1. Dia macam trending, bila nak masuk puasa Ramadhan macam macam isu keluar, meskipun isu itu telahpun selesai pada tahun lepas, tapi tu lah nak menunjukkan budaya ilmu bangsa Melayu tu, isu yang sama dicungkil kembali.
2. Ini bukan nak cerita isu injek vaksin semasa sedang berpuasa atau apa hukum tidur sepanjang siang hari di bulan Ramadhaan, tapi nak cerita salah satu isu yang mungkin akan dibahaskan oleh netizen, sebab flow dia, bulan Ramadhaan ni mood dia dah tak tengok sangat benda lagho yang lain.
5. Up sikit
dari geng melenggang ni, jenis bawa sejadah mini. Pernah tengok sejadah mini?,
alaah yang sebesar muka tu, sekira-kira nak lapik dahi semasa sujud sahaja. Ia
telahpun memenuhi definisi sejadah sebenarnya. Cuma saiz tu kadang-kadang
menjadi khilaf setempat.
6. Saya cuba nak faham isu saiz sejadah ni sebenarnya. Kalau saya tersasar itu sebab saya bukanlah seorang doctor atau ahli sains. Isu saiz sejadah ini adalah berkaitan dengan saiz pendedahan permukaan kepada tempat. Semakin banyak ruang yang terdedah kepada tempat, maka semakin tinggi risiko jangkitan kepada virus Covid.
7. Sebab tulah adanya pemakaian PPE, cube tengok kadar dedahan petugas kesihatan semasa mengendalikan kes Covid, udah macam astronaut pun ada (kudos untuk frontliner!). Semua tu sebab nak kurangkan risiko jangkitan. Begitu juga dengan amalan kita, aci boleh nak kurangkan risiko jangkitan. Itulah dengan penjarakan sosial, larangan sentuhan bersalaman dan pakai mask.
9. Jadi ini
isu dedahan sebenarnya. Kalau pakai sejadah besar cukup syarat, maka ruang
sentuhan dengan lantai masjid semasa solat adalah hampir nil atau sangat
minima, makin kecik sejadah makin besar dedahan kepada ruang terbuka maka
bertambahlah risiko jangkitan.
10. Nanti ada yang cakap, kalau macam tu pakai PPE sajalah pergi masjid!. Itu soalan tak perlu dijawab, “mahu seribu daya tak mahu seribu dalih”. Jadi kalau anda dihalang untuk solat dengan sejadah mini, maka akurlah dengan bidangkuasa tempatan tersebut. Kita kena ingat selain dari Pengerusi dan Ajk, wujud juga pemantau dari Jabatan Agama dan Polis yang buat risikan. Jangan sebab anda yang “holier than thou”, itu satu masjid kena tutup.
AbuRazeen
Stay with multitasking Ridak’. Sejadah/Payung/Selimut/Selfdefence. Ni belum cerita sejadah ada gambar na’al.