Tuesday, May 10, 2011

Hari Ibu ikut Kristian? (jangan saman saya)

post: artikel dibawah diambil dari post fb pn saf. menarik untuk diulas. Point dari 1 hingga 6 cut and paste dari fb tazkirah pun di cut and paste dari sanad terdahulu. So credit untuk nama yang saya sebutkan tadi. point dari 7 hingga akhir adalah my humble opinion.


1. Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

2. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

3. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

4. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

5. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

6. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/
dan
http://www.facebook.com/home.php#!/notes/tazkirah/asal-usul-hari-ibu/10150186210902847 (thanx pn safiyati peminat ram nomor wahid)

On the other thot (abu razeen part)..

7. bagus untuk pengetahuan. tapi ia bukan bersifat mungkar macam valentine day, ia lebih kepada meraikan seseorang sepertimana kita meraikan hari ahad untuk berehat, padahal penjajah yang menjadikan hari ahad sebagai cuti umum sebab mereka nak... pi semayang kat gereja, so kita ikut kristian?????. sejak kita mengiktiraf hari ahad sebagai cuti umum kita telahpun meraikan penghulu hari kristian. secara pribadi saya tak kisah kalau orang nak merayakan hari ibu. sesetengah orang akan berkata, hari hari bagi saya hari ibu, sebab dia ingat kat ibu dia... kalau untuk orang lain?, yang sibuk hanya bergantung pada media massa untuk perancangan waktu hidupnya.

8. tidaklah kita pada hari ibu mengagungkan mother maryam atau apapun yang dimaksudkan oleh kristian, tetapi kita mengagungkan pengorbanan ibu kita yang mungkin kita tak terpikirpun nak bagi hadiah, ucapkan terima kasih pada hari hari lain. Ada hadis Rasul SAW yang menggambarkan keutamaan ibu sehingga tiga kali mengatasi bapa, boleh kita rawikan sekiranya perlu. ingat semua orang tak sama uslub dakwah berbeza ikut masyarakat dan masa. Apa selepas hari ini hari bapa, hari nurse (florence nightingale), hari kebangsaan (nasionalisma lagi bahaya tuh!.. berhala pemikiran) hari buruh, hari birhday (ada nabi suruh buat?) pusat pakaian hari-hari ...semuanya salah.


9. saya menyokong 100% didedahkan asal usul satu perayaan macam dalam artikel diatas. Tapi saya lebih suka uslub rasul apabila diberitahu orang Yahudi merayakan nisfu syaaban kerana merayakan terselamatnya mereka dari Firaun dengan pertolongan Nabi Musa serta izin Allah. Maka Rasul berkata Nabi Musa juga adalah nabi umat Islam maka lebih utama untuk kita merayakannya. (salah satu hujah puasa nisfu syaaban). Bukanlah kita ni nak mendahului rasul dengan menggunakan hujah ini sebagai mengharuskan hari ibu ..walaya zubillah! akan tetapi Illah perayaan itu sendiri meraikan sempena kemenangan Nabi Musa. I'llah kat sini adalah menghormati ibu, bahkan Islam lebih menganjurkan menghormati ibu! berasaskan hadis. bukan menghormati mother maryam atau seumpamanya. Maka tak salah bukan? kalau salah saya .. silakan bongkar asal usul cuti hari Ahad nescaya anda pasti mahu pergi kerja pada hujung minggu walau tak boleh claim o.t.(kecuali kelantan kedah dan kawasan yang sewaktu dengannya)


p/s: gambar tiada kaitan dengan artikel, masuk sebab author sendiri nak masuk. suka-hati-i-lah. jumpa lagi.

Thursday, April 28, 2011

Budaya Al-Quran Jumaat di JBG JB 29/04/2011

Pra : Hujung minggu yang sibuk, bermula pagi ini 29/04/2011 Membudayakan Al-Quran di Pejabat Jabatan Bantuan Guaman Johor Bahru 8.30-9.30 pagi, Malam Kuliah Maghrib Surau Nurus-Salam. Pengajian Kitab Tarbiatul Awlad fil Islam karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan 8.30-9.30 malam. Besoknya 30/04/2011 Kuliah Wanita Taman Sri Putri 8.30-10.00 pagi. Forum Karnival Pendidikan Taman Pulai Indah 9.00-10.00 malam. Ya Allah Ya Qawiyyu Ya Azizi, berikanlah ku kekuatan, Hasbunallahuwanikmal wakieel!

