Monday, September 7, 2009

ANTARA SULH DAN MEDIASI YANG MANA DEKAT DIHATI

ANTARA SULH DAN MEDIASI YANG MANA DEKAT DIHATI
By Abu Razeen


we are the pioneer, first batch mediation officer for selangor syariah court, from back abrzn, syukran, wadi, saharudin a.k.a wak din, azmi and jamil. front, AB Malik, Mazlina Jailanai a.k.a MJ, Nik Suhaila, Siti Noraini a.k.a Noni dan Drs Atras. ambilan 15 April 2002

Pra: Kertas kerja ini dibentangkan di Muzakarah Pegawai-Pegawai Sulh Seluruh Malaysia (Kali Pertama) di Hotel Royal Penang, Pulau Pinang pada 15-17 Mac 2009, very-very tought, but quite ok untuk muzakarah kali pertama. Pendedahan baru untuk saya dan semua pegawai sulh seluruh Malaysia. Credit untuk YAA Dato' KHM JAKESS, Suaida UITM, Atras, Azhar, Wadi, Noni dan semua sekali.

Abstrak
Pelaksanaan Sulh secara formal di Mahkamah Syariah dilihat sebagai satu produk baru walaupun secara asasnya Sulh telah dianjurkan oleh Islam sejak wahyu Allah diturunkan. Penggunaan sistem ADR yang sistematik telah dipelopori oleh sistem perundangan konvensional terdahulu dari Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian satu perbandingan yang sihat wajar dibuat bagi memajukan lagi kaedah-kaedah sedia ada untuk kemaslahatan pelanggan Mahkamah. Objektif kertas kerja ini adalah untuk melihat pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah persamaan dan perbezaannya dengan kaedah Mediasi yang dilaksanakan oleh pihak MMC, disamping mencungkil teknik dan asas kemahiran yang perlu ada pada Pegawai Sulh hasil dari kursus yang diberikan oleh Accord Group.


1. PENGENALAN
Perkembangan positif Mahkamah Syariah di Malaysia dalam menerapkan sistem pilihan selain dari perbicaraan telah mendapat sambutan yang baik. Selain dari Hakam dan Jawatankuasa Pendamai, Sulh telah mula diberi perhatian sebagai satu kaedah penyelesaian tuntutan secara damai yang murah dan ringkas. Kaedah Sulh secara literalnya telahpun digalakkan oleh Al-Quran dalam menyelesaikan masalah rumahtangga. Dalam konteks Negara Malaysia kaedah yang hampir serupa telah diusahakan terlebih dahulu secara sistematik dengan penubuhan Malaysian Mediation Centre oleh Majlis Peguam Malaysian. Manakala dalam perundangan sesetengah negara maju yang lain kaedah ini telahpun dilaksanakan dan menjadi kaedah mainstream bagi menyelesaikan pertikaian.
Inisiatif untuk mewujudkan sistem ADR (Alternative Dispute Resolution) bagi membantu mempercepat dan mengurangkan kes-kes tertunggak mendorong kepada pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah. Idea ini turut didorong oleh pelaksanaan sistem mediasi yang diamalkan di negara lain yang diakui keberkesanannya. Sulh dan Mediasi walaupun mempunyai nama yang berbeza tetapi maksud dan objektifnya adalah sama, menyelesaikan pertikaian pihak-pihak dengan mengikat perjanjian persefahaman. Untuk memudahkan pemahaman kertas kerja ini, ‘Sulh’ atau ‘Majlis Sulh’ adalah merujuk kepada amalan sulh yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah. ‘Pengurusan Mediasi’ merujuk kepada input yang telah diberikan oleh Accord Group disepanjang kursus yang dikelolakan oleh firma tersebut dan dihadiri oleh pembentang samada sebagai peserta ataupun sebagai ‘mediator assessor’ dan ‘coach’. Manakala ‘Mediasi’ adalah merujuk kepada amalan mediasi yang dibuat selain dari Mahkamah Syariah dan amalan ini adalah menurut sumber rujukan yang dinyatakan.
1.1 Sulh.
Sulh di dalam kertas kerja ini, adalah merujuk amalan Sulh di Mahkamah Syariah di Malaysia secara umum. Kebanyakan contoh diambil daripada pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah Selangor diatas sifat pelaksanaan Sulh secara sistematik yang terawal di Mahkamah Syariah dan berdasarkan dari pengalaman pembentang sewaktu bertugas sebagai Pegawai Sulh. Takrifan Sulh yang digunakan oleh Mahkamah Syariah Selangor adalah:
“Majlis perbincangan bersama di antara pihak-pihak yang terlibat didalam suatu pertikaian, melibatkan satu atau lebih tuntutan di Mahkamah Syariah Selangor dengan dipengerusikan oleh Pegawai Sulh dan seandainya satu persetujuan secara damai tercapai secara sukarela antara kedua-dua pihak, ianya akan di rekodkan oleh Hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan. Sulh hanya boleh dibuat selepas berlakunya perceraian sahaja atau permohonan poligami.”
Sulh yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah adalah berasaskan daripada dalil syarie Firman Allah SWT:
“Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nushuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua, (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai)” [An-Nisaa:128]
Manakala sempadan atau bidangkuasa syarak turut digariskan secara jelas dalam Hadis Rasul SAW:
“Sulh itu antara kalangan Muslim adalah suatu yang harus kecuali adalah yang mengharamkan sesuatu perkara yang halal atau Sulh yang menghalal suatu yang haram”
Pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah secara tidak rasmi telahpun dipelopori oleh pendaftar atau penolong pendaftar Mahkamah Syariah dan peguam-peguam syarie malah adakalanya berdasarkan perintah dari Hakim. Perbincangan dibuat mengikut kehendak pelanggan dan mengikut kesempatan masa sebelum atau semasa prosiding perbicaraan. Draf pertama berkaitan Sulh telah diwujudkan oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Kebangsaan yang dinamakan Kaedah-Kaedah Prosedur Mal (Sulh) (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1996.
1.2 Pengurusan Mediasi
Accord Group mempunyai takrifan yang luas dan menyimpulkan Mediasi sebagai:
“Mediation is a process which is aimed at building concencus and agreement which is voluntarily reached between the parties where the independent third party does not act as a judge to decide how the parties should resolve their dispute nor give advise or recommendations to tell the parties how to resolve their dispute.”
Dalam tafsiran ini dan melalui latihan yang diikuti, Accord Group menekankan kepentingan pihak mediator yang bebas dan tidak menghukum, mencadang mahupun menasihat pihak-pihak sepanjang proses mediasi. Tiada sebarang perbezaan ketara antara dengan takrifan Sulh, kerana matlamat proses adalah sama.
1.3 Mediasi
Mediasi yang ditakrifkan oleh MMC (Malaysian Mediation Centre) dinyatakan seperti berikut:
“It’s a voluntary process in which an impartial third party known as mediator, assists parties involved in a dispute to resolve their differences in an amicable manner.”
Menerangkan peranan mediator dalam proses mediasi. Walaupun ringkas, takrifan ini dibantu penerangan yang jelas di dalam mediation kit. Mediation kit diedarkan kepada pelanggan, sekiranya mereka bercadang untuk menjalani mediasi.
MMC secara ringkasnya telah dilancarkan oleh Majlis Peguam Malaysia pada 6 November 1999. Perancangan untuk melaksanakan mediasi telahpun wujud sejak Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian Secara Alternatif (ADR) dilantik pada tahun 1995. Sehingga hari ini perjalanan MMC diselia oleh Jawatankuasa ADR Majlis Peguam Malaysia. Objektif penubuhannya adalah untuk mempromosikan mediasi sebagai kaedah alternatif penyelesaian kes dan menyediakan prasarana yang sesuai untuk pelaksanaan mediasi. Pada awal penubuhannya, seramai 27 mediator mengikuti kursus teknik mediasi di Singapore Mediation Centre and the Law Society of Singapore. Kini terdapat 179 mediator yang telah diakreditasi oleh MMC.


2. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SULH DAN MEDIASI
2.1 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
2.1.1 Sulh
Peruntukan Sulh di Mahkamah Syariah dinyatakan dalam kaedah yang diluluskan kebanyakan negeri dan wilayah secara berperingkat. Antaranya dinyatakan: Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001 diwartakan pada 20 Disember 2001 dan mula berkuatkuasa 1 Ogos 2001, Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2004 diwartakan pada 8 Januari 2004 dan mula berkuatkuasa pada tarikh yang sama, Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Sulh) 2004 (Melaka) disiarkan pada 12 Februari 2004 dan mula kuatkuasa pada 15 Februari 2004., Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Sulh) Johor 2004 disiarkan pada 12 Ogos 2004 dan mula kuatkuasa pada 1 September 2004. Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Mahkamah Syariah Pulau Pinang 2006 disiarkan pada 22 Jun 2006 dan mula kuatkuasa pada 22 Jun 2006. Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah Pahang (Sulh) 2005 disiarkan pada 7 Julai 2005 dan kini masih belum berkuat kuasa.
Sebilangan Mahkamah Syariah di Malaysia mempunyai kaedah Sulh yang hampir serupa digunapakai sewaktu kendalian Majlis Sulh. Sulh di Mahkamah Syariah bernasib baik kerana pelaksanaannya mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan perundangan, dan ruang untuk berbincang melalui Sulh diberi pada mana-mana bahagian dalam prosiding. Malah dalam Arahan Amalan JKSM (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia) 1/2001 berkenaan Kod Etika Hakim secara jelas menyatakan antara etika Hakim semasa dalam Mahkamah adalah menggalakkan Sulh, arahan tersebut berbunyi:
“(j) menggalakkan pihak-pihak menyelesaikan pertelingkahan mereka dan mencapai persetujuan secara sulh dalam kes-kes mal di mana-mana peringkat sebelum dia memberi penghakiman;”
Dalam melaksanakan Kaedah-Kaedah Sulh yang dinyatakan pihak JKSM dan JKSN (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Wilayah) sentiasa mengeluarkan Arahan-Arahan atau Pekeliling yang menunjukkan prosedur atau polisi tertentu untuk digunakan atau untuk menjelaskan yang kabur atau tidak ada dalam kaedah-kaedah yang dinyatakan tadi. Arahan-Arahan ini penting untuk dilaksanakan bagi negeri yang belum mempunyai Kaedah--Kaedah Sulh.
Antara contoh ketelitian yang digubal bagi memastikan kredibiliti Sulh tidak dipertikaikan adalah Manual Kerja Sulh bertujuan menerangkan proses kerja yang perlu dilalui dalam Majlis Sulh dan Pekeliling Ketua Hakim Mahkamah Syariah Selangor 1/2002 (Kod Etika Pegawai Sulh dan Manual Kerja Sulh MSS). Kod Etika Pegawai Sulh berkuatkuasa pada 1 Jun 2002 di Mahkamah Syariah Selangor. Etika yang dinyatakan tidak begitu berbeza dengan Kod Etika Hakim dalam perkara tertentu. Kawalan berbentuk kod etika ini diaplikasikan seawal pelaksanaan Sulh di Selangor sebagai tindakan proaktif bagi memastikan tiada sebarang penyelewangan berlaku.
** Maklumat dalam bentuk dokumen yang direkodkan adalah baik untuk rujukan pengamal undang-undang namun dipihak pelanggan, maklumat Sulh yang lengkap hanya boleh didapati melalui ucapan pembukaan pegawai dalam sesi Sulh. Inisiatif pihak Mahkamah untuk menyediakan pamplet di kaunter atau khusus untuk pelanggan Sulh adalah tindakan yang baik.
2.1.2 Mediasi
Tiada sebarang peruntukan yang jelas samada mengikat atau menggalakkan pihak mahkamah untuk memilih sistem mediasi sebagai jalan penyelesaian kes. Penyelesaian melalui Mediasi adalah inisiatif pihak bertikai dengan kerjasama oleh pihak MMC. Kewujudan MMC sebagai alternatif penyelesaian pertikaian yang disediakan oleh Majlis Peguam dilihat sebagai pelopor mediasi yang bersistematik dan seragam. Segala peraturan mediasi dan kod etika Mediator dirumuskan dalam dokumen yang dikenali sebagai ‘Mediation Kit’. Keterangan yang jelas di dalam Mediation Kit turut meliputi kos yang perlu ditanggung oleh pelanggan.
** Dengan penyediaan dokumen ‘Mediation Kit’, pelanggan mempunyai peluang untuk mengetahui proses sepenuhnya dan ini membantu tugas mediator menjimatkan masa penerangan semasa proses pra mediasi. Pra mediasi penting untuk pelanggan bagi menjamin komitmen dan keserasian pihak-pihak bertikai dan mediator.
** Dalam kontrak perdagangan samada takaful, insurans, bankrupsi, kemalangan, pinjaman, perdagangan antarabangsa dan lain-lain, terdapat terma yang merujuk kepada proses mediasi dan arbitrasi. Oleh yang demikian sebarang pertikaiian hendaklah dirujuk kepada proses tersebut. Sekiranya proses ini gagal maka pertikaian dirujuk ke Mahkamah.

2.2. WAKTU PELAKSANAAN
2.2.1 Sulh
Mahkamah Syariah memperuntukkan ruang kepada proses Sulh setelah sesuatu kes didaftarkan. Dalam konteks Negeri Selangor, Seksyen 99 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No.4 / 2003 menyatakan :
“Pihak-pihak dalam apa-apa prosiding boleh, pada mana-mana peringkat prosiding itu, mengadakan sulh bagi menyelesaikan pertikaian mereka mengikut apa-apa kaedah sebagaimana yang ditetapkan atau, jika tiada kaedah sedemikian, mengikut Hukum Syarak”.
Walaubagaimanapun khidmat Pegawai Sulh hanya bermula setelah kes didaftarkan di Mahkamah Syariah kerana ia sebahagian daripada prosedur Mahkamah. Manakala Pegawai Sulh pula adalah terikat dengan mahkamah dan tidak dibenarkan untuk melakukan Sulh selain dari kes yang diarahkan. Secara amalan, kes-kes sulh didaftarkan secara automatik mengikut kesesuaian tuntutan oleh Pendaftar, terdapat juga kes yang diperintahkan oleh Hakim Bicara untuk dijalankan Sulh secara serta merta. Keadaan ini berlaku apabila Hakim berpendapat prospek untuk sesuatu kes diselesaikan melalui Sulh sesegera mungkin adalah lebih besar berbanding proses litigasi di dalam dewan bicara.
2.2.2 Mediasi
Mediasi tidak dijadikan sebagai prosedur Mahkamah, maka sebarang pertikaian boleh dirujuk ke proses Mediasi sebelum kes difailkan di Mahkamah atau semasa kes sedang dalam prosiding. Faktor ini disebabkan mediasi melibatkan peguam-peguam, tidak seperti Sulh yang melibatkan pegawai mahkamah, maka ruang untuk melakukan mediasi kelolaan MMC adalah lebih luas.

2.3 PROSES PELAKSANAAN
2.3.1 Sulh
Manual Kerja Sulh telah dikeluarkan dalam Pekeliling Ketua Hakim Mahkamah Syariah Selangor 1/2002, diringkaskan isi kandungan setiap proses berdasarkan huraian didalam Manual tersebut:
1) Kenyataan Awal Pegawai Sulh –
Memperkenalkan diri, membaca Al-Fatihah dan doa yang disarankan, memaklumkan undang-undang yang dipakai, matlamat Sulh, peraturan yang patut dipatuhi, sifat berkecuali pegawai sulh serta proses yang akan dilalui.
2) Pembentangan Awal Pihak Yang Bertikai –
Plaintif membentangkan terlebih dahulu, Defendan memaklumkan pertikaiannya, Pegawai Sulh membuat peta konflik, mengenalpasti dan mengurus maklumat yang diberi bagi menentukan isu, kedudukan, kepentingan dan alternatif penyelesaian.
3) Perbincangan Bersama-
Pihak-pihak menyuarakan pendapat, penilaian dari Pegawai Sulh, sekiranya persetujuan didapati maka Pegawai boleh terus mendrafkan perjanjian penyelesaian tanpa perlu mengikuti proses seterusnya.
4) Pertemuan Sebelah Pihak (kaukus) -
Plaintif dipanggil dahulu diikuti Defendan, Pegawai Sulh menyeimbangkan keadaan, maklumkan kelemahan setiap pihak, brainstorming, Pegawai adil dalam masa bersama pihak.
5) Perundingan Bersama -
Setelah kaukus, perundingan secara langsung pihak-pihak yang bertikai. Jika perlu mengulangi proses perbincangan.

6) Penghakiman Berasaskan Persetujuan -
Pegawai memutuskan wujud persetujuan atau tidak, drafkan perjanjian sekiranya ada, kebenaran untuk merujuk peguam, perjanjian diserahkan kepada Hakim untuk penghakiman berasaskan persetujuan.
7) Kes Diserahkan Kembali-
Penyelesaian separuh daripada pertikaian, selebihnya (syarat yang tidak dipersetujui) diserahkan ke proses perbicaraan.
** Pembentangan awal Pegawai Sulh boleh diringkaskan sekiranya terdapat satu proses yang dinamakan pra-sulh dimana pihak-pihak diberi penerangan tentang proses Sulh dan peranan Pegawai Sulh terlebih dahulu. Boleh dilakukan secara proaktif dengan maklumat sulh ringkas yang dilampirkan bersama notis sulh atau menelefon pelanggan yang terbabit sebelum beliau hadir ke Majlis Sulh.
2.3.2 Pengurusan Mediasi
Accord Group menyenaraikan bentuk-bentuk kemahiran yang perlu ditampilkan mengikut kesesuaian proses sulh dan tindakan yang perlu diambil oleh Mediator dan pihak-pihak.
1) Langkah Persediaan –(Preparatory Steps)
Berjumpa dengan pihak-pihak dan mencari kesepakatan tentang dokumen, agenda, masa dan menandatangani pelantikan mediator.
2) Penyataan Pembukaan – (Opening Statement)
Mediator menerangkan peranan, kerahsiaan dan peraturan asas mediasi.
3) Pembentangan Pihak-Pihak (Opening Presentations) –
Mana-mana pihak bebas untuk bercakap tanpa diganggu, mediator akan menggunakan kemahiran mendengar, kesimpulan, kenalpasti keperluan, faedah dan objektif serta agenda.

