Thursday, November 29, 2012

“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”


Kuliah subuh 30/11/2012 oleh Pengerusi Surau Nurussalam Taman Pulai Indah, Ustaz Halim Shah

1. Tema sambutan maal Hijrah tahun ini “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” sementara masih fresh dalam kepala.

2. Ramai yang tidak tahu apakah wasitiyah, kadang sebut pun tak betul, wasatiyah itu adalah yang pertengahan, ia juga disebut muktadil. Ramai ada orag keliru dengan pertengahan atau adil. Adil yang bagaimana?

3. Yang paling tepat pertengahan mengikut landasan Syariat. Ikut landasan Al-Quran dan Sunnah. Jadi itu kayu ukur untuk kita membagahikan siapa yang lebih dan kurang dari pertengahan.

4. Bila sebut pertengahan maka kita membahagikan manusia kepada 3 kelompok. Pertama lebih dari pertengahan namanya melampau, atau dalam bahasa arab Ghuluw, kalau di pasar kat Mesir, penjual meletakkan harga yang mahal, maka kita akan cakap ‘ghaali jiddan’ maksudnya harganya melampau sangat!.

5. Kelompok kedua yang pertengahan itulah dinamakan wasat atau wasatiyah dan golongan ketiga golongan muqtasir atau golongan yang berkurang, tidak mencapai tahap wasatiyah pun.

6. Banyak gesaan untuk kita menghindari dari menjadi kelompok ghuluw, tak boleh melampau lampau, dalam perbuatan. Tapi kadang kita lupa golongan muqtasir. Kita lihat dalam contoh menutup aurat. Kita risau orang yang pakai jilbab nampak mata sahaja macam di Afghanistan, orang tengok semacam. Mereka nak tutup aurat dan itu tidak dikira ghuluw, dikira ghuluw kalau dikurung tidak dibenarkan melakukan perkara yang harus. Tapi berapa banyak golongan ini di Malaysia?. Yang banyaknya golongan muqtasir yang tak tutup aurat langsung. Atau tutup tapi tak cukup. Mempromosikan wasatiyah tapi aurat masih ada yang terjojol.

7. Kita risau pasal ustaz yang ghuluw, bercakap garang sangat marah sana marah sini, betul golongan itu ada tapi banyak mana sangat? Yang muqtasir duduk dirumah tak mahu solat berjemaah tak mahu menyampaikan dakwah bagi tazkirah ini dikira muqtasir.

8. Kedua-dua kelompok ghuluw dan wasatiyah ini yang perlu diperhatikan, wasatiayah mungkin ramai dan bagi saya ghuluw adalah merbahaya tapi golongan ini sedikit, tapi muqtasir lagi bahaya dan gologan ini pula banyak, kita sekarnag banyak fokus kepada kelompok ghuluw tapi lupa pada muqtasir.

9. Pernah datang sahabat menyatakan kepada nabi, tentang tahap ibadat yang akan mereka kerjakan  "Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:
Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Dari sini kita letakkanlah wasatiyah kita itu dimana. Kita mungkin nampak kesederhanaan sahaja tetapi tak nampak golongan melampau (ghuluw) dan golongan yang tidak indah (muqtasir). Kita tidak membantu kedua-dua golongan ini tapi hanya memerangi golongan ghuluw sahaja. Jadi pandangan kita hendaklah diperbetulkan. Wallahuaklam.