Tuesday, July 12, 2011

Kepeguaman. Tips menyoal saksi

1. Harini cover dua dewan YA dan YAA. Tengah syeok tiba tiba timbul impasse semasa soalan utama kepada saksi Plaintif. Masa nak masuk court rasa macam confident, tapi bila dah saksi bagi keterangan tak sepertimana yang kita nak...lari jugak tune dibuatnya..

2. Semalam 4 orang saksi harini lagi 4 orang saksi, pening juga kepala apabila menyoal saksi ni. Saya dapati setiap kali mengambil keterangan saksi, soalan saya pasti berubah. Semakin lama semakin kurang mutunya.. kenape?

3. Bertambah panjang soalan diberi.. didapati, semakin bingung saksi nak jawab. Ini terjadi sendiri kepada saya. Apabila kita tak bersedia untuk study case sebelum nak masuk dewan macam ni lah jadinya. Berpusing-pusing ayat untuk nak keluarkan point sebenar.

4. Saksi pula kadang-kadang tu bukannya faham penggunaan prosa kata peguam. Dah dua tiga kali kena jawapan berlawanan daripada yang kita hendak. Mau mati kutu. Jadi untuk memastikan kita bersedia dalam satu kes, waiima baru dalam bidang ini (saya masih baru) ataupun dah lama. maka beberapa persiapan perlu dibuat.; so tips entry kali ni.

1. Sediakan senarai soalan;

2. Jangan bagi soalan panjang pada saksi, ringkaskan;

3. Fokus point by point, senang hakim nak faham;

4. Make sure good mood!

5. Kuasai Dewan, 50% kemenangan ditangan anda.


Pembelaan Fasakh cuai nafkah : Fiqh Sunnah

Pra: Muar minta pin point hujah pembelaan fasakh tidak memberi nafkah. Agak lama juga nak cari, rupa-rupanya Sayyid Sabiq dah masukkan dalam Fiqh Sunnah,

1.Syarat bagi perempuan berhak menerima nafkah adalah sebagai berikut:

a. Ikatan perkahwinannnya sah
b. Menyerahkan dirinya kepada suami
c Suaminya dapat menikmati dirinya
d. Tidak menolak apabila diajak pindah ke tempat yang dikehendaki suaminya (kecuali perpindahan dengan maksud merugikan isteri atau membahayakan keselamatan diri dan harta isteri)
e. Kedua-duanya saling dapat menikmati.

2. Jika salah satu dari syarat-syarat ini tidak dipenuhi maka ia, tidak wajib diberi belanja. Kerana jika ikatan perkahwinannya tidak sah bahkan batal, maka wajiblah suami-isteri tersebut diceraikan, untuk mencegah timbulnya bencana yang tidak dikehendaki.

3. Begitu pula isteri yang tidak mahu menyerahkan dirinya kepada suaminya, atau suami tidak dapat menikmati dirinya atau isteri enggan pindah ke tempat yang dikehendaki suami, maka dalam keadaan seperti ini tak ada kewajipan nafkah. Kerana penahanan yang dimaksudkan sebagai dasar hak penerimaan belanja tidak wujud. Hal ini seperti halnya dengan pembeli tidak wajib membyar harga barang jika penjual tidak mahu menyerahkan barangnya, atau penjual hanya mahu menyerahkan barangnya disatu tempat tertentu sahaja dan tidak mahu di tempat lain.

4. Nabi Muhammad SAW kahwin dengan Aishah dan baru mencampurinya 2 tahun kemudian. Baginda tidak memberi belanja kepada Aishah kecuali setelah Baginda mencampurinya dan beliau tidak memberi nafkah sebelumnya.

Fiqh Sunnah; Al-Sayyid Sabiq