Sunday, October 24, 2010

Islamic Fashion Festival 2010 the nightmare


Islamic Fashion Festival
Kuala Lumpur * Jakarta * Monte Carlo


Nur As-Salam 241010

Kuliah Subuh hari ini macam biasa menyelitkan perkara kontemporari supaya Jemaah tidaklah berkisar pada kitab dan kelompok Pulai Indah sahaja. Sememangnya Islam itu kaafah meliputi hal ehwal semua yang berkaitan Islam baik hubungan sesama Allah dan hubungan sesama manusia.

Muqaddimahnya Ustaz menyentuh tentang fesyen yang menghina Islam di Islamic Festival Fashion, amat malang sekali festival fesyen yang sepatutnya menunjukkan hakikat pakaian Islam telah diputarbelitkan oleh mereka yang bernama Islam. (yang dibawah ni saya bebel sendiri)

Kerana nak menunjukkan betapa Islamnya pakaian itu, maka nama Nabi Muhamad ditulis atas pakaian di bahagian dada model yang tidak menutup aurat lagi seksi, mungkin kalau yang ditulis itu atas kasut buatan orang kafir maka akan menempelak sakan umat Islam di Malaysia, kalau yang jumpanya atas kain yang dijual, nescaya dirampas oleh penguatkuasa agama atau kementerian dalam negeri atas alasan menghina Islam.

Tetapi keadaan menjadi sebaliknya, kerana dalam isu kali ini bukan calang-calang orang yang merasmikannya. Penaung yang kemudiannya menafikan pengetahuannya terhadap pakaian yang akan diperagakan atas pentas pada hari tersebut. Lebih malang lagi ada pula hubaya-hubaya bergelar/digelar ulama yang meminta supaya penaung tersebut tidak dihamun sebaliknya ditegur dengan penuh kebaikan.

Saya setuju jika si penaung patut ditegur dengan baik, tapi saya lagi sokong jika “ulama” tersebut dikecam kerana tidak mengambil tanggungjawab dalam menasihatkan si penaung terlebih dahulu sehingga berlaku perkara yang tidak disangka-sangka sebegini. Bukankah hak kita untuk membantu satu sama lain waimma orang kena zalim ataupun orang yang zalim. Oh ya!, saya kira sang “ulama” tersebut telahpun menasihat tapi orangnya tak makan saman sebab sampai la ni dia tak tutup aurat. Harap si ulama tidak mengalah untuk terus berdakwah. (sangka baik)



Jadi saya sokong sangat macam dalam surat khabo BH hari ni yang ada orang cadangkan supaya dalam parti diwujudkan Majlis Ulama dengan beberapa kuasa eksekutif dalam organisasi. Bila dah tertubuh nanti barulah kumpulan ulama yang masuk sebelum mereka sempat didakwa dari pertuduhan mengajar tanpa tauliah tak lama dulu boleh berfungsi. Semoga dengan bahtera perubahan yang dibawa oleh ulama tersebut akan membuka mata semua orang dalam organisasi tersebut.

Ulama perlu dalam semua keadaan dan tempat untuk menyampaikan amanah ilmu, saya sesekali tidak pernah menganggap kemasukan ulama dalam politik ala asabiyah adalah merendahkan martabat mereka. Asalkan mereka tidak terjerumus sama dalam jerumun politik sempit yang menjual agama dengan harga yang murah. Kan tegur menegur itu tanggungjawab ulama dan semua orang. Kalau kita tak boleh tegur, jangan dengki dengan mereka yang dengan rela hati bergaul dengan masyarakat.

Ustaz buka kitab Bahrul Mazi dalam bab 8, berkenaan dakwah adalah menjadi tanggungjawab ulama, selepas memberi tahu tentang amaran ‘tanzir’ barulah beritau ‘busyra’ bukannya menjadi pak turut kepada pemimpin yang menyalahi zahir nas.

Tuesday, October 19, 2010

MENILAI DUA SISI PEMIKIRAN


Pra - Sebenarnya lama sudah saya memikirkan mesej perpaduan antara sufi dan salafi (ada kawan marah guna 'salafi') takpalah saya guna terms salafi juga, kalau bubuh ahlussunnah umum sangat, kalau bubuh wahhabi pun tak kena juga. Pasal terms pun orang berbalah, biaqpila kat depa. So mulai thread ini dan selepas-selepasnya kalau mana-mana artikel yang membawa mesej perpaduan antara kelompok yang berkhilaf ni saya akan masukkan dalam blog ni, bukan sahaja sebagai modal saya nak ceramah nanti, bahkan juga untuk tuan puan ambik munfaat memikirkan aulawiyat zaman ini. artikel potong dan tempek dari http://al-fikrah.net/index.php?name=News&file=article&sid=992 .

MENILAI DUA SISI PEMIKIRAN

Mungkin boleh saya katakan yang saya bersyukur kerana mendapat pendidikan dari dua sisi pemikiran yang berbeza. Berbanding rakan-rakan yang lain, saya telah didedahkan dengan pemikiran liberal, pluralism dan Falsafah melalui wacana-wacana dan juga bahan bacaan. Namun dalam masa yang sama, saya juga terdedah dan terbiasa dengan pemikiran Islam yang dimetodkan “Salaf” dalam menjalani kehidupan islami saya.

Menjadi sebuah kurnia juga, apabila kedua-dua jalan pemikiran ini mementingkan sumber dan rujukan untuk setiap perkara. Walaupun kedua-dua pemikiran ini sangat berbeza, malahan masing-masing berlepas diri dan memusuhi antara satu sama lain ia tetap menjadi rahmat kepada saya.

Perubahan sangat ketara apabila saya sampai di Jogjakarta. Terlalu asing bagi saya apabila pemikiran selain dari jalan fikir Islam bermetodkan “salaf” tidak dialu-alukan dalam membincangkan sesuatu perkara (hal ini berlaku juga di Malaysia). Permusuhan yang besar terhadap ilmu dan jalan fikir yang lain sehingga menafikan kebaikan yang ada pada jalan fikir tersebut, saya melihatnya sebuah kerugian yang besar.

Tatkala saya berbicara tentang Muhamaad Assad dan legasi pemikirannya, disamping mengetengahkan idea-idea Tariq Ramadhan dan Rasyad Khalifa. Seolah-olah saya mempromosi pemikiran yang sessat malahan batil dalam memahami Islam. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa, penyakit memusuhi pemikiran-pemikiran ini telah banyak dijangkiti oleh mereka yang mengaku sebagai pembawa bendera al-Quran dan Sunnah, sama ada di Malaysia mahupun di Negara lain.

Kita semua mengakui bahawa metod dan jalan yang ditempuh para Salafusoleh adalah jalan yang paling benar dan utama. Tetapi salahkah untuk kita berbicara, membaca, dan mengambil sisi-sisi yang positif dari kalangan pemikir yang berbeza dari Salaf?

Saya pernah memberi analogi mengapa saya turut membaca karya-karya Liberalis dan Orientalis sebagai wacana pemikiran saya kepada rakan. Kata saya, “Salahkah kita untuk memahami pemikiran jalan-jalan orang yang menyalahi jalan para salafusoleh semata-mata untuk mencari jalan untuk membawa mereka ke jalan pemikiran yang benar? Misalnya anggota Polis. Sebagai Polis, mereka terpaksa untuk memahami dan belajar cara fikir penjenayah agar membolehkan mereka mematahkan setiap rancangan dan strategi penjenayah. Atas dasar itulah saya dan beberapa rakan lain, yang cuba memahami cara fikir mereka.”

JANGAN TAKLID

Ungkapan “Jangan bertaklid” sering bermain di bibir tetapi sejauh mana ungkapan tersebut berguna atau tidak, tidak ada siapa pun tahu. Persoalan ini timbul dan sering bermain di kepala saya, “Siapa yang taklid dan siapa yang tidak taklid?” Saya mengakui bahawa tidak ada manusia yang ma’sum dan sempurna selain Nabi Muhammad Shallahu-alaihi wasalam, sepertimana yang sering diungkapkan oleh ulama-ulama salaf, “Perkataan sesiapa pun boleh ditolak dan diterima, kecuali perkataan Rasulullah shallahu-alaihi wasalam”. Tetapi dalam masa yang sama sebagai “Tolabul Ilmi” dan pencinta ilmu, sedikit sebanyak tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada beberapa orang Ulama yang tidak selari dengan mereka, misalnya Dr Yusuf al-Qardhawi mengguriskan hati saya.

Ia bertambah lagi, apabila ada sebahagian rakan-rakan pengajian dan para Asatiz melihat akidah orang itu dan orang ini batil atas dasar beberapa kesalahan dan kesilapan. Apabila ditanya, mereka menjawab dengan membawa rujukan-rujukan dari Ulama yang sering mereka rujuki. Sedangkan mereka sendiri tidak pernah melihat dan membaca sendiri apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dan tulisan ulama tersebut sendiri. Adakah mereka sendiri bertaklid, kemudian bertaklid kepada taklid yang sudah ada?

Hal ini sesuai dengan syair yang pernah diucapkan oleh orang-orang arab apabila seseorang yang jahil mengkritik orang yang ‘alim.

