Sunday, November 13, 2011

greenrun gunung belumut sampai sengal otot

1. At last, after 8th year of dreaming to conquest it finally come true. 12th Nov 2011 had stated, Gunung Belumut telah kujejak dan teroka. walau dengan almost 500 peserta green run yang lain, tapi saya berasa puas, sebab kalau nak naik sorang-sorang is strictly forbidden. Forest tak kasi naik sendiri sendiri, mesti ada guide (nak buat macam kinabalu kot). Anyway syukur Alhamdulillah. done it!
2. Kenapa 8 tahun?. sebab 8 tahun yang lalu Gunung Belumut (GB) adalah pemandangan indah yang dapat aku lihat setiap kali dapat balik ke rumah mertuaku. Rumah Tipah ler. Rumah dia kat Felda Kahang Timut specificly lebih kurang 5km nak ke kaki GB. Mathematicly ketinggiannya 1,010metres dari aras laut atau 3,314 ft. Itu kalau kira tinggi, tapi kalau mendaki jarak nak ke puncak ada la lebih kurang 6km. Greenrun kali pertama dibuat di GB untuk kategori wanita hanya 3km jumlah naik dan turun. Mankala kategori saya (lelaki terbuka) 6Km campur naik dan turun.
3. Treknya agak mudah untuk 500 meter pertama, disisinya air terjun yang molek untuk santai keluarga dan untuk meter-meter seterusnya perjalanan anda akan bertambah sukar, pengalaman saya naik kinabalu menjadi tips untuk lebih bersemangat. Tapi sejujurnya saya katakan, trek kinabalu lebih mudah untuk didaki. (bukan underestimate).

4. Sebenarnya mendaki gunung adalah salah satu cara escapsm saya dari tekanan kerja dan masalah sekitar, mendaki mendekatkan saya dengan tuhan. Mendaki juga satu cara untuk menunjukkan kita orang yang sihat (untuk kaki bangku macam saya) sebab saya tak suka persaingan, game yang memberi tekanan sebab saya tak suka kalah. Macam green run ni pun, bukan tujuan saya nak menang (sebab dah kalah) sebenarnya nak mencari kepuasan. Goal untuk pendaki adalah untuk sampai ke puncak, cepat ke lambat ke bergantung pada diri sendiri.

5. Walau tak dapat nombor satu, tapi saya sekurang-kurangnya pendaftaran nombor 001 jadilah. early birdkan.. .Kat km ke 3 dari kaki bukit ada landmark berbentuk baru bergerigi, orang kat sini panggil batu kerang, takde supersticious kat sini, namun tempat ni keras (kalau dihantuk kepala kat sini boleh pecah) dari sini lagi 3 km boleh sampai kepuncak.

6. Apapun terima kasih kepada jabatan hutan kerana telah menganjurkan greenrun 2011, harap ada lagi budget untuk buat kat gunung lain pulak kat Johor nie, boleh join. Nakcerita panjat bukit, semua bermula dengan Gunung Baling 420m, tempat saya dilahirkan di Kedah. Walau tak sampai kepuncak tapi sekurang-kurangnya saya dah mendaki separuh sewaktu sekolah rendah dulu. Kemudian Gunung Semanggol 15om tempat saya belajar Sek Menengah, rasanya lebih 2 kali naik gunung tu (nanti semak gambarnya kalau ada lagi).

7. Lepas tu Gunung Maxwell atau gunung larut 1,448m kat Taiping, yang ni masa kecik naik jeep landrover sampai ke atas, lepas tu bila dah besor panjat sendiri. Gunung Mat Cincang tak kira sebab naik pakai gondola begitu juga dengan Genting Highland. Gunung Datok 870m kat Rembau naik masa kat JAKESS. Gunung yang paling tinggi saya pernah naik setakat ni adalah Gunung Kinabalu 4101m. Selain dari tu Jabal Nur 200m pun saya belasah. Mula tu nak naik Jabal Uhud tapi tak boleh dapat naik Jabal Ramah (bukit pemanah) jer. Jabal Rahmah 70m kat Arafah pun dah naik juge.

