Friday, May 20, 2011

Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik : Resensi

Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik
Muhammad Nurani Maarif
Hijjaz Record Publishing









1. Buku ini ada kaitan yang rapat dengan Membongkar Misteri Dajjal oleh pengarang yang sama, tapi beza yang ini ada beberapa kesimpulan yang dapat merungkaikan persoalan yang ditinggalkan oleh penulis dalam buku terdahulu (teknik sequal).

2. Bagi pembaca yang telah khatam buku ‘musuh rahsia: Rosli Husin’, ‘gerakan Freemason Sedunia: Harun Yahya’, The New Jerusalem, The Golem, the High Priest of War, Final Judgment semua karangan Micahel Collin Piper” dan yang segenre dengannya mungkin boleh memahami buku ini dengan baik, malah jika memulakan bacaan dalam buku ni mungkin memudahkan untuk kita memahami teori konspirasi.

3. Semuanya berpunca dari seorang global player, yang telah diisyaratkan dari Rasul SAW. Muhammad Nur Maarif (MNM) menulis layak tesis kedoktoran dalam buku ini. Jika diteliti dengan baik buku ini telah meramalkan beberapa kejadian pada masa akan datang berdasarkan pemerhatian terhadap fenomena alam dan konspirator.

4. Bagi yang amat menghayati mungkin akan berasa takut, betapa hampirnya Dajjal dengan kita. Ditegaskan oleh penulis Dajjal bukanlah perlambangan semata-mata sepertimana dakwa beberapa ahli ilmu, tetapi ia lebih kepada inidividu yang berkeupayaan luarbiasa. Siap ada profil dajjal berdasarkan beberapa hadis yang telahpun kita tahu diambil dari Bukhari, Muslim dan beberapa Narrator lain.

5. Jika anda peminat cerita fantasi stargate (dan MNM juga saya percaya menonton kisah sedemikian) atau cerita tentang pengembaraan masa. Ia akan lebih memudahkan pembacaan anda. Saya suka buku ini kerana Ia mengaitkan beberapa mesej yang boleh anda lihat sendiri dalam filem barat seperti Lord of the ring, 2012, Apocalypso, dan bagi saya ada betulnya. (saya juga peminat movie yang bermesej). Bila dah baca buku ni baru kita perasan, siapakah Gandalf, Merlin, Quatzcaol dan lain-lain.

6. Saya berkira MNM banyak membuat kajian dan rujukan dalam sumber naqli dan akli dan saya berpuas hati dengan penemuan beliau. Buat masa ini ia adalah buku terbaik namun mulakan membaca ikut turutan, mula-mula Membongkar Misteri Dajjal kemudian barulah buku ini. Dan nak memperkasakan maklumat yang kita ada sila teruskan pembacaan dengan buku-buku yang saya cadangkan di point no 2. (makan bertahun juga nooo!)

7. Kelompok pembaca buku sebegini telah pun bercambah dengan cepatnya masa kini, buktinya banyak buku-buku diterbitkan berkenaan freemason, illuminati, Dajjal, Armageddon dan seumpamanya. Kawan saya (Yunos) yang mempunyai minat yang sama mendakwa, buku buku sebegini banyak mendedahkan rahsia freemason, selalunya akan dibeli-borong oleh ahli freemason supaya rahsia mereka tidak terpecah kepada orang ramai. Jadi kena cepat cepat dapatkan dipasaran. Harga agak berpatutan dengan mutu kertas dan warna, kalau tak dapat diskaun harga asal RM37.90. Berbaloi membaca!

8. Untuk free source maklumat-maklumat sebegini boleh surf blog zarif alimin (good jobs buddy!) di http://zharifalimin.blogspot.com/ serta http://ibnuyaacob.com/?p=1623 dan untuk penerbit yang banyak mengeluarkan buku bergenre seperti diatas di blog http://lamanpenerbithrp.blogspot.com/2010/11/di-pasaran-sekarang-alhamdulillah.html

Post: Abu Razeen pun pernah resensi cerita 2012 dan ada idea tersendiri tentang ramalan kalendar kaum mayan, apapun ia hanya teori sahaja jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan MNM, tapi selagi kita banyak membaca kita akan mendapati bahawa ilmu Allah itu amat luas. Disertai dengan lapang dada, kita akan dapat menambah ilmu yang bermunafaat dan memberi munafaat kepada orang lain. Wallahuwaliuttaufeeq!

Monday, May 16, 2011

Green Zone Movie Critic

1. Filem ni macam biasa hemogoni barat terhadap Arab post perang Iraq. Menarik untuk ditonton sebab ada kelainan sikit. Membezakan filem ini dengan filem perang Iraq yang lain seperti filem terawal "three kings" cari dan rebut harta Saddam, "hurt locker" kisah pasukan anti bomb di Iraq (nanti resensi). Bezanya filem ini adalah mendedahkan mitos WMD (Weapon of Mass Destruction) kepunyaan Saddam samada wujud atau tidak?. Bukan pasal kalah atau menang. Movie keluar pada Mac 2010.

2. Kisah mengenai kekecewaan Chief Warrant Officer Roy Miller (Matt Damon : Bourne Supremacy) mencari kewujudan WMD disekitar Iraq. Merasa tertipu dengan pegawai atasan yang memberi lokasi palsu. Miller bertekad mencari sumber maklumat pertama.

3. Pemberi maklumat adalah suku sakat Saddam yang menangguk diair keruh, namun sesuatu yang mencurigakan Miller apabila sumber maklumat sepatutnya memberi lokasi yang tepat tetapi masih gagal menemukan misi utamanya.

4. Misi ini turut disertai seorang patriot Iraq yang nak balas dendam atas kekejaman Saddam dan regimnya terhadap rakyat Iraq. Pengarah seperti biasa memainkan peranan untuk menggambarkan pecah belah rakyat Iraq dan lemahnya pemikiran Arab pada masa itu (hingga kini).

5. miller merasakan dirinya tertipu dengan permainan maklumat palsu. Maklumat yang memberi lesen pendudukan tentera States di Iraq. Kerjasama dijalinkan dengan CIA dan wartawan New York Times untuk mendedahkan perkara sebenarnya.


6. Usaha miller mendapat tentangan pemerintah tentera hingga menimbulkan konflik diantara squadronnya dan lain-lain. Namun anak buah Miller tetap menyokongnya untuk mendedahkan kebenaran. Usaha miller hampir musnah apabila suku sakat Saddam yang memberi maklumat mati ditembak patriot Iraq kerana dendamnya.

7. Tidak berputus asa (klise cerita bourne) miller telah forwardkan cerita sebenar tentang mitos WMD kepada semua media. Part ini saya rasakan ianya adalah realiti apa yang berlaku di Iraq. Amerika asyik mencari WMD yang didakwa disorok oleh Saddam, sehingga kini tidak ketemu, meskipun mempunyai teknologi yang canggih dan ada IAEA yang membantu tapi fakta sebenar masih belum berjaya dibuktikan. Macam mana nak bukti kalau WMD sebenarnya hanyalah rekayasa semata-mata.

8. Ini menunjukkan penatdbiran Bush sebenarnya telah menyerang Iraq dengan false claim demi menghalalkan nafsu serakah Israel (tak disebut dalam cerita). Ini adalah sebahagian prophecy yang mesti dipenuhi oleh Amerika yang di plotkan oleh Israel.

9. Detik hati saya mengatakan sikit-sikit cerita ni boleh pakai juga, walaupun pengeluarnya adalah barat yang konfem ditaja Yahudi. Macam kes Mel Gibson juga meskipun dia pelakon barat tapi dia sendiri pernah digelar antisemitic oleh b’nai b’rth (pertubuhan yahudi di Amerika). Begitu juga dengan Henry Ford yang mendedahkan tipudaya Yahudi dalam bukunya.

10. Sekiranya salah sekalipun, filem ini bagi saya adalah yang terbaik menggambarkan kisah sebenar teori WMD yang digembar gemburkan barat. Meskipun fiksyen saya rasa narrator dia agak berani mempertengahkan isu ini dan menjadi box office. Namun barat tetap barat, sekalipun benar teori WMD adalah mitos semata-mata namun jalur minyak timur tengah mesti dikuasai, kerajaan boneka mesti diasaskan, dan lokasi pelupusan peluru Amerika yang dah expired telahpun dipilih. Yang menjadi mangsa adalah bangsa Arab yang maruahnya diinjak. Semua ini untuk kita jadikan pengajaran bukan sekadar hiburan semata-mata.. Adios!

Sunday, May 15, 2011

Musuh Rahsia : screening

Musuh Rahsia
Menyingkap Kisah dari Al-Quran, Taurat dan Injil
Rosli Husin
Pengkaji Tamadun Timur Tengah.

pra: seperti dijanjikan, resensi buku musuh rahsia, dah lama habih baca tapi tak dan nak resensi, malam ni perasaan meluap-luap tak dapat dibendung lagi, ni pun sebab dah baca buku fitnah 2012 konspirasi galaktik dan membongkar misteri dajjal.

1. Buku yang simple (dengan gamba muka depan ala gothic) tapi isi yang berat dan memerlukan penumpuan yang maksimum untuk memahaminya. Mungkin dengan membaca dua kali akan menjadikan kita lebih faham dengan maksud penulis.

2. Tapi jangan takut nak beli sebab, kesimpulan dia ada kat muka surat belakang "Penulis menghuraikan peristiwa yang berlaku sekarang selaras dengan berita besar yang terkandung di dalam Al-Quran, Taurat dan Injil".

3. Rosli Husin mengotakan janjinya dengan menaqalkan ayat-ayat quran secara kolektif dari asal usul Yahudi dengan teratur sehingga perancangan dan percaturan Yahudi masa akan datang.

4. Part yang paling saya suka adalah petikan dari kitab Injil dan Taurat, sebab jarang penulis lain nak menjengok ke sumber selain yang ada padanya (quran). Sungguhpun kitab selain quran yang ada adalah munharif (terpesong) tapi dengan memahaminya akan dapat membantu kita merangka percaturan barat -dibaca Yahudi- terhadap dunia. Saya ambik sikit ye:

"Akan berlaku satu peristiwa yang sungguh hebat yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Semenjak permulaan kehdipan sehinggalah hari, tidak pernah berlaku sepertinya. Kalau tidak kerana pendeknya hari-hari itu, sudah tentu tidak ada seorang pun yang terlepas. Namun dengan sebab adanya manusia terpilih, maka hari-hari tersebut dipendekkan." Luke 24:21

5. Ulasan terbaik saya cadangkan tuan/puan pergi ke blog welma laanda (jangan tanya saya samada beliau orang melayu atau belanda). Resensi penuh penghayatan dari bab ke bab, respect!.

6. Selepas penerbitan buku 'musuh rahsia' ini maka buku yang bergenre serupa turut muncul bagai cendawan lepas hujan. Meskipun kadang-kadang overlapping berlaku tapi banyak juga fakta-fakta baru yang banyak memberi munafaat kepada kita.

7. Buku inilah yang pertama memahamkan saya kenapa Israel perlu mempercepatkan peperangan dengan jiran Arab, begitu juga kenapa Kristian boleh terpengaruh dengan dakyah Armageddon yang dibawa oleh Yahudi.

8. Kedua menarik adalah carta aliran dalam sisipan dari ms 194 hingga 199. Setelah memahami carta aliran tersebut (tentulah selepas membaca segala isi kandungan buku ini dari mula) maka ketahuilah perancangan Yahudi datang dalam pelbagai bentuk hatta dalam bentuk kebajikan dan topeng Islam itu sendiri.

9. Saya tak pasti samada buku ni masih ada dipasaran atau tidak, cuma masa nak cari dulu (hujung 2010) ada masalah sikit sebab ia jenis 'rare species'. Mula-mula boleh cari kat kedai buku Popular. Kalau tak jumpa juga sila contact Tinta Publisher. Happy surfing!

Post : Untuk lebih menarik cuba baca ikut turutan bermula dari "Gerakan Freemason: Harun Yahya", Kerya-karya Michael Collin Piper seperti "The New Jerusalem" dan lain-lain, selepas habis baca buku 'Musuh Rahsia' baca pula "membongkar misteri dajjal" dan akhirnya Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik". Pasti anda boleh mengagak perancangan barat seperti mana ditelah dalam 'Musuh Rahsia'. cepat dapatkannya ...jangan biarkan diri anda diselubungi misteriiii.