Tuesday, November 16, 2010

Sebat Syariah pengalaman KP Pahang

Pra: sebat menyebat ni mengingatkan nostalgia jadi pendakwa kat Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan KL (sebelah rel keretapi) selain sengsara nak dengar hakim cakap sebab bising keretapi lalu, kenangan yang tidak dapat dilupakan bila tok hakim sabit dan jatuhkan hukuman sebat kepada OKT kes yang saya bawak... tapi oleh sebab jodoh tak lama, kerjaya pendakwa syarie hanya lekat 2-3 bulan aje. menanti juga untuk melihat perlaksanaan sebat ...tetapi banyak bebeno mehnahnya, takde tukang sebat laa, tekanan antarabangsa laaa, mana satu yang saheh tak taulaa, tapi yang penting saya dah berjaya merasai sekelumit pra pelaksanaan hukum hudud (walau tak layak dipanggil hudud pun) jadi artikel potong dan tempek kali ini berdasarkan pengalaman sahabat alias guru saya di pahang yang berjaya menyaksikan pelaksanaan ini... berhajat untuk dikongsi teman bloggez, tidak dilupakan credit dengan memberikan blog asal disini http://tmaarh66.blogspot.com/2010/11/sebatan-syariah.html

Sebatan Syariah

Banyak kali dah,cubaan untuk hadir melihat sendiri sebatan kepada pesalah jenayah syariah khususnya kesalahan minum arak telah terhalang.Selalunya ada je halangan seperti tugas ditenpat lain , sebatan tak jadi ataupun hukuman dsebat ditukar kepada hukuman lain.Hari ini,bersama hakim yang menjatuhkan hukuman,kami menyaksikan sendiri hukuman dijalankan di Penjara Penur.

Sekitar jam 9.45 pagi,kami sampai dan terus dibawa ke bilik Pengarah Penjara(Tn Abu),sedikit perkenalan dan menulis buku lawatan,10 minit kemudian terus di bawa ke tempat sebatan,semua pelawat dikehendaki menyerahkan apa jua(termasuk beg duit,HP,dan lain-lain ditempat simpanan selamat penjara.Setelah proses tersebut kami terus masuk(bilik khas sebatan) dan duduk serta di beri taklimat ringkas.Di sana beberapa pegawai bertugas telah bersiap sedia,seorang Dr perubatan juga ada,dan telah memeriksa kesihatan pesakit dan pesalah disahkan sihat untuk jalani hukuman,kelihatan juga tukang sebat dengan lenggangan rotan tersarung kain warna hitam

Tepat jam 10 pagi,pegawai penjara melaporkan kepada Pengarah dan mohon keizinan untuk memulakan hukuman.Pesalah telah dibawa kehadapan,ditanya butiran ringkas data-data peribadi,setelah itu pesalah dibawa ke tempat sebat(tanpa diikat),berpakaian lengkap penjara,tangan dipegang oleh pegawai bertugas(takut dia guna untuk menahan sebatan),dan pandangan kepada penyebat dihalang.Badan dibongkokkan sedikit.Pegawai penjara memulakan arahan dengan menyebut jumlah sebatan(6 kali sebatan),dan hayunan dimulakan dengan hayunan yang ringan,tanpa melepasi bahu,serta sebatan dikenakan dibelakang pesalah 6 kali berturut,adalah sikit bunyi syuut ,sebatan syariah sememangnya jauh lebih ringan dari sebatan jenayah sivil.Pesalah kemudian sekali lagi diperiksa oleh Dr, kemudian dibebaskan.Kelihatan 6 rotan begitu ringan sekali hukumannya,malah lebih ringan dari `public caning` dek Guru Besor masa bebudak dulu hehehe

Kemudianya,tukang sebat dipanggil ke meja tetamu,dan kami meneliti sendiri rotan yang digunakan,hanya sebesar rotan yang dipakai oleh Tok Guru Ngaji Quran masa kecik dulu.Lebih kecil dari kelingking hehehehe.Rotanya licin(walaupun ada ruas) dan hujungnya di ikat rapat supaya tak pecah..simple je..Kemudian kami beredar ke Kantin untuk makan minum..Tq Pihak Penjara,Pendakwaan JAIP.

