Saturday, December 28, 2013

RARE COLLECTION FROM PASAR KARAT, DURUR SAMIN

Pra: 22/12/2013 Berkampung lagi di Homestay Pak Man di Parit Penghulu Sungai Rambai Melaka.Buat kali kedua melintasi sempadan Johor Melaka, makin banyak yang diterokai. Rupa-rupanya disini ada pasar karat jalan Muar-Kesang-Melaka. Yang confirm ada di dua tempat Sabtu dan Ahad. Terima kasih Ummu Razeen yang sudi ronda-ronda sekitar Muar sampai jumpa pasar sebegini.
2. Semua benda antik, tapi yang menarik minat pakcik adalah buku-buku lama yang mungkin sudah tidak diterbitkan lagi dan sudah tiada dalam pasaran. Buku pertama yang menarik perhatian adalah buku bertajuk Penulisan Fiqh Shafii. (Pertumbuhan dan Perkembangan) tulisan Dr. Mat Saad Abd. Rahman seorang Pensyarah UKM. Terbitan Ikatan Studi Islam UKM tahun 1983 . Bagus untuk quick reference persoalan Mazhab Syafii. Dalamnya ada riwayat hidup Imam Shafii, perkembangan Mazhab sesudah kewafatan Al-Imam dan susuk kedua terpenting dalam Mazhab Shafii iaitu Imam Nawawi. Mungkin ini adalah thesis Dr penulis. Disyarahkan juga Method penulisan Minhaj Al-Talibin. Masih sedang dalam pembacaan di sela masa yang ada. InsyaAllah cuba untuk khatam. Mengenali Imam Mazhab sendiri sebelum melihat Mazhab yang lain. Satu perkara yang saya dapat ringkaskan Imam Shafii telah berguru dengan Imam Malik di Madinah sewaktu kecil, kemudian berguru pula dengan sahabat Imam Abu Hanifah (Imam Abu Hanifah wafat ketika Imam Shafii dilahirkan). Baginda berhadapan dengan mazhab Ahlu Ra'yi. Dan baginda juga telah berguru dan berkhidmat di beberapa kota penting seperti di Hijaz, Baghdad, Yaman dan Mesir.
 3. Buku kedua dalam genggaman adalah "Allah, Ruh dan Alam menurut Sains dan Islam" terjemahan oleh Abdul Majid bin haji Khatib. Buku ini terjemahan dari "God, Soul and Universe in Science and Islam" oleh Nawab Muhammad Yamin Khan B.A (All). Barrister-at-law of the Lincoln's Inn. Terbitan Pustaka Aman Press Sdn Bhd cetakan kedua 1982. Sebuah buku kecil setebal 143 ms tetapi kaya dengan penerangan iktikad ketauhidan orang beriman berdasarkan disiplin tasauf. Mudah difahami bila dibaca dalam bentuk buku rumi, tetapi ini tidak memadai, bagi orang awam kita patut berguru sambil baca buku 'Akidah Thohawiyah" baru betul. Barulah aqidah kita mantap nak memahami apakah konsep ketuhanan sebenarnya. Apapun kekuatan pada buku ini bagi saya adalah dalam bab 1. Tanggapan berkenaan tuhan dalam sesetengah agama, perbandingan dibuat dengan agama Hindu, Kristian, Buddha, Jainisma, dan islam itu sendiri. saya petik sikit dalam ms11. 

"Allah Yang Maha Besar dan Maha Wujud itu telah mereka hadkan dan menganggap sebagai mengambil bentuk manusia dalam peribadai Ram Chander, Krisyna dan lain-lain. Orang mistik Hindu tetap menyembah Tuhan Yang Tunggal dan mereka cuba 'menenggelamkan' jiwanya dalam Brahma, iaitu jiwa semesta. Ini mereka lakukan dengan jalan membunuh semua kehendak-kehendak badaniah atau hawa nafsu mereka. .."
 4. Buku ketiga Mengenal Diri dan Wali Allah, oleh Mustapha Mohamaed Al-Jiasi (Al-Ahmadi) Terbitan Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. cetakan 1972. Subhanallah! menggigil sewaktu dapat buku ni. Buku yang sangat 'rare'. Seabstrak design muka depannya begitu juga dengan isinya yang penuh dengan metafora golongan sufiah. Tambah thrill lagi buku ni adalah, pesanan dari pengarang supaya jangan dibaca secara getus-getus atau sungsang-sungsang, hendaklah dibaca ikut tertib babak-babak kerana ilmu ini sangat dalam dan payah hendak dihurai.

