Friday, March 11, 2022

Buku: FURU’ AL-MASA’IL WA USUL AL WASAIL (Masalah-Masalah Fiqh Terpilih Daripada Bab al-Talaq)


Buku: FURU’ AL-MASA’IL WA USUL AL WASAIL (Masalah-Masalah Fiqh Terpilih Daripada Bab al-Talaq)
Penulis: SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL FATHANI
Transliterasi: KUMPULAN PENTERJEMAH DAN PENGUBAH AKSARA – JKSM
Terbitan: MAIK dan JKSM
Mukasurat: 306


1. Tiada siapa mahu kahwin untuk cerai. Berbicara tentang cerai adalah “Taboo” pada setiap saat berumahtangga. Namun kadang ia datang tanpa diundang. Kita bukan pemegang takdir. Oleh sebab tidak banyak diperkatakan tentang cerai, maka banyak isu bertapuk diruang kelabu (grey area). Dimanakah pencerahan?.
2. Isu kerumitan kes cerai bukan baru dibincangkan pada zaman kita, ia telah berlaku sejak mula disyariatkan. Cuma kadar kompleksiti lafaz dan suasana berbeza dari zaman ke zaman. Menyedari kerumitan ini, Syeikh Daud telah mengambil inisiatif mengarang kitab Furu’ Masail untuk permasalahan dalam agama. Lebih menarik ia didatangkan dalam bentuk soal jawab.

3. Naskhah Furu’ al Masail asal ditulis selama 4 tahun dan selesai pada tahun 1841M. Cetakan Pertama 2021 Unit Penerbitan MAIK menggenapkan usia kitab berusia 180 tahun. Namun manfaat yang terhasil tidak terhenti sehingga akhir zaman. 
4. Transliterasi dibuat bagi memudahkan rujukan sebagai “short cut” untuk mencapai maksud Syeikh Daud. Kesuntukan masa untuk berguru di pondok – pasentran lewat masa kini mendorong JKSM dan MAIK bekerjasama menghasilkan naskhah pemudahcara dalam tiga platform:
a) Transliterasi Teks: ubah aksara jawi ke latin;
b) Olahan Kontemporari Kandungan teks: maksud yang difahami dari teks asal; dan
c) Teks-Teks Yang Menjadi Asas Rujukan Hukum (Tahqiq): petikan yang diambil dari Fuqaha Mazhab Shafie.
5. Jika anda sering diajukan permasalahan rumahtangga oleh orang sekeliling, maka buku ini adalah pembantu yang baik. Untuk Hakim boleh dimasukkan dalam Alasan Penghakiman, untuk Peguam dimasukkan dalam Hujahan, untuk Qadhi dan asastizah supaya diterangkan kepada masyarakat.
6. Terlalu banyak kelebihan yang boleh diperkatakan bila diulas secara ilmiah. Ringkasnya tanpa mengira pada kedudukan mana kita dalam masyarakat, milikilah buku yang akan menambah dan meningkatkan kefahaman tentang permasalahan talak.

Abu Razeen
Faqir ilmu
 
p/s: Kitab dicetak hanya 300 naskhah sahaja. Tiada jaminan untuk re-print. Dapatkan sebelum kholas.