Roadshow Tn Guru Kiyai Zulkifli M. Ali LC-Dr Indonesia (Mudir Madrasah An Nabawiy, Sumatra Barat) 17/2/2015 Selasa Malam 7.30 malam Masjid Sri Dayong, Sri Medan Batu Pahat Johor.
Pra: Hati bagai ditarik tarik untuk hadir mendengar mutiara ilmu,
meskipun di daerah asing se-hulu Sri Medan, Batu Pahat. Lalu Allah susurkan
perjalanan ilmu ini dengan kenderaan dan expertise- shortcut-jalan-kampung
sehandal Cikgu Mohd Nuh dan kuda Exoranya. Meskipun lebuhraya seawal Skudai ke
Yong Peng Utara bak kelajuan himar layaknya (balik kampong raya cina), tetapi
Allah sampaikan jua. Kuliah dimulakan pada jam 8.02 minit dan Alhamdulillah
punggung ini dilabuhkan dalam Masjid pada jam 8.20 minit. Lewat 18 minit.
Apapun Alhamdulillah, mana yang dapat itu yang dapat disajikan, demi
menyampaikan …walau satu ayat yang disabdakan oleh Rasul SAW.
1. Pada zaman sebelum datangnya hari qiamat akan berlaku keadaan aman
sehingga serigala yang paling buas sekalipun tidak akan makan domba biri biri,
begitu amannya dunia. Seorang wanita berjalan kaki seorang diri dari kediaman
menuju ke Makkah tanpa pengawal seorang diri, dia pulang dalam keadaan aman,
kerana kondisi manusia, satu lelaki 50 wanita, kemana perginya lelaki. banyak
lelaki akan meninggal dunia.
2. Nabi mengatakan jangkamasa sejak baginda diutuskan sampai umat Islam
ini akan berakhir, adalah antara 1400 tahun sampai 1500 tahun hitungan hijriah,
dan ini tidak akan sampai kesitu. Kita berada dalam tahun 1436H. Hitungannya hijriah.
Antara 1400 ke 1500. Dalilnya Nabi bersabda “Umur umat ku adalah umur umat
Yahudi dikurangi dengan umur umat nasrani”.
3. Antara Nabi Musa dengan nabi Isa ada 2000 tahun
ini menurut sejarah, antara Nabi Isa dengan Nabi Muhammad itu ada 600 tahun. Sementara
zaman Nabi Musa ke Nabi Isa itu disebut agama Yahudi dan zaman dari Nabi Isa ke
Nabi Muhammad disebut agama Nasrani.
4 Ertinya 1400 tahun sahaja, yang dimaksudkan dengan
nabi adalah hitungan Hijriah bukan Miladiah, beza antara Miladiah dan Hijriah,
Miladiah ada 10 hari lebih dari Hijriah, ertinya 1400 di kali 10 hari dari setiap
tahun hijriah. maknanya 14000 hari maknanya 360 dibahagi menjadi 38 tahun. 1400
kita tambahkan 38, 1438 sekarang 1436H, ini tidak beza banyak, boleh jadi lebih
sikit. Begitu juga 600 tahun mungkin ada kurang sedikit. Ini umur umat nabi
Muhammad SAW, lalu sekarang kita masih rasa aman?.
5. Ada sebuah lagi Hadis umur umatku menurut Allah
adalah satu hari lalu Allah menambahkan setengah hari lagi, supaya umatku tidak
menjadi lemah kerana Allah menambahkan umur umatku setengah hari lagi. Satu
hari menurut Allah adalah sebanyak 1000 tahun sepertimana dalam surah Sajdah
ayat 5:
6. Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi
melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari
langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang
berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu hari
kadarnya (masa yang dirasai oleh orang-orang yang bersalah) seribu tahun (banyak
bilangan tahunnya) menurut hitungan masa kamu yang biasa.
7. Satu hari menurut Allah kalian menghitungnya 1000
tahun, lalu Allah tambahkan setengah hari lagi iaitu 1500. Menurut para ulama’
umur umat Islam tidak akan samapai 1500 hijriah. Ada diantara kelompok yang
berani menerangkan dengan angka menerangkan 1 2 3:
1. Menurut Sheikh Ibnu Hajar Asqalani dalam umur umat
Islam 1477
2. Imam Nawawi umur mensyarahkan Sahih Muslim 1476
3. Imam Ibnu Rejab al-Hanbali 1400 tak sampai 1500
Saya belum ketemukan ulama’ terkini yang berani membuat
penetapan selain daripada penemuan mereka dahulu.
9. 1436H 41 tahun kita di hadapan, kita hanya
tersedia 41 tahun ke depan. Ini hitungan hijriah, bererti setelah nabi Hijrah,
hitungan setelah nabi Hijrah, padahal dihitung sejak nabi diutus menjadi Rasul,
ditolak 13, berapa tersisa, 28 tahun lagi dimana seluruh umat islam di muka
bumi akan meninggal dunia serentak. Itupun hanya 7, 8 atau 9 tahun sahaja. Ada 19
tahun lagi Yakjuj Makjuj akan keluar, banyaknya kejadian sebelum ini manusia
meninggal di muka bumi ini.
10. Urusan kita bukan percaya atau tidak percaya,
yang penting tahu dulu, yang yaqin silakan, tidak salah, seperti para sahabat
meyakini qiamat sudah hampir dengan mereka, Rasul tidak menyalahkan Sahabat.
Jestru kita lebih dekat dengan qiamat daripada para Sahabat, jadi tidak salah
kalau kita percaya kalau kita meyakini kiamat sangat dekat.
11. Yang haram yang menentukan adalah bila terjadinya
kiamat, yang kita bincangkan ini berakhirnya umur umat Islam, bukan tentang
bilanya tarikh kiamat. Nabi sendiri tidak tahu tapi tanda-tandanya Nabi sudah
beritahu, wajib kita pelajari, supaya iman kita sangat kuat, dan akan bertambah
hebatnya ibadah, sedeqah, berbuat baiknya kita … kerana sesudah ketahui hakikat
ini maka untuk apa kita berbuat jahat setelah kita ketahui bumi ini akan
berakhir.
Sambungan….. Umur Umat Muhammad 2
Post: Catatan ini adalah transcript tidak lengkap dari Fadhilatul Kyai
yang menyampaikan dalam Bahasa beliau, sebarang salah faham diminta kembali
merujuk kepada syarahan kyai yang telah banyak diupload dalam youtube. Boleh taip
Kiyai Zulkifli MA atau seumpamanya. Buku beliau telah habis dijual sebelum
sempat lokasi ke tiga dalam siri Roadshow ke Batu Pahat. Sehingga blog ini
ditulis kyai masih belum memulakan kuliahnya di Johor Bahru. Sesiapa ingin
maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Jamil Sri Medan. Untuk dapat nombor
kontak Ustaz Jamil sila emel kepada saya di aburazeen@gmail.com. Kesalahan pemahaman pembaca blog ini sekiranya berlaku adalah berpunca dari tulisan admin sendiri dan bukan dari kalam kyai. Wallahua'lam.