Friday, February 27, 2026

ISU DUDUK ISTIRAHAH DAN NIAT WITIR 2 RAKAAT

 Adakah Sunnah untuk duduk istirahah selepas bangun dari sujud kedua untuk rakaat yang ganjil?

Jawapan pendek:


Ya sunat untuk duduk istirahah selepas bangun dari sujud kedua untuk rakaat yang ganjil (rakaat pertama dan ketiga). 


Cara duduknya seperti duduk iftirash (macam duduk tahayat awal). 


Berapa lama nak duduk istirahah? Duduk sekadar sempurna kedudukan anggota badandalam posisi duduk lalu bangun.  


Sunat juga untuk bangun dari duduk istirahah kepada posisi berdiri dengan menongkat tangan dan tapak tangan yang terbuka (bukan genggam)


Takbir intiqalat, panjangnya sebutan “Allahuakbar” bermula dari angkat dahu bangun dari sujud, duduk istirahah dan lengkar “...bar” semasa sempurna berdiri.


Jika sebelum ni tidak duduk istirahah, apakah hukum solat kita?

Hukumnya tetap sah, tidak perlu qadha, sebab hukum duduk istirahah adalah sunat hai’ah sahaja, bukan rukun atau sunat ab’ad.  


Jawapan panjang:


APAKAH HUKUM DUDUK ISTIRAHAH?


Terdapat khilaf samada wujud duduk istirahah atau tidak? Ada 3 pendapat:


Pendapat 1. Tidak duduk istirahah - berdasarkan hadis Wail ibnu Hujur. “Adalah Nabi apabila mengangkat kepalanya dari sujud baginda terus bangun berdiri dengan bertakbir” hadis ini dihukumkan gharib.


Pendapat 2. Duduk istirahah - berdasarkan hadis Malik bin Huwairis “Adalah Nabi apabila pada rakaat pertama dan ketiga, tidak bangun sehinggalah sempurna duduk”, hadis ini riwayat Bukhari dalam kedudukan Sahih.


Ini pendapat sahih dalam mazhab hukumkan sunat duduk istirahah disebabkan hadis berkenaan adalah hadis sahih.


Pendapat 3. Jika lemah kerana sakit, tua atau selainnnya maka ia istirahah sebab dia perlu duduk, jika kuat terus bangun sebab ia tak perlu kepada duduk. Pendapat Abu Ishak al-Mawarzi..


CARA DUDUK ISTIRAHAH


Cara duduk: duduk iftirash dalil Abu Hamid “Bahawa Nabi melipatkan kakinya dan duduk atasnya sehingga kembali anggota ketempatnya kemudian bangun” - Sahih riwayat Ibnnu Mas’ud.ini adalah pendapat Jumhur.


Pendapat lain adalah duduk atas bahagian kaki, ada didalam Kitab Hawi. Pendapat ini adalah ganjil.


Sunat duduk istirahah kekal dalam solat fardhu untuk rakaat yang ganjil termasuk juga untuk solat sunat.


Cuma duduk istirahah tidak berlaku untuk sujud tilawah, ia terus bangun tanpa duduk istirahah, ulama tiada khilaf dalam hukum ini.


Walaupun Imam tak buat duduk istirahah, makmum tetap boleh melakukan duduk istirahah


HUKUM MENONGKAT TANGAN UNTUK BANGUN DARI DUDUK ISTIRAHAH


Sunat untuk menongkatkan kedua tangannya semasa hendak bangun, dalil riwayat Malik bin Huwairis “bahawa Nabi dalam keadaan duduk kemudian berdiri dengan menongkatkan kedua tangannya ke atas bumi”. Hadis Sahih. Imam Shafie mengulas perbuatan ini dengan menyerupai tawaduk dan membantu orang yang solat, 


Dan memanjangkan takbir sehingga berdiri supaya tidak sunyi dari zikir. 


BERAPA PANJANGKAH SEBUTAN TAKBIR INTIQALAT UNTUK BANGUN DARI SUJUD?


Dan memanjangkan takbir sehingga berdiri supaya tidak sunyi dari zikir. Khilaf pada panjangnya takbir semasa bangun dari sujud kedua ada tiga. 

  1. Panjang takbir bermula dari angkat kepala dari sujud duduk sehinggalah ke posisi qiyam. Ini nas Imam Shafie

  2. Bangun dari sujud tak takbir, tapi takbir bermula dari kedudukan duduk istirahah sehingga qiyam

  3. Takbir semasa angkat kepada dari sujud, dan tak tabir semasa duduk istirahah sampailah berdiri. 

(Pendapat: Boleh ketiga-tiga tetapi jika dalam kedudukan Imam untuk memudahkan makmum saya cadang pakai pendapat Imam Shafie - makmum yang tak nampak imam akan tahu pergerakannya.)


Nota: Sepakat fuqaha’ tidak boleh takbir dua kali dalam isu di atas.


sambung…….