“Dia berjalan ke timur, dan kamu berjalan ke barat, Sungguh amat jauh jarak antara timur dan barat.”

Kesanggupan saya membaca buku “Road to Mecca by Muhamad Assad”, “Hanya tuhan mengenal tenteranya by Khalid”, “Catatan harian Abdul Wahib”, “Western Muslims and the Future of Islam by Tariq Ramadhan”,“Quran, Hadith, And Islam by Rasyad Khalifa, “Khazanah Intelektual Islam by Nurcholis Majid” dan beberapa buah buku lain yang saya sudah lupa tajuknya,adalah semata-mata untuk melihat nilai ilmiah dalam buku tersebut telah membawa kesimpulan kepada saya. Bahawa banyak nilai-nilai ilmiah dan positif yang boleh diambil untuk percambahan idea dan wawasan pemikiran.

Manakala untuk Dr Yusuf al-Qardhawi pula saya juga menyanggupkan diri untuk membaca buku, “Pemikiran Dr Yusuf al-Qardahawi dalam Timbangan” dan Membongkar kedok al-Qardhawi” tetapi apa yang saya temui hanyalah celaan dan kritikan yang membuka aib seorang Ulama besar seperti beliau. Saya tertanya-tanya adakah orang yang menulis buku-buku ini sudah memberi hasil koreksi mereka kepada Alamah Yusuf al-Qardhawi? Malahan yang paling mengecewakan apabila ada seorang Ulama’ lain menggelar beliau sebagai anjing! Nauzubillah.

Al-Hafiz ibn Rajab al-Hanbali ketika mengomentari hal kritik dan celaan terhadap para ulama dalam kitabnya al-Farqu Baina an-Nashihah wat- Ta’yir berkata, “Barangsiapa yang diketahui bahawa kritikannya terhadap para ulama bertujuan untuk memburukkan, menghina, dan menampkakkan aib dan cacat seseorang ulama, maka dia harus mendapatkan teguran agar dia dan orang-orang sepertinya merasa insaf dari perlakuan yang haram ini.”

Saya mengakhiri kritikan ini dengan syair arab yang saya ambil dari buku “Syaikh Al-albani dihujat” oleh Ustaz Abu Ubaidah pada halaman 120 yang bermaksud:

“Lautan yang dalam tidak akan terganggu, Hanya kerana lemparan batu dari si anak kecil,”
“Walaupun seluruh makhluk melempari bintang, Lemparan itu tidak akan sampai ke bintang.”

KRITIKAN SEBAGAI SARANA

Semasa dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Kepimpinan Mahasiswa dari Perspektif Islam” di Sekolah Tinggi Kesihatan Madani Jogjakarta (Seperti kolej-kolej kejururawatan di Malaysia) antara tajuk ceramah saya ialah Kritikan dan Sarana.

Mungkin kritikan yang saya tulis ini seolah-olah saya memusuhi manhaj kesayangan saya ini. Tetapi ketahuilah, saya mengkritik kerana saya melihat kondisi para pembela dan pengikut manhaj Salaf terlalu selesa, sehingga mereka beranggapan bahawa tidak ada cacat cela pada diri mereka.

Sedangkan, mereka tidak sedar bahawa pendekatan mereka tidaklah sebaik mana para bid’ah yang menonjolkan akhlak mereka dengan akhlak Rasulullah. Sekali lagi saya tekankan bahawa, manhaj Salafusoleh adalah metod yang paling benar, tetapi mereka yang membawa dan mengikuti manhaj ini yang saya kritik.

Kritikan ini tertuju kepada pendekatan mereka dalam menyampaikan agama. Saya bersyukur kepada Allah kerana saya berkesempatan untuk merasai dan mengalami masa-masa agresif semasa mengikut manhaj mulia ini. Maksud saya di sini ialah, pendekatan yang agresif dalam mempromosikan sunnah di kalangan masyarakat awam kadangkala saya melihatnya terlalu mendesak. Saya katakana sebegini, kerana saya juga berada dalam golongan ini sewaktu masa dahulu.

Tetapi masa, pembacaan dan diskusi yang sering saya lakukan antara rakan-rakan dan mereka yang lebih berpengetahuan. Saya melihat desakan dan ketergesaan ini sebenarnya membawa lebih padah dari kebaikan. Tidakkah berhati-hati dan cermat itu lebih diutamakan dari tergopoh-gapah?

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam, “Bertenang-tenang itu dari Allah, dan tergesa-gesa itu dari Syaitan” (Hadith direkodkan Imam Tirmidzi dan beliau mengatakan bahawa hadith ini adalah hadith Hassan Gharib)

Mendidik masyarakat agar kembali kepada manhaj salafusoleh (berpegang kepada al-Quran dan Sunnah di atas kefahaman para salafusoleh) dalam beragama haruslah dengan beransur-ansur dan berhati-hati. Sikap ini lebih mendatangkan kebaikan dari keburukan. Hal ini juga pernah disentuh oleh al-Imam Yusuf al-Qardhawi, katanya, “Meraikan sunnah secara beransur ialah kita memerlukan objektif dalam perlaksanaan ini, dalam masa yang sama untuk mencapai objektif ini kita harus menggunakan cara yang halus dan berhati-hati.”

Kisah yang masyhur tentang masalah ini ialah peristiwa yang berlaku antara Khalifah rasyidin yang kelima iaitu Khalifah Umar ibnu Aziz dan anakandanya Abdul al-Malik. Selepas menyerahkan jawatan Khalifah kepada anakandanya iaitu Abdul al-Malik. Anaknya itu telah menghapuskan kezaliman, kerosakan dan penyelewengan sekaligus, tetapi menjadi masalahnya ialah tindakan beliau tidak mengambil sikap berhati-hati dan berfikir panjang impaknya pada masa hadapan.

Melihat keputusan dan tindakan drastik anaknya, Umar Ibnu Aziz berkata kepada Abdul al-Malik, “Jangan tergesa-gesa anakku. Sesungguhnya Allah telah mencela arak di dalam al-Quran sebanyak dua kali, dan kali ketiga barulah Allah mengharamkannya. Sebenarnya aku bimbang jika aku memaksa orang ramai supaya mengikuti kebenaran secara drastik, tapi akhirnya mereka meninggalkannya pula secara drastik, dan ini pasti akan menimbulkan fitnah yang besar kepada agama kita.”

Begitulah sikap yang harus diteladani dari kisah di atas. Para pendokong Sunnah di atas manhaj Salaf harus memuhasabah diri, dan mempelajari bagaimana para pembuat bid’ah dan Sufi sesat berakhlak. Saya tidak katakan yang saya membenarkan para pembuat bid’ah dan para Sufi sesat, tetapi yang saya sarankan ialah ambillah nilai sisi positif yang ada pada mereka iaitu cara mereka melayan, bercakap, dan bertelorenasi.

Tetapi secara prinsipnya, akhlak yang harus kita teladani ialah dari diri Rasulullah sendiri sepertimana firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21, “Sungguh telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik”



MERASAI NIKMAT MENGAMALKAN SUNNAH

Walaupun saya melihat beberapa keburukan kepada mereka yang hanya membaca dan mempelajari satu pemikiran. Tetapi kebaikan dan manfaat yang saya perolehi dari mengikuti manhaj Salaf sangat besar dan tak terhingga. Terlalu banyak manfaat dan kebaikan yang saya pelajari, dan semakin bertambah pula kefahaman saya terhadap al-Quran dan Sunnah di atas kefahaman salafusoleh.

Saya mengucapkan syukur tak terhingga kepada orang yang mula-mula memperkenalkan saya kepada pemikiran tulen yang bersumberkan dari Rasulullah ini. Namun dari sudut yang lain, saya sentiasa bersikap kritis dan akan sentiasa mengkritik mana-mana yang perlu demi kelansungan dakwah manhaj salafusoleh ini.

Saya menyarankan kepada semua pendokong sunnah agar terbuka dan sentiasa memberi kebebasan untuk berwacana dengan wacana yang berbeza. Malahan sentiasa terbuka untuk mengkaji pemikiran lain, dan menghormati pemikiran-pemikiran yang diluar dari kerangkan pemikiran salafusoleh. Menghormati tidak bererti kita membenarkan, tetapi menghormati mereka dengan cara menghujat mereka berdasarkan hujah-hujah ilmiah, insyaAllah.

Moga Allah sentiasa memberi kita ruang dan peluang untuk terus berkhidmat sebagai khalifah Allah dan seterusnya menjadi penyambung kepada perjuangan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam.

Saya mengkritik PEMBAWA manhaj Salaf bukan Manhaj Salaf. Rencana ini juga terbuka untuk kritikan. Kerana rencana ini adalah dari pemerhatian dan pengalaman penulis selama 4 tahun membawa manhaj Salaf.

