Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, April 20, 2022

MAK AYAH KSHR DAN KAHERAH

KHSR tu Kad Selamat Hari Raya

Beberapa gambar lama mengimbau kenangan masa lalu, ada gambar keluarga, masa belajar dan selepas kahwin.
Bersama dengan mak di lombong belakang jalan keretapi Kampung Pinang, Taiping
Ayahnda Zainudin di Taman Tasik Taiping, zaman beggie
Kad Selamat Hari Raya yang dibuat sendiri dulu-dulu, jenuh cuci kat kedai gambar. Ayah yang kreatif
Hadiah perkahwinan kami, masih ada lagi yang belum dipakai sampai anak ke enam, berkat keikhlasan pemberi hadiah
Majlis Konvokesyen tahun 1999, sempat ikuti sebelum balik diambang 2000
Masjid Husain dibelakang, kawasan ini dipanggil Husaiin bersetentang dengan Universiti Al-Azhar kampus induk di Kaherah
Didalam Masjid Al-Azhar, dibelakang menara mercutanda al-Azhar berpucuk kembar yang tidak dapat dilihat dek kesilapan pengambil gambar
Di Mahattah Jami' Al-Azhar tempat menunggu bas, yang ni nampak menara berpucuk kembar simbol Masjid Al-Azhar, tempat ni kami berulang alik ke kuliah dan mengejar bas

 Komputer IBM pertama dibeli dengan wang JPA, semua main pasang sendiri kat Mother board. Siap Bahas "Assignment" pakai PC ni lah yang beso gedabak dan berat nak mampoih.

Saturday, February 12, 2011

Nice Pic et Laketown Resort

Ok!. topik santai sikit, ni sempena cuti raya cina, bercuti balik ke kampung Taiping, terlajak ke Bukti Merah Laketown Resort, sekmoq hidop ni kali ke dua masuk dan kali pertama mandi kat situ, selalu mandi kat tasik merah ajer masa sekulah. Semua family member pergi tolak tokwan sebab dia kerja. Yang post ni semua pakai DSLR so gambor cantik sikit. terima kasih cik Salleh bin Hussin sahabat lama yang sudi sponsor DSLR dan tiket diskaun kat BMLR.. Kiki posing manje kat atas ....kecik kecik dah pandai pose!

Yang ni lepas mandi pakat mengkedarhah laksa, lapaq laaa pasai berenang, loncat, terjun, bjemoq sampai tengok redho luaihnya bukak mulottt. Bismillah tak?

Kiki close-up, tengah menung, kalau kamera henpon tak dapat cantik macam ni ...awatlaaa kiki menong ni, pikiaq masa depan kaaa.. kok ye pun bagi ayah pikiaq dulu, besok besok kiki pulak nooo.

Kiki lagi... dia ni lensa friendly, suka ambil gambar dia. gambar ni diambil setelah habis laksa koewtiaw mak ayah dan abang-abangnya dicukai kiki, ni tengah jalan-jalan nak pau air batu pulak.

Ok.. inilah acik Salleh tukang cameraman dengan Hannan, sebenarnya anak dia pun sama besar dengan hannan tapi PJJ juga, (percintaan jarak jauh) dengan bini dia kat Skudai.
Redo.. belagak hensem buat muka ketat dan kecikkan mulut, tok tengah suapkan kiki dalam erti kata lain kena pau...ha3

Hannan dah letih, sampai tetido ..ok bukan senang gambo sambil tido.. untuk ulasan cuti yang lanjut boleh browse ke http://myrazeen.blogspot.com/2011/02/hannan-balik-utara.html happy blogging