8. Aim saya selepas menunaikan haji yang wajib tu, rasa nak naik Kilimanjaro lah. takpun Everest kalau ada sponsor (keh keh keh). Tapi mungkin terpaksa melupakan buat sementara waktu kerana kaki saya dah pun sengal sengal masuk greenrun. Harap boleh berkongi dengan anak-anak minat yang penuh sihat dan keinsafan ini. chalooo!
p/s Hannan suke suke suke


Thursday, August 18, 2011

Tazkeerah 10 Akhir Ramadhaan


Pre: Pagi jumaat, malam ni turn tazkirah, semasa blogwalking jumpa artikel hebat dari nurjeehan.hadithuna.com tentang 10 terakhir ramadhaan, kebetulan malam ni malam ke20, dengan azam untuk beramal dan menyampaikan sukalah saya kongsikan amalan Rasul pada 10 terakhir ramadhan, semoga amalan kita selari dengan sunnah rasul SAW. credit untuk tuan punya artikel hanya Allah yang mampu membalasnya.
Copypaste from http://nurjeehan.hadithuna.com/2009/09/teladani-10-akhir-ramadan-nabi/

RAMADAN menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan hidupnya. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya.

Pertama; jika setiap hamba benar-benar seorang Muslim yang mengerjakan ibadah puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Kedua; yakin dengan ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap segala amalannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Memasuki detik 10 terakhir Ramadan pesona peribadi dan perilaku Rasulullah SAW terlakar dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat pinggangnya. (Bukhari dan Muslim)

Kupasan ringkas hadis

Para ulama berbeza pendapat dalam memberi pentafsiran mereka terhadap hadis di atas. Namun demikian mereka sepakat bahawa Rasulullah SAW melipat-gandakan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Hadis di atas menunjukkan betapa Rasulullah SAW amat memberi tumpuan serius pada detik malam 10 terakhir Ramadan terutama dalam perihal beribadah. Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan, suatu perkara yang tidak Rasulullah SAW lakukan pada bulan-bulan selainnya. (Muslim)

1. Mengikat kainnya

Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah ‘mengikat kainnya’.

Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua pengertian iaitu Rasulullah SAW tidak menggauli para isterinya iaitu melakukan hubungan suami isteri (jimak) dan ini digambarkan dengan istilah ‘mengikat kainnya’.

Maksud yang kedua ialah baginda SAW bersungguh-sungguh dalam setiap ibadah yang dilakukannya. Kedua-dua pengertian adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW tatkala tiba malam-malam 10 akhir Ramadan. (Fath al-Bari 6:310)

2. Menghidupkan malam harinya

Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupkannya dengan melakukan ketaatan melalui gerak kerja ibadah.

Antaranya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam sewaktu manusia terlena di malam hari. (Fath al-Bari 6:310)

3. Membangunkan Ahli Keluarganya

Dalam hal gerak kerja beribadah (solat), baginda SAW tidak pernah melupakan atau mengabaikan keluarganya.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadah-ibadah sunat.

Perilaku baginda SAW membangunkan ahli keluargannya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab r.a di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta’ menyebutkan, bahawasanya Umar r.a melakukan solat malam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar r.a membangunkan keluarganya agar melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: “Solat! solat!”

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

4. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman

Ibn Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a:
“Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak”. (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini)

Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi’en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi’en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.

5. Mencari lailatul qadr
Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud,

Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (Bukhari)

Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu. Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda:

“Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Abu Dawud).

Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

6. Melewatkan sahur
Daripada Sahl ibn Sa’d berkata:

Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (Bukhari)

Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata:

“Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (Bukhari)

7. Melakukan iktikaf
Iktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan). Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5)

Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata:

“Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari”. (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)

8. Membanyakkan doa
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi:

Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa’ fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)

Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud:

“Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)


Post: Pesanan kepada diri sendiri, tahun ni mungkin slow sikit tapi nak kena masuk gear 4 bila dah 20 Ramadhaan. Semoga keluar dari bulan Ramadhan dengan mendapat keampunan dari Allah.

Tuesday, July 26, 2011

Persatuan Peguam Syarie Johor di Seoul Garden

1. Seoul Garden, tak jauh kat City Square JB je, ni takde kene mengena dengan k-pop, yang tu si unos sorang aje. Sebab ditanggung halal terpampang kat depan restoran, maka terpengaruhlah AR nak makan ala korea nih. Lagipun ramai geng peguam syarie join lunch ni ...kalau sorang sorang tak masuk dah ni.
2. Konsep 'eat all you can' bayar dalam RM35.00 sekali minum (minum ambik sendiri, hot drink, cold drink ais krim segala macam, buleh buat coke float sendiri lagi), dah bayor baru buleh ambik raw food, kebanyakannya diperap dengan rempah ala cina, korea curry pun ada.
3. Oleh sebab function lepas jumaat maka terdapat ahli persatuan yang wanitanya dah bedal dulu, jadi tinggal 3 ke 4 kerat aje yang dapat join tn presiden makan sama-sama, tu pun separate table. Pun begitu tn presiden layan sampai ke meja deorang ni, extra serve terpaksa dibuat kerana kebanyakan kite-kite ni tak pernah makan konsep korea nih! Bagus betul tn presiden sampai tolong celurkan raw food dalam kuah kimchi lagi. Tahun depan kekal lagi eh! (gambo dibawah)
5. Oleh kerana pihak restoran dah tahu yang nak datang ni kaki pelahap punya so dia letakkan syarat, untuk setiap ingrediant yang dah ambil, tidak boleh dipulangkan balik, manakala kalau tak habis bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan untuk denda pembaziran. Hangpa jangan mein-meinn! Jadi pastikan regu makan anda membawa perut kosong dan jenis spesis mengkedarhah punya baru anda mempunyai motivasi yang cukup untuk menghabiskan segala yang dah ambik masa mula-mula masuk.

6. Jadi pastikan masa nak ambil makanan tu ikut kadar nak makan sahaja, kalau tengok dapur kat setiap meja setiap set ada periuk untuk mereneh bahan steamboat, pilihan diberi samada sup, tomyam atau kimchi.. cubalah kimchi kerana ia agak pedas lebih kurang tomyam. Manakala periuk tadi dikelilingi tempat untuk membakar daging ayam atau seafood yang diperap, sungguh praktikal dan menyihatkan kerana ia tak pakai minyak masak, cuma kata unos deorang pakai minyak zaitun (tipu siap nko!). Pastikan anda membakar samada ayam daging lembu atau kambing serta seafood mengikut kesesuaian masa, kalau sotong dibakar terlalu lama akan jadi keras, kalau tak pasti berapa lama, sila tanya isteri atau ibu anda!

7. Kat sini takde nasik, yang ada mi macam mi maggi, dianjurkan untuk direbus setelah sup atau tomyam atau kimchi tadi tepu dengan air dari seafood yang kita masukkan mula-mula sekali, sayur pun boleh masuk kemudian, ...eh telur ni sapa ambik? ..... sapa yang ambik sila habiskan tau .kotidak takleh balik!

8. Yang menceriakan cara makan ini adalah kerjasama dari semua pemakan/pelahap yang ada, pastikan periuk sentiasa diisi dengan bahan steamboat fishball, meatball, dragonball, pabila soup dah nak habiskan pakat-pakat tambah, manakala tempat membakar tu pastikan sentiasa di letakkan daging, pastu kalau dah masak sila-silakanlah kongsi beramai-ramai.

9. Yang seronoknya, penyediaan makanan disini tidaklah menunjukkan cara seoul sesangat (sebenarnya tak tahupun apa yang seoul gardennya) tapi saya nampak ia menggabungkan makanan tempatan, chinese style, western (sebab ada black pepper), cicahnya ada sambal kicap, ada yang masam ada yang manis. Satu resepi baru dapat ...kalau nak sedap cuba mixkan pencicah yang ada. Yang paling penting tokey kedai tak kisah you nak duduk berapa lama, kalau dah habis bahan, boleh pi bangun ambik lagi selagi larat. Berbaloi jugalah. Yukk try! tingkat 3 city square ..kalau nak pi ajak saya sekali.