1 “Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.” [Al-Baqarah: 207]

‘ibtigha’” nasab atas maful liajlih. Selepas disebut perkara yang menjadikan seseorang itu munafiq. Disebut pula apa yang menjadikan seseorang itu dalam golongan mukminin. Sebab turun ayat ini

2. Dikeluarkan oleh Al-Harith bin Abi Usamah dalam musnadnya, Ibnu Abi Hatim dari Saib bin Al Musaiyib berkata: “Suhaib (bin Sunan Rumi) telah menerima seruan Nabi untuk berhijrah, sewaktu keluar dari Mekah beliau telah diekori oleh segolongan orang Quraish, setelah ia tahu maka ia turun dari kenderaannya dan mencapai apa yang ada di dalam bekas panahnya. Kemudian ia berkata

3. ‘wahai kaum quraish kamu telah tahu bahawa aku adalah pemanah diantara lelaki kamu, aku bersumpah dengan nama Allah kamu tidak akan sampai kepadaku melainkan aku melepaskan semua panah yang berada dalam bekas panah ini, kemudian akan ku hayun pedangku sehingga tidak tinggal sesuatu apapun dihadapanku, kemudian buatlah sesuka hati kamu dan jika jika kamu mahu akan kutunjukkan dimana hartaku berada di Mekah dengan syarat engkau biarkan aku melalui jalanku. Maka mereka berkata: Benar (dilepaskan)

4. Dalam riwayat lain. Mereka berkata tidak akan kami tinggalkan kamu dalam keadaan kaya sedangkan kami datang dalam keadaan fakir miskin (sa’lukan), akan tetapi tunjukkan kami harta milikmu di Mekah dan kami akan lepaskanmu, Mereka berjanji atas yang demikian maka ditunaikan.

5. Apabila tiba dihadapan Rasul SAW di Madinah, maka berkata Rasul: Telah untunglah perniagaan Aba Yahya, beruntunglah Aba Yahya, maka turunlah ayat “ Sesetengah manusia ada yang mengorbankan dirinya keranan menghendaki keredhaan Allah dan Allah Maha Pengasih kepada hambanya."

6. Dalam tafsir yang lain disebut Suhaib telah ditangkap dan diseksa oleh kafir musyrik, maka berkata Suhaib sesungguhnya aku seorang yang tua tidak akan memberi kesan kepadamu atau kepada orang lain, adakah boleh kamu ambil hartaku dan tinggalkan aku dan agama ku ini.

7. Al-Hasan berkata Ayat ini berkenaan orang Muslim yang bertemu dengan orang kafir dan berkata katakan Tiada tuhan melainkan Allah, apabila berkata demikian maka ia telah menggadaikan hartanya dan dirinya, maka engkar kafir dari melafazkannya. Berkata orang Islam, Demi Allah aku menjual diriku kerana Allah. Maka pergi ia menyampaikan seruan kemudian berlaku pertembungan sehingga mati orang Islam itu.

8. Ayat ini juga berkenaan orang yang menyuruh kepada maaruf dan mencegah kemungkaran dan mati kerananya, juga kepada mereka yang pergi berperang. Hisyam bin Amir menyatakan ayat ini kepada barisan tentera yang berperang di qostantine lalu mereka berperang sehingga mati.

9. Ayat ini berkenaan Saidina Ali yang tinggal di pembaringan nabi semasa peristiwa Hijrah. Dan dikatakan juga ayat ini umum untuk semua mujahid pada jalan Allah atau yang gugur mempertahankan diri atau mengubah kemungkaran.

10. Didalam Zilalil Quran karangan Syed Qutb menyatakan
“Yashri” diterjemahkan korban, dalam kitab arab juga bermaksud beli ‘Yabi’un’, iaitu menjual dirinya kesemuanya kerana Allah. Menyerahkan keseluruhan diri tanpa berbaki untuk dirinya sedikitpun. Tidak ia mengharap disebaliknya balasan dan jual membeli dirinya atas sesuatu tujuan melainkan untuk mendapat keredhoan Allah. Tiada baginya sesuatu apapun. Tiada di sebaliknya sesuatu. Pembeliannya sempurna tidak ada keraguan tiada berpatah balik dan tiada hasil dengan sesuatu harga, tidak tinggal dengan sesuatu tinggalan selain Allah. Korbankan diri kerana Allah juga membawa maksud membeli dirinya dengan setiap kemampuan hidup didunia, menghambankannnya dan mempersembahkannya ikhlas kerana Allah, tidak membabitkan hak yang lain melainkan hak tuannya (Allah). Ia berkorban pada setiap tujuan hidup dan mengikhlaskan dirinya hanya semata kerana Allah;