Patutlah Allah dan Rasulnya menetapkan hukuman antara 40 sebatan ke 100 kali sebat,bukan sesekali mendera tapi untuk mendidik. dan merasakan sedikit kesakitan untuk pengajaran diri pesalah.Mudahan hukuman yang tidak setimpal ini pun ,mufdahan menjadi detik pengajaran untuk berubah kepada pesalah tersebut.Aku mencadangkan pada penjara supaya pakaian yang dipakai oleh pesalah semasa sebatan di nipiskan lagi heheheheh.Penjara juga telah menyediakan penyebat wanita disemua penjara di Malaysia,dan hukuman akan datang aku cadangkan dibuat didewan besar atau Penjabat Mahkamah ini..pihak Penjara bersedia melakukan dimana saja arahan mahkamah untuk menyebat pesalah.

Tempat sebatan Sivil(pesalah diikat)-kena ikatlah kalau tidak lari berganti-ganti mamat tu

So lihatlah perbezaannya..............makanya dimana justifikasi bantahan oleh NGOS. terhadap sebatan syariah(maaf tiada gambar-).melainkan hanya berdasarkan andaian,kejahilan dan rasa benci pada syariah itu sendiri.Itulah gambaranya sekadar untuk berkongsi dan mengembangkan fakta dan kenyataan bahawa sebatan syariah bukanlah seperti yang difikirkan oleh segelintir orang kat Malaysia ni.WA
post: kot mana sekalipun terima kasih kepada TMAAR sebab sudi berkongsi pengalaman bersama dan semoga Allah merahmati Malaysia dan menunjukkan kita jalan pelaksanaan hukumNya dengan tepat dan mencapai maqasid syariah...

Friday, November 12, 2010

WONG FEI HONG @ FAISAL HUSSEIN WONG

pra: saya ada seorang kawan dia ni minat bela diri sejak dari filem jaka sembung, saur sepuh sampai la ke wong fei hung, kalau kawan-kawan perasan dia pakai nama pendekar semasa jadi moderator al-ahkam siber fiqh anda dan sekarang pakai nick name cindai pelangi... ok nick dia ajer dah menunjukkan dia ni memang kaki beladiri tegar, saya pun turut terpengaruh juga sebab dia... kitaorang join lian atau buah pukul mersing.. sampai menjejak arwah pak mat kedidi di pantai penyabong. Alhamdulillah minat yang sama ini berjaya mengeratkan ukhuwwah saya dan beberapa azhari lain macam si abot (pensyarah UIA), akeng (JAKIM attached JKM) dan si pendekat sendiri (pendakwah bebas dulu sempat jadi setpol yb kat penang kejab). Kami sama-sama minat tengok siri once upon a time in china yang ntah sampai ke berapa tak tau dah lani. sampai ke mesir. dari situ kami kenal wong fei hong, sampai saat ni baru tahu sebenarnya wong fei hong tu seorang Islam... Allahuakbar, cuma saya berharap dalam penghapusan etnik uighur oleh komunis di china sekarang, akan dipeliharalah oleh ALlah anak-cucu sahabat atau anak cucu wong fei hong yang Islam untuk menegakkan Islam melalui amal bakti atau palin gkurang pun etika Islami dalam seni mempertahankan diri.



by Lanang Jagat on Friday, November 12, 2010 at 3:50pm
Dicatat olehDRS. KHALIL IDHAM LIM
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.


Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). (Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).


Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .

Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulanjuga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapundan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allahkepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).

Dicatat olehDRS. KHALIL IDHAM LIM

post: saya sebenarnya nak masukkan anak ke kelas seni beladiri, tapi tahun ni tak boleh lagi sebab redo baru darjah satu tahun depan mungkin masuk taekwndo kot, jijim hmmmm dia ni nampak macam tak minat violence main game terror la dia. mungkin saya hantar jeet kun do, tapi yang pasti genap darjah 2 saya akan hantar berguru ke Pak Ngah ALi di Baling untuk ambil tomoi... tengoklaaa. yang penting ALlah suka mukmin yang kuat dan boleh tolong orang dalam kesusahan ... jangan korang buli orang sudahhh