5. Buku ini banyak menerangkan ibarat-ibarat yang digunakan oleh orang sufi. Kebanyakan ibarat ini sering disalahfahami orang ramai. Tugas buku ini memberi bandingan yang terang pada masalah yang susah difahami di kalangan orang awam. Buku ini juga banyak menjawab prasangka negatif orang yang tidak mengenali kaum sufi secukupnya. Juga bersifat quick reference bagi yang susah nak berguru kitab tasauf seperti Syarh Hikam, Tanwirul Qulub, Ad-Dur Nafis atau Sirus Salikin. Tidak melampau barangkali kalau saya katakan buku ini seolah-olah "Knowing Yourself for Dummies" cukup mudah difahami walaupun banyak metafora. Kalau dicetak barupun mungkin akan menjadi rujukan orang ramai untuk memahami ilmu tasauf dalam bahasa moden. 
6. Buku keempat dari pasar karat, Mutiara Usuluddin yang bernama "Durur Samin pada menyatakan iktikad segala orang yang mukminin" karangan Sheikh Daud bin Sheikh Abdullah Al Fatani. Cetakan Darul Maarif Pulau Pinang Malaysia. Tahun cetakan tidak dinyatakan, tetapi masih dicetak sehingga ke hari ini dan masih ada dibaca di pondok pondok dan surau-surau. Sedikit petikan dari mukasurat 5 baris ke 13 dari atas:

"Maksud daripada ilmu ini hendak mensabitkan bagi kamal zatnya tuhan kita dan mensabitkan sifat yang kamalat dan tunggal pada menjadikan alam ini dan menyepikan dia daripada segala sifat yang kekurangan dan bersamaan dengan segala yan baharu..." susahkan nak faham, oleh itu lebih baik berguru untuk faham kitab kitab cenggini sebelum anda disesatkan oleh syaitan kerana dikata orang "baca kitab tanpa berguru maka ...... gurunya"
7. Lain-lain koleksi rare selain buku kitab adalah kelengkapan rumah zaman tok ndan, turut terlihat gasing zaman dedolu, bapak mertua pakcik dulu teror main gasing, siap boleh buat gasing homemade lagi., tu yang tipah pegang adalah alat membuat kuih sepit, jangan tau makan jer... alat nak membuat kena tau juger.
8. Turut terkasima dengan antik adalah anak-anak pakcik. tengok radiogram, banyak mengajar mereka tentang kekurangan orang zaman dulu-dulu. Bukan macam zaman sekarang ipad dah ada sorang satu dulu dulu nak tengok satria baja hitam pun kena pergi rumah jiran. Balik kena marah dengan tok hahahah!.
9. Kereta zaman tok kadok pun parking kat sini, turut dikesan disini adalah pedang-pedang lama, tapi menarik perhatianpakcik adalah pedang bugis design arab. Sememang orang Bugis dulu-dulu yang mana belayar keluar dari tanah air amat mahir menggunakan pedang, berbeza dengan orang melayu, lebih banyak kepada parang, keris dan tombak. Dulu masa kat melaka dah jatuh hati dengan pedang bugis design Inggeris. Tapi pakcik ditawarkan dengan harga RM8*** ...oklah bye ... awal tahun nak bayar sekolah anak-anak, roadtax nak mampos... lainkalilah kot... beli kitab sudah cukup menjadikan hari ini ...make my day! 

p/s: sekali sekala pergilah tempat orang jual barang lama, mungkin ada sesuatu untuk anda yang mungkin tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Tuesday, December 24, 2013

Fiqh Manhaji dan Rahsia Yahudi Dalam Filem




Intro: 24/12/2013 Hari ni, balik ofis lambat, dihati rasa rindu dengan buku. Masanya untuk mendapatkan Fiqh Manhaji. Nomor wahid untuk melengkapkan kajian faraid bagi keperluan thesis dan juga untuk pengkayaan ilmu bagi syarah muniyatul musolli dan akhirnya mendapatkan buku tadika kiki. Syurga yang dipilih harini adalah ….BADAN!