11. Ayat 207 ini menyatakan tingginya tingkatan antara orang yang beriman dan munafiq. Gambaran awal pada hal keadaan munafiq menyuruh kepada pantas lidahnya,buruk hatinya, jahat tabiatnya, sangat bermusuhan, rosak fitrahnya. Gambaran kedua mengenai orang mukmin yang ikhlas beriman, semata-mata kerana Allah, ringkas tujuan hidupnya,. Yan g demikian itu adalah gambaran masa depan yang akan ditempuhi oleh manusia;

12. Daripada dua suratan manusia ada yang menunjukkan perbuatan nifaq yang keji dan perbuatan Iman dan Ikhlas. Untuk golongan Muslimah berhenti di persimpangan , dengan nama iman yang diketahui mengajak masuk Islam dalam keadaan keseluruhannya, meliputi kehidupan hubungan sesama manusia dan pekerjaan. Memberi amaran kepada sesiapa yang mengikut jalan syaitan. Ini adalah kesinambungan ayat seterusnya.


13. “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” [Al-Baqarah:208]

14. Setelah Allah SWT menerangkan keadaan manusia samada mukmin, kafir atau munafiq maka Allah berkata, kamu semua dalam agama yang satu maka bersatulah dalam Islam dan kukuhkan diri ke atas agama ini. ‘As-Silm’ bermakna Islam. Manakala dalam Surah Anfal dan Muhammad dibaca ‘Salmi’

15. Dalam tafsir Qurtubi perkataan As-Silmi dibahaskan pengertiannya kepada 3 wajah.
1. Silmi dan Salmi adalah makna sama iaitu islam dan perjanjian damai (sulh) - Kebanyakan Ulama’ Basrah.
2. Silmi dan Salmi berbeza. Silmi adalah Islam dan Salmi adalah masuk dalam perjanjian damai. – Abu Umar bin Al-Alaa’
3. Silmi adalah Islam, Salmi adalah perjanjian damai dan Salama adalah menyerah diri – Asim Al-Jahdari.
Dirajihkan oleh Tabari Silmi bermakna Islam.

16. Berkata Huzaifah bin Yaman berkaitan ayat ini. Islam terdapat 8 habuan; Solat, zakat, puasa, haji, umrah, jihad, menyuruh yang maaruf, mencegah kemungkaran, tidak kena maksud (Islam) pada sesiapa yang tidak menunaikan habuan di dalam Islam.

17. Ibnu Abbas menyatakan. Diturunkan ayat ini kepada Ahli Kitab dengan makna, wahai orang yang beriman kepada Nabi Musa dan Nabi Isa masuklah dalam Islam dengan Nabi Muhammad secara keseluruhannya.

18. Dalam Sahih Muslim dari Abi Hurairah. Rasul Brkata, Demi tuhan yang diri Muhammad ditanganNya, tidak kudengar seoranngpun dari umat yahudi dan tiada nasrani yang mati dan tidak beriman dengan apa yang ku diutuskan kepadanya melainkan mereka tergolong dalam golongan ahli neraka”

19. “Kaafah” kesemuanya, menjadi nasab bil fathi kerana jadi hal kepada ‘Silmi” atau dari dhamir mukminin.

20. Berkata Muqatil: Abdullah bin Salam dan sahabatnya meminta izin untuk membaca taurat dalam solat dan beramal dengan beberapa ajaran dalam taurat maka turunlah “jangan kamu turut jejak langkah shaytan” Sesungguhnya mengikut sunnah adalah lebih baik selepas diutus Nabi SAW daripada jejak langkah Syaitan. Dikatakan, jangan kamu turut jalan yang ditunjukkan oleh Syaitan kerana ia “bagimu musuh yang nyata”. Musuh yang sebenar-benarnya.