4) Perbincangan Bersama dan Pertanyaan (Joint Discussion and Questions)-
Pihak-pihak dibantu menyelesaikan salah faham dan bincang perkara yang tidak dipersetujui, mediator memberi kesedaran dan pemahaman masalah sebenar pihak bertikai.
5) Sesi berasingan dan bersama (Separate and Joint Session)-
Bincang isu sensitif dan rahsia, mediator bantu kenalpasti keperluan dari kehendak, mengalakkkan percambahan pilihan, memecah kebuntuan dan menerangkan kesimpulan.
6) Tahap persetujuan (The Agreement Stage)-
Mengkaji kesan dan akibat persetujuan, Mediator bantu mendrafkan persetujuan, nasihat berdasarkan persetujuan yang diambil dan mencadangkan proses yang lain jika gagal.
** Pengurusan mediasi oleh Accord Group amat menekankan kepentingan memelihara proses (protect the process), walaupun persetujuan mungkin didapati pada peringkat awal perbincangan namun keenam-enam proses seolah-olah wajib dilaksanakan. Walaubagaimanapun proses boleh dilakukan secara fleksibel tanpa mengabaikan keperluan pihak-pihak.
** Modul proses yang dicadangkan adalah berbentuk mediasi komersil, namun ia adalah relevan untuk kes-kes kekeluargaan.
** Proses Langkah Persediaan (Preparatory Steps) diberi penekanan yang lebih mendalam oleh Accord Group dalam Kursus Mediasi Lanjutan. Kebanyakan kejayaan mediasi bergantung kepada proses ini, adalah penting untuk Mediator mengadakan perjumpaan awal (preliminary meeting) pihak bertikai.
2.3.3 Mediasi
MMC membantu pemahaman pelanggan dengan menyediakan jadual proses dan penerangan ringkas sebelum mediasi bermula.Sepertimana digariskan dalam Mediation Kit, proses mediasi mengikut turutan seperti berikut:
1) Proses Pra Mediasi (Pre Mediation Process)–
Pihak-pihak menandatangan persetujuan syarat-syarat menjalani mediasi.
2) Pengenalan (Preliminary)–
Pengenalan kepada Mediasi.
3) Pembentangan oleh Mediator (Mediators Opening)–
Penetapan peraturan perbincangan oleh mediator. Mediator dimaklumkan tentang beberapa fakta asas mengenai pertikaian.
4) Sesi bersama (Joint Session)–
Pihak-pihak dibenarkan untuk menyatakan tuntutan dengan kehadiran pihak satu lagi.
5) Perjumpaan sebelah pihak (Caucuses)–
Sekiranya perlu salah satu pihak boleh bersama mediator secara sebelah pihak bagi menyatakan emosi dan bercakap dengan bebas.

6) Perjanjian Persetujuan (Settlement Agreement)–
Pihak-pihak menandatangani perjanjian penyelesaian disaksikan oleh mediator. Pihak-pihak boleh menfailkan kes di Mahkamah sekiranya tiada persetujuan dalam mediasi. Peguam kedua-dua belah pihak atau pihak mediator boleh menyediakan perjanjian sekiranya ada penyelesaian.
** Tidak terdapat banyak perbezaan antara proses Sulh dan Mediasi, ini adalah kerana tujuan utama proses dilakukan adalah untuk mencapai kata persetujuan antara pihak-pihak, manakala proses sulh sedikit sebanyak diadaptasi daripada mediasi dengan sebahagian penyesuaian, pengubahsuaian ini bagi menonjolkan identiti Islam seperti bacaan doa pada permulaan dan unsur litigasi dengan endorsement pada akhir proses sekiranya berjaya.
** Matlamat Sulh dikenalpasti dengan wujudnya perjanjian penyelesaian diakhir Manual Kerja Sulh. Apabila pihak-pihak menyatakan persetujuan tanpa mengira kedudukan proses maka Pegawai Sulh boleh mengabaikan proses selanjutnya dan terus mendrafkan perjanjian.


2.4. KEHADIRAN
2.4.1 Sulh
Kehadiran pihak-pihak adalah diwajibkan berdasarkan kepada Kaedah 4 Kaedah- Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001, Kaedah tersebut dinyatakan sebagai:
“Jika ada mana-mana pihak telah disampaikan notis di bawah perenggan 3(c) tidak hadir pada hari yang ditetapkan, ketidakhadiran itu hendaklah menjadi suatu penghinaan Mahkamah dan Bahagian XXX Enakmen hendaklah terpakai kepadanya”.
Manakala bagi negeri yang belum mempunyai kaedah, Arahan Amalan No.8 Tahun 2003 digunakan bagi tujuan penyempurnaan notis Sulh, Arahan tersebut berbunyi:

“Prosedur penyerahan Notis Sulh kepada pihak-pihak di dalam Majlis Sulh hendaklah mengikut prosedur penyerahan saman sebagaimana yang terdapat di dalam Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri-Negeri.”
Pemakaian prosedur penyerahan saman antara tujuannya adalah untuk membezakan antara prosiding Sulh di Mahkamah Syariah dan khidmat kaunseling di Jabatan Agama Islam. Prosedur ini juga bagi memastikan kehadiran dan kejayaan majlis sulh.
** Sehingga kini tiada kes menghina mahkamah dikeluarkan atas kegagalan menghadiri majlis Sulh di Mahkamah Syariah Selangor.
2.4.2 Mediasi
Mediasi yang dijadualkan di MMC adalah inisiatif pihak pemohon dan penjadualan mengikut kesesuaian Mediator. Tiada implikasi undang-undang boleh dikenakan kepada pihak yang tidak menghadiri mediasi. Tetapi untuk sebarang kontrak yang menyatakan penyelesaian hendaklah dilakukan secara mediasi atau arbitrasi terlebih dahulu apabila berlaku pertikaian, maka keengganan salah satu pihak untuk ke meja perundingan memungkinkan tindakan undang-undang ke atas pihak tersebut selain dari kesan perundangan atas pelanggaran kontrak tersebut.


2.5 PENYERTAAN
2.5.1 Sulh
Kaedah 5(2) Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 200 secara proaktif menggalakkan pihak-pihak membuat keputusan secara bersendiri, Kaedah tersebut dinyatakan sebagai:
“Dalam Majlis Sulh, pihak-pihak hendaklah hadir sendiri dan tiada Peguam Syarie boleh hadir bagi sesuatu pihak dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh seorang lain tanpa kebenaran Pengerusi.”
Kaedah ini tidak bertujuan sebagai pemencilan pihak lain seperti peguam atau saudara terdekat untuk membantu pihak-pihak, dalam kebanyakan kes, pihak-pihak dibenarkan untuk menelefon peguam diluar bilik Sulh malah Pegawai Sulh boleh menangguhkan kes sekiranya pihak perlu merujuk terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
** Kelonggaran masih boleh diberikan berasaskan permintaan kepada Pegawai Sulh setelah dipertimbangkan rasional kehadiran peguam dalam Majlis Sulh tersebut. Kebenaran oleh Pegawai Sulh dicatatkan pada akhir kaedah yang dinyatakan.
2.5.2 Pengurusan Mediasi
Accord Group dalam Kursus Pengurusan Mediasi Lanjutan telah memberi panduan pengurusan mediasi dalam keadaan pihak yang bertikai membawa masuk agen. Agen ini samada terdiri dari ibu, bapa, suami, isteri, rakan, peguam atau mana-mana individu yang mampu memberi sokongan kepada pihak.
Latihan mediasi yang dijalankan, dibuat dengan kehadiran agen-agen yang akan mencelah dan mengganggu proses mediasi, kemahiran mediator akan diuji dari aspek mengendalikan gangguan dan pada masa yang sama tidak boleh mengarahkan agen keluar dari sesi mediasi.
** Accord Group mementingkan autoriti untuk membuat keputusan ada pada pihak yang berunding, sekiranya tiada autoriti mediasi masih boleh dijalankan tetapi persetujuan hendaklah dirujuk terlebih dahulu sebelum perjanjian didokumenkan. Kepentingan validasi ini ditekankan oleh mediator sewaktu diperingkat proses kedua iatu Penyataan Pembukaan (Opening Statement).
2.5.3 Mediasi
Individu digalakkan untuk hadir sendirian, dalam kes entiti korporat, pihak bertikai boleh melantik wakil yang mempunyai autoriti untuk hadir dan membuat keputusan bagi pihaknya. Pihak bertikai akan memberi nama wakil tersebut kepada mediator.

2.6 JANGKAMASA PENYELESAIAN
2.6.1 Sulh
Antara fungsi utama Sulh dilaksanakan di Mahkamah Syariah adalah untuk menangani masalah kelewatan serta kelemahan perjalanan kes, jestru penetapan tarikh dan jangkamasa Sulh tidak sepatutnya menjadi punca kepada kelewatan kes di Mahkamah. Oleh yang demikian Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001 dinyatakan:
“Jika selepas menerima sesuatu saman atau permohonan bagi apa-apa kuasa tindakan, Pendaftar berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi penyelesaian antara pihak-pihak kepada tindakan itu, Pendaftar hendaklah—
(a) tidak menetapkan tarikh perbicaraan tindakan itu dalam tempoh tiga bulan;
(b) dengan seberapa segera yang praktik menetapkan tarikh bagi pihak-pihak mengadakan sulh;
(c) menyampaikan notis kepada pihak-pihak mengenai tarikh yang ditetapkan itu.”
Maksud “tidak menetapkan tarikh perbicaraan tindakan itu dalam tempoh tiga bulan” adalah menerangkan jangkamasa maksima Sulh boleh dijalankan, namun sekiranya kes dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari tiga bulan maka tarikh sebutan untuk merekodkan persetujuan harus diberi seberapa segera yang boleh, ini untuk mengelakkan perubahan hati pihak-pihak. Malah sekiranya tiada sebarang persetujuan sekalipun, tarikh sebutan tidak boleh dijarakkan dalam masa yang panjang, kerana ini akan memberi persepsi bahawa proses sulh hanya memanjangkan masa pihak-pihak.
Bagi memastikan kelancaran proses Sulh, kes akan mula dipanggil dalam tempoh tidak melebihi 21 hari dari kes didaftarkan. Arahan Amalan No. 3 Tahun 2002 berkenaan Pemakaian Sulh dinyatakan seperti berikut:
“..semua kes-kes selepas didaftarkan, hendaklah dengan seberapa segera tidak melebihi 21 hari dirujukkan kepada Pengerusi Majlis Sulh dengan memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk sesi Sulh / penyelesaian damai, sebarang persetujuan yang dicapai hendaklah dicatatkan dan dibacakan semula di hadapan pihak-pihak dan terus dipanjangkan kepada Hakim untuk direkodkan Perintah Persetujuan Bersama.”

