Thursday, May 9, 2024
DOA KEPADA ORANG PERGI HAJI
Monday, February 12, 2024
OF CATS AND MEN, PROFILES & HISTORYS CAT LOVING ARTISTS, WRITERS, THINKERS AND STATESMEN : BY SAM KALDA
… in our attempt to understand our cats, we in fact discover ourselves more gentlemanly …
Penulis: SAM KALDA
Penerbit: Quadrills Pub. 2017
Harga: £10 hard cover
Pages : 100
2. Nak tahu pengertian kucing disisi orang lain?, bacalah “Of Cats and Men, Profiles & Historys Great Cat Loving Artists, Writers, Thinkers and Statemen”, oleh Sam Kalda. Ada 30 profail dihimpun penulis dalam satu buku santai berilustrasi.
3. Menariknya profail ini terdiri dari mereka yang berpengaruh dan pengukir sejarah dunia dalam forte masing-masing, Winston Churchill tokoh perang dunia ke II, Sir Isaac Newton saintis, Nikola Tesla pencipta, Karl Lagerfeld fashion designer, Freddy Mercury artis serta Mark Twain, Ernest Hemingway dan Haruki Murakami dalam kelompok penulis semua ada sentuhan kucing dalam dunia masing-masing.
4. Tidak lengkap kalau cerita tentang kucing jika tak kaitkan dengan orang Arab, Sultan Baibars dari abad ke 13, Penulis kaitkan dengan mencontohi Nabi Muhammad yang menyayangi kucing:
“While
Baibar’s ruling, European counterparts killed cats en masse on account of
satanic hysteria. Baibars feline stewardship provided the cats of Cairo with
sustenance and shelter for several centuries, a legacy underscoring the
relationship between cats and Islam”. [Sultan Baibars ms 11]
5. Tidak kesemua profail dihuraikan peranan kucing dalam hidup mereka. Penulis membiarkan kita merangka falsafah masing-masing dalam hubungan tanpa syarat. Buku ini bukan memaksa kita membuat kesimpulan, tetapi cukup mengetuk hati dan rasa manusiawi terhadap makhluk.
7. Ilustrasi Sam sangat menginspirasikan, dengan lukisan sendiri, kita tak perlu bayar royalti atau libatkan risiko legitimasi hak cipta, cukup untuk wartakan paten sendiri. Itu menjadi sebahagian hasil kerja tangan Sam jika kita lawat samkalda.com
8. Masa berlalu, manusia berterusan hidup bersama kucing, dari ukiran Mesir purba dewa “Bastet”, hinggalah ke perpustakaan, studio, woksyop ataupun sofa, kita mewarisi pengajaran dari kucing. Dalam perjalanan itu, sebenarnya kita akan temui diri sendiri, versi yang lebih sensisitif dan lebih memahami.
terima kasih atas pemberian ini.
# Sebelum
sesiapa tanya, kat mana nak beli buku ni, setakat ni ada di Amazon atau Bookdepository.
Atau kalau tak kisah buku preloved, ada nampak dalam Shopee dengan harga
berpatutan
Friday, February 9, 2024
SETELAH 09 FEBRUARI 2024 ..KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN KES NIK ELIN V KERAJAAN KELANTAN
KITA HARUS
BAGAIMANA?
10 perenggan Malaysiaku sayang
1. Hingar dentuman mercun, belum habis pening macammana nak lafaz jawab “Salam Isra’ Mi’raj”, dan pagi tadi keputusan Mahkamah Persekutuan 9 Panel pun as expected. Sentimenpun meletup-tup macam mercun juga.
2. Bagaimana mahu mula?. Macam ni boleh tak…
3. Bilakah kedatangan Islam ke Tanah Melayu?, cuma catatan baru bersurat Trengganu pada abad ke 13, manakala undang-undang Melaka dan Hukum Kanun Melaka abad ke-14.
4. Johor pernah terjemah Mejelle Al-Ahkam (Turki) dan jadi undang-undang negeri, kemudian ada Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 menyatakan Sultan mesti orang Melayu beragama Islam, ..ya Islam agamanya.
5. Jadi tiada siapa dapat nafikan Islam adalah agama (termasuk adat Melayu) yang mentadbir di Tanah Melayu sebelum datangnya penjajah. British menukar fabrik masyarakat kepada Common Law & Civil Law dan secara halus meminggirkan Undang-Undang Islam yang tadinya gah kemudian jadi ibarat lukut ditepi gantang.
6. Kuasa ugama dan adat istiadat Melayu kekal kepada negeri dibawah payungnya Sultan, manakala lain lain kuasa pentadbiran disatukan bawah bendera persekutuan. Jesteru Perlembagaan Persekutuan 1957 menjadikan kuasa perundangan dihimpun dan dipecahkan dalam Jadual ke 9.
7. Jadual ke 9 mencawangkan kuasa perundangan kepada 3 pecahan. Senarai 1 Persekutuan digubal oleh Parlimen, Senarai II Negeri oleh Dewan Undangan Negeri dan Senarai III senarai bersama.
8. Bagi mengekalkan konsistensi geoperundangan negara, Artikel 75 menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang tidak konsisten dengan undang-undang persekutuan adalah terbatal setakat yang tidak konsisten.
9. Jestru, kuasa Dewan Undangan Negeri tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan, boleh study kes Iki Putra dan terkini Nik Elin lawan Kerajaan Negeri Kelantan. Untuk dua kes ini, Artikel 75 kekal mengawal sempadan perundangan negeri dan persekutuan.
10. Jadi kita harus bagaimana? Ini adalah wake-up call kepada semua pihak yang terlibat dengan kerajaan, policy holder, perundangan hatta ke singgahsana, untuk mengembalikan Islam kepada tempat sepatutnya. Jalankan peranan anda, mungkin tak sama semua orang tapi kelak kita akan ditanya apakah usaha kita!.
Aburazeen
Ya Allah
muliakan Islam dan Muslimin
di pelusuk
dunia
dan di tanah
kami ini.




















