Tuesday, January 6, 2009

Eligibility of Peguam Syarie according to Administration of the Religion of Islam (State Of Selangor) Enactment 2003, Rules 2008





Untuk jawapan perlu atau tidak diploma sila rujuk aturan 8(2)(a) dan(b) Kaedah-Kaedah peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008, yang berbunyi:

(2) Penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie di bawah subperenggan (1)(e)(i) hendaklah tertakluk kepada syarat berikut:

(a) jika seseorang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari manamana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia selain daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dia hendaklah juga memiliki—

(i) Diploma Undang-undang Pentadbiran Kehakiman Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa; atau

(ii) mana-mana Diploma Lepasan Ijazah yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; dan

(iii) telah tamat latihan dalam kamar selama sembilan bulan di mana-mana firma guaman syarie;

(b) jika seseorang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Syariah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau setaraf dengannya, dia telah tamat latihan dalam kamar selama sembilan bulan dari mana-mana firma guaman syarie, dengan syarat Jawatankuasa boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan seseorang berkelayakan daripada menjalani sesuatu tempoh latihan dalam kamar atau sebahagian daripadanya apabila permohonan dibuat kepadanya dengan disokong oleh keterangan yang memuaskan bahawa ada hal keadaan yang mewajarkan tempoh latihan dalam kamar itu dikecualikan atau dipendekkan.

(3) Latihan dalam kamar hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syarie yang sedang dan telah menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun sebelum sahaja latihannya bermula.

So keperluan untuk diploma adalah bertaraf sharat bukan lagi wajib. Ada soklan lain?

No comments:

Post a Comment