2.6.2 Mediasi
Tiada limitasi jangkamasa ditentukan dalam mana-mana proses mediasi, namun kelancaran proses ditetapkan seawal pra-mediasi di mana pihak MMC akan menetapkan tarikh dan masa sesi mediasi dijalankan. Sekurang-kurangnya 5 hari sebelum pertemuan mediasi, setiap pihak boleh mengemukakan ringkasan kes dan apa-apa dokumen berkaitan ringkasan kes yang akan dirujuk dalam mediasi.
Pihak yang mengusahakan proses mediasi akan menamakan pihak yang bertikai dan membayar kos sebanyak RM100.00 (tidak dikembalikan) kepada MMC beserta dengan permohonan. Dengan pembayaran serta permohonan, pihak MMC akan menghubungi pihak yang dinamakan dalam tempoh 14 hari. Setelah semua pihak menerima permohonan, dalam tempoh 21 hari pihak MMC akan memaklumkan kepada semua pihak samada mediasi boleh dijalankan atau sebaliknya.

2.7 PEMILIHAN PENGANTARA
2.7.1 Sulh
Pihak-pihak tidak mempunyai pilihan untuk memilih Pegawai Sulh kerana Pegawai Sulh dilantik dan ditempatkan dilokasi-lokasi tertentu di Mahkamah Syariah. Tetapi Pegawai Sulh tidak dibenarkan untuk mengendali Sulh dimana wujud kepentingan diri seperti salah satu pihak adalah kenalan pegawai atau saudara maranya. Perkara ini dinyatakan dalam Perkara 3, Kod Etika Pegawai Sulh:
“Pegawai Sulh tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan syak munasabah bahawa dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas rasminya sebagai Pegawai Sulh, dia telah menggunakan kedudukannya bagi faedah sendiri”
2.7.2 Mediasi
MMC akan memberi senarai panel mediator yang berdaftar kepada pemohon selepas persetujuan untuk menjalani mediasi diberi. Sekiranya pilihan tidak dibuat oleh pemohon dalam tempoh 7 hari MMC akan melantik mediator untuk tindakan seterusnya. MMC akan mencadangkan mediator kepada pelanggan berdasarkan jenis pertikaian dengan kepakaran yang dimiliki oleh mediator tersebut dan mengikut ciri-ciri yang diminta oleh pelanggan.
Mediator atau mana-mana rakan kongsi tidak boleh bertindak untuk salah satu pihak berhubung perkara yang dirunding. Mediator dan MMC tidak menjadi agen kepada salah pihak atau bertindak bagi pihaknya.
** Pihak Mahkamah boleh menyediakan Pegawai Sulh khas dengan mengenalpasti potensi kemahiran masing-masing dalam tuntutan tertentu, seperti kes harta sepencarian, hadhanah, muta’ah dan sebagainya.

2.8 KELAYAKAN
2.8.1 Sulh
Asas kelayakan untuk Pegawai Sulh gred LS41 adalah sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Syariah dari mana-mana universiti yang diiktiraf beserta Diploma Pentadbiran Kehakiman Guaman Islam atau Diploma yang setaraf dengannya. Termasuk dalam kelayakan ini adalah lulusan LLBS dari UIA. Perkembangan perjawatan di Mahkamah Syariah menyaksikan Pegawai Sulh dilantik dari kalangan LS44 di Mahkamah tertentu. Kelulusan ini adalah setaraf dengan syarat dilantik menjadi Hakim Syarie.
2.8.2 Mediasi
Terdapat tiga syarat sebelum seorang peguam boleh diakreditasi sebagai mediator dan berdaftar dengan MMC antaranya;
I. Telah menjadi pengamal undang-undang sekurang-kurangnya 7 tahun,
II. Melalui latihan intensif selama 40 jam, pemilihan jurulatih dibuat mengikut kelulusan Majlis Peguam Malaysia dan
III. Berjaya dalam assessment atau ujian yang dikendalikan oleh jurulatih tersebut.
Syarat kelulusan ini adalah kekuatan MMC dan untuk memastikan kualiti mediator yang berdaftar. Keperluan sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman bertujuan menyediakan mediator yang matang dan berpengalaman dalam urusan undang-undang.
Secara adil, syarat 7 tahun pengalaman adalah berkaitan dengan undang-undang bukan dikhususkan pengalaman sebagai mediator. Oleh yang demikian dalam konteks amalan mediasi, mereka mempunyai pengalaman yang sama seperti pegawai sulh di Mahkamah Syariah.

2.9 LATIHAN
2.9.1 Sulh
Hasil inisiatif JKSM, Pegawai Sulh telah dilatih dan diberi akreditasi oleh Accord Group setelah mengikuti kursus selama 40 jam secara berperingkat sejak tahun 2006. Firma yang berpengkalan di Sydney Australia ini berpengalaman mengendalikan latihan mediasi di Hong Kong, Singapura, Philipina, New Zealand dan Australia.
Dalam konteks Mahkamah Syariah Selangor, latihan berbentuk kaunseling turut disertai oleh Pegawai Sulh samada dianjurkan oleh pihak JPA dan pihak JKSM. Kemahiran kaunseling banyak membantu Pegawai mengendalikan pelanggan sulh yang bermasalah.
** Mediator yang berdaftar dengan MMC ada yang mendapat latihan dari firma yang sama. Ini menjadikan latihan yang dijalani dan akreditasi yang diperolehi Pegawai Sulh adalah setaraf dengan Mediator yang lain.
** Generasi pertama Pegawai Sulh Selangor telah menghadiri Kursus Asas Rakan Pembimbing anjuran Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebanyak 3 sesi disepanjang tahun 2005 hingga 2007. Pegawai Sulh yang melengkapkan kesemua kursus tersebut ditauliahkan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAM) pada 29 November 2007, Kursus tersebut banyak menekankan teori kaunseling dan pengiktirafan. Ini membolehkan Pegawai menjalankan kaunseling dalam jabatan secara sah setelah diarahkan. Asas dan pengalaman kaunseling diadaptasi dalam pengendalian Sulh tanpa mengabaikan prinsip dan proses Manual Kerja Sulh.
2.9.2 Pengurusan Mediasi
Latihan Mediasi dan akreditasi oleh Accord Group mendapat pengiktirafan dari Hong Kong International Arbitration Centre, Hong Kong Law Society, MMC, UK Chartered Institute of Arbitrator, UK Bar Council, Law Society of England and Wales, Institute of Arbitrators and Mediators Australia, NSW Law Society, NSW Bar Association, Law Institute of Victoria, Victorian Bar Association, QLD Law Society, South Australian Law Society, Western Australian Dispute Resolution Service.
** Pengiktirafan dan pengalaman mengendalikan latihan oleh Accord Group di pelbagai negara secara tidak langsung mengangkat kewibawaan Pegawai Sulh yang berjaya mendapat akreditasi dari firma tersebut. Malah ia turut meningkatkan imej Mahkamah Syariah kerana mempunyai pegawai yang dilatih oleh firma bertaraf antarabangsa. Setiap Pegawai Sulh mesti berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya sijil akreditasi mediasi dari Accord Group untuk mengekalkan mutu serta kualiti Majlis Sulh.
Antara kemahiran yang diberi penekanan oleh Accord Group dalam Kursus Pengurusan Mediasi secara ringkas adalah:

1. Negotiation – Kemahiran berunding, matlamat perundingan bukan selalunya untuk menulis persetujuan, ia mungkin untuk kepuasan hati pihak.
2. Listening – Mendengar dan memahami, menunjukkan perhatian dan simpati. Body language juga sebahagian dari mendengar. Boleh mendapat agenda tersembunyi jika soalan yang tepat ditujukan kepada pihak bertikai hasil dari pemahaman mediator terhadap sesuatu isu.
3. Summary – Kesimpulan yang dibuat oleh mediator bertujuan memahamkan pihak-pihak situasi sebenar. Dibuat setiap kali pihak selesai memberi kenyataan, kesimpulan juga boleh membantu pihak melihat isu dengan lebih besar.

4. Common Ground – Kemahiran mencari titik persamaan antara pihak-pihak, perlu dikenalpasti bagi mengelakkan isu dan fakta yang tidak berkaitan dimasukkan dalam perbincangan.
5. Setting Agenda – Kenalpasti agenda untuk ditulis, agar perhatian pihak-pihak tidak keluar dari matlamat yang dikehendaki, agenda mestilah neutral iaitu tidak menyebelahi atau merendahkan salah satu pihak.
6. Reframe – meneutralkan kenyataan, dalam mediasi kadangkala terdapat perkataan negatif, salah menyalahkan, menghukum. Kemahiran mediator mengeluarkan ungkapan positif atau neutral membantu pihak-pihak membina persepsi yang baik kepada pihak yang lain.
7. Identifying Objective and Needs – Kemahiran mengemukakan soalan untuk membantu pihak mengenalpasti keperluan dari kehendak. Keutamaan hendaklah diberikan kepada keperluan dan objektif bukan sekadar hak dan kehendak semata-mata.

