.
Dari pintu Masjid yang menyaksikan syahidnya 11 jamaah Isya’ gugur, penembak yang tidak kenal belas kasihan itu mensasarkan laras rifle dari pinggang ke kepala, mengakibatkan ceraian-cebisan badan seorang jemaah bersepah di dalam masjid, manakala yang lainnya ada yang sukar dikenali. Tembakan diarahkan ke sebelah kiri jemaah kerana disitu kebanyakan orang kampung berdiri didalam sof. Imam Abdullah yang mengepalai solat malam itu terkena peluru yang tembus dari makmum dibelakangnya. Maha suci Allah Imam Abdullah turut menemui Rabbul Jalil sebagai syuhada bersama 10 jemaah yang lain, inilah kematian yang dicemburui (pinjam tajuk blog ustaz gunawan).
Bersebelahan Masjid adalah hutan manakala selainnya adalah rumah orang kampung, dikhabarkan juga terdapat kem tentera Thailand berhampiran kampung tersebut. Setiap kali kejadian tembakan, kerajaan Thailand menuding jari kearah kumpulan separatist Islam. Tapi kalau ditanya orang kampung inilah kerja askar kerajaan.
Sedikit fakta menarik kenapa wilayah selatan Thailand sentiasa bergejolak meskipun PMnya bertukar ganti dari Thaksin Sinawatra diganti Samak Sundarajev sampailah Abhisit Chutcaciva namun tiada yang berubah ini adalah kerana teori berikut:
1. Terdapat tiga kumpulan yang mewarnai senario politik Thailand, 1. Kumpulan Thaksin 2. Kumpulan Abhisit dan 3. Kumpulan Mafia Siam. Semua kumpulan ini mempunyai kepentingan sendiri dalam menguasai wilayah selatan Thai. Malah bagi kumpulan-kumpulan ini adalah lebih baik wilayah tersebut dibiarkan huru-hara, kerana mereka akan dapat lebih faedah darinya.
2. Pertembungan 4 kuasa, tentera, polis, kerajaan dan istana. Yang paling jelas adalah tentera kerana dengan adanya huru-hara diselatan thai maka mereka boleh minta dan dapat bajet tambahan setiap tahun, so serangan mesti dilakukan secara berkala, kalau aman damai nanti bajet ciput, susahlah pegawai-pegawainya nak bergaya.
3. Raja Bhumipol Adulyadej yang dihormati rakyat (tapi thaksin nak tukar sistem dari Absolute Monarchy ke Constitional Monarchy hingga away monarchy) Raja ni adalah tertua dalam dunia, beliau ada dua orang anak. Sorang lelaki dan seorang perempuan, kedua-duanya berebut nak jadi raja. Yang lelakinya sibuk nak jadi raja walau ada sakit aids, taik judi dan segala jenis taik dia menggunakan tentera sebagai juak-juaknya untuk menaiki takhta nanti. Manakala yang perempuan pulak seorang yang lunak dan disukai rakyat jelata, beliau juga prihatin dengan masalah rakyat termasuklah di Selatan Thailand. Maka menggunakanlah apa jua yang boleh sianak lelaki untuk menguatkan kekuasaan tentera dalam kerajaan Thailand agar memberi manfaat kepadanya kemudian hari. Tentera pun apa lagi berlemak-lemak le jadinya.
4. Selatan Thailand tidak boleh dibiarkan aman, kerana jika tak ada keganasan maka krisis di bangkok akan jadi lebih parah, bila aman kerajaan boleh siasat siapa dalang dan ini memberi effect kepada mafia siam yang beroperasi di Selatan Thai dan bila aman akan ada pemulihan ekonomi, sedangkan hasil ekonomi yang ciput sekarang ni pun dibawa semuanya ke Bangkok apatah lagi bila dah banyak hasilnya. Ini berbeza dengan Chiangmai dan Chianglai dimana hasil kutipan digunakan untuk wilayah tersebut.
5. Selain itu factor dalaman juga menyumbang sebahagian kecil kezaliman ini berterusan walau bukan secara direct, ini diakibatkan perpecahan antara puak-puak yang berfahaman salafi dan tradisi (dalam buku MST tulis), sementelah diketahui pattani adalah asal kepada kebanyakan pondok tradisi yang hard core. Tiba-tiba ada pulak golongan yang didakwa salafi, itu yang membuat mereka tidak bersatu dan mudah dikucar-kacirkan. Ini direct hit kepada orang Islam di Malaysia, asyikla dok bertengkar perkara khilafiah nanti bila kita dijajah baru padan muka.
Kerajaan Malaysia sebenarnya dari dulu ada juga membantu dengan menerima refugee sebanyak 131 orang Islam Selatan Thai pada 30 Ogos 2005 di Kelantan. Itupun Siam kata kita masuk campur, atas kepentingan politik maka dibuat perjanjian Task Force 2010 masa tu zaman Hamid Albar, niatnya macam nak join untuk jaga keselamatan sempadan, tapi antara lain mengandungi persetujuan M’sia untuk menerima inteligen Siam bagi menyiasat pergerakan PULO yang ada kat M’sia. So berhati-hatilah manatau yang dok buat nasi padprik dan goreng pattaya tu sebenarnya adalah agen Siam. Malaysia seharusnya menjadi negotiator atau mediator (sulh).
p/s so boleh la hantar tn Jamil kampung dia pun kat Kuala Nerang sempadan dah tu untuk sulhkan mereka itu.ataupun tn fadil sebab kampong dia dekat rantau panjang dua hun lagi nak masuk Thailand wallahuaklam.
Ni ada sedikit gambo semasa seminar tu, masa ni Tn Guru Tafaqquh Dato' Hj Salleh Ahmad sedang berkobar-kobar memberi tashji' dan ucapan pembukaan.
My 2 cent
No comments:
Post a Comment