Thursday, June 23, 2022

RAHEEQ MAKHTOUM (1)

Raheeq Makhtoum yang nyaris dilupus anai anai akibat tidak disentuh selama 10 tahun

BOOK REVIEW: RAHEEQ MAKHTOUM (1)
Buku: Raheeq Makhtoum
Penulis: Safiurrrahman Mubarakfuri
Terbitan: Darul Manar, Cairo (1998)
Mukasurat: 411
Harga: EP8.00
Beli: Cairo International Book Exhhibition 1999 

rakaman umrah El Izzah, Disember 2017 kalau tak silap

1. Jika diberi pilihan buku tanpa kritikan atau yang telah diuji adu dengan kritikan, mana satu pilihan anda?. Sudah pasti buku yang telah dikritik, dipertanding ilmuwan, ditilik ulama’ dan diterjemah perbagai bahasa punya kredibiliti untuk dikhatam. “Raheeq Makhtoum” ialah buku perjalanan hidup Nabi yang “selamat” untuk dibaca.

bila kita beli buku, kemudian tak baca, Allah hantar makhluk lain untuk manfaatkan. Pengajaran penting buat pencinta buku. Beli buku buat penandaan tarikh beli dan harga untuk memori

2. Reputasi Raheeq Makhtoum yang mendunia tidak menghairankan kerana lahir dari dulang emas sayembara mengarang buku sirah Nabi anjuran Rabitah al Alam Islami. Buku yang selesai dikarang pada 23 Julai 1976 dimahsyurkan sebagai buku terulung pada hari Maulidurrasul 1399H (09 Feb 1979) [Keputusan diketahui 1978]

Syeikh Safiurrahman al Mubarakfuri sewaktu muda, dari Mubarakfur di India. Universiti Salafi

3. Untuk mendapatkan buku sirah terbaik, 9 syarat diletakkan antaranya lengkap susunan peristiwa mengikut turutan masa, bukan plagiat, menyatakan sumber rujukan, ditulis dalam Bahasa Arab dan Bahasa pilihan, manuskrip yang lengkap ditaip dan lain-lain. Pertandingan ini disertai sebanyak 84 esei dalam Bahasa Arab, 64 bahasa Urdu, 21 bahasa Inggeris, satu Perancis dan satu Housawi.

As-Syeikh Safiurrahman gambar terkini dari youtube menyampaikan kuliah dalam bahasa Urdu. India menempatkan banyak tuanguru dan murid pengajian hadis tersohor.

4. Safiurrahman telah memenuhi semua keperluan ini dan menggendong hadiah 50,000.00 Riyal Saudi. Pengalaman membaca buku ini sangat mengujakan tambahan lagi jika dapat menjejak tapak Rasul dan Sahabat di bumi Hijaz. Setiap peristiwa digambarkan dengan baik oleh Penulis tanpa menjejaskan sumber ambilan.

mukasurat 40 Marhalah Ketiga, Dakwah Rasul di luar Mekah, dimulakan dengan Taif

5. Bagi membina gambaran pembaca, seawal 5 bab pertama ditumpukan kepada geopolitik Arab serta titisan leluhur Nabi. Pentingnya memahami persekitaran Hijaz adalah untuk memperlihatkan bagaimana seruan Nabi tidak bermula dengan sambutan dan perayaan, ia adalah perjalanan yang getir dan ujian yang maha hebat.

segugus anggur pengubat duka, Addas hamba yang merdeka jiwa

6. Keistimewaan buku ini terserlah pada tajuk topik yang diberikan pada setiap bab, ia mempermudahkan minda untuk meletakkan kedudukan titik garis masa. Contohnya pada mukasurat 40 “Kelahiran hingga 40 tahun sebelum perutusan wahyu”. Tajuk subtopik diringkaskan ..”Pendeta Bahira”, “Peperangan al-Fijar”, “Perjanjian Al-Fudhul” dan lain –lain … dimana tajuk itu adalah pointnya. Jadi mudah untuk kita berhenti seketika dan hadamkan cerita sebelum masuk ke subtopik yang lain.

Masjid Al-Addas di tengah kebun sayur Taif. Sejarah getir perjuangan dilakar 80 batu di luar Mekah, Taif dan Addas pembuka ruang dakwah

7. Membaca buku sirah memperlihatkan gaya penulisan berbeza antara penulis. Ratusan buku sejarah telah diterbitkan dan masih tiada henti hingga kini. Seawal Bidayah Wan Nihayah, Qasasul Anbiya’ oleh Ibnu Kathir, Tarikh al-Tabari yang bersifat primer ataupun Fiqh Sirah oleh Said Ramadhan Al-Buthi, Sirah Nawabiyah Durus wa Ibar oleh Mustafa Siba’I hinggalah “Muhammad” oleh Martin Lings yang bersifat sekunder. Rujukan Penulis sendiri sebanyak 60 buah buku pelbagai disiplin, menjadikan naskhah “Raheeq Makhtoum” adalah gerbang kepada kitab sirah yang lain.