8. Raising Doubt – Mencipta keraguan dengan soalan tentang kedudukan pihak sekiranya pertikaian tidak diselesaikan. Dalam banyak situasi pihak bertikai susah untuk berfiir secara rasional. Soalan boleh berbentuk ujian realiti. Menggunakan perkataan ‘jika’, ‘kalau’, ‘bagaimana sekiranya’ dan sebagainya.

9. Diplomatic – Kemahiran diplomasi, menggunakan kembali perkataan positif yang diucapkan oleh pihak bertikai, menyentuh secara tidak langsung keegoan pihak dan membantu mereka menyelamatkan air muka.
10. Intervener – Mencelah, Kemahiran terbesar dalam mediasi adalah tahu bila masa yang sesuai untuk mencelah, sebagai pemudahcara rundingan, terlalu banyak mencelah atau tidak mencelah langsung memberi kesan kepada persepsi pihak-pihak terhadap mediator.

11. Questioning – Kemahiran menyoal, membantu pihak-pihak menuju kepada penyelesaian dengan meminta kerjasama dan soalan yang sesuai, ini lebih sesuai daripada mengeluarkan kenyataan.
12. Breaking Impasses – Memecah kebuntuan dengan meninggalkan isu yang susah dan meneruskan isu yang mudah, menggalakkan brainstorming, menangguhkan mediasi untuk pandangan pakar , melakukan kausus, menangguhkan ke tarikh yang lain.
2.9.3 Mediasi
Mediator dilatih oleh jurulatih dari negara yang telahpun mengamalkan mediasi samada melalui prosiding Mahkamah atau sebaliknya seperti Australia dan Singapura. Antara jurulatih adalah daripada Singapore Mediation Centre, Lawyers Engaged in Alternative Dispute Resolution (LEADR), Australia, Accord Group (Australia) dan University of Florida. Pihak MMC telah menjemput jurulatih atau pengamal mediasi yang telah diketahui kejayaannya di negara mereka.

2.10 FOKUS
2.10.1 Sulh
Selain dari terhad kepada ‘tidak menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal’, Sulh di Mahkamah Syariah Malaysia tertentu kepada kes-kes kekeluargaan atau Mal sahaja, berbanding aspek sulh yang besar dalam perundangan Islam, Hampir semua kes-kes tuntutan dijalankan Sulh kecuali kes-kes penceraian sepertimana yang ditetapkan dalam Kaedah 1(2) Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001:
“Kaedah-kaedah ini tidak terpakai bagi sesuatu permohonan untuk mendapat penceraian di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 84, dan prosiding selanjutnya berkenaan dengannya hendaklah dijalankan mengikut Enakmen itu.”
Bagi maksud tersebut, Arahan Amalan No.3 Tahun 2002 Pemakaian Sulh dikeluarkan untuk menjelaskan:
“Bagi maksud pemakaian sistem Sulh ini ianya tidak terpakai ke atas kes-kes Pembubaran Perkahwinan dan Nasab”.
Begitu juga dengan Arahan Amalan No.15 Tahun 2005, Menggugurkan Nafkah ’Iddah , Mut’ah, Nafkah Anak Dan Hadhanah Dalam Perjanjian Persetujuan. Larangan ini dinyatakan seperti berikut:
“Perjanjian-perjanjian persetujuan bersama atau perjanjian semasa Majlis Sulh tidak boleh menggugurkan hak-hak isteri yang belum disabitkan melalui talaq iaitu nafkah iddah dan mut’ah, dan hak anak iaitu hadhanah dan nafkah anak.”
2.10.2 Pengurusan Mediasi
Accord Group banyak mengendalikan Mediasi berkaitan pertikaian franchise, perniagaan, organisasi, pertikaian tempat kerja, komuniti, perancangan dan isu pembangunan. Secara umum kebanyakan kes yang di mediasi adalah berbentuk komersil.
2.10.3 Mediasi
Buat masa ini MMC hanya menerima pertikaian berkaitan komersil dan akan mengembangkan skop mediasi meliputi tuntutan sivil. Majoriti kes yang telah dimediasi adalah berkaitan penentuan isi kandungan persetujuan, perjanjian perniagaan dan lain-lain.

2.11 PENCAPAIAN
2.11.1 Sulh
Dalam konteks Negeri Selangor, sejak mula dilaksanakan dari Mei 2002 sehingga Januari 2009, sebanyak 12,025 kes didaftarkan untuk Sulh, 7,230 berjaya diselesaikan dan 4,597 kes gagal dan diteruskan dengan perbicaraan, manakala selebihnya masih dalam proses. Secara purata, bilangan kes Sulh di JAKESS adalah sebanyak 1781 kes setiap tahun. Mahkamah paling tinggi peratusan berjaya adalah Mahkamah Rendah Syariah Sabak bernam sebanyak 81%, Kuala Langat 79% dan Klang 77%.. Dalam lingkungan 6 tahun 9 bulan Sulh dilaksanakan di Selangor, pencapaian Sulh Berjaya tidak pernah kurang dari 60%.
2.11.2 Mediasi
Pada 18 Ogos 2008, terdapat 155 kes dirujuk kepada MMC sejak tahun 2000 hingga Ogos 2008. 40 kes berjaya diselesaikan mewakili 28.38% manakala 18 kes tidak berjaya mewakili 11.61%. Pada 18 Ogos 2008, 5 kes masih dalam tindakan dan satu kes tidak berjaya. 4 kes dikategorikan tutup.


3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Secara umum, apabila sesuatu aktiviti yang melibatkan keputusan secara bebas, maka risiko kegagalan tidak dapat dielakkan. Kebebasan untuk membuat keputusan turut bererti kebebasan untuk menarik diri dari komitmen. Konsep Sulh yang tidak memaksa pihak-pihak untuk membuat keputusan memberi kesempatan kepada pihak yang mempunyai agenda tersendiri meletakkan tawaran yang membebankan dan bersifat opressi kepada pihak yang lain.
Kurangnya persediaan pihak-pihak untuk menghadapi perbincangan dalam majlis sulh menyumbang kepada kegagalan. Kegagalan pihak-pihak untuk menjiwai penyelesaian secara damai mengakibatkan proses sulh gagal diikuti dengan berkesan. Bagi Majlis Sulh di Mahkamah keutamaan satu (kategori kes yang banyak didaftarkan dalam setahun) masa amat terhad untuk menerangkan secara ditil keperluan Kenyataan Awal Pegawai Sulh.
** Bagi mengatasi masalah Sulh gagal akibat pihak-pihak kurang memahami proses dan matlamat Sulh, dicadangkan supaya proses permulaan Sulh (sebelum Kenyataan Awal Pegawai Sulh boleh mencontohi pelaksanaan proses Langkah Persediaan –( Preparatory Steps) yang dianjurkan oleh Accord Group dan Proses Pra Mediasi (Pre Mediation Process) .
** Persekitaran yang positif boleh membantu pihak-pihak berbincang secara damai dan akhirnya membuat keputusan berdasarkan persefaman semua pihak. Antara cadangan yang pernah dibangkitkan dalam kursus pengurusan mediasi adalah seperti berikut:
I. Papan tulis – untuk kemudahan pegawai sulh menulis agenda, agar pihak-pihak fokus kepada perkara yang ditentukan sahaja.
II. Bentuk meja rundingan – keluasan meja rundingan hendaklah mendatangkan keselesaan fizikal dan mental pihak yang berunding.
III. Pemilihan warna bilik sulh – rona warna yang ringan dan tidak terlalu garang akan membantu emosi dan mengundang keselesaan pihak yang berunding.
IV. Air minuman – minuman boleh membantu pihak untuk melegakan ketegangan.
V. Penyegar udara – membantu pihak-pihak mendapat keselesaan dan salah satu cara mengatasi masalah individu yang sensitif terhadap bauan.

