Friday, June 15, 2012

Penjagaan anak Bermula dari Dalam Kandungan Ibu Sehingga Dewasa Mengikut Syariat Islam serta Sunnatullah





Oleh Ustad Duktur Zahazan bin Mohamed
11/6/2012 Masjid Wadi Hassan Johor Bahru
Disampaikan secara lisan ditulis semula oleh Abu Razeen yang teruja dengan kuliah Ustaz yang penuh dalil dan tamsil. Sekiranya ada kesalahan ia datangnya dari pencatat Abu Razeen sendiri.


1. Ustaz membuka ceramah dengan sepotong ayat Quran dari Surah At Taubah: 18 bagi memuji orang selalu makmurkan masjid:


”Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapa pun), kecuali kepada Allah. Maka, mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.”.

2. Seterusnya Duktur telah merawikan pula sebuah Hadis yang berbunyi:
Barangsiapa menempuh jalan menuntut ilmu maka Allah akan mempermudah baginya jalan ke surga. Suatu kaum yang berkumpul dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, bertilawat Al Qur’an dan mempelajarinya bersama maka Allah akan menurunkan ketentraman (sakinah) dan menaungi mereka dengan rahmat. Para malaikat mengitari mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan para malaikat yang ada di sisiNya. Barangsiapa lambat dengan amalan-amalannya maka tidak dapat dipercepat dengan mengandalkan keturunannya.” (HR. Muslim)

3. Khalifah Umar bin Abdul Aziz tidak akan tidur sebelum panggil ulamak cerita pasal akhirat sehingga beliau menangis. Bagitu juga dengan Sheikh Salahuddin Al-Ayubi, Syaikh Abdul Wahab bin Ahmad Asy-Sya’rani. Telah menjadi tradisi ahli politik terdahulu untuk memanggil ulama’ datang untuk mengajar dirumah, seperti Mohd Ali Basha. Meminta nasihat dan restu daru ulama’. Pernah sekali beliau bertanya kepada Syaikh Abdul Wahab bin Ahmad Asy-Sya’rani, “apa yang kau hajatkan daripadaku?” lalu dijawab oleh Sheikh, Tuan Perdana menteri aku tiada hajat kepada aja, tapi kalau aja ada hajat mintalah kepada kami dan kami akan doakan kepada Allah. Lihatlah kepada ulama’ terdahulu yang tidak begantung dengan kekuasaaan manusia.

4. Daripada manusia itu dijadikan berpasang-pasangan, yang mana darinya telah menjadi keturunan melalui anak-anak yang dilahirkan sesudahnya. Difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Ruum 21:


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

5. Sebaik-baik perkataan adalah yang sedikit dan memberi makna (khairal kalam qalla wa adallla) Ahmad bin Ismail Al-Katib, pernah menulis bait puisi berbunyi : Sebaik-baik kalam ialah sedikit, (tapi) menunjukkan banyak (hal) Kebodohan, intinya pendek, tapi lafalnya bertele-tele

6. Apabila mati anak Adam maka akan terputus amalannya melainkan tiga perkara, ilmu yang bermunafaat, sedeqah jariah, anak yang soleh mendoakan ibu bapanya.

7. Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. (Ustaz Zahazan menyatakan ia sebagai kelawar) Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”



8. Nama yang baik ambil dari nama-nama Allah macam tadi kita baca Ratib Asmaul Husna, kita tambahkan dengan Abdul sebelum nama Allah, sampai di Bangladesh mereka menamakana anak perempuan mereka dengan Amatul Rahman, ditambah amatul. Berikan nama ahli syurga, ulama’ Muhammad, salafus-soleh, mereka yang memberi sumbangan dalam Islam. Jangan bagi nama yang tiada makna.

9. Johor adalah tempat yang banyak mengajar tentang Islam, selepas negeri Kelantan.

10. Kita umat Islam kena usaha untuk melindungi aib saudara kita, sepertimana kita melindungi aib kita sendiri, ini berdasarkan dari firman Allah dalam Surah An-Nuur ayat ke 19 berbunyi:



“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)

11. Imam Bukhari dijemput datang ke rumah orang kaya untuk mengajar lalu diperingatkan tentang hakikat kehidupan dunia, dibacakan ayat 45 dari Surah Al-Kahfi yang berbunyi:



Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

12. Dalam satu qisah pengasas kepada mazhab hanafi iaitu Nukman bin Thabit yang mengajar di madrasah beliau, pada satu hari seorang anak yang dikejar opleh ibunya datang menorok dalam kelas pengajian Imam Abu Hanifah, lalu ibunya masuk dalam kelas dan memarahi anaknya dengan menyurhu anaknya bekerja. Perempuan itu adalah janda yang kematian suami. Lalu Imam menyatakan jangan dimarahi anak ini, dia datang untuk belajar. Lalu ibu itu menjawab, wahai orang tua, anak ini kematian bapa, sekiranya dia tidak bekerja siapa lagi yang akan memberi kami makan. Lalu Imam berkata “biarkanlah ia balajar agama kerana pada satu hari ia akan makan makanan yang lazat kek yang istimewa bernama “Faluzaj”, kemudian anak itu ditarik oleh ibunya untuk bekerja di pasar. Anak itu berulang kali datang ke kuliah Imam walaupun dikejar oleh ibunya. Setelah 20 tahun anak itu menuntut ilmu maka ia dikenali sebagai Abu Yusuf.

13. Semasa dalam pemerintahan Harun Al-Rasyid iaitu cicit kepada Ibnu Abbas, Abu Yusuf dilantik menjadi Qadhiul Qudha’, maka pada satu hari dijemput Abu Yusuf untuk sama-sama makan dengan Harun Al-Rasyid, memang menjadi kebiasaan khalifah terdahulu menjemput ulama datang berbincang. Maka dihidangkan makanan yang sedap-sedap, sehingga dihidangkan satu makanan yang lazat, tidak pernah Abu Yusuf merasa makanan tersebut. Bila ditanyakan kepada Khalifah, maka dijawab itulah “Faluzaj”, maka terkenanglah Abu Yusuf apa yang diperkatakan oleh imam Abu hanifah tentang makanan yang akan dinikmatinya pada masa akan datang.



14. Apa yang kita dapati disini adalah betapa Alimnya Imam Abu Hanifah sehingga diberi oleh Allah pandangan masa depan. Kemudian perkara paling penting adalah rezeki semuanya ada pada tangan Allah, Allah yang menentukan rezeki meskipun belajar agama.

Rahsia pendidikan Luqman Al-Hakim yang dititipkan dalam Quran walaupun dia bukan nabi adalah kerana pengajaran beliau berbentuk lisanul hal, dia buat dulu barulah dia ajarkan kepada anak-anak.

Bersambung la …..

(nak pi makan durian kat Batu Pahat... ..later)