GOOD DAY MATE!
Mr David Newton mengasaskan The Accord Group Australia pada 1992
1. G'Day Mate!. Mr David disergah sebaik saja menyertai beliau dalam sebuah lif di Cameron Highland. Kebetulan memang peminat mendiang Steve Irwin si Crocodile Hunter. Beliau menyambutnya dengan "Not Bad, Mate" sambil ketawa ceria. Mr. David Newton sememangnya seorang pakar yang melatih dan mengeluarkan sijil pengamal mediasi pada peringkat awal pelaksanaan sulh di Mahkamah Syariah. Kali pertama melangut depan beliau selama 40 jam pada Disember 2006 sudahnya berhasil mendapat Certificate of Mediation yang berkeupayaan menjadi sole mediator.
2. Sememangnya agak sukar untuk yang kami lapis terkemudian dalam perkhidmatan untuk mendapatkan latihan bertaraf antarabangsa pada masa itu. Latihan bertahap internasional biasanya ditawarkan kepada pegawai senior yang sekembalinya ke tanah air akan menurunkan ilmu pada kami pula.
3. Batch terawal Pegawai Sulh Selangor agak beruntung kerana atas hasil usaha pihak pentadbiran Mahkamah Syariah Selangor dan kerajaan negeri pada masa itu, kesemua pegawai Sulh dapat menyertai Kursus Mediasi.Latihan sama yang disertai oleh pengamal undang-undang di Australia, New Zealand, Hong Kong, Singapura dan Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan Mediator Profesional.
4. Lebih beruntung lagi pengalaman kami dapat menerima curahan ilmu secara first hand dari pengasas Accord Group (Australia) Mr David Newton dan regunya Bianca Keys. Kalau dalam disiplin ilmu kitab kuning ia dipanggil "Sanad Ula". Gigihnya kedua-dua individu ini terpaksa mengadap kami yang sebahagiannya kalau ambil peperiksaan MUET mungkin markah cukup makan sahaja.
5. Berkat kesungguhan Mr David dan Bianca, kesemua teknik yang diperturunkan satu demi satu terpahat diingatan. Pastinya kesulitan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris sewaktu assesment dan pada masa yang sama percubaan untuk mengkagumkan Bianca akan jadi kenangan manis pada kesemua Pegawai Sulh yang terlibat.
6. Disana kami didedahkan dengan role play kes konflik tuntutan gantirugi kemalangan, saman ketidakakuran kontrak, tuntutan pekerja terhadap majikan dan macam macam lagi konflik bersifat komersil dan bukan lagi konflik rumahtangga yang memang menjadi forte kami selama ini.
7. Berbagai istilah barat dan teknik yang lebih profesional dan tersusun kami pelajari. Dari kursus tersebut maka terhasillah istilah private caucus, impasse, mount of anger dan macam macam lagi. Paling penting ia membina keyakinan barisan perintis Pegawai Sulh untuk menyelesaikan konflik dihadapan pelanggan yang bersikap skeptikal.
8. Impak latihan mediasi bukan sahaja terhadap corak pengendalian Sulh di tempat kerja, tetapi turut memberi kesan terhadap kehidupan diluar pejabat, sikap positif, toleransi, kesabaran, ketertiban, keluar dari kebuntuan, kekuatan mental, keterbukaan mempengaruhi hubungan terhadap keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja.
9. Dek kerana terlalu in-character semasa kursus pertama kali saya telah dijemput lagi dalam kursus Advance dan mendapatkan Certificate of Merit pada Disember 2008. Telebih dahulu menjadi assessor dan coach dengan pengiktirafan Certificate of Coaching pada Jun 2008. Isimewanya kursus oleh firma Accord Group ini membolehkan pemegang sijil dikecualikan dari menduduki peperiksaan kelayakan sebagai ahli persatuan UK Chartered Institute of Abritration.
10. Saya fikir boleh bertutur loghat down under persis Steve Irwin sekiranya berjumpa sekali lagi dengan Mr David dalam kursus kali keempat. Sayangnya Mr David Newton menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2016 tanpa sempat pamit. Dunia mediasi kehilangan seorang tokoh yang berkaliber di sebelah Asia Pasifik. Jasa baik Mr David dan Accord Group dalam membantu membina Pegawai Sulh yang berkeyakinan dan dipandang tinggi akan dikenang sampai bila-bila.
Farewell Mate!
Abu Razeen
solving disputes
remembering late Mr. David https://disputescentre.com.au/remembering-david-newton/
introduction of Bianca https://www.biancakeys.com/
No comments:
Post a Comment