21. Dalam riwayat Ibnu Jarir dari Akramah berkata: Diturunkan ayat ini kepada Saklabah, Abdullah bin Salam, Ibnu Yamin, Asad dan Asid Ibni Kaab, Said bin amru, Qwais bin Zaid kesmua mereka dari asal Yahudi, mereka berkata wahai Rasulullah, kami membesarkan hari Sabtu maka biarkanlah kami merayakan hari Sabtu pada harinya. Sesungguhnya Taurut juga Kitab Allah makabiarkanlah kami mengamalkannya pada waktu malam, maka turunlah ayat: Wahai orang-oran gberiman, masuklah kamu dalam Islam secara sempurna”;

22. Sayid Qutb dalam Di bayah Lembayung Al-Quran menyatakan masuk Islam secara kaafah adalah:
“ Perkara pertama yang boleh difahami dalam ayat ini adalah, penyerahan diri orang-orang beriman secara total kepada Allah, pada zat diri mereka, dalam sekecil-kecil urusan dan sebesar-besarnya. Satu penyerahan diri yang tidak meninggalkan selepasnya perasaan engkar dari segi gambaran atau perasaan, dari niat dan perbuatan, dari segi kecenderungan atau pengasingan, tidak merendah diri kepada Allah dan tidak redha dengan hukumNya dan ketentuanNya. Penyerahan diri kepada Allah memberi erti jadi orang yang taat, percaya, tenang dan redha. Menyerah diri kepada tangan yang menetukan untung rugi nasibnya. Orang-orang beriman percaya bahawa mereka perlukan kebaikan, nasihat dan petunjuk, mereka sentiasa tenang setiap masa dan perjalanan samada mencari hasil dunia atau balasan diakhirat.

23. Syed Qutb juga memberi gambaran hasil dari penyerahan secara kaafah akan memberi faedah seperti berikut:
"Apabila orang Islam menyahut seruan ini (masuk Islam keseluruhannya) ia telah masuk ke alam penyerahan secara keseluruhannya, semuanya dalam keadaan selamat. Alam yang semuanya ada kepercayaan dan ketenangan, setiap redha dan pengakuan, tiada pelik dan berbolak balik, tiada sesat, selamat ia dari segi fizikal dan mental, selamat bersama akal dan fikiran, selamat bersama manusa sekeliling dan kehidupannya. Selamat dengan ada kesemuanya dan semua yang ada. Selamat ia bersenang lenang dengan suasana keselesaan. Selamat memayungi hidup individu dan masyarakat. Selamat didunia dan selamat di langit".

24. "Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [Al-Baqarah:209]

25. “Fain zalaltum” Jika kamu tergelincir dari jalan istiqamah. Asalnya goncangan pada kaki, kemudian pada akidah dan pendapat dan selainnya. “Selepas datangnya keterangan” iaitu mukjizat Al-Quran jika sekiranya yang ditujukan kepada orang mukmin, jika ditujukan kepada ahli kitab, maka keterangan adalah apa yang terdapat dalam syariat mereka daripada yang menunjukkan kerasulan Muhammad SAW dan apa yang diketahui tentang baginda. Ayat ini adalah dalil atas hukuman oran gyang tahu dengan dosa adalah lebih besar dari pada hukuman orang yang jahil. Barangsiapa yang tidak sampai dakwah Islam tidaklah menjadi kafir apabila meninggalkan syariat.

26. Didalam kitab Jami’ Liahkamil Quran, diriwayatkan oleh An-Naqash bahawa Kaab Al-Ahbar apabila masuk Islam ia belajar AL-Quran, maka dibacakan oleh pengajarnya “Faaklamu Annallaha Ghafurun Rahim”. Berkata Kaab “Sesungguhnya aku tidak setuju dengan bacaan itu Kemudian lalu seorang leki lalu Kaab berkata: Bagaimana membaca ayat ini?. Lelaki tersebut berkata: “Faaklamu Annallaha Azizun Hakim. Maka berkata Kaab “beginilah yang sepatutnya”. “Aziz” tiada yang menghalang menghalang atas apa yang dikehendakiNya. “Hakim” apajua yang hendak dilakukanNya.

.. tafsir tamat ..
29/4/2011 0220AM

post : hanyut dengan kesibukan dunia tak sempat nak buat entry, setakat ni tengah niat nak upload nota tarbiatul awlad, resensi "cinta dari rumah Hassan Al-Banna", "Rahsia simbol Freemason", film critics, "Hurt Locker", "Green Zone", "Battle Los Angeles" dan lagi ..... perkhhhh! Hannan tolong ayahh