Salam kritik dan saran,
Yussamir Yusof
Yayasan Pendidikan Islam al-Atsari,
Jogjakarta Indonesia.

post - kalau tuan puan perasan, dekat bawah blog saya ada saya attachkan blog salafi dan sufi untuk tuan puan nilai sendiri apa punca perbalahan dan titik kesamaan antara dua pecahan pendakwah malaysia masa kini, semoga ALlah menyatukan mereka dalam gerak gempur menghadapi musuh Islam luar dan dalam ...Ya Rabb

Monday, October 18, 2010

Kontroversi Tentang Holocaust


Pra: Yahudi lagi! maaf, minat saya untuk mengkaji tentang yahudi membuak-buak sewaktu meneliti kisah-kisah bani israel dalam surah Al-Baqarah, juga buku michael collin piper. Mungkin ini cara terbaik untuk mengenal musuh Islam dan mempersediakan anak cucu saya untuk lebih mengenali siapa musuh siapa kawan pada masa akan datang. Kali ini juga copy straight forward dari blok kawan 'thinking of book'. satu blog seorang pembaca buku dan pada masa yang sama pengusaha katering yang berjaya.

Kontroversi Tentang Holocaust

Namun banyak juga keraguan tentang peristiwa Holocaust ini. Ada yang menganggap bahawa Holocaust hanyalah satu hoax (tipu daya). Ada pendapat yang mengatakan bahawa Holocaust tidak pernah terjadi, tidak pernah ada rancangan untuk memusnahkan bangsa Yahudi termasuk pembunuhan di kem-kem konsentrasi.

Pengingkaran Holocaust atau ‘Holocaust denial’ adalah kepercayaan bahawa Holocaust tidak pernah terjadi. Enam (6) juta orang Yahudi yang dikatakan dibunuh oleh Nazi seperti yang selama ini tercatat dalam sejarah adalah propaganda belaka. Bahawa tidak pernah ada rencana terpusat untuk memusnahkan bangsa Yahudi, atau bahawa tidak ada pembunuhan di kem-kem konsentrasi. Mereka yang percaya akan hal ini biasanya menuduh bangsa Yahudi atau kaum Zionis mengetahui hal ini dan mengadakan konspirasi untuk mendukung agenda politik mereka.

Ini kerana Holocaust dianggap ahli-ahli sejarah sebagai salah satu kejadian paling banyak didokumentasikan dalam sejarah, dimana di dalamnya terdapat banyak fakta-fakta atau pandangan-pandangan yang dianggap tidak credible (tidak boleh dipercayai), sehinggakan terdapat organisasi-organisasi seperti American Historical Association mengatakan bahawa ‘Holocaust denial’ sebagai ‘at best, a form of academic fraud’.

Pernyataan ‘Holocaust denial’ secara umum adalah satu pelanggaran undang-undang di sepuluh negara Eropah, termasuk Perancis, Poland, Austria, Switzerland, Belgium, Romania, dan Jerman.
Holocaust denial consists of claims that the genocide of Jews during World War II—usually referred to as the Holocaust[1]—did not occur at all, or that it did not happen in the manner or to the extent historically recognized. Key elements of these claims are the rejection of any of the following: that the German Nazi government had a policy of deliberately targeting Jews for extermination as a people; that more than five million Jews[1] were systematically killed by the Nazis and their allies; and that genocide was carried out at extermination camps using tools of mass murder, such as gas chambers.[2][3]

Holocaust deniers generally do not accept the term "denial" as an appropriate description of their point of view, and use the term Holocaust revisionism instead.[4] Scholars use the term "denial" to differentiate Holocaust deniers from historical revisionists, who use established historical methodologies.[5] The methodologies of Holocaust deniers are criticized as based on a predetermined conclusion that ignores extensive historical evidence to the contrary.[6]

Most Holocaust denial claims imply, or openly state, that the Holocaust is a hoax arising out of a deliberate Jewish conspiracy to advance the interest of Jews at the expense of other peoples.[7] For this reason, Holocaust denial is generally considered to be an antisemitic conspiracy theory. (Source Wikipedia)

Dikalangan ilmuwan barat sendiri ada beberapa orang yang menyangkal kewujudan Holocaust, diantaranya Pengarang Perancis Roger Garaudy, Professor Robert Maurisson, Ernst Zundel dan David Irving.

Tetapi hampir semua yang menafikan kewujudan Holocaust ini dimasukkan ke dalam penjara. Ernst Zundel seorang penafi Holocaust dihukum 5 tahun penjara. Seorang peguam, Herbert Schaller, menghujah bahawa semua bukti tentang adanya Holocaust hanyalah berdasarkan pengakuan korban-korbannya saja, bukan berdasarkan fakta-fakta yang jelas. Ernst Zundel ini juga pernah ditahan pada tahun 1985 dan 1988 dalam kes yang sama. Penahanan ini bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh negara Barat tentang kebebasan berpendapat.

Jika Holocaust hanyalah sekadar tipu daya dan pembohongan, apa pula agenda disebaliknya?

Yahudi (Zionis Yahudi) tentu saja mengambil peluang dari pembohongan besar-besaran mereka ini. Mereka yang merasa menjadi mangsa kekejaman era Nazi kemudian menuntut tanah di Palestin, terus meminta ganti rugi kepada Jerman, meminta dana pembangunan daripada negara lain dan sentiasa memelihara isu Holocaust. Tak hairan lagi, Israel seringkali bersembunyi di sebalik Holocaust atas semua aksi keji dan biadab mereka!



Bilik Gas Beracun

Bilik gas memang terdapat di Auschwitz (Jerman). Namun, para penyelidik menyatakan bahawa bilik gas Zyklon-B tidak mungkin digunakan untuk membunuh manusia, melainkan untuk pengasapan pakaian untuk memusnahkan bakteria. Dari prosedur kesihatan inilah, mitos pembunuhan di dalam bilik gas muncul.

Arthur Butz menyatakan bahawa gas Zyklon-B tidak digunakan untuk membunuh manusia, tapi untuk proses menghilangkan bakteria pada pakaian dalam buku yang ditulisnya, ‘The Hoax of the 20th Century: The case against the presumed extermination of European Jewry’ pada 1975.
(The Hoax of the Twentieth Century: The Case Against the Presumed Extermination of European Jewry is a book by Arthur R. Butz. It has been seen as having formed the basis of much of the Holocaust revisionism movement, of those who deny that the Germans specifically targeted the Jews of Europe during World War II. It has been subject to a number of attempts to prevent its display at library events, and its importation to Canada. (Source: Wikipedia)



It was first published in 1975 by Historical Review Press (Great Britain). Professor A. R. Butz was the first (and so far the only) writer to treat the entire Holocaust complex from the Revisionist perspective, in a precise scientific manner. This book exhibits the overwhelming force of historical and logical arguments which Revisionism had accumulated by the middle of the 70s. This new edition comes with several supplements adding new information.

The first book to treat the central questions of the Holocaust allegation -- the evidence for a German extermination program, for mass killings by poison gas, and for the deaths of some six million Jews -- with academic rigor, The Hoax of the Twentieth Century created Holocaust revisionism as a discipline with its appearance in 1976.

Few professional historians could have devised the brilliant investigative strategy that is central to The Hoax: author Arthur Butz's focus on the information long available to the Allies on the operations of Auschwitz, a strategically important petrochemical center (Butz correctly surmised the existence of U.S. aerial photos of the camp years before it was admitted). The Hoax's several chapters on the question of Allied knowledge of Auschwitz have busied orthodox experts for nearly three decades with trying to explain how mass operations seem to have gone unnoticed for several years -- to no avail.

The Hoax remains at the center of the revisionist inquiry, valuable even in those few areas in which it has been superseded by subsequent revisionist research: a book that, especially in this handsome new design and printing, needs to be read, and re-read, then read again, by every serious revisionist.)

Pada Mei 1988, Dr. David Irving seorang pakar sejarah Britain yang mengkhusus dalam kajian Perang Dunia Kedua membentangkan laporan yang dibuat oleh Fred A Leuchter, seorang pakar rekaan dan peniruan alat membunuh, termasuk bilik gas beracun. Leuchter yang mengkaji dan mengambil sampel dari bilik kem tahanan Auschwitz, Birkenau dan Lublin menegaskan tiada proses menyalurkan gas beracun berlaku.

Malah, apa yang mengejutkan Leuchter, tiada sebarang kesan beracun sianida dikesan dalam sebarang bilik kem terbabit. Kajian juga menyatakan sejenis racun yang didakwa digunakan untuk membunuh Yahudi, Zyklon-B, sebenarnya hanya digunakan untuk membunuh serangga. Ini kerana Zyklon-B meninggalkan kesan yang tidak boleh hilang meskipun selepas beratus tahun dan kajian tidak menemui kesan ketara penggunaan racun itu.
post; sememangnya musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk melemahkan kita, tetapi kita pula selalu leka dengan perkara ranting sesama sendiri, leka dengan pendapat sendiri dan menafikan pendapat orang lain, saman menyaman atas kepentingan pribadi, melupakan aulawiyat. semoga Allah memelihara diriku dan keturunanku dari jahil tidak memahami keutamaan dalam hidup.

Monday, October 11, 2010

Mengucap dulu sebelum naik kenderaan



1. masa kejadian berlaku, redho dan razeen dalam holiday trip ke Melaka, tertahan nafas kejab dengar berita ni , nasib baik jadi kat Negeri Sembilan, Ya Allah selamatkanlah anak-anak ku.. trip pertama holiday tanpa ditemani ibu bapa.