1. Buku pertama dipilih adalah Fikah Mazhab Syaf'ie -Fiqhul Manhaji, karya agung mutaakhirin ini adalah hasil 3 ulama’ syria yang menghimpunkan segala pandangan ahli fiqh Syafie dan meringkaskannya untuk faedah umat Islam khususnya dalam mazhab Syafie. Mereka adalah Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Syukurlah dah ada terjemahannya, senang orang awam nak faham dari bergantung kepada ustaz nak baca kitab Arab disurau dan Mesjid. Pakcik beli 2 jilid sahaja yang pertama Kitab 1 Bersuci dan Sembahyang. Pakcik beli niatkan untuk syarahkan kitab muniyatul musolli dengan kitab ini. Harga dibeli RM22.00



2. Untuk buku kedua Pakcik lompat Kitab 5: Wakaf, Wasiat dan Faraid. Harga dibeli RM18.50. Yang nilah akan jadi pengisi Literature Reading Pakcik untuk Thesis dan rujukan selain Kitab Kitab lain yang akan dinyatakan kemudian. Pustaka Salam telah melakukan sehabis baik dengan mengadakan sidang penterjemah dan sidang Penyemak antara beberapa nama besar yang terlibat dalam penghasilan buku Kitab-Kitab Mazhab Syafie ini adalah Ustaz Ridzuan Bin Hashim, Ustaz Juanda Bin Jaya, Ustaz Azizi Bin Ismail, Ustaz Mohd Asri Bin Hashim, Ustaz Salehan Bin Ayub dan lain-lain la. Satu keistimewaan terbitan Pustaka Salam apabila menjual buku ini dengan belian berasingan.Bermakna kita tidak semestinya beli dengan jumlah lengkap 8 jilid. Harga disebut untuk semua jilid RM225.00.  



3. Paling penting dalam jilid 5 ada menyatakan tentang masalah furu’ dalam ilmu faraid yang menjadi topik kajian Pakcik. Kebanyakan kitab moden tidak banyak mensyarahkan masalah ini, yang ditumpukan adalah teori pembahagian dan masalah. Contohnya kes Zawil Arham yang dinyatakan dalam mukasurat 1125 Jilid 5. Makin mudahlah kajian pakcik. InsyaAllah. Tambahan lagi Tok Guru Ambo Abu Anas Al-Madani juga telahpun mengajar Kitab ni dan telah di CDkan pun. Ramai juga ustaz-ustaz ajar buku ni di Masjid dan surau sebab mudah untuk difahami.




4. Buku seterusnya Rahsia Yahudi Dalam Filem oleh Ibu Yaacob terbitan Moon Media, banyak sudah buku pendedahan Teori Konspirasi yang telah diterbitkan oleh Moon Media, Apapun syabas diucapkan kerana buku yang banyak mengajar anak-anak pakcik mengenal siapa musuh sebenar umat Islam. Buku ini banyak mendedahkan rahsia tersirat dalam kebanyakan filem terbitan Hollywood, mungkin ada yang kebetulan, tetapi sikap berhati-hati umat Islam boleh menyelamatkan anak-anak kita dari fitnah Dajjal yang telahpun diberi amaran oleh baginda Rasul SAW dalam Hadis yang benar. Cuma satu masalah buku ni adalah pada penjilidan, kertas cetak glossy bermutu tinggi namun pembaca tidak boleh lasak kerana ia senang terlerai. Tambahan anak pakcik pula suka membaca sambil baring meniarap dan macam macam fesyen lagi ...so dah ada yang terlerai pun. Jadi selepas ni mungkin penerbit boleh fikirkan tentang masalah ni.




5. Kiki yang anti  McDonald, terus sahaja membuat kesimpulan bahawa cerita Yahudi dalam buku ini tidak boleh tengok. Walaupun baru belajar membaca, tahun depan baru masuk tadika, tapi kesedaran awal Kiki adalah petanda baik. Pakcik terangkan, bukan tidak boleh tengok, Cuma belajarlah kenali musuh kita, sebab bila kita kenal musuh, maka kita akan tahu cara nak lawan. Manusia akan takut kepada apa yang dia tidak tahu. Jadi janganlah takut. Beli jangan tak beli, ajar anak-anak untuk kenal dajjal dan jangan jadi pengikut Dajjal. Kebanyakan anak muda yang ikut black metal kerana mereka tidak tahu sebenarnya kebanyakan lambang black metal adalah lambang memuja iblis dan dajjal!.
 
6. Dari Buraidah r.a., katanya: "Rasul SAW. bersabda: "Tidakkah engkau semua suka saya beritahu perihal Dajjal,yaitu yang belum pernah diberitahukan oleh seseorang Nabipun kepada kaumnya. Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah matanya dan sesungguhnya ia datang dengan sesuatu sebagai perumpamaan syurga dan neraka. Maka yang ia katakan bahwa itu adalah syurga, sebenarnya adalah neraka." (Riwayat Bukhari & Muslim)