Thursday, March 10, 2022

ASAM GARAM 3, MERIAHNYA RUMAH TANGGA NABI.

 Book Review #12

Buku ASAM GARAM 3, MERIAHNYA RUMAH TANGGA NABI.
Penulis LUQMAN MAKHTAR
Penerbit Lidi Media Resources
Pencetak: Tihani Cetak Sdn Bhd
Cetakan Pertama Mac 2020
Muka Surat: 408

review versi youtube
1. Buku prequel yang membuatkan anda seolah-olah baru mengenali sosok sang Manusia Agung. Rupanya banyak lagi kisah yang tidak kita ketahui, tersembunyi dalam lipatan Sirah. Terima Kasih kepada penulis Ustaz Luqman Makhtar, tidak sia sia usaha beliau menggali sejarah dari kitab Tabaqat Kubra yang jarang jarang dirujuk orang kita.
2. Bagi yang pernah membaca Asam Garam 1 dan 2, tentunya kita sangka telah ketahui semuanya… anda sebenarnya silap. Untuk jilid ketiga kita akan menyedari bahawa banyak insan istimewa dalam garis waktu hayat Baginda. Kesemuanya direkodkan melalui matan dan sanad, hanya kita yang segan membaca.


3.Jesteru, bagi pencinta Nabi yang tidak punya masa menadah kitab, bersila panggung depan tuanguru, maka buku ini adalah ubatnya. Pembawaan penerbit yang kasual dan kontemporari hingga terpesona untuk kita mengulitinya. Jika dihitung sebenanya sudah banyak set buku ini dijadikan hadiah, pertamanya untuk ibu tercinta, kemudian buat saudara dan kawan-kawan yang istimewa. Harapnya mereka pun sama.
4.Buku ketiga ini meluaskan radar sirah seawal pengasuh Baginda, ibu susuan, ibu bapa saudara, sepupu, anak-anak hinggalah ke cucu cucu. Agak istimewa juga apabila kisah anak angkat Rasul serta hamba dan khadam nabi turut dicoretkan sama. Anda tahu hamba hamba Nabi pernah bergaduh?
5.Semasa membaca buku ini, sedarlah saya kenapa utusan Allah tidak didatangkan dari kalangan Malaikat ataupun Jin yang hebat-hebat. Sebenarnya Allah menghadiahkan umat manusia dengan seorang “Muhammad” kerana mahu kita sedar, betapapun suka duka isu peribadi kita dengan orang sekeliling sebenarnya ia turut di alami oleh Baginda. Kerana jelas Baginda juga manusia umpama kita.
6.Mungkin kita pernah dengar Rasul sujud dan dipanjati belakangnya oleh Hasan dan Husin, bagaimana dengan Nabi pernah membuatkan susu cucunya?, Baginda juga pernah dikencingi cucunya dibahagian dada dan terbit hukum thoharah darinya?
7.Buku ini kerapkali saya jadikan bahan bedtime story, bersusun ditepi meja birai katil. Sebab setiap bab dijadikan seringkas mungkin, tidak berjela-jela dan merunsingkan pembaca, tidak terlalu berat malah kadang menghiburkan pula. Cukup buat saya bermonolog sebelum lelap, mudah mudahan mimpi malam itu berjumpa Nabi.

Abu Razeen.
❤️membaca jambatan ilmu ❤️

No comments:

Post a Comment