2. Saya menjadi penumpang bas ekspress dengan setianya selama 4 tahun berulang alik Shah ALam - Johor Bahru, sebelum naik bas macam-macam fikir.. terutamanya masa nak pilih seat, selalunya saya pilih single seat dan sebelah depan belakang driver kalau boleh. FIkir lagi, kalau belakang driver, apa-apa jadi mesti driver nak selamatkan dirinya so simple hipotesis belakang driver boleh selamat.

3. Tapi belakang driver takde single seat, terpaksa ambik seat selepas pintu naik, tapi kalau eksiden selalunya belah depan depan pintu selalu hancur. Ambik seat tengahlah.. tapi kalau bas melintang tengah jalan seat tengah ni macam sitting duck pulak.



4. Duduk belakang, macam rasa naik kapal, terumbang ambing bunyi enjin tak hengat, kadang-kadang panas enjin sampai ke bontot, lagipun kalau eksiden dari belakang parai jugak... mana aku nak duduk nie?

5. So selama 4 tahun berulang alik, saya serahkan kepada Allah, duduk kat mana pun kalau nak kene tu kene juga. tapi pilihan saya semestinya single seat depan atau tengah. Kalau double seat kurang privacy, tambah tambah terkena bukan muhrim bahaya weh!.



6. Semasa hampir raya haritu Surau Nurussalam buat bengkel selepas terawih, ada perbincangan pasal balik kampung dengan jemaah saya tertarik dengan cadangan seorang jemaah tu, dia cakap sekarang ni kalau nak balik kampung aje, naik kenderaan kena baca syahadah, manalah tahu eksiden ke, sebab sekarang ni rakyat malaysia banyak mati kat jalan aje. kat negara Islam lain mati berjihad kita mati kat jalan...

7. Kemudian baru ni semasa sembang dengan seorang hamba Allah (penjual jajan depan sekolah kebangsaan kangkar pulai, macamnye karkun aje) dia cakap dalam kenderaan dia tak suka buka radio sebab manalah tahu eksiden nanti akhir pendengaran kita adalah lagu-lagu yang melaghokan, takut suul khatimah. Bagus juga nasihat pakcik ni semoga ALlah memberinya pahala atas nasihat atas iman dan amal.



8. Dalam kereta saya ada cd quran dan nasyid (maher zain, hijaz orchestred, etc) so, sejak lepas ramadhan dan setepatnya lepas terima nasihat pakcik tu saya dah jarang-jarang dengar radio komersial sangat, unless nak cari berita, radio utama sekarang adalah talian 106.25 radio IKIM bagi kawasan Johor Baru. Semoga kalau ditakdirkan hayatku diatas jalan, pendengaran terakhir adalah perkara atau seruan yang mengingatkan kepada ALlah... minta mati syahid adalah yang terbaik. husnul khatimah.

9. Cuma kalau naik steed saya takleh dengar radio (moto mana ada radio, kecuali scooter, goldwing atau mana-mana super touring naked bike) saya akan zikir asmaul husna berulang-ulang sampai ke destinasi, ya qawiy - ya matin manalah tahu sekiranya tereksiden diselamatkan jasad ini dari ngerinya pandangan dan terpelihara dari sebarang keburukan. Dalam kepala tu kadang-kadang bayangkan akibat kemalangan barulah kita beringat cermat bersopan santun di jalanraya.

8. Jadi, naik kenderaan kenalah 1) kalimah syahadah 2)doa naik kenderaan 3)dengar yang baik-baik sahaja jangan dengar lagu lagho. takpun zikir lagi bagus.



ini doa ringkas, warid dari Al-Quran, saya biasa baca doa yang selalu dibaca masa naik kapal terbang, agak panjang nanti saya uploadkan lepas scan nanti, Waan Mohd Helmi dah sampai kami nak bawa kes kat Mahkamah Syariah Kluang...jumpa lagi

Sunday, October 10, 2010

Rumahtangga Rasul, Bagaimana Kita?




Ceramah Rumahtangga
Sambutan Hariraya Guru-Guru Agama Kangkar Pulai
8/10/10

Pra - 8/10/10 hari yang sibuk, bermula membudayakan al-quran dalam perhimpunan pagi kat opis di Pusat Profesional, kuliah maghrib di surau nurussalam, Taman Pulai Indah (substitute), dan ceramah multaqa guru-guru agama SMK Kangkar Pulai ... wow what-a-hatrick! selepas habis ramadhan ini adalah hujung minggu tersibuk, habis semua kitab berselirak, budak-budak aku tak kisah korang nak meraban,janji presentation tip top. Ya Allah, kurniakanlah pahala kepada isteriku yang sabar dengan suaminya yang suka beruzlah tatkala siapkan kerja last minute.. semua sketch dan peta minda content masih dalam bentuk mentah, cuma yang ceramah di SMK Kangkar Pulai je yang lengkap bertaip ...so be it.. Bismillah!


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Muqaddimah

Syukur kita kepada Allah SWT, kerana pada hari ini kita masih diberi peluang untuk berkumpul mengeratkan tali silaturrahim antara satu sama lain, bersyukur juga kita kepada Allah atas nikmat yang diberikan melimpah ruah sehinggakan perayaan Aidilfitri kita pada hari ini telahpun masuk ke bulan Zulkaedah. Nak dibandingkan dengan tok arab, kalahlah mereka dari segi sambutan hariraya, kerana bagi mereka hariraya hanyalah untuk bersama keluarga ditaman-taman bunga. Mungkin yang paling seronok bagi kanak-kanaknya adalah berguling-guling diatas rumput, manakala anak-anak kita seronok bermain mercun dan mengira duit raya.

Semalam telah berlalunya Shawal, maka tamatlah sudah waktu untuk melaksanakan puasa sunat bulan Shawal, beruntunglah kepada mereka yang berkesempatan melengkapkan puasa 6 hari, kerana dijanjikan ganjarannya oleh Allah adalah berpuasa sepanjang tahun., manakala yang tak lengkap itu, ganjaran yang setimpal akan diberikan oleh Allah, kerana semua amalan anak Adam akan tetap dihisab (dikira). InsyaALlah

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah

Bulan Ramadhan yang berlalu, adalah bulan tarbiah, bulan mendidik hawa nafsu dan sifat kemanusiaan para mukminin. Tidak kurang juga yang menggelarkan bulan Ramdhan sebagai Madrasah Ramadhan, dinamakan madrasah kerana fungsinya melatih diri dan mendidik jiwa ke arah keredhaan Allah. Dinamakan madrasah sebab sebelum ini kita belum kenal universiti, jadi tidak menjadi kesalahan kalau hari ni kita gelarkan ia Universiti Ramadhan, selesai pengajian di Universiti ini kita sekarang ini dalam fatrah konvokesyen yaitu bulan syawal, masa dimana usaha tanaman dibulan Ramadhan kini dituai dalam bulan Shawal dan 10 bulan seterusnya. Cuma kalau majlis konvokesyen mungkin makan masa seminggu tapi konvokesyen syawal sebulan lebih.

Apapun tidaklah menjadi sebarang kesalahan atau salah satu bentuk bidah, sekiranya kita meraikan kemenangan berpuasa sebulan dengan beraya sebulan. Cuma dalam masa beraya tu kenalah ingat-ingat sama, dulu kalau perut kita boleh berehat diwaktu siang selama sebulan kini masuk je shawal perut kita terpaksa overtime. Siang malam kerja, walhasil kalau kita pergi klinik atau hospital maka ramailah orang yang berkunjung kesana, ini semua akibat berlebih-lebihan dalam menjamu hawa nafsu, almaklumlah sebulan terkurung tiba masanya mana boleh tahan, dengan lemangnya, ketupat palaslah ketupat bawanglah, burasaklah, pulut lui dan macam-macam lagi, dengan sebab itulah lepas habis open house kita pergi open clinic pulak. Ini semua gara-gara kita lupa dengan sabda rasul “Khairul Amur Ausotuha”. Sekian muqaddimah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah

Harini saya diamanahkan untuk memberi ceramah berkisar tentang perhubungan suami Isteri. Mentang-mentanglah kerja sangkut paut dengan Mahkamah Syariah, bab suami isteri bagi kat saya. Apapun kita kembali kepada Firman Allah SWT yang dibacakan diawal tadi:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
[Ar-Rum-21]

Didalam Jami’ Li ahkamil Quran, Tafsir Al-Qurtubi, Ibnu Abbas menyatakan Mawaddah adalah jima’ dan rahmah adalah anak anak. Maksud dari ayat ini Ibnu Abbas menyatakan mawaddah adalah sayang lelaki kepada isterinya manakala rahmah adalah perasaan belas kasihan apabila seorang isteri ditimpa kesusahan. Dikatakan lelaki asalnya dari bumi padanya kekuatan bumi dan padanya kemaluan yang sifatkan tidak tetap kejadiannya, ia memerlukan kepada ketenangan, maka diciptakan perempuan untuk mententeramkan lelaki.

