Tazkirah Ramadhan Masjid Nahdhah 18 Ramadhan
Surah Al-Qadr – Tafsir Ibn Kathir
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
-Qur’an turun semasa malam lailatul qadr kerana firmannya:
3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (Ad-Dukhan: 3)
Iaitu satu malam dalam bulan ramadhan, sepertimana firman Allah taalah “shahru ramadhanallazi….”
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. (Al:Baqarah: 185)
-Berkata Ibn Abbas diturunkan dengan jumlah yang satu dari luh mahfuz ke baitul Izzah di langit dunia kemudian diturunkan secara berperingkat mengikut sempena selama 23 tahun.
-Terdapat beberapa khilaf dalam menentukan bilakah turunnya Al-Quran, ada yang berkata 17 ramadhan sempena peristiwa Rasul SAW menerima wahyu pertama dan ada yang kata 21 Ramadhan sebab dikira hari yang ganjil diakhir Ramadhan atau yang lebih tepat lagi nak tentukan bila lailatul qadr, bagi kita di Malaysia diambil 17 Ramadhan sempena , kalau kerajaan nak tentukan Nuzul Quran pada malam Lailatul Qadr susah kita.
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Daripada Ibn Jarir – terdapat seorang lelaki dari Bani Israil, beribadat sepanjang malam sehingga subuh kemudian berjihad memerangi musuh dari siang sampai ke petang, di melakukan perkara yang sama selama seribu bulan maka diturunkan Allah (kharun min alfi shahr), mendirikan solat atau qiyam pada malam tersebut adalah lebih baik dari amalan lelaki tersebut.
Daripada Ali bin Arwah. Rasul menyebut pada suatu hari empat orang daripada bani Israil, nama nya ayub, zakaria, hazqil bin ajuz dan yushak bin nun menyembah Allah 80 tahun tidak membuat maksiat walau dihujung mata, maka taajub sahabat Rasul SAW, kemudian datang Jibril berkata ya Muhammad, telah taajub umatmu daripada mereka yayng beribadat 80 tahun tidak buat maksiat walau kerlingan mata, maka dirunkan Allah sesuatu yang lebih baik daripada itu maka dibacakan:…….. inilah yang lebih baik daripada apa yang kamu dan umatmu taajubkan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
Banyak malaikat turun pada malam tersebut kerana berkatnya dan bersamanya rahmah diturunkan kepada orang yang membaca al-Quran, berjaga malam dengan berzikir, orang yang menuntut ilmu maka mereka ini mendapat kebesaran malam tersebut.
‘Ruh’ – qila dikatakan Jibril Alaihi Salam ini dalam baba aaf alkhas alal am juga dikatakan gerombolan malaikat.
‘Min kulli amr’ – berkata mujahid – kulli amr adalah urusan yang aman
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
‘salaamun hiya’ – tidak berupaya shaitan melakukan kerja dia pada malam itu samada berbentuk hasutan atau mudharat, sihir tak menjadi pada malam itu, qatadah mengaakan ditentukan pada malam itu semua perbuatan dan ditetapkan ajal dan rezki.
Said bin Mansur – malaikat memberikan salam atas ahli masjid sehingga terbit fajar
Baihaqi – memberi kesan yang ganjil turunnya malaikat dan berulang alik atas mereka yang solat lailatul qadr, maka terhasillah berkat atas orang yang solat.
Ibn abi Hatim - memberi kesan yang ganjil yang berpanjangan kesan turunnnya malaikat dari sidratul muntaha diiringi jibril a.s kebumi mendoakan mukminin dan mukminat.
--------------------------------------------------------------
Faedah puasa ni
Pemecah gelora hawa nafsu- manusia akan tenang dan fisiolgi yang stabil ini berdasarkan hadis ibn mas’ud ‘kahwin’ – berpuasa jika tak mampu ia sebagai perisai inna lahu wija’ (pendinding)
Memperbaharui kekuatan diri membersihkan jasad merehatkan anggota, menguatkan ingatan dan mengosongkan fikiran –Hadis abu hurairah – berpuasalah nescaya kamu sihat. Ini akan terjadi selepas tiga atau 4 hari yang pertama secara normal, dia akan rasa rehat yag tinggi. Setiap faedah puasa dapat dirasa secara jasad, roh, kesihatan, social disyaratkan dengan sederhana pada memakan makanan berbuka dan bersahur, jika tidak keadaan akan menjadi sebaliknya. Sebaliknya puasa akan menjadi mudharat jika manusia selalu menyibukkan perutnya bagi tujuan penghadaman dan tidak bersederhana di dalam makanan dan minumannya.