Saturday, February 20, 2021

FIRST TIME APPEAR tips #2

Tips untuk peguam syarie – appear pertama kali

Pra: Seorang rakan bertanya, macam mana nak appear peguam syarie first time?. Soalan yang pendek untuk jawapan seminggu belum cukup habis terangkan. Untuk Hukum Syarak, Undang-Undang dan Soft Skill telahpun diselesaikan oleh Ibnu Taimiah, Syeikh Abdul Karim Zaidan, Prof Ahmad Ibrahim, Mahmud Saedon, Ridzuan Awang, (sekadar menyebut beberapa nama). Takkan nak suruh dia baca semua hasil akademik?. Jadi untuk short cut, saya tulis ikut seperti sembang kedai mamak. Harap membantu. Saya kongsikan juga untuk sesiapa yang mahu ambil faedah.  

UCAPAN PEMBUKAAN

1.“Pertama kali”, pastinya semua mendebarkan, tak kiralah apa jua perbuatan, masuk mahkamah apatah lagi, jadi pertama kali mestilah yang paling baik, ia berkenaan reputasi, tanggapan pertama dan keyakinan pelanggan anda, jadi mulakan dengan draf ritual ‘ucapan pertama’ contohnya:

“Saya Abu Razeen bin Adam, peguam syarie dari Tetuan Roza & Nori, hadir pada hari ini mewakili Plaintif Tuminah binti Sadri, turut hadir adalah Defendan En Wahab bin Dol yang diwakili oleh rakan bijaksana Tuan Raja Syahrul bin Raja Kobat.

Skrip ritual ini hendaklah ditulis dalam buku ‘combat tools’ penuh dengan tips yang boleh jadi fast reference bila-bila masa.

Ulang banyak kali, sampai fluence sebab moment of fame berlaku untuk 5 minit pertama. (Hakim akan nilai first five) –kalau kita fluence dia tahu kita bersedia, kalau kita kelam kabut dia akan tahu juga kita ‘koyak’ untuk kes pada hari itu.

 Elemen dalam kata pembukaan.

Nama sendiri, biar 30 kali kita appear jangan lupa sebut nama, sebab Hakim nak catat, walaupun dia dah kenal dan tahu. Kita refresh Hakim dan peguam pihak sebelah.

Sebut dari firma mana, (jika Jabatan Bantuan Guaman, bawa pewartaan atau surat lantikan ke JBG)

sebut nama anak guam, kalau anak guam tidak hadir, bagi tahu sebabnya. Kalau ada surat lagi bagus, kalau memang susah nak hadir minta pengecualian awal-awal. Kecuali semasa untuk bagi keterangan.

Sebut sekali nama opponent, bahasakan peguamnya dengan “rakan Bijaksana” by right Hakim akan tahu kita jenis yang macam mana.

GENTLEMAN

2. Peguam adalah gentlemen, distinguish, semua ni dikenal melalui manners, etiquette atau akhlak, budi pekerti. Lantak la korang jenis ketawa terbahak bahak kat luar, tetapi dalam dewan kena berlakon, kawal perasaan, jangan tunjukkan emosi berlebih-lebihan. Senyum bila masa perlu. Tapi tidaklah poyo sepanjang masa. Luar dewan make friend with everybody even your opponent, tapi walau rakan baik sekalipun, jangan sampai bertepuk tampar dengan peguam lawan sebab saya pernah terima aduan kata peguam sendiri berpakat dengan peguam lawan.

ADDRESS

3. Address Hakim dengan gelaran yang betul, kalau Mahkamah Rendah, sebut Tuan Hakim, kalau Mahkamah Tinggi sebut Yang Arif, kalau Mahkamah Rayuan ada tiga orang hakim sebut, Yang Amat Arif Dato’, Yang Arif, Yang Arif. Kesilapan address menunjukkan kita tak study atau lebih kurang ajar takut dikata perli.

Mata memandang kepada Hakim. Tunjukkan kita focus dan serius bawa kes. Muka kena konfiden.

Pastikan telinga sensitive dengan sebutan Hakim, kalau tak dengar sebut “maaf Yang Arif?”

Jangan berebut nak bercakap dengan peguam satu lagi.

Pantang dua peguam berdiri dalam satu masa, sebab Hakim keliru nak dengar yang mana.

Sebelum bercakap, minta izin. “Dengan izin Tuan Hakim”

Semasa Hakim menulis, jangan mula bercakap. Bagi peluang Hakim habiskan tulisannya. Tidak semua hakim ada katib/tukang catat bicara. 

BACAAN

4.       Banyakkan membaca buku undang-undang terbitan terkini, arahan amalan, baca jurnal hukum, kertas kerja. Bermula dengan buku Ahmad Ibrahim, Ridzuan Awang,

WEAK POINT 

5.       Kenalpasti kelemahan sendiri, contohnya jika dalam undang-undang keluarga kita kurang pengetahuan tentang fasakh, maka banyakkan pembacaan tentang fasakh. Pembuktian fasakh, fasakh dari segi hukum syara’, Akan ada ruang untuk menambah ilmu, tidak semua yang kita tahu. Tumpukan pada blind spot. Pada masa yang sama tambahkan soft skill yang lain.

BUKU ENAKMEN 

6.       Bawa buku enakmen, jangan datang melenggang atau sibuk layan henfon di bench.

Peguam adalah orang terpelajar, sebab itu dinamakan sebagai “yang bijaksana”, atau “learned council”, orang terpelajar bukan duduk buang masa, dia baca buku enakmen. Sepanjang pemerhatian, sekalipun senior lawyers, buku enakmen sentiasa dibawa. Kalau kes Mal paling kurang Enakmen Keluarga dan/atau Enakmen Prosedur. Ada Hakim yang akan tiba-tiba tanya pasal seksyen secara spontan. Sudah tentu kita tak mahu kelihatan kelam kabut.

*Idea untuk simpan enakmen dalam handphone tu sudah bagus, tapi bayangkan time kita nak rujuk tiba tiba hp hang, battery is about to die, jemm,

MAKLUMAT KEPADA HAKIM 

7.       Prepare kes dengan persediaan maklumat ringkas pada Hakim, Hakim ada yang tidak sempat belek fail sebelum dengar kes.

“Kes pada hari ini adalah tuntutan fasakh, pada tarikh terdahulu pihak Plaintif telahpun failkan jawapan kepada pembelaan dan tuntutan balas. Plaintif pada hari ini bersedia untuk memberi keterangan, jika tiada bantahan dari pihak Defendan mohon mahkamah memanggil Plaintif mengangkat sumpah beri keterangan”

SARAPAN 

8.       Mengisi Perut- Lebih baik sarapan dulu sebelum memulakan kes, anda sudah pasti tidak mahu client mendengar bunyi kriuk kriuk dalam perut semasa sedang membawa kes. Anda tidak tahu berapa lama kes akan berlangsung. Ini pengalaman sebenar, saya sangkakan kes akan habis sebelum pukul 10.00. Tapi akhirnya berlangsung sampai pukul 12.00 dengan keadaan masih belum bersarapan. Perutnya berbunyi, pasti didengar oleh client yang duduk di sebelah. Bayangkan apa yang ada dalam hati client hmmm,………

Abu Razeen

All Rounders

Post: akan buat video untuk input ini.