Saturday, February 26, 2011

On the other thot! Maulidurrasul

Pra : Hari Sabtu yang indah, bermalas-malasan setelah buaikan hannan (5.20pm), tiba-tiba belaian perasaan ini direnggut dengan kejutan tipah membawa telifon. Rupanya orang surau suruh standby ceramah maulidurrasul besok, takut-takut penceramah tak dapat datang, nak ngelak suruh ustaz Halim Syah dia pulak kena bagi ucapan pengerusi surau, ustaz deris tak dapat dihubungi, mau tak mau serah tengkuk ajelah.... bermulalah malam yang panjang bagi abu razeen untuk research dan ready menanti hari esok ..... wahai penceramah datanglah kau besok hari!!!!. Oh ya tengah browse dapat satu artikel tersangat la berguna untuk diriku dan dirimu... aku tidak mahu menempah tempat duduk dineraka Ya Allah! full credit untuk iDeology.my musyakireen awie awie!
Cintakan Nabi Tapi Menzalimi Nabi
Date 2011/2/1 2:00:00 Topic: Sunnah dan Sirah

Pada setiap kali musim Rabiul Awwal, maka sambutan diadakan di mana-mana tempat. Pelbagai majlis dan macam-macam acara sambutan yang tidak pernah diadakan oleh para Sahabat Baginda sendiri, mahupun generasi selepas itu yang sangat menyintai Nabi s.a.w. diwujudkan oleh umat Islam terkemudian. Yang pastinya taraf cinta umat masa kini kepada Nabi tidak akan sama dengan taraf cinta para Sahabat terhadap Nabi. Umumnya 12 Rabiual Awwal diletakkan sebagai tarikh rasmi bagi banyak negara umat Islam, walaupun tarikh sebenar tidak pernah wujud sebagai satu fakta yang jelas. Tak apalah, selagi hari itu tidak dianggap sebagai hari raya atau hari kebesaran agama Islam, bolehlah jadi alasan untuk mengelakkan ia daripada dinamakan sebagai bidaah.Namun apa yang dikesalkan adalah sikap umat Islam dalam 'berinteraksi' dengan Rasulullah s.a.w sebagai Nabi yang dicintai, tidak sama antara hakikat dan kata-kata mereka. Mereka mendakwa mencintai Nabi tetapi pada masa yang sama menzalimi Nabi dengan menyandarkan perkara-perkara yang bukan-bukan terhadap Nabi s.a.w. Mereka kata kasihkan Nabi s.a.w tetapi mereka tidak pernah cuba untuk mencari keaslian ibadah seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.. Lebih teruk daripada itu, mereka yang mendakwa cintakan Nabi s.a.w itulah yang menyebarkan cerita-cerita yang palsu tentang Nabi!
Kisah Sirah
Di kalangan para penceramah musim sambutan hari keputeraan Nabi, terdapat pelbagai cerita palsu atau cerita yang belum pasti benar adakah betul ia daripada Nabi atau tidak. Di musim yang lain, terdapat golongan yang suka menulis dan berceramah tetapi tidak cermat dalam memindahkan hadis Nabi sehinggakan tidak langsung menyemak sumber asal apa yang mereka dakwa sebagai hadis atau sunnah Nabi. Ada cerita Nabi semasa dilahirkan langit bercahaya, runtuhnya istana kisra Parsi, terpadam api biara majusi... cerita-cerita yang belum sahih disebar luas kononnya untuk membesarkan Nabi, tapi pada hakikatnya, ramai sarjana hadis menyatakan bahawa ia adalah palsu atau tidak mempunyai sumber yang boleh dipercayai. Seolah-olah tidak mehu menerima hakikat bahawa Rasulullah s.a.w lahir sama seperti lahirnya bayi lain ke dunia. Rasulullah hebat bukan kerana mukjizat baginda, tetapi mulia dan agung kerana misi dan perjuangan baginda. Selain itu, baginda cuma manusia biasa dan jangan sekali samakan dengan dengeng kisah Melayu purba.Sehingga wujud kadang-kala cerita sejarah yang disebarkan, atau hadis-hadis yang digunakan, langsung bercanggah dengan al-Quran, tetapi bila dikritik, masih mahu dipertahankan! Atas alasan apa pun kita tidak tahu. Inilah yang disebutkan oleh al-Marhum Sheikh Muhammad al-Ghazali sebagai orang yang menzalimi sirah Nabi yang sanggup membelakangkan al-Quran. Bagi Muhammad al-Ghazali, orang yang tidak memahami al-Quran, tidak layak untuk berbicara tentang sunnah. Kata Muhammad al-Ghazali dalam buku Fiqh al-Sirah beliau, "Orang Islam telah mula meninggalkan al-Quran dan terus pergi kepada hadith, kemudian meninggalkan hadis lalu pergi berpegang kepada kata-kata para Imam, kemudian mereka tinggalkan pendapat Imam lalu pergi menggunakan cara orang yang sekadar mengikut-ikut, kemudian mereka meninggalkan cara ini lantas dicelarukan oleh golongan jahil" [Muhammad al-Ghazali, Fiqh al-Sirah, Dar al-Syuruq, h. 37]
