Sunday, April 26, 2009
Kuala Lumpur International Book Fair 2009
Semalam hari terakhir pameran buku antarabangsa ala-ala makrad kutub di cairo, boleh laa menambah stok buku kat rumah. Majoritinya orang Melayu, budak sekolah family, tapi bagi pendapat saya kalau nak bawa budak kecik eloklah bawa selain dari hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sebab orangnya Tabarakallah, 'belaga tumit' kata orang utara (simpulan bahasa utuk orang yang terlalu ramai), target saya nak beli buku untuk saya dan cd belajar interaktif untuk anak. buku saya dapat laaa (nanti akan diulas dalam post akan datang jika sempat) yang cd interkatif pulak tahun ni macam kurang sikit, mungkin sebab saya datangpun hari terakhir. Sebagai anekdot pameran kali ni saya sertai seminar sastera islam populer yang disertai oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah (pengkritik dan pemerhati politik, mula kenal dia dalam astro awani sewaktu pilhanraya kecil baru-baru ni) HabiburRahman As-Syairazi (Penulis ayat-ayat cinta) dan Faisal Tehrani (Penulis tersohor, tak kisahla walau dia syiah sekalipun tapi sekurang-kurangnya dia seorang penulis yang sedang mendapat tempat dalam sastera Islam sekarang)kalau ikut susunan gambor dari kiri Dr Abu Hassan, Habiburrahman tn pengerusi dan Faisal Tehrani.
Yang penting bagi saya adalah, peranan penulis Islam untuk bangkit berjuang menerusi perbagai genre tulisan sebagai dakwah, isi ruang yang ada untuk menangani masalah murtad. tulisan haruslah dapat menambat hati golongan pembaca dan semestinya populer, jadikan tulisan kita sampai peringkat pembaca nakkan ilmu bukan sekadar cerita semata-mata. banyak lagi laa tak larat nak citer.
Gambar kedua pulak saya ada terserempak dengan sorang hamba Allah ni, boleh dikategori sahabat seperjuangan tapi bertugas di media arus perdana. not sure budak selangor atau KL tapi pernah dalam PMRAM sekali obses dengan penulisan sastera Islam kalau nak kenal budaknya alamat blog dia saya masukkan dalam shoutbox.
Sorang lagi sahabat masa pi makrad kutub cairo 2006 khairul namanya dulu kerja dengan ibook la ni buat MA di UPM dan ngajor kat USIM, seronok dapat jumpa kawan ramai-ramai.
Subscribe to:
Posts (Atom)