Jarak Mekah dan Taif 90km Rasul bersama Zaid bin Harithah berjalan kaki ke Taif.

8. Kenapa judul “Raheeq Makhtoum”?, persoalan yang saya tak puas hati sampai sekarang. Sebenarnya judul buku ini diambil dari Quran, Surah Muthaffifin ayat 25 memberi terjemahan “minuman yang termetrai bekasnya”. Jika dirujuk ke Tafsir Qurtubi ada yang bererti “arak suci yang tidak tersentuh” dan pelbagai lagi tafsiran. Yang buat saya tak puas hati sebab dalam kata penghantar Penulis, tiada sebarang penjelasan dibuat. Yang ada diluar buku hanya tanggapan oleh pengulas buku yang lain. Atau mungkin Penulis pernah jelaskan, tetapi tidak ketemu dalam pencarian saya.

9. Apapun persembahannya, kebitaraan beliau terserlah apabila menjadikan perpindahan topik ke topik sangat mudah dihadam dan diingat seumpama melihat kronologi. Sesungguhnya riwayat hidup Nabi adalah terlalu hebat untuk dikarang dalam hanya sebuah buku namun untuk gaya pembacaan abad ke 21 “Raheeq Makhtoum” berjaya memberikan penyesuaian. Milikinya dan anda tidak akan pernah puas dengan riwayat hidup Baginda… selepas bacaan ini.

 

Abu Razeen
Baca buku ni tinggal 15 hari di Mekah dan 15 hari di Madinah. (bucket list)
 

Saturday, June 4, 2022

KEMATIAN SUAMI, APA PERLU DIBUAT?

 Soalan: Kawan aku yg suami meninggal ni tanya aku cm mana nk mula kan urusan harta utk faraid dll....

1. Mula-mula bertenang, jangan panik. Selesaikan dahulu urusan pengkebumian, bayar upah penggali kubur, pemandi mayat, van jenazah. Ambil dari duit sumbangan jika ada. Jika tiada ambillah dari duit Arwah suami.

2. Kemudian rancang dan mesyuarat sesama ahli waris yang lain. Contoh ahli waris yang lain, ibu bapa arwah suami, adik beradik suami, anak yang telah dewasa, datuk suami jika bapa telah mati… pendek kata berbincang untuk memudah dan menyelarasakan urusan. Selalunya communication breakdown bila berlaku kematian begini, elakkan bersangka buruk)

Dalam perbincangan sebut isu:

a)     a) Ada berapa harta arwah simati dan dokumen. Senaraikan

b)      b)Ada berapa hutang arwah samada dengan orang atau institusi bank. Senaraikan

c)       c)Ada hutang dengan Allah, Haji, Puasa yang tidak diganti, zakat simpanan tidak dibayar sebelum ini. Senaraikan

d)      d) Siapa yang akan pergi buat pengurusan, buatlah pelantikan dan buat surat akuan sumpah jika perlu. (carilah yang amanah, sihat dan bertanggungjawab)

3. Dapatkan sijil faraid di MAHKAMAH SYARIAH berdekatan. Sediakan dokumen seperti sijil kematian, kad pengenalan ahli waris. Lebih mudah jika upah peguam untuk lengkapkan dokumen permohonan sijil faraid di Mahkamah Syariah. (tanya dulu berapa upah sediakan dokumen sahaja?

Nak failkan sendiri tanpa upah peguam boleh juga, tapi kenalah isi borang

4. Pada masa yang sama boleh ke PEJABAT PUSAKA KECIL sekiranya arwah suami mempunyai harta tak alih (tanah, kebun, rumah). Disana ada disediakan check list (senarai dokumen diperlukan) dan milestone (carta aliran) apa yang diperlukan untuk failkan pembahagian pusaka hinggalah surat kuasa mentadbir dikeluarkan.

5. Sekiranya arwah suami meninggalkan harta alih sahaja (harta alih: duit tabung haji, duit kwsp, duit simpanan bank, saham, kereta, motor)  boleh terus pergi ke Amanah Raya berhad. Dapatkan checklist disana.

Bila dah dapat siapa yang akan jadi wakil ke Mahkamah Syariah dan Pejabat Pusaka Kecil, boleh update apa lagi dokumen diperlukan.

6. Sijil Faraid oleh Mahkamah Syariah, boleh digunakan untuk keluarkan duit dari akaun simpanan, untuk sesetengah bank cukup zahirkan sijil faraid, perakuan oleh ahli waris untuk melantik wakil buat pengurusan harta. Tukar nama kereta dan lain lain. Namun ada juga agensi yang tetap perlukan surat keputusan biccara pusaka kecil oleh Pejabat Tanah.

 Abu Razeen

 

Sunday, May 29, 2022

DARI MELAKA KE COTABATO PERANG MELAKA – PORTUGIS 1511 ARC Bookreview

Buku: DARI MELAKA KE COTABATO PERANG MELAKA – PORTUGIS 1511
Penulis: RAFE RAHMAT
Terbitan: Rafely Rahmat Subang Jaya 2020
Mukasurat: 327

1. Subjek sejarah Melayu tidak akan sama lagi, selepas anda membaca “Dari Melaka ke Cotabato”, karya cerita+dokumentari (cerdok?) garapan Rafely Rahmat yang tidak akan mengecewakan anda, terutamanya peminat sejarah. Nukilan dari lipatan sejarah yang jarang diketahui dicerahkan semula dalam buku ini.

2. Sejarah awal penjajahan pasti tidak lengkap jika tidak mengkaji kejatuhan Melaka, minda yang waras, tidak akan diam untuk mencari jawapan bagaimana dan mengapa. Makin digali makin tidak tahu jadinya, kata Socrates. Jadi ubat untuk tidak tahu adalah dengan membaca dan terus mengkaji. Jangan jadikan otak anda yogurt basi di atas sana.

3. Tatkala Jepun bangkit menjajah Asia dek keagungan Meiji. China bangkit inspirasi dinasti Han. India dengan Kerajaan Chola, Indonesia dengan Mataram dan Majapahit, maka sayugianya Malaysia bangkit dengan kemegahan kerajaan Melaka.

lukisan Conquest of Malacca

4. Namun sejarah bukan hanya berenak-enak dengan kemegahan semata, tetapi lebih kepada pengkajian pemahaman dan pengajaran. Perbicaraan tentang sesuatu daerah, bangsa dan zaman merupakan dasar subjek sejarah bagi Ibnu Khaldun, Jesteru sejarah sifatnya mengajar agar jangan kita terciduk lagi buat kesekian kalinya. Inilah uslub al-Quran.

5. Isu kelebihan dan kekurangan taktikal abad ke enam belas rancak dibahaskan dalam facebook group ketenteraan lewat era PKP, masing masing mempunyai hujah dan mempertengahkan hasil bacaan dan kajian., kalau hati rapuh jangan cuba langgar idea orang, kelebihan penulis memanipulasi isu berjaya mencungkil otai-otai sejarah sehingga sebahagian perdebatan turut disisipkan dalam buku ini.

6. Pendedahan catatan barat tentang penjarahan Potugis agak mengejutkan, mukasurat 121:

“… Portugis merampas 3,000 pucuk Meriam yang mana 2,000 adalah diperbuat dari gangsa. Meriam-meriam tersebut adalah dari pelbagai saiz dari rentang dan cetbang, lela dan meriam sederhana. Portugis mengakui meriam-meriam ini berkualiti seperti Meriam-meriam buatan Jerman ….. Portugis juga merampas 5 ribu laras senjata api jenis arquebus atau musket…”

7. Fakta kekuatan yang ditulis pihak lawan adakalanya jujur dan berintegriti. Pelbagai persoalan dilontarkan penulis saat Melaka digegar Portugis, kemanakah armada laut Melaka? dimanakah Mendam Berahi? dimanakah fungsi meriam seribu pucuk keliling kota, dimanakah istinggar, terakol hingga istana Melaka hangus tidak bertugu?. Semuanya pasti mempunyai jawapan ..hanya jika anda mahu membaca.

8. Menyelesaikan pembacaan berharga ini, saya mencadangkan kesimpulan, memiliki peralatan tidak menjamin kejayaan. Melainkan kena ada ilmu untuk kegunaan, penguasaan, kemahiran penyelenggaraan dan jaminan bekalan. Jangan sampai terciduk lagi kerana “(orang beriman) tidak akan masuk ke dalam lubang dua kali”

"لا يلدغ المؤمن من جحر مرتين"


Abu Razeen
Kalau runtuh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa hamba hamba berikan.

#aburazeenbookreview