PENUTUP

Melalui pemerhatian terhadap pelaksanaan Sulh dan Mediasi yang diamalkan di MMC, perbandingan dari segi pencapaian adalah tidak relevan kerana asas pelaksanaan yang berbeza, Sulh di Mahkamah Syariah dijadikan sebahagian dari prosedur Mahkamah dan dikendalikan oleh Pegawai Sulh yang dilantik oleh Mahkamah. Manakala mediasi tidak dijadikan satu prosedur Mahkamah dan dijalankan oleh peguam yang diiktiraf oleh MMC.
Manakala Accord Group banyak menumpukan kepada kemahiran (skill) yang boleh digunakan. Tumpuan juga diberi terhadap modul proses yang sepatutnya dilalui oleh mediator untuk mencapai penyelesaian yang berkesan. Tidak banyak perbezaan berkaitan proses antara pengendalian Sulh dan pengurusan mediasi yang diterapkan disepanjang kursus. Namun sikap dan kemahiran yang diajar banyak membantu pegawai dalam pengendalian sulh seharian. Perbezaan kendalian Sulh antara sebelum dan selepas latihan oleh Accord Group dapat dikesan melalui kenyataan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Tuan Haji Zainol Rijal bin Abu Bakar. Beliau menegaskan bahawa sejak Pegawai Sulh mendapat latihan secara professional oleh pihak Accord Group, tidak terdapat lagi aduan mengenai cara kendalian sulh oleh pelanggan Mahkamah, malah terdapat pujian yang diberikan kepada Pegawai Sulh.
RUJUKAN
BUKU
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Darul Kitab Malaysia .
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Subulus Salam. Darul Kutub Ilmiyah.
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No.4 Tahun 2003
Kompilasi Arahan Amalan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Tahun 2000-2005 Jabatan Kehakiman Malaysia. PNSB 2006.
Pekeliling Ketua Hakim Syarie Selangor 1998-2002. D’Fa Print 2003.
KERTAS KERJA
Kertas Kerja YAA Dato’ Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman, “Penyelesaian Kes-Kes Kekeluargaan Islam Melalui Manual Kerja Sulh”, di Seminar Keperluan Manual Mengenai Undang-Undang Keluarga Islam pada 3-4 September 2002, di Dewan Besar IKIM.
Kertas Kerja Puan Su’aida binti Safei, UITM. “Majlis Sulh (Islamic Mediation) In The Selangor Syariah Court and Malaysian Mediation Centre of Bar Council: A Comparative Study” dibentangkan dalam International Seminar on Comparative Law 2008 di Marriot Hotel Putrajaya pada 18 – 20 November 2008.
Nota Kursus
Nota kursus oleh Accord Group Australia, “Mediation Process and Skills Course” di Kursus Pengurusan Mediasi pada 10-16 Disember 2006 di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur.
Nota kursus oleh Accord Group Australia, “Mediation Process and Skills Course” di Kursus Pengurusan Mediasi pada 13-19 Jun 2008 di The Summit Hotel, Subang Jaya, Selangor.
Nota kursus oleh Accord Group Australia “Advanced Mediation Training Course”, di Kursus Pengurusan Mediasi Lanjutan pada 12-16 Disember 2008 di Hotel Seri Malaysia, Genting Highland, Pahang.
Sumber online
Portal esyariah http://www.esyariah.gov.my/ sepertimana diakses pada tarikh 9 Mac 2009
Khutubul Zaman Bin Bukhari, “Arbitration And Mediation In Malaysia”, Arbitration and Mediation in ASEAN: the Law & Practice, In 8th general Assembly 2003, Dokumen PDF dalam http://www.aseanlawassociation.org/docs/w4_malaysia.pdf diakses pada 11 Mac 2009
Sumber lain
Pamplet bertajuk ‘The Accord Group Australia, Mediation, Training, Industry Dispute Resolution” diedarkan pada Kursus Pengurusan Mediasi kali pertama di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur pada 10-16 Disember 2006.
Pamplet bertajuk ‘Don’t Litigate – Mediate’ oleh The Malaysian Mediation Centre.
‘Mediation Kit’ mengandungi penerangan oleh The Malaysian Mediation Centre berkaitan Mediasi, didapati dari Bar Council pada 10 September 2008.

Pamplet bertajuk “Sulh (Mediasi)” edaran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor cetakan ke 2 dan diedar mulai tahun 2007.
TEMUBUAL
Tuan Haji Zainol Rijal bin Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia berkaitan ucapan beliau semasa majlis penutup Kursus Pengurusan Mediasi Lanjutan pada 16 Disember 2008 di Hotel Seri Malaysia Genting Highland dan di ulas semula pada 10 Mac 2008 melalui perbincangan telefon.
David Newton, Course Leader dan Managing Director, The Accord Group. Menekankan kepentingan ‘protect the process’ Jawapan beliau sewaktu disoal di dalam Kursus Pengurusan Mediasi Lanjutan.
Tuan Nurul Azhar bin Toha, Pegawai Sulh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, selaku Penyelia Statistik Mesyuarat Pegawai Sulh apabila memberikan maklumat data serta statistik Sulh terkini.

ps. masa diberikan agak terbatas, banyak lagi boleh dikongsi harap dapat diteruskan untuk masa hadapan, yang di Pulau Pinang, lepas ni buat kat pulau la juga rozita ye, emmmm pulau pangkor, labuan, kapas langkawi pun tak kisah punye.

PEMBENTUKAN AKHLAK DAN SAHSIAH REMAJA MENURUT AGAMA ISLAM







pra. Bulan Mac lalu, pembentangan di depan anak-anak remaja kali pertama, selalunya depan golongan dewasa, takut terlepas cakap tapi belasah aje, Ya ALlah ini sumbangan hambamu yang amat kecil nilainya untuk menjadi pemberat mizan diakhirat kelak. Dibentangkan di Kem Remaja Surau As Sahabah, Damansara. 8 Mac 2009, terima kasih zali jemput saya, anak-anak gembira sekali walaupun tak tengok presentation dan black out ditengah-tengah ceramah.


PEMBENTUKAN AKHLAK DAN SAHSIAH REMAJA MENURUT AGAMA ISLAM

OLEH ABU RAZEEN

Abstrak


Remaja adalah aset sesebuah Negara, untuk melihat maju dan mundur sesebuah negara pada masa akan datang lihatlah pada remajanya hari ini, oleh kerana itu, selepas dari kekalahan tentera kristian dalam perang salib dan kegagalan Theodore Herzl untuk membeli tanah Palestine daripada Sultan Muhammad maka bermulah agenda perang saraf terhadap umat Islam yang bermula dari remaja Islam. Menyedari kepentingan kekuatan diri dan memelihara kehormatan agama maka proses pembentukan akhlak dan sahsiah remaja perlu diberi perhatian secukupnya oleh semua pihak.

1. PENDAHULUAN


Membentuk akhlak dan sahsiah remaja menurut Islam adalah merupakan kewajipan semua pihak, bermula dari ibu bapa, pendidik, masyarakat, pemimpin dan yang lebih penting adalah diri remaja itu sendiri. Berdasarkan anggaran bilangan remaja yang mewakili lebih daripada separuh rakyat Malaysia hari ini, ternyata usaha pembentukan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Satu modul yang lengkap dan terbaik perlu diasaskan bagi memastikan pembentukan remaja Islam adalah menepati arahan Allah SWT dan Rasul SAW. Syariat Islam yang telah diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW telahpun lengkap sebagai satu cara hidup dan sekaligus sebagai panduan untuk merencanakan hidup remaja secara baik dan berkesan.


2. KENAPA REMAJA


Rasul SAW menjaga kepentingan golongan remaja atau ‘pemuda’ (terjemahan yang lazim digunakan untuk perkataan “syabab”) dengan penuh perhatian, dan menyediakan golongan remaja untuk menggalas tanggungjawab dan amanah menyampaikan dakwah dalam banyak hadis dan peristiwa.
Dalam membentuk remaja mendekati Allah SWT, peringatan perlu diberi untuk mereka bertaqwa kepada Allah samada diwaktu sembunyi atau terang, Dalam riwayat Ahmad dan Abu Yakla, Rasul SAW telah bersabda:
“Sesungguhnya Allah berbangga dengan pemuda yang tiada padanya ‘subuwah’ (sifat keanak-anakan, tidak tetap pendirian dan berpaling).”

Membentuk iltizam, taat kepada Allah SWT, beribadat kepadaNya dan menyerah diri untuk mendekatkan diri kepadaNya. Hadis riwayat Shaikhan Rasul SAW bersabda:
“Tujuh golongan dilindungkan Allah dibawah lindungannya pada hari tiada perlindungan melainkan lindungan Allah: salah satunya adalah pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah..”
Seruan kepada remaja untuk membentuk peribadi mereka secara rohani, jasmani, pemikiran, akhlak dan peribadi, dalam satu riwayat Rasul SAW telah bersabda:
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin” [Hakim]
Dalam memperingati usia remaja yang ditinggalkan, setiap orang akan dipersoal oleh Allah SWT di hari penentuan, ini berdasarkan hadis Rasul SAW:
“Tidak berlalu bagi seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia ditanya tentang empat perkara, tentang umurnya bagaimana dihabiskan, tentang masa remajanya dimana diluangkan, tentang hartanya dimana didapati dan dimana dibelanjakan, tentang ilmunya bagaimana diamalkan.”
Islam tidak tertegak pada hari ini dan tersebar dakwahnya keseluruh alam melainkan dengan usaha sekumpulan remaja yang amanah, mereka mendapat tarbiyah dari madrasah Rasul SAW dan keluar sebagai sekumpulan manusia yang terlatih dan sempurna. Rasul SAW semasa diturunkan wahyu, baginda berumur 40 tahun, iaitu dipenghujung lengkapnya usia remaja. Abu Bakar muda daripada Rasul SAW sebanyak 3 tahun, Umar semasa memeluk Islam berusia 27 tahun, Osman adalah lebih muda dari Rasul dan Ali yang paling muda dari kesemua sahabat pada waktu itu, begitu juga Abdullah bin Masud, Said bin Zaid dan beratus lagi sahabat yang menemui Islam semasa berusia remaja.
Syariat juga mempunyai method khusus untuk memelihara remaja dari kerosakan, menggalakan perkahwinan bagi yang berkemampuan. Dalam sebuah Hadis Rasul SAW bersabda:
“Wahai pemuda, barang sesiapa dari kamu mempunyai kemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan..” [Jamaah]
Tujuan perlindungan ini adalah sebagai persediaan membina syaksiah manusia, memelihara diri daripada kerosakan dari segi rohani, kelakuan, jasmani, nyawa dan dari segenap segi pembangunan diri. Dengan sahsiah yang lengkap maka remaja mampu untuk menanggung amanah, memikul tanggungjawab, berazam untuk mendaulatkan Islam, maka tidak ada ruang untuk lemah, malas, hanyut dengan gelombang fitnah dan tenggelam dalam kerosakan.



3. SIAPA REMAJA


Terdapat berbagai takrifan remaja yang berbeza mengikut keadaan dan topik perbincangan yang diutarakan. Masa remaja itu bermulanya ditentukan oleh faktor biologi dan akhirnya ditentukan oleh budaya masyarakat setempat. Perkembangan fizikal remaja boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu masa awal remaja (umur antara 13 hingga 18 tahun) dan masa akhir remaja (umur antara 18 hingga 24 tahun).
Menurut Islam, kanak-kanak mula dapat membezakan perkara yang baik dan buruk setelah mencapai mumaiyiz iaitu berumur tujuh tahun. Pada ketika inilah ibu bapa atau penjaganya patut melatih anak mengerjakan ibadat yang wajib. Apabila anak mencapai umur baligh, mereka wajib melaksanakan semua suruhan agama dan menjauhkan segala larangannya. Lingkungan baligh ialah mencapai umur 15 tahun atau kanak-kanak lelaki sudah bermimpi bersetubuh dan kanak-kanak perempuan pula telah keluar haid dalam tempoh umur antara 9 hingga 15 tahun. Batasan usia remaja menurut WHO adalah 12 sampai 24 tahun. Namun jika pada usia remaja seseorang sudah berkahwin, maka ia tergolong dalam dewasa atau bukan lagi remaja. Sebaliknya, jika usia sudah bukan lagi remaja tetapi masih tergantung pada orang tua, maka ia dimasukkan ke dalam kelompok remaja.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 memberi pilihan kepada anak lelaki berusia 7 tahun dan anak perempuan berusia 9 tahun untuk membuat pilihan hak jagaan. Manakala nafkah diwajibkan ke atas bapa sehingga anak berumur 18 tahun atau sehingga ia memperolehi pendapatan sendiri. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.
Remaja bukan lagi kanak-kanak tetapi pada masa yang sama bukan pula dewasa. Dengan kata lain, remaja ialah mereka yang sedang mengalami proses pemantapan fizikal, intelek, rohani dan emosi. Antara ciri-ciri remaja mengikut kajian sosiologi, mengatakan zaman remaja adalah zaman kacau-bilau yang penuh dengan konflik dan keadaan hati yang boleh berubah secara tiba-tiba sahaja atau teori ‘storm and stress’. Remaja berkemungkinan bertindak baik pada ketika yang lain. Remaja juga pada suatu ketika mungkin hendak bersendirian, tetapi beberapa ketika selepas itu dia berkehendakkan kepada teman-teman dan rakan-rakan.
Remaja selalunya dihubungkan dengan akil baligh, iaitu sudah cukup umur bagi berkahwin apabila timbul rasa cinta. Merasa diri mampu mengambil tanggungjawab orang dewasa seperti berkahwin berkerja atau menyertai apa-apa fungsi seorang dewasa.

4. AKHLAK DAN SYAHSIAH


Akhlak remaja mencerminkan dimana tahap kemajuan pribadi sesuatu umat. Oleh yang demikian pembentukan akhlak remaja perlu dilandaskan kepada nilai-nilai murni menurut kacamata Islam. Kesilapan dalam membiarkan remaja memilih sendiri arah tuju mengikut pandangan mereka sahaja boleh menghancurkan generasi akan datang. Islam bukanlah agama berbentuk lambang semata-mata tetapi Islam adalah sebagai satu cara hidup yang telahpun sempurna. Islam didatangkan dengan etika yang mesti dipatuhi oleh semua golongan. Bagi menyempurnakan akhlak seperti yang dituntut di dalam agama Islam, Dr Fathi Yakan telah menggariskan beberapa sifat yang perlu ada pada setiap Muslim dan sudah tentu wajib dimiliki oleh remaja Islam.

4.1 Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhat. Seorang muslim mestilah menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang haram dan berjaga-jaga daripada melakukan perkara yang syubhat. Ini berdasarkan sabda Rasul SAW yang bermaksud:
“Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu pun jelas, tetapi di antara keduanya ada perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menjauhi perkara syubhat bererti beliau telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara syubhat bererti beliau telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Samalah keadaannya seperti seorang pengembala yang akan mengembala ditepi pagar, dikhuatiri kelak beliau akan mengembala dalam pagar itu, ingatlah, setiap raja itu mempunyai batas sempadannya dan batas sempadan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya. Ingatlah dalam setiap jasad itu ada seketul daging, apabila daging itu baik maka baiklah jasad itu keseluruhannya, apabila daging itu rosak maka rosaklah jasad itu keseluruhannya. Ingatlah daging itu ialah ‘hati’”.
4.2 Menundukkan pandangan: remaja mestilah menutup pandangannya daripada perkara-perkara yang diharamkan Allah, kerana pandangan itu akan menimbulkan syahwat dan mendorong seseorang terjatuh ke dalam maksiat dan dosa. Oleh kerana itu Allah SWT telah berfirman:
“Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan” [An-Nur: 30]

Rasul SAW bersabda:
“Pandangan itu satu dari panah-panah iblis”
4.3 Memelihara lidah: remaja hendaklah memelihara lidahnya daripada perkataan yang tidak memberi faedah, percakapan yang kotor, kalimah dan ibarat-ibarat yang keji dan cakap kosong mengumpat dan menghasut. Imam Nawawi mengatakan:
“Ketahuilah bahawa setiap mukallaf mestilah memelihara lidahnya daripada semua perkataan kecuali perkataan yang mengandungi maslahat, apabila sama antara bercakap dengan diam maka menurut sunnah hendaklah beliau diam, kerana boleh jadi perkataan yang harus itu mendorong kepada yang haram atau perkara yang makruh”
Sabda Rasul SAW berkenaan bahaya lidah:
“Siapa yang banyak cakapnya banyaklah salahnya, siapa yang banyak salahnya banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka neraka adalah paling utama baginya” [Baihaqi]
4.4 Malu: Remaja mestilah bersifat malu dalam semua keadaan, tetapi sifat malunya itu tidak menghalang beliau daripada memperkatakan kebenaran. Termasuk juga dalam pengertian malu itu perbuatan tidak campur tangan dalam urusan orang lain, menahan pandangan, ringan tulang, tidak meninggikan suara, berpada dengan apa yang ada setelah diusahakan dan banyak lagi sifat-sifat lain. Rasul SAW bersabda:
“Iman itu lebih dari tujuh puluh atau lebih dari enam puluh cabang, yang paling afdal ialah kalimah tiada tuhan melainkan Allah dan paling rendah ialah membuang sesuatu yang boleh menyakitkan dari jalan dan malu itu satu cabang dari iman”
Para ulama mengatakan. “Sifat malu pada hakikatnya ialah suatu sifat yang mendorong seseorang meninggalkan perkara yang buruk dan menghalang beliau daripada mencuaikan hak orang lain.
4.5 Lemah lembut dan sabar. Sifat yang paling menonjol dan sepatutnya wujud dalam diri ialah sabar dan lemah lembut kerana amal Islam penuh dengan perkara yang tidak digemari, perjalanan dakwah dilingkungi dengan berbagai kesukaran, penyiksaan dan pandang rendah. Kesemua ini merupakan batu penghalang yang sering dihadapi oleh remaja sehingga semangat mereka akan lemah, seterusnya remaja akan hanyut dengan arus dunia.
4.6 Pemaaf. Usia remaja adalah masa untuk menguji kesabaran dan mengetahui tahap keikhlasan diri seseorang, Sebagai makhluk Allah yang lemah seringkali kita gagal dalam ujian Allah, terutamanya dalam perkara yang tidak digemari oleh seseorang. Pada perkara yang sepatutnya boleh bertolak ansur maka memberi kemaafan adalah sifat yang mulia. Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu” [An-Nur: 22]
Memaafkan orang lain juga boleh meningkatkan martabat seseorang, dalam sabda Rasul SAW:
“Mahukah kamu ku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan binaan dan mengangkat darjat ketinggian. Mereka menjawab: “bahkan ya Rasulullah”. Rasul SAW bersabda. “kamu berlemah lembut terhadap orang yang tidak mengetahui kamu, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengan kami”.
4.7 Bersifat benar dan jujur: remaja hendaklah bersifat benar, tidak berdusta, mengatakan sesuatu yang hak sekalipun terhadap dirinya dengan tidak merasa takut kepada celaan manusa demi kapatuhan kepada Allah. Sifat dusta adalah sifat yang paling hina. Memelihara diri dari sifat dusta akan memberikan jiwa suatu ketahanan dan benteng daripada was-was syaitan sehingga jiwa seseorang akan tetap dalam keadaan bersih dan tinggi. Sifat dusta akan meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi manusia. Maka Islam mengharamkan sifat dusta dan menjadikkannya sebagai salah satu penyakit. Rasul SAW bersabda:
“Sesungguhnya sifat benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis disisi Allah sebagai orang yang bersifat benar. Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka, seseorang itu akan terus berdusta sehinggalah beliau ditulis disisi Allah sebagai seorang yang berdusta.”
4.8 Tawaduk, remaja mestilah bersifat tawaduk, terutamanya di kalangan saudara seIslam. Tidak ada perbezaan antara kaya dan miskin dan Rasul SAW sentiasa meminta dijauhkan daripada sifat takbur dan rasa bangga diri. Rasul telah bersabda:
“Tidak akan dimasukkan kedalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah sifat takabbur”
4.9 Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, mengejek keburukan orang lain, semua sifat-sifat ini mesti dijauhi kerana patuh kepada firman Allah yang berbunyi:
“Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dusta dan janganlah kami mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentulah kamu merasa jijik dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”
4.10 Pemurah, remaja mestilah menanam sifat bermurah hati, mengorbankan diri dan hartanya pada jalan Allah, walaupun belum mempunyai harta namun masa dan tenaga adalah aset semulajadi yang boleh dikorbankan pada jalan Allah. Cita-cita untuk memiliki harta tidak salah tetapi mestilah berazam untuk membelanjakan di jalan yang benar dan tidak bakhil. Diantara perkara yang membawa kebakhilan ialah cara membelanjakan wang ringgit. Telah banyak kita lihat pangkat dan cita-cita yang tinggi telah runtuh dan hancur kerana rakuskan kebendaan. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyebut permasalahan iman beriringan dengan masalah membelanjakan harta, antaranya:
“Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk kamu sendiri dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup dan sedikitpun kami tidak akan diinaya” [Al-Baqarah: 272]
4.11 Menjadi contoh ikutan: remaja mestilah menjadi qudwatun hasanah bagi rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Segala tindak tanduknya menjadi terjemahan terhadap semua prinsip-prinsip Islam, dari segi adab tatatertibnya, makannya, minumnya, pakaiannya, percakapannya dalam keadaan damai dalam masa mengembara dan bermukim juga seluruh gerak dan diamnya.
Terdapat banyak lagi akhlak atau sifat yang perlu ada disisi remaja Islam, seperti ikhlas, bertanggungjawab, toleransi, tegas, berhemah, menghargai waktu dan sebagainya. Semuanya boleh dipupuk secara tidak langsung dalam kehidupan sehari-hari. Tidak semua akhlak dan sifat sifat mulia boleh dilaksanakan sepanjang masa atau setiap keadaan. Remaja mesti bijak menyesuaikan diri mengikut situasi dan kehendak. Tidak sepatutnya remaja berlemah lembut dan sabar terhadap kemungkaran dihadapannya sedang dirinya pada waktu itu dalam kapasiti berkuasa untuk mengubahnya. Apapun setiap tindakan mesti didahului dengan fikiran atau kebijaksanaan.