Amalan Berzanji atau Bacaan Rawi Yang Zalim Musim maulid juga dimeriahkan dengan amalan membaca berzanji dan rawi dalam sambutan di mana-mana sahaja di Malaysia. Tanpa faham isi kandungannya, mereka tetap baca. Jika ada yang rajin, mereka cuba terjemahkan. Tanpa usul, tanpa periksa. Sedar atau tidak, banyak unsur karut, bahkan juga syirik wujud dalam teks yang bersumberkan kepada kitab Maulid Barzanji oleh Jaafar bin Hasan al-Barzanji itu.Di dalamnya ada cerita karut marut peristiwa kelahiran Nabi, karut marut asal usul ciptaan Nabi, bahkan kata-kata pemujaan terhadap Nabi yang melampau, melampau daripada apa yang diajar oleh Nabi sendiri dalam hadis yang sahih. Rasulullah menyuruh kita cintakan baginda, tapi bukan berbohong ke atas diri mulia baginda. Adakah namanya cintakan Nabi dengan mereka cerita bohong tanpa asas, tanpa sumber yang boleh dipertanggungjawabkan ke atas peribadi baginda?? Cinta atau Zalim namanya?
Kisah Ibadah
Dalam beribadah, apabila ada dikalangan ulama' kita yang cuba untuk memperbetulkan ibadah berasaskan cara yang lebih sahih menurut sunnah, tiba-tiba golongan ini dituduh dengan pelbagai tuduhan dan kadang-kala sanggup menegakkan benang yang basah dengan mempertahankan ibadah yang bersumberkan sesuatu yang belum pasti daripada Nabi. Ibadah nisfu Syaaban contohnya, bila ada ulama' yang cuba menjelaskan bahawa segala bentuk amalan nisfu syaaban adalah palsu maka tuduhan seperti Wahabi dan seupamanya mula kedengaran, padahal ulama' itu cuma menjelaskan semula pandangan2 ulama silam seperi Ibn Hajar, Imam al-Nawawi dll. Ulama' ini cuma membetulkan keadaan agar ibadah yang dibawa oleh Rasulullah terjaga, tapi ternyata ramai yang cuba menzaliminya.Kisah KomunikasiJika dilihat sikap para sahabat Rasulullah terutama Ibn Mas'ud r.a. mereka sangat berhati-hati bila menyampaikan berita menggunakan nama Rasulullah s.a.w. kerana amaran Baginda tentang dosa besarnya menyebarkan hadis yang palsu. Tetapi umat masa kini, tanpa segan silu menyebarkan hadis tanpa sebarang sandaran atau sumber yang boleh dirujuk dan dinilai. Para ulama hadis terdahulu bermati-matian mencari sumber bagi sesuatu hadis. Mencari susur galur perjalanan hadis daripada generasi kepada satu generasi. mencari biodata setiap orang yang membawa hadis kepada seorang yang lain, agar boleh dinilai satu persatu. Tapi umat kini, nampak sahaja semacam hadis, terus disebarkan, dalam email, dalam sms, dalam facebook, dalam twiter dalam buku, dalam ceramah.Jika kita menulis atau berceramah menggunakan ayat al-Quran pun, biasanya diletakkan mana-mana surah dengan ayatnya. Apatah lagi hadis yang ingin diletakkan nama Nabi, adalah sangat perlu diletakkan sumber rujukan agar boleh disemak sama ia benar-benar hadis atau sekadar disandarkan kepada Rasulullah s.a.w
Cinta Pada Nabi Yang Sebenar
Cinta pada Nabi yang patut disuburkan ialah dengan menghidupkan usaha mempelajari sunnah Nabi yang sebenar. Mempelajari cara-cara menilai sumber yang menggunakan nama Nabi dan mempelajari khazanah karya umat Islam terdahulu tentang Nabi s.a.w. Menceritakan sesuatu yang bunyinya indah, tetapi tanpa sumber yang boleh dipercayai, itu menzalimi Rasulullah, bukan mencintai Rasulullah s.a.w. Golongan ustaz dan para ahli dalam pengajian Islam wajar menyemak setiap satu perkara yang disandarkan kepada Nabi sebelum menyebarkannya. Bagi yang tidak mampu menyemak, adalah tidak wajar menyebarkkan sesuatu yang belum pasti kepada orang lain, JIKA BENAR-BENAR MENