Penulis: DR ABDUL BASIT BIN ABDUL RAHMAN
Terbitan: Telaga Biru Sdn Bhd
1. Jika menjadi tetamu kenduri kahwin sudah cukup menggembirakan,
apatah lagi menjadi tetamu Allah, tetapi samakah menjadi tetamu tanah suci, jika
hanya melenggang tanpa ilmu ibarat makan angin?. Disebalik kos yang tinggi,
pasti ada hikmah tersembunyi dibalik bebatuan gersang hijaz sehingga menjadi
gesaan Nabi untuk musafir padanya.
2. Jesteru Mekah dan Madinah bukanlah hanya sekadar Haji, Umrah dan
ziarah semata-mata, ia berkenaan menyusuri kesan sejarah, perjuangan,
pengorbanan dan matlamat hidup. Semua ini kita mungkin tidak akan dapat, tanpa
penerangan dan penghayatan melainkan anda seorang *Muwalad atau **Mutawif.
3. Jalan paling mudah untuk mendapat gambaran Makkah dan Madinah adalah
dengan membaca. Sebenarnya tidak sesukar mana untuk mencari buku Mekah dan
Madinah, semudah mendaftar jemaah umrah, anda (mungkin) akan dibekalkan dengan
buku manual haji/umrah bersekali dengan penerangan ringkas kota suci secara
percuma.
4. Namun dalam kebanyakan buku berkenaan Mekah dan Madinah, masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Ada yang tebal panjang lebar, ada yang ringkas dan ada yang ngam ngam. Ada yang isi kandungan semata dan ada juga diselangi gambar. Miliki mana yang kita suka.
6. Paperback, foto gambar rajah bewarna, info padat lengkap glosari,
bibliografi dan indeks. Ciri ciri penting buku intelek tapi masih mudah
difahami golongan pasar. Tidak hairan jika dikatakan penerbit Telaga Biru
memang terkehadapan dari segi grafik dan mutu penerbitan bagi kategori buku
agama. Saiz, berat dan keanjalan buku menjadi travel mate yang muat molek dalam
kocek vest mutawif. Buku inilah yang diusung sejak tahun 2016 hingga kini.
7. Tidak lengkap memiliki buku Madinah tanpa kembarnya, Makkah
Mukarramah. Dengan mutu dan konten yang setara hebatnya, pastikan buku ini
dicompartment hadapan seat anda dalam flight, pedulikan seat business class
yang macam jakuzi atau ekonomi yang macam bangku kopitiam, dengan baca buku ini
pastinya 8-9 jam perjalanan seakan tidak terasa.
8. Teratas dari segala keutamaan rupa dan isi kandungan buku adalah
sosok penulis itu sendiri. Dengan kombo Ijazah Sarjana dan Kedoktoran PHD
Universiti Islam Madinah, ketokohan Abu Anas dalam bidang dakwah kontemporer
disegani ilmuan tanah air dan luar negara.
9. Namun jika anda bukan ulat buku atau suka study awal, tindakan berkepit dengan Mutawif atau ***Mutawifah adalah perkara paling bijak disepanjang permusafiran anda. Pastinya anda tidak mahu sekadar membawa balik kurma, air zam-zam, tasbih, sejadah dan key-chain sahaja bukan?
Review Makkatul Mukarramah Kelebihan dan Sejarah
https://www.facebook.com/abu.razeen.5/videos/10217474598710328/?sfnsn=mo
Abu Razeen
Jom ziarah Rasul!
*Muwalad: Bukan penduduk asal Mekah, tapi dilahirkan di Mekah
**Mutawif: Jurupandu/Guider/Touristguide/Pembimbingtanahsuci
***Mutawifah: Sama erti Mutawif, gender wanita.