Manakala dalam Fi Zilalil Quran, As-Shahid Syed Qutb mengatakan, “Manusia mengetahui perasaan mengingini antara satu sama lain, mereka akan berusaha untuk melayan kehendak perasaan ini dengan satu jalan yang menghubungkan dua jenis manusia iaitu lelaki dan perempuan, tuntutan untuk memenuhi kehendak perasaan ini ada bermacam-macam dan bentuk kehendak itu berbeza-beza antara lelaki dan perempuan. Akan tetapi hanya yang mampu melengkapkan keinginan ini dengan sempurna adalah dengan jalan yang diciptakan oleh Allah SWT yang menciptakan lelaki dan wanita. Dengan jalan ini maka akan tenteramlah nafsu dan kecenderungan, maka tenanglah hati dan badan, dan terarahlah perjalanan kehidupan dan masyarakat dan melengkapi kehendak jiwa dan perasaan dan saling memperteguhkan bagi lelaki dan perempuan antara satu sama lain. Ibarat di dalam Al-Quran didatangkan dengan penuh kehalusan menggambarkan betapa halusnya perhubungan antara keduanya dengan penggunaan perkataan “Litaskunu ilaiha”- Bersenang hati dan hidup mesra dengannya .. dan “Wajaala Bainakum mawaddah wa rahmah” - dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.



Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah

Daripada ayat tersebut dan beberapa ayat lain di dalam al-Quran di masyrukkan perkahwinan, bertujuan untuk melengkapi kehendak,memuaskan naluri antara lelaki dan perempuan kerana kedua saling memerlukan antara satu sama lain, sebab itulah lelaki dan perempuan tidak sama naluri dan kehendaknya, lelaki diciptakan fizikalnya lebih besar dan memiliki kekuatan melebihi wanita sesuai dengan tugasnya untuk melindungi wanita, manakala perempuan diciptakan dengan naluri dan perasaan kasihan yang lebih berguna untuk menenangkan hati lelaki, mendidik anak dan menguruskan rumah tangga.

Tujuan Perkahwinan

Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). [An-Nisaa: 19]

Perkahwinan adalah tempat untuk menunjukkan kasih sayang, melampiaskan shahwat sedia ada dalam diri manusia, oleh sebab itu Allah SWTmemerintahkan lelaki dengan sifatnya sebagai pelindung supaya bergaul berlemah lembut dengan isteri sebaik mungkin. Sekiranya berlaku pertikaian antara keduanya maka peranan lelaki adalah untuk bersabar dan berfikir sebelum membuat keputusan dalam hidup berumahtangga. Dalam firman Allah yang lain pula:

“Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”[Al-Baqarah: 229]

Tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendirikan hukum Allah, dimana-mana sahaja dalam aspek kehidupan orang Islam adalah mendirikan hukum Allah, didalam diri, keluarga masyarakat dan negara, sebelum kita melihat ke luar dan melakukan sesuatu perkara yang lebih besar, kita kena lihat keluarga kita dulu, adakah hukum Allah ditegakkan?

Antara hukum Allah ‘Hudud Allah’ dalam kekeluargaan adalah, saling hormat menghormati antara satu sama lain, taat kepada suami kecuali dalam perkara maksiat, suami memberi nafkah secukupnya kepada isteri, nafkah terdiri zahir dan batin, zahirnya dari segi makan minum pakaian pendidikan. Itulah antara hukum Allah dalam rumahtangga.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah

Dalam kes pembubaran perkahwinan di Mahkmah Syariah, kebanyakkannya berpunca dari kegagalan untuk menjaga hudud Allah ini. Bermula dengan kegagalan untuk menjaga hubungan dengan Allah SWT. Gagal menghayati syariat kerukunan dalam hubungan dengan pasangan apabila dengan pencipta kita sendiri kita lalai serta lupa – solat masing-masing, tak mahu berjemaah, solat selalu dilambat-lambatkan, anak yang akil baligh tidak dipaksa bersolat. Zakat tidak dibayar, duit cukup tapi masih belum bercita-cita menunaikan haji, pusing europe dulu. Tu lah dia, panggil peguam syarie lagi, kan dah kena cerita pasal mahkamah syariah.

Amanah kita dengan Allah juga mendidik kita amanah dengan anak dan isteri atau suami, kita menjaga waktu solat samalah juga kita menjaga pergaulan di belakang pasangan kita, walaupun dia tak nampak tetapi kita tetap menjaga kehormatan diri dan pasangan masing-masing, maka dari situ datanglah rahmat dari Allah dalam rumahtangga.

Segala tanggungjawab ditunaikan oleh suami, dari nafkah zahir yang terdiri dari makan, minum pakai, tempat tinggal dan kadang-kadang ada orang lupa pendidikan. Pendidikan Agama kepada ank dan isteri, kepada isteri dulu yang pentingnya. Bagaimana harus kita mahukan seorang isteri yang patuh dan taat sedangkan kita tidak memberikan ilmu agama yang cukup. Suruhan Allah SWT; “Peliharalah dirimu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”

Kita mungkin tiada masalah dalam menunaikan nafkah dalam bentuk kebendaan atau jasmani, tetapi selalu terlepas pandang dalam aspek rohani, bagi yang selalu belajar agama dari surau atau masjid maka dia boleh sampaikan kepada isterinya, tapi bagi yang tidak berkesempatan?. Maka wajiblah baginya menyampaikan isterinya kepada sumber ilmu keagamaan, ia harus memberi keizinan kepada isteri sekiranya isteri minta dalam keadaan aman dari fitnah. Izin diberi sekiranya suami tidak berupaya memberi ilmu agama kepada isterinya. Tapi kadang-kadang part tu yang kita fail. Dari itu mana-mana yangtidak berkesempatan untuk menunaikan nafkah dari segi ilmu keagamaan balik fikir dan berusaha untuk melunaskan tanggungjawab mu.

Dalam kehidupan berumah tangga, kita harus ada ilmu, selain dari suruhan secara umum dalam Al-Quran kita juga sewajibnya mencontohi Rasul SAW kerana antara tugas kerasulan adalah untuk memberi contoh teladan kepada umatnya

"Demi sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasul itu terdapat contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) di hari akhirat serta dia sentiasa menyebut dan mengingati ALLAH sebanyak mungkin (di waktu susah dan senang)." – Surah al-Ahzab: 21.

Rasul SAW merupakan contoh utama dan ikutan yang paling baik dalam pergaulan dengan isteri-isterinya. Baginda bergaul dengan isteri-isterinya dengan cara yang baik, lemah lembut dan penuh rasa kasih sayang dan tanggungjawab serta berlaku adil dalam memberi nafkah, giliran dan sebagainya. Menurut sejarah Rasul SAW adalah orang yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya. Beliau dapat menahan segala kemarahan terhadap isterinya yang kadang-kadang membuat ragam juga. Sebab itulah sabda Rasul SAW yang maksudnya: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku.” ( Ibnu Majah)

Dalam satu peristiwa, Aisyah R.A. telah memarahi Rasul SAW. Kata Aisyah kepada baginda, “Engkaukah orang yang mengaku Nabi?” Nabi hanya senyum sahaja. Kemudian Rasul berkata, “Aku tahu, kalau engkau marah kepada aku, kau cakaplah begini, “Demi Allah Tuhan Ibrahim.” Kalau engkau gembira dengan aku, kau katalah “Demi Tuhan Muhammad.” Jawab Aisyah R.A., “Betul kata engkau itu. Masa aku marah, aku tidak sebut nama engkau.”

Di masa lain pula Aisyah R.A. telah mendorong Rasul SAW dari belakang hingga beliau hampir jatuh. Emak Aisyah R.A. ternampak perangai Aisyah lalu ditamparnya muka Aisyah. Kemudian berkata Rasul SAW, “Biarkanlah dia begitu. Sebenarnya dia telah banyak berbuat kepada aku, lebih dari itu lagi.”

Bersopan

Baginda beradab sopan bersama isteri Baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga diriwayatkan, ketika Baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, Baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui tuhannya. Demikianlah adab Rasul bersama isteri Baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhannya. Rasul SAW bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim : Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah

Bantu isteri

Menjengah ke dalam rumahtangga Rasul SAW adalah penting untuk kita muhasabah balik, samada adalah kita ini mengikut role model yang ditetapkan dalam Islam, meskipun kadang-kadang dalam benda yang remeh-temeh tetapi Rasul SAW tetap menitik beratkan perkara tersebut apabila melibatkan isteri baginda.

Aisyah ra. pernah ditanya: “Apakah yang dilakukan Rasul SAW di dalam rumah?” Ia menjawab: “Beliau SAW adalah seorang manusia biasa. Beliau menambal pakaian sendiri, memerah susu dan melayani diri beliau sendiri.” (Ahmad dan Tirmidzi) dalam satu hadis lain pula Diriwayatkan dari Al-Aswad bin Yazid ia berkata: “Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah R.A: ‘Apakah yang biasa dilakukan Rasul SAW di rumah?’ ‘Aisyah ra. menjawab: “Beliau biasa membantu keluarga, apabila mendengar seruan azan, beliau segera keluar (untuk menunaikan shalat).” (Muslim)

Bergurau senda

Dalam satu kisah yang diriwayatkan oleh Aishah RA:
"Pada suatu ketika aku bersama Rasul SAW. dalam satu perjalanan. Ketika itu badanku masih kurus. Kemudian Rasul menyuruh rombongan yang menyertai kami untuk berjalan di hadapan terlebih dahulu. Lalu baginda berkata kepadaku: 'ayuh kita berlumba lari'. Dalam perlumbaan itu aku berlari sangat laju mendahului Rasul SAW. Namun baginda diam apabila kalah dalam perlumbaan.
Ketika dalam perjalanan lain dimana badanku sudah bertambah gemuk, baginda menyuruh rombongan untuk berjalan mendahului kami. Kemudian baginda mengajak aku berlari berlumba lari lagi. Dalam perlumbaan ini aku berlari dengan sangat laju, tetapi Rasul SAW. berlari lebih laju mendahuluiku. Sambil tersenyum baginda berkata kepadaku: 'Ini sebagai penebus kekalahanku yang dahulu.' Abu Daud dan Nasaaie juga diriwayatkan pada masa itu rasul berusia 60 tahun dan Aishah 16 tahun

Romantik

"Rasul pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk." – [Sunan Abu Daud: 153]

Rasul SAW merupakan seorang insan yang begitu romantis terhadap isteri-isterinya hinggakan baginda selalu mandi bersama dengan isterinya. Aisyah R.A berkata: "Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasul SAW menggunakan satu bekas air." – [Sahih al-Bukhari: 250]

Baginda sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah serta disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah R.A dengan gelaran Humaira’ yang bermaksud putih kemerah-merahan bertujuan memuji kecantikannya. Nabi juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah. Aisyah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasul berkata kepadanya: "Wahai Aisyah! Malaikat Jibril tadi menyampaikan salam buatmu." – [Sahih al-Bukhari: 3217]

Aisyah R.A juga pernah menggambarkan betapa romantis baginda SAW sebagaimana riwayat berikut: "Suatu ketika aku telah minum. Ketika itu aku sedang haidh lantas aku memberikan gelasku kepada Rasul dan baginda meminumnya dari kesan mulutku di gelas itu. Dalam kesempatan lain aku memakan sepotong daging, lantas aku memberikan baginda potongan daging itu dan baginda memakannya tepat di tempat aku memakannya." – [Sahih Muslim : 300]

Dari Aisyah ra berkata "Pernah aku menyikat rambut Rasul saw." Suap menyuap pun boleh kita amalkan, ini masa makan berdamai sahaja kita buat, lepas tu tak ingat dah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah

Penyabar

Rasul SAW pernah bersabda, “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.

Khalifah Umar R.A. dileteri isteri Kisah Khalifah Umar sabar, diam apabila dimarahi isteri amat bagus dijadikan contoh/pengajaran bagi suami menghadapi karenah isteri. Al-kisah, seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu akan perihal perangai isterinya. Lelaki itu berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?” Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata, “Wahai Amirul mukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.” “Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku, “Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”

Umar berkata kepadanya, “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar omelannya karena dia mempunyai hak ke atas aku. Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.” Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirul mukminin, demikian jugalah isteriku.” Umar pun berkata kepadanya: “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya karenanya itu tidak lama, hanya seketika saja.”

Bahagi Masa

"Wahai Abdullah (bin ‘Amr bin al-Ash R.A)! Adakah benar apa yang diceritakan kepadaku sesungguhnya engkau telah berpuasa setiap hari dan solat sepanjang malam? Aku (Abdullah bin ‘Amr) berkata: Benar wahai Rasul. Baginda bersabda: Jangan kamu lakukan begitu. Berpuasalah dan tinggalkan (tidak berpuasa) serta solat dan tidurlah kerana sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu, kedua-dua mata kamu mempunyai hak ke atas kamu, isteri kamu mempunyai hak ke atas kamu dan tetamu kamu mempunyai hak ke atas kamu. Cukuplah bagi kamu berpuasa tiga hari setiap bulan dan sesungguhnya setiap kebaikan akan dibalas untukmu sebanyak sepuluh kali ganda yang sepertinya. Jika kamu melakukan begitu, ia seperti berpuasa sepanjang masa.” – [Sahih al-Bukhari: 1975]

Aisyah R.A berkata: "Rasul biasa mengerjakan solat malam (tahajjud) sementara aku tidur melintang di hadapan baginda. Bila baginda ingin mengerjakan solat witir, baginda akan mengejutkan aku." – [Sahih al-Bukhari : 512]

Rasul SAW. juga telah bersabda: "Semoga ALLAH merahmati seorang suami yang bangun pada malam hari untuk mengerjakan solat malam lalu membangunkan isterinya untuk solat bersama. Apabila si isteri enggan (tidak mampu untuk bangun), dia akan memercikkan air ke wajah isterinya (supaya bangun). Semoga ALLAH merahmati seorang isteri yang bangun malam hari untuk mengerjakan solat malam lalu membangunkan suaminya untuk solat bersama. Apabila si suami enggan, dia memercikkan air ke wajah suaminya.” – [Sunan Abu Daud: 1113]

Setia

Kesetiaan Rasul terhadap Khadijah, meskipun Baginda telah mengahwini Aisyah yang jauh lebih muda daripada Khadijah. Ketika seorang tua yang bernama Juthamah Al-Muzaniah pernah datang menemui Rasul, Aisyah bertanya kepada Rasul siapakah wanita tersebut, yang membuatkan Rasul menyambutnya sedemikian rupa. Rasul menjawab : Wanita itu pernah datang ketika aku hidup bersama Khadijah. Lantas Aisyah berkata : Tiada wanita yang paling aku cemburui di kalangan wanita di alam maya ini melainkan Saidatina Khadijah. Rasul sering mengingati Khadijah, sehingga Aisyah mengeluh dengan berkata, seakan tiada wanita lain di dalam dunia ini melainkan Khadijah. Lantas Rasul menjelaskan kepada Aisyah : Khadijah adalah wanita yang sangat mulia dan bijaksana. Dia beriman denganku di saat semua manusia kufur denganku, ia membenarkan kata-kataku ketika semua manusia mendustaiku, ia meredakanku dengan hartanya ketika kaum kafir menyekatku. Rasul dikurniakan anak ketika bersama Khadijah, dan kesemua anak Rasul adalah dari benih Khadijah. Rasul juga memperolehi segala-galanya bersama Khadijah dan Baginda tidak mengahwini wanita lain,selama Baginda bersama Khadijah, kecuali setelah Khadijah dijemput Tuhan, barulah Rasul mengahwini Saidatina Aisyah. Ini semualah yang menyebabkan ingatan Rasul terhadap Khadijah terlalu kukuh, sehingga membuatkan Aisyah merasa cemburu.

Berhias-Hias dan bermanis rupa

Raut wajah seseorang boleh menggambar pelbagai makna dan ia boleh mempengaruhi suasana hubungan suami isteri. Wajah yang ceria tentu sekali akan menenangkan jiwa isteri. Janganlah masalah di tempat kerja di bawa pulang ke rumah sehingga menunjukkan air muka yang merengut. Apatah lagi telah tsabit perintah daripada Nabi SAW agar kita sentiasa mempamerkan wajah yang ceria sebagaimana sabdanya: "Janganlah engkau menganggap remeh perbuatan baik walau sedikit walau hanya menampakkan wajah ceria ketika berjumpa dengan saudaramu." – [Sahih Muslim : 2626]

Firman ALLAH S.W.T: "Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)." – Surah al-Baqarah: 228. Al-A'raf : 31, Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau.

Ibn Abbas R.A berkata: “Sesungguhnya aku senang berhias untuk isteriku sebagaimana aku senang jika isteriku berhias untukku.” Tambahan pula ALLAH menyukai keindahan termasuklah penampilan diri yang menarik serta sesuai dengan lunas-lunas syarak sebagaimana sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya ALLAH itu Maha Indah dan menyukai keindahan." – [Sahih Muslim : 91]

Tak mahulah bila suami balik dari kerja , isteri pakai t-shirt, kain batik masuk dalam. Nak menunjukkan sibuknya mengemas rumah. Masa berkomunikasi dengan isteri mata hendaklah melihat mata.

"Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga membalas pandang kepadanya, maka ALLAH telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat. Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari celah2 jari mereka berdua" [Tarmizi]

Beri hiburan

Juga telah diriwayatkan daripada Aishah R.A bahawa Nabi SAW pernah membawanya menyaksikan permainan para sahabat yang berasal dari Sudan. Katanya:

"Hari itu adalah hari raya di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (Aishah R.A) tidak ingat apakah aku yang meminta untuk melihatnya atau Rasul SAW yang berkata: Apakah kamu ingin melihatnya? Aku pun menjawab: Ya. Aku disuruhnya berdiri di belakangnya di mana pipiku bersentuhan dengan pipi baginda. Baginda berkata: Biar yang lain wahai Bani Arfidah! Ketika aku merasa bosan, baginda bertanya kepadaku: Adakah engkau sudah puas? Aku menjawab: Ya. Baginda pun bersabda: Pergilah.” – [Sahih al-Bukhari : 950]

Nabi SAW juga membenarkan nyanyian yang sesuai dengan syarak dilagukan di rumah Aishah R.A.
Aisyah R.A berkata: “Rasul SAW masuk ke rumahku (pada hari raya) dan ketika itu aku bersama dua budak perempuan yang sedang menyanyikan lagu peperangan Bu’ats. Baginda langsung berbaring di atas tempat tidur sambil memalingkan wajahnya." – [Sahih al-Bukhari : 949]

Pesanan terhadap suami

Sabda Rasul SAW: "Nasihatilah wanita dengan baik. Sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian terbengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Seandainya kamu meluruskannya bererti kamu mematahkannya dan seandainya kamu biarkan maka ia akan terus membengkok. Untuk itu, nasihatilah wanita dengan baik." – [Sahih al-Bukhari : 5186]


Post - Dah siap ceramah ni, nak relex jab.. redo dan razeen pergi day vacation trip ke Melaka, aku bermalas-malasan dengan ummi dan kiki.. dirumah. bila nak tulis novel nih!

Sunday, October 3, 2010

Wang Haram dan Wang Syubhah 2. copypaste


Pra- masih lagi pasal wang haram yang mahu dipulangkan, kali ni saya ambik jawapan yang saya itfaq, menariknya jawapan ini disandarkan kepada dalil yang tak perlu kita pertikaikan kerana penulis adalah seorang yang berhati-hati dalam memilih hadis dalam berhujah. Cuma dalam fikiran saya sekiranya kita benar-benar mahu menolak wang tersebut, maka sia-sialah badan ugama seperti MAIS atau seumpamanya dengannya yang berusaha mempertingkatkan ekonomi umat Islam dengan menerima wang haram/syubhah untuk digeneratekan kembali sebagai alat bantuan ummah.

Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram
Disiarkan pada Oct 01, 2010

Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?

Mazlan, Pulau Pinang.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.

2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.

Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.

3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)

4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.
Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.

5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.

6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi,
seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa” (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:
“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:
“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.

10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.

11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.

Post - Artikel asal boleh dilihat sendiri di: http://drmaza.com/home/?p=1238

Saturday, October 2, 2010

WANG HARAM WANG SYUBHAH, BOLEH KE?



BAGAIMANA KAEDAH PENILAIAN SEKURITI PATUH SYARIAH DI DALAM PASARAN MODAL ISLAM
Abu Razeen

Pra- Ini artikel kedua untuk majalah MAIS berkenaan wang haram atau syubhah, artikel pertama saya dah publishkan terlebih dahulu dalam tahun 2009, bersesuaian dengan masa rasanya sebab semenjak dua menjak ni tv arus perdana asyik dok tayang warga emas pulau pinang memulangkan duit bantuan kerajaan sebab tamau duit dari sumber yang haram... rasanya kerajaan pusat pun tak terlepas dari sumber haram atau syubhah, jadi mana-mana penjawat kerajaan yang berjiwa sufi eloklah berhenti makan gaji, kotidak masuklah tv pulangkan balik duit kerajaan yang 'haram itu'... saya errr...kurang berjiwa sufi, salafi kut eheh!

1. Setelah kita mengetahui secara ringkas beberapa perkara yang menyebabkan harta atau perolehan orang Islam menjadi haram atau syubhah pada keluaran yang lepas, kini perlu diketahui pula bagaimana untuk mengendalikan harta yang diketahui haram perolehannya atau diragui statusnya. Sebelum dikeluarkan fatwa tentang kaedah pelupusan yang diharuskan, terdapat beberapa pendapat secara logik yang telah dikeluarkan oleh ilmuan Islam berkaitan persoalan ini. Yang pernah sampai ke pengetahuan penulis adalah wang faedah bank atau dari sumber yang haram boleh digunakan untuk membeli selipar kegunaan tandas masjid atau surau. Jawapan ini mungkin ada rasionalnya, kerana wang dari sumber yang haram tidak boleh digunakan untuk faedah pemilik maka sewajarnya dibelikan untuk kegunaan orang ramai. Malah sebagai langkah berhati-hati selipar itu digunakan pula di dalam tandas. Atau yang lebih baik digunakan untuk membuat pagar masjid. Meskipun ia bukan satu pendapat yang kuat namun ia adalah jawapan popular sebelum diperkenalkan alternatif yang lebih baik.

2. Jika disebut penyucian harta, adalah tidak adil untuk meninggalkan komponen penyucian harta yang sedia dimaklumi oleh orang Islam yaitu zakat. Benar, zakat adalah agen penyucian harta, ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah At-Taubah yang diterjemahkan: "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah(zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka , kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [At-Taubah:103]. Dalam menjalani kewajipan memberi nafkah diri, keluarga dan tanggungan kadang-kadang kita gagal untuk membezakan sumber pendapatan yang mana halal, haram ataupun syubhah, maka dengan pengeluaran zakat maka itulah bahagian yang difardhukan untuk mengatasi kewujudan unsur tidak suci dalam pendapatan seharian. Namun ibadat zakat adalah nilaian sesuatu yang subjektif selain dari agen penyucian ia adalah hak orang lain di dalam harta kita. Berbeza dengan penyucian harta haram atau wang yang tidak patuh syariah. Ia adalah jelas, objektif dan umum diketahui oleh umat Islam pengharamannya. Sepertimana Hadis An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasul SAW. bersabda, 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'" [Bukhori]. Berdasarkan
Hadis ini, jika ditakdirkan tidak jelas haram atau halalnya sekalipun ia boleh diletakkan dalam golongan syubhah dan ianya wajar ditinggalkan.

3. Akibat dari perkembangan ekonomi serantau dan perbankan konvensional, maka umat Islam tidak dapat lari dari melibatkan diri dalam sistem kewangan kapitalis yang berunsurkan riba, ini sebelum diperkenalkan sistem kewangan Islam pada awal 80an oleh negara timur tengah dan timur asia. Oleh kerana kelewatan pengupayaan sistem muamalat Islam maka ramailah yang telah menceburkan diri dalam sistem kewangan yang jelas haram dan meragukan itu. Akibatnya timbul masalah bagaimana untuk menguruskan sumber haram yang telah bercampur dengan modal yang
patuh kepada syarak apabila ianya dipindahkan kepada perbankan Islam. Atau bagaimana untuk melupuskan wang peninggalan pusaka simati yang memang jelas berunsurkan riba atau haram sedangkan ia tidak boleh dibahagikan sebagai harta pusaka?.

4. Masih ramai lagi yang kurang sedar tentang penggunaan wang haram dalam kehidupan mereka sehari-hari, ada yang sedar tetapi mengambil ringan tentang penggunaannya, malah ada yang beranggapan ia adalah lebih baik dibiarkan di dalam akaun tanpa diusik. Tindakan sewajarnya tidak
diambil oleh orang kebanyakan lantaran tiada kaedah yang jelas kemana harus dibuang wang haram ini. Wang haram atau syubhah tidak boleh dimakan seperti faedah bank yang jelas atau wang yang sumbernya diragukan statusnya, kerana jika dimakan maka ia akan memakan secara haram begitu juga untuk membeli pakaian, rumah atau memenuhi keperluan seorang Islam atau yang bukan Islam. Tidak mungkin ada tempat untuk membelanjakan wang haram. Terdapat beberapa fatwa dari negara teluk yang membolehkan penggunaan wang faedah untuk membina tempat basuhan atau sesuatu yang berkait dengan penyucian. Walaubagaimanapun kaedah ini masih memberi faedah kepada individu. Pendapat ini tidak dipersetujui oleh Dr Yusof Qardawi kerana kegunaan hasil dari wang haram tidak boleh memberi munafaat kepada diri dan keluarga melainkan ia seorang fakir atau ia seorang tebusan yang selayaknya menerima zakat.

5. Namun untuk meninggalkan wang-wang haram ini agar digunakan semula oleh pihak bank konvensional tidak lain hanyalah dapat memperkuatkan insititusi ribawi dan membantunya memperkuatkan ekonomi dan meneruskan kesalahannya, maka ini yang dimaksudkan dengan membantu dalam perkara maksiat. Oleh yang demikian perbuatan mengekalkan wang ribawi di dalam bank ini adalah haram.

6. Dr Yusof Qardawi berpendapat wang sebegini boleh digunakan untuk faedah umum demi kebaikan seperti disumbangkan kepada fakir miskin, anak yatim, musafir, jihad pada jalan Allah, memperluaskan dakwah Islam, membina masjid dan pusat-pusat Islam, menambah dana pertolongan, mencetak kitab Islam dan perbagai bentuk kebaikan. Namun pendapat beliau telah dibahaskan oleh ulamak semasa, antara hujah penghalang kepada penggunaan wang ini, bagaimana hendak memberi makan kepada orang miskin hasil dari sesuatu yang haram dan bagaimana orang miskin rela untuk diberi makan sesuatu yang umat Islam tidak rela untuk makan?

7. Hakikatnya harta ini adalah haram dinisbahkan kepada mereka yang memperolehinya secara tidak betul, akan tetapi untuk dinisbahkan kepada fakir miskin ia adalah tujuan yang baik dan dapat
menyempurnakan hajat mereka. Kembali kepada persoalan perolehan sesuatu harta haram, ia sememangnya haram daripada segi cara memperolehinya namun ia bukanlah haram dari segi material tetapi ia tetap haram keatas orang yang mendapatkannya.

8. Akhirnya wang yang tidak patuh syarak ini meninggalkan empat kaedah pelupusan mengikut rasional yang ada. Pertamanya, diambil dan diguna manfaat harta haram tersebut untuk diri dan keluarganya. Ini tidak dibolehkan. Yang kedua, meninggalkan wang haram tersebut di dalam bank, ini juga tidak dibolehkan sepertimana hujah diatas. Ketiga, menghilangkan wang tersebut dengan cara memusnahkannya, ini adalah pendapat sebahagian ulamak salaf yang warak, namun ia ditentang oleh Imam Ghazali didalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ dimana beliau melarang membinasakan harta. Keempat, mengubah harta tersebut kepada kegunaan yang baik seperti kepada fakir miskin, anak-anak yatim, orang yang dalam perjalanan, yayasan kebajikan Islam, dakwah dan kemasyarakatan dan ini adalah pendapat yang terbaik.

9. Sayugia diingatkan bahawa kaedah pelupusan yang keempat tidak dikira sebagai sedekah walaupun ia yang terbaik, kerana ‘Allah SWT adalah suci sifatnya dan tidak menerima sesuatu melainkan dengan kesucian’. Pengubahan wang haram ini hanyalah satu cara pelupusan atau menghilangkan sifat haramnya sahaja, bukan bermaksud satu pemberian atau sedekah yang syarie, ia tidak lebih hanyalah satu proses untuk menyampaikan kebajikan. Ini bersesuaian dengan gesaan Allah SWT untuk melakukan kebajikan di dalam surah Al-Maidah yang bermaksud: “..hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana
Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya). [Al: Maidah: 2]. Dalil ini juga menjurus kepada larangan menolong melakukan dosa sepertimana meninggalkan wang syubhah atau haram di dalam bank dan akhirnya akan digunakan semula oleh pihak bank untuk tujuan maksiat kepada Allah.

10. Meskipun pelupusan wang haram harus dilakukan mengikut kaedah diatas namun ini tidak menghentikan tohmahan penggunaan wang tersebut. Ini disebakan nas pengharaman riba dan harta yang tidak halal lebih jelas dan ditekankan pada kebanyakan ayat berkaitan muamalat di dalam Al-Quran mahupun di dalam Hadis manakala pengharusannya tidak didatangkan secara langsung, oleh yang demikian Dr. Yusuf Qardawi di dalam kitabnya Fatawa Muasarah Jilid 2, cetakan Darul Wafa’ Mansurah (1993) muka surat 416 mendatangkan dalil keharusan ini, antaranya: Peristiwa sewaktu Rasul SAW menyuruh sedekahkan kambing yang diberikan kepadanya. Dimaklumkan kepada Rasul SAW bahawa kambing tersebut adalah dari sumber yang haram (diambil tanpa pengetahuan tuan punya kambing), lalu Rasul menyuruh kambing tersebut disembelih dan diberikan kepada tawanan perang.

11. Dalam satu peristiwa lain, apabila diturunkan surah Al-Ruum (orang-orang Rom) ayat yang bermaksud “Orang-orang Rom telah dikalahkan, Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya” [Al-Ruum: 2-3]. Tentera Rom telah dikalahkan oleh tentera Parsi. Peristiwa ini menyebabkan kaum mushrik di Mekah bergembira. Sebaliknya orang-orang Islam berdukacita, kerana orang-orang Rom ialah Ahli Kitab sedang orang-orang Parsi ialah orang Majusi (penyembah api). Maka turunlah ayat diatas, Mushrikin yang mendengar ayat tersebut menafikannya, seterusnya menghujahkan bahawa mustahil Rom dapat mengalahkan Parsi.
Lalu Abu Bakar membuat pertaruhan ke atas kemenangan Rom dengan izin Rasul SAW. Selepas 9 tahun kemudian Rom kembali mengalahkan Parsi dalam peperangan, maka Abu Bakar memenangi pertaruhan dan bertemu dengan Rasul SAW bersama hasil taruhannya dengan Mushrikin, Rasul SAW mengatakan “Ini adalah harta yang diperolehi dengan jalan yang haram” maka Abu Bakar sedekahkan taruhan tersebut kepada umat Islam. Maka turunlah pengharaman memakan hasil taruhan selepas Rasul membenarkan Abu Bakar bertaruh dengan orang Mushrikin.

12. Dalil lain berdasarkan jawapan Al-Hasan mengenai taubat ‘Al-Ghal” iaitu seseorang yang mengambil harta rampasan perang sebelum dibahagikan, maka dijawab hendaklah ia disedekahkan. Qias pula menyatakan sekiranya harta yang dimiliki dari sumber yang haram, tidak dapat diputusan samada memusnahkannya atau mengubahnya kepada kebajikan, dalam keadaan pemiliknya mahu menuntut harta tersebut, pada masa yang sama diketahui mengubahnya kepada kebajikan adalah lebih utama dari mencampakkannya ke dalam laut, sekiranya dicampakkan ke dalam laut maka hilanglah harta itu dari umat Islam dan dari pemiliknya dan tidak terhasil sebarang faedah dari perbuatan tersebut akan tetapi sekiranya diberikan kepada tangan fakir dan di doakan oleh fakir akan pemiliknya maka berhasillah berkat buat pemilik tersebut dan sempurnalah keperluan orang fakir. Terhasillah kebaikan bagi pemilik walau bukan pilihannnya untuk bersedekah kerana dalam sebuah khabar sahih “Sesungguhnya bagi peladang dan penanam satu pahala baginya untuk setiap hasil yang dimakan manusia atau burung”.

13. Bagi orang yang mengatakan tidak boleh bersedekah melainkan dari hasil yang baik, yang demikian itu apabila dimaksudkan pahala bagi diri orang yang bersedekah, perbincangan sekarang adalah mengenai cara melupuskan wang yang telah diperolehi secara haram bukan untuk memperolehi pahala, pilihan yang ada samada untuk memusnahkan atau mensedekahkan, maka dalam perkara ini wajar didahulukan pendapat bersedekah daripada memusnahkan harta tersebut. Jika keadaan pemilik harta haram itu sendiri dalam keadaan fakir dan tiada apa yang boleh diberikan untuk menyara keluarganya, maka pada masa itu penggunaan faedah harta haram tidak terhalang langsung kepadanya kerana fakir adalah orang yang diutamakan untuk menerima manfaat sedekah. Walaubagaimanapun dalam apa jua keadaan orang yang bersedekah dengan harta yang haram atau syubhat ke jalan kebajikan tetap tidak mendapat pahala sedekah, akan tetapi tetap mendapat pahala dari dua sudut yang lain, pertamanya, ia beroleh pahala kerana berusaha melupuskan harta yang haram dan tidak menggunakan harta tersebut untuk dirinya dalam apa jua keadaan, ini adalah pahala dari sisi Allah SWT. Keduanya, sumbangannya adalah mekanisma kebajikan yang menyampaikan harta kepada orang fakir serta pertubuhan Islam yang mengambil faedah dari sedekah itu dan inilah pahala atas usahanya dengan izin Allah.

14. Menyedari himpunan wang tidak patuh syariah semakin banyak hasil dari keinsafan diri dan syiar Islam yang semakin pesat maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-3, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 21 Januari 1971 memutuskan fatwa berikut: "Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan yang dibuat oleh institusi Islam atau perniagaan atau badan kebajikan yang dianggotai oleh orang-orang Islam dalam mana-mana bank harus diterima oleh badan-badan itu atas alasan kecemasan ekonomi orang-orang Islam pada masa ini" dan "faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan muslihat umum".

15. Berdasarkan alternatif yang tinggal melalui sokongan oleh fatwakontemporari samada bersifat kebangsaan dan antarabangsa maka MAIS diberi kuasa selaku badan yang boleh menerima wang haram atau syubhat untuk digunakan semula oleh umat Islam. Restu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dizahirkan semasa titah ucapan Baginda di Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12 tahun 2009 pada 10 Mac 2009 yang lalu. Usaha penyaluran wang haram atau syubhah daripada mana-mana orang dan syarikat-syarikat yang beroperasi di Selangor ke akaun Baitulmal MAIS juga mendapat sokongan dan bantuan dari kerajaan negeri. Terdahulu dari itu keputusan untuk menyalurkan wang syubhah ini ke akaun Baitulmal telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Kebangsaan Pada 19 Februari 2009 dan Majlis Penasihat Syariah (MPS). Suruhanjaya Sekuriti juga telah menyenaraikan Baitulmal sebagai badan penerima wang syubhah di dalam “Senarai Sekuriti Patuh Syariah Oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti” bertarikh 20 November 2008.

16. Oleh yang demikian tiada lagi alasan untuk tidak mengetahui dimana harus dileburkan harta yang sudah pasti haram atau syubhah bagi umat Islam masakini. Perbuatan tidak mengambil endah dikalangan penyimpan wang haram atau syubhah boleh menghilangkan keberkatan hidup di dunia dan akan menerima azab di hari akhirat atas penggunaannya setelah datang maklumat cara pelupusannya yang sesuai.

Subject to
Majalah MAIS
Abu Razeen Jan 2010

post - ada juga artikel yang tepat menjawab persoalan isu wang haram ini, InsyaAllah saya akan copypastekan selepas ini dan saya akan creditkan pada penulis asal. Mungkin ini boleh merungkai masalah berkenaan wang haram ini.