RAYA HAJI SARAPAN PAGI MAKAN HATI
(3 ISU POST EMBARGO AIDILADHA)
1. Kita mungkin biasa mendengar Nabi makan sebelum keluar untuk solat
raya Aidilfitri, tapi pernah kita dengar Nabi melewatkan sarapan pada hari raya
Aidiladha?. Ini berdasarkan hadis Buraidah, “Nabi tidak keluar solat hariraya
fitrah sehingga makan terlebih dahulu, manakala pada hariraya qurban, tidak
makan sehingga kembali, maka baginda makan dari sembelihan qurban” [Ahmad]
2. Ini kerja menghidup sunnah yang ditinggalkan. Sejujurnya saya baru
tahu. Di ta’kidkan amalan ini dengan nas dalam kitab Majmuk Jilid 5 Bab Solat
Aidain. Cuma waqi kita di Malaysia perlu diubah. Solat hari raya pada waktu
afdhal iaitu selepas waktu tahrim atau 20 minit selepas waktu syuruq.
Kalau tengok kalender syuruq untuk 10 Zulhijjah 1441H adalah jam 7:02 pagi.
Makanya 7.22 @ 7.30 dah boleh solat Eid.
3. Sekiranya Solat Eid dan khutbah ambil masa 30 minit, maka sembelihan
dah boleh mula 8.15. Purata masa yang diambil untuk mengerjakan daging qurban
adalah 1 jam, termasuk tumbang-sembelih-hayat mustaqirrah-kerat-lapah-agih.
9.30 dah boleh mula masak. Biasa Masjid masak sup, kalau hati dimasak sup
mungkin lain rasanya, boleh ubah selain sup, buat masak kicap pun sodap. Kita
ambil pendapat Sunnah Nabi yang berkorban akan memakan hati haiwan kurbannya
itu.
4. Isu pertama yang timbul adalah suasana Malaysia yang solat hariraya
start 8.30. Mungkin kita boleh ubah dengan kuasa siaraya pejabat agama atau
asatizah ranger yang ada. Adatnya pak imam buat tahlil dan do’a selamat
sementara nak tunggu peserta kurban semuanya hadir, itu harus jika orang
kampung yang nak rewang balik rumah dulu tuko baju, sarapan mamak dulu baru
datang balik ke masjid. Perkara ini perlu diubah.
5. Isu kedua, nak menukar tabiat makan setahun sekali memang sukar,
selalu kita sarap seawal 7.00 pagi, kali ni nak ubah jadi 9.30 ke 10.00 pagi
tak ramai yang boleh tahan. Jadi kita sekadar ingatkan tentang sunnah ini,
pengecualian kepada orang yang Hipo, gastrik kalau tak makan tumbang pula, maka
ia wajib sarapan awal, nanti bukan lembu aja tumbang kena lapah, nanti orang
pun tumbang kena papah.
6. Isu ketiga, makan hati. Umum mengetahui tidak bagus untuk makan
organ dalaman haiwan, fakta ini disokong kajian saintifik dan tak kurang juga
mengaitkan dengan larangan nabi, sayangnya tidak terjumpa lagi nas secara
langsung nabi larang makan organ dalaman haiwan sembelihan, yang ada cuma
ulasan atau syarah ilmuan sahaja. (betulkan saya) Dalil Quran menyebut yang
haram adalah darah, bangkai dan babi.
7. Secara umum hadis Buraidah riwayat Bukhari tidak menamakan secara
khusus, bahagian haiwan sembelihan kurban yang mana yang dimakan Nabi, bila tiada
pengkhususan maka mana mana bahagian haiwan kurban yang lazim dimakan, jika
dimakan maka ia telahpun menepati sunnah Nabi.
8. Pendapat sunat makan hati, didokong oleh sebahagian ulama’ seperti
Imam Shafie dan lainnya. Pendapat ini berdasarkan hadis Buraidah juga, bahagian
matan awal hadis sama seperti riwayat Imam Ahmad, tetapi terdapat perbezaan
pada akhir hadis “... apabila pulang, baginda makan hati haiwan kurban tersebut”
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi ini direkodkan dalam Sunan Kubra
walau bagaimanapun lafaz ini di dhoeifkan oleh Imam Zahabi atas jalur
periwayatan.
9. Pengkhususan memakan hati
haiwan kurban terlaksana berdasarkan hadis diatas, disokong dengan sifat hati
itu sendiri yang secara adat merupakan anggota yang lembut, mudah diceraikan,
cepat masak dan mudah dihadam. Siapa pernah masak dan makan hati dia akan tahu,
tak kiralah masak kicap ka black pepper ka, cuma jangan makan terlalu kerap
atau banyak, kerana dikatakan nabi hanya makan sedikit sahaja. Wallahuaklam.
Abu Razeen
Dua Kupang Lima Det