5. PERANAN REMAJA


Setelah mengetahui akhlak yang wajib ada dan disemai setiap masa, maka kita perlu membina identiti remaja Islam yang sejati. Identiti melambangkan peribadi seseorang dan perlu ada pada setiap remaja. Namun wajar diingatkan, remaja Islam mestilah mempunyai identiti sendiri tanpa meniru identiti orang lain. Kalau sekadar identiti murahan yang dicipta oleh barat maka tiada yang perlu dibanggakan. Identiti barat masa kini sedang menghadapi kehancuran. Benarlah firman Allah SWT yang berbunyi:
“Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuhan lalu ia disesatkan oleh Allah”. [Al-Jaathiah: 23]
Banyak berlaku kemungkaran di mana-mana di dunia hari ini. Bila sebut remaja barat orang lebih nampak gaya hidup bebas sehingga merendahkan akhlak mereka. Perbincangan perlu diadakan dengan kawan-kawan untuk membincangkan isu-isu sebegini. Jika tidak diadakan, realiti di dalam kehidupan tidak dapat diketengahkan. Tanya dan belajar untuk mereleasasikan kehidupan. Belajarlah untuk sensitif dan pandai meletakkan kebenaran pada tempatnya, kadang-kadang sesuatu perkara itu baik tetapi kerana kurangnya sensitiviti remaja itu maka hilanglah kebaikannya. Lebih teruk lagi kalau syaitan dan kawan-kawan sealiran mempengaruhi remaja lain. Sebab itu sensitif patut jadi pakaian remaja. Perasaan dan emosi setiap remaja itu haruslah dikawal supaya sealiran dengan akal dan jiwa.
Remaja kini haruslah berlumba-lumba untuk belajar agama dan lain-lain ilmu bermunafaat. Pembacaan, pengkajian dan meneroka bidang-bidang baru mestilah dilaksanakan. Namun iman tetap dijadikan pakaian. Inilah yang dinamakan remaja contoh, remaja harapan bangsa. Yang paling penting, remaja Islam hari ini mestilah mempunyai identiti sendiri dengan mencontohi peribadi Rasul SAW.

6. ANCAMAN REMAJA


Selepas kejatuhan Russia sebagai salah satu kuasa dunia, pihak barat terus mengkaji kuasa-kuasa lain yang dicurigai mampu menggoyangkan kuasa dan pengaruh mereka.
Memandangkan Islam pernah dicatat sebagai agama yang paling cepat berkembang di Eropah maka Islam dilihat sebagai satu ancaman. Mereka belajar daripada sejarah dan kajian orientalis bahawa umat Islam tidak mampu dikalahkan dengan senjata atau kekerasan.
Umat Islam pernah diserang selama 200 tahun, sehingga pemimpin kristian mengakui bahawa umat Islam tidak boleh dicabar dengan kakuatan fizikal dan berperang secara berhadapan. Lalu mereka mencari jalan merancang menyusun strategi baru untuk terus meranapkan umat Islam. Akhirnya mereka menemui jalan dengan cara serangan pemikiran iaitu ghuzwatul fikri yang mengakibatkan Islam terpecah kerana menganut fahaman-fahaman yang pada hakikatnya telah menghancurkan tamadun mereka sendiri. Pemikiran-pemikiran atau isme-isme seperti Sekularisme, Nasionalisme, Pragmatisme, Rasionalisme dan sebagainya telah berjaya memecahkan kesatuan umat Islam hingga negara-negara umat Islam dibahagikan oleh pihak kafirin sesama mereka seperti Malaysia kepada Britain, Indonesia kepada Belanda, Mesir kepada Perancis, Libya kepada Italy dan sebagainya. Selain daripada itu pemikiran anak muda diracun dengan budaya hedonism atau budaya berhibur yang keterlaluan dan melalaikan.
Dr. Samuel Zwimmer dalam Muktamar Kaherah pada tahun 1909 berkata: Sebenarnya tidak penting untuk kita mengkristiankan umat Islam. Sekiranya umat Islam masuk kristian, ia adalah satu rahmat, hidayah dan kemuliaaan bagi mereka. Yang paling penting, kamu hendaklah menjauhkan mereka daripada Allah supaya mereka menjadi manusia yang tiada hubungan langsung dengan akhlak sebagaimana akhlak itu teras utama dalam kehidupan masyarakat di dunia. Kesimpulannya, tidak mengapa bagi umat Islam tidak duduk didalam kristian asalkan ia jangan duduk di dalam Islam. Sebagaimana kita lihat berjayanya mereka menghindukan Hartina kamaruddin dan beberapa orang lagi yang sepertinya. Atau melahirkan orang-orang yang berfahaman free thinker atau komunis atau sekkular atau sebagainya. Oleh itu apa-apa jua kepercayaan sekalipun apa yang mereka anuti tidak mengapa asalkan ia tidak ada kena mengena dengan Islam.
Manakala puak Yahudi yang kini mendominasi ekonomi eropah dan politik barat turut mengambil kesempatan menyerang Islam dari sudut kerapuhan dan pengabaian umat Islam terhadap remaja. 2 daripada 24 protokol Yahudi diterjemahkan. Salah satunya protokol kesembilan menyatakan:
“Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.”
Dan protokol ketiga belas:
“Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.”

PENUTUP

Nilai kepekaan dan sensitiviti seseorang remaja itu berbeza antara satu sama lain. Seseorang mungkin melihat sesuatu dengan perasaan sahaja. Ada juga yang menilai sesuatu mengikut akal. Namun begitu, bagaimana pula kalau remaja melihat melalui jiwa pula?. Tetapi yang terpenting ialah kesepaduannya. Kesepaduan diantara perasaan, akal dan jiwa akan dapat melahirkan remaja yang mampu melihat dan menafsirkan keadaan sekeliling. Oleh itu remaja hari ini perlulah peka terhadap alam sekeliling dan rentaknya. Kepekaan yang kurang ditambah dengan akhlak yang rendah akan memudahkan remaja terpengaruh dengan unsur bukan Islamik. Rasul SAW ada bersabda yang bermaksud
“Siapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia digolongkan sebagai kaum itu.”
Orang Yahudi dan musuh-musuh Islam tidak pernah diam menjahanamkan remaja Islam. Mereka sentiasa menunggu masa untuk menghancurkan remaja Islam. Mulai dengan menjauhkan remaja dari sifat dan akhlak yang baik kemudian melalaikan mereka dengan perkara yang sia-sia akhirnya Islam pada diri kita hanya tinggal nama. Jadi, seorang remaja Islam perlu tahu strategi musuh. Berpegang teguh dengan akhlak dan sahsiah terpuji. Maka Allah SWT akan selamatkan umat Islam dari generasi ke generasi.

Rujukan

Abdullah Nasih Ulwan, Daur Syabab Fi Hamli Risalatul Islam. Darus Salam
Fathi Yakan, Maza Yakni Intima’ lil Islam.
Said Hawa, Thaqafatan wa Akhlakan Jundullah
Modul Pembangunan Remaja, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


PS:

oleh sebab ini first time, content agak heavy dan kertas kerja agak padat, kalau deorang takleh faham pun satu hari nanti mereka akan faham. InsyaAllah