Wednesday, September 20, 2017

‘SADDU ZARAIK’ MENUTUP PINTU KEROSAKAN


Pra: Saat indah paling dinikmati, memerah otak, mencari kitab, membaca dan mencernakan makna kitab untuk dipresent. Things I love most ;) . Routine sebagai research officer adalah membaca kitab, menterjemah. Kali ini ia jadi tugas rasmi. Masa jadi peguam persekutuan, tak sempat langsung nak go deep. Tapi dah jadi RO, bagai mengantuk disorong bantal. Masuk library ajer rasa macam nak tidur situ. OK. job pertama kertas kerja YAA Datuk. Alhamdulillah selesai. Pada masa yang sama saya kongsikan kitab-kitab yang terpaksa di godam untuk mendapatkan masterpiece ini.

Bedah buku
Al-Mudkhal Li Dirasatil Syariatil Islamiah
"Mendalami Pengajian Syariah Islamiah"
Dr Abdul Karim Zaidan
Muasasah Risalah. Beirut.1999

1. Menyelami buku ini sewaktu melengkapkan tugasan kerta kerja Konsep Pelaksanaan Bayaran Denda Bagi Kes Perceraian Di Luar Mahkamah oleh Yang Amat Arif Datuk Mohd Radzi Bin Haji Abd Latif. Ketua Hakim Syarie Melaka. Pelaksanaan C.S.Penalti di Mahkamah Syariah Melaka. Antara isi kandungan kertas tersebut adalah penggunaan kaedah ‘Sad al-zarai’’  sebagai langkah deteren terhadap pihak suami dari menggunakan kuasa talaq secara sewenang-wenangnya.

2. Petikan dari kertas kerja tersebut: Apabila seorang suami telah melafazkan cerai tanpa kebenaran Mahkamah atau luar Mahkamah, persoalan mengenai keesahan cerai tersebut adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Mahkamah. Tindakan lafaz tanpa kebenaran Mahkamah mendatangkan banyak kemudaratan kepada isteri dan ini adalah salah satu bentuk deraan ‘gantung tidak bertali’. Diatas ruh ‘dar’ul mafasid’ atau menghalang dari kemudaratan yang berpanjangan maka pihak berkuasa telah menetapkan tujuh hari bagi salah satu pihak membuat pendaftaran di Mahkamah. Seksyen 57 Enakmen yang sama memperuntukan seperti berikut:

(1)    Walau apa pun seksyen 55, seseorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.

(2)    Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.

(3)    Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 125-

(a)           membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq;
(b)           merekodkan perceraian itu; dan
(c)           menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

3. Peruntukan Seksyen 57(3) mengikat tindakan Seksyen 125 setelah lafaz cerai disabitkan. Seksyen 125 adalah tindakan pihak berkuasa bertujuan mengekang pihak suami dari menggunakan hak sedia ada secara sewenang-wenangnya. Tindakan ini diharuskan oleh fuqaha’ berdasarkan kaedah ‘sad zara’I’  Tindakan pencegahan dalam bentuk hukuman denda atau penjara disebut sebagai penalti di dalam Bahagian 9 En.12/2002.  Secara spesifik seksyen 125 dinyatakan seperti berikut:

125. Seseorang lelaki yang menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dalam apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan pemenjaraan itu.
4. Peruntukan penalti yang memberi kuasa denda tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kombinasi kedua-duanya dikanunkan untuk memberi pengajaran. Pelaksanaan penalti dalam undang-undang keluarga menjadikan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah terpakai secara prosedurer.


5. Hukuman penalti ke atas pelaku atau suami yang menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah adalahbertujuan menyekat kerosakan yang terhasil akibat perbuatan suami tersebut.  Tindakan pemerintah meletakkan/mengkanunkan hukuman, itulah yang dipanggil ‘saddu zaraik’.

6. Saddu zarai’ secara istilah sesuatu  jalan yang mendorong kepada haram dan kerosakan adalah jalan haram dan wajib untuk disekat dan menahannya selama mana ia membawa kepada kerosakan. Tetapi sekiranya jalan itu membawa kepada amalan yang dituntut dalam syarak, maka jalan itu adalah yang dituntut. Maka zaraik menyekat dan menahan apabila ada akibat kerosakan dan wajib dibuka apabila memberi akibat yang bermunafaat.

7. As-Syaukani menyatakan masalah atau perkara yang pada lahirnya dibolehkan namun akan mengantarkan kepada perbuatan yang dilarang  itulah zaraik. Manakala As-Syatibi menyatakan bahwa ia adalah menolak sesuatu yang boleh  agar tidak membawa kepada sesuatu yang dilarang.

8. Saddu Zaraik menggunakan dalil Quran antaranya Surah al An'am:


لَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬‌ۗ 

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan" [Al-An'am: 107]

9. Ayat ini merupakan larangan Allah untuk kita mencerca sembahan agama lain, kerana sekiranya itu berlaku, maka orang mushrik akan mencerca Allah, meskipun sembahan mereka itu tidak memberi kesan dan mudarat sekiranya dicerca sekalipun, bahkan menjadi mudarat sekiranya dibiarkan tetapi perbuatan kita yang memulakan cercaan akan mendatangkan balasan dari mereka. Cercaan mereka akan menjadi bertambah buruk dan mungkin akan mendatangkan ketidakamanan sesama masyarkat. Tetapi ini tidak bermaksud kita dilarang terus dari membincangkan bab ketuhanan orang musyrikin, cuma tidak boleh cerca. Begitu juga dari Surah Al-Baqarah


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقُولُواْ رَٲعِنَا وَقُولُواْ ٱنظُرۡنَا وَٱسۡمَعُواْ‌ۗ 

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya)" [Al-Baqarah: 104]

Abdul Karim Zaidan, Al-Mudkhal li Dirasatil Syariyah Islamiah m.s 171 Muassasah Risalah. Beirut 1999 [R Na.31ABD]

10. Ayat ini memberi erti Allah melarang orang Islam berkata pada nabi 'raaina' kerana kaum Yahudi apabila mahu bercakap dengan Nabi, mereka menggunakan perkataan tersebut dengan maksud merendahkan martabat Nabi sepertimana yang diketahui makna perkataan dari segi bahasa. Maka Allah datangkan larangan ini sebagai satu sekatan dari kemudaratan. Mudarat dari segi merendahkan martabat Nabi dari segi panggilan dan percakapan. 


11. Manakala dari segi sunnah Nabi SAW telah melarang 'ihtikar' atau embargo, juga dikenali dengan sebagai aktiviti menahan barang jualan tunggu sampai harga naik baru jual. Meskipun berjual beli hukumnya harus, tetapi aktiviti menahan penjualan itu dilarang.  Larangan ini membentuk saddu zara'ik. Begitu juga dengan Nabi melarang pemberi hutang menerima hadiah dari penghutang, ini sebagai sekatan dari urusniaga riba.


Post: New Life New Rival, memulakan azam baru maghrib ni 1 Muharrram 1439H. akan siapkan master, banyakkan membaca, defeat kelemahan yang ada. beli rumah di Johor. Semoga Allah berkati.