Monday, May 31, 2010

damn Israel and damn those relate with'em


Semalam askar Israel mengganas 65 batu nautika dari pantainya sehingga 12 malam tadi 19 ke 20 orang dilaporkan maut, kebanyakannya rakyat turki. Seperti biasa genderang perang bersahut-sahutan di negara-negara Islam, kali ini lebih hebat lagi kerana misi kemanusiaan antarabangsa dan pada kebiasaannya juga entiti haram di bumi Palestin itu mengatakan pembunuhan itu ada act of defence. Samada untuk melindungi negara Israel atau melindungi tentera Israel yang mendarat atas kapal Mavi Marmara. Setakat ini yang diketahui dua orang rakyat Malaysia dari kru Awani turut berada dalam kapal yang sama bersama-sama 600 orang lagi aktivis kemanusiaan. Dikatakan Mavi membawa bersama senjata yang bertujuan membantu Hamas dan lain-lain pergerakan pembebasan di Gaza. Pihak Israel juga menafikan berlaku krisis kemanusiaan di Gaza sehingga memerlukan kepada bantuan kemanusiaan. Hakikatnya Arab di Gaza telah lama menghadapi krisis kemanusaan sejak dijajah oleh Israel dan keadaan ini semakin runcing dari hari kehari.

Semalam di surau Pulai Indah, semasa kuliah maghrib isu-isu terkini telah diceritakan dan termasuklah gerakan memboikot barangan Amerika. Syukurlah sekarang ni perlahan-lahan saya dan keluarga cuba untuk menyahut seruan ini (sebab tu saya pakai Honda walau dihati nak pakai Harley Davidson). Tapi satu persoalan menarik yang wajar kita nilai semula dalam isu KFC. Sebagaimana maklum ia adalah fanchise dari syarikat yang berpengkalan di Amerika dan sejak kebelakangan ini KFC telah terkeluar dari senarai boikot kerana sebahagian besar sahamnya telah dimiliki oleh Jcorp (Johor Corporation) yang majoritinya bumiputra. Persoalan yang ditimbulkan ustaz tersebut, kenapa syarikat tersebut yang mempunyai pengalaman dan dana tidak mengasaskan satu syarikat baru yang seumpamanya, dimiliki oleh umat Islam dan menimbulkan keselesaan umat Islam khususnya di Malaysia untuk makan bersama keluarga.. Antara alasan yang diberikan adalah kerana branding establishment yang sedia wujud pada KFC sukar untuk dilepaskan, terdapat dalam satu kes dimana satu syarikat lain yang menawarkan service yang serupa disaman oleh KFC kerana menggunakan warna brand yang sama iatu merah dan putih. Pokoknya disini, kita masih takut untuk memulakan boikot kerana alasan-alasan diatas, malah diri sendiri inipun sukar untuk melawan nafsu permintaan anak-anak nak makan di restoran itu dan juga tawaran susu, pampers yang murah ditawarkan oleh Tesco. Mulakan azam yaa sheikh. Malam tadi selepas solat Isya’ kami buat solat Hajat supaya Allah SWT memusnahkan Israel dan memberi kekuatan kepada umat Islam, dan sekiranya musibah yang dikenakan keatas umat Islam diatas rombongan Flotilla memungkin mereka menghadapi maut berikanlah kesabaran dan sekiranya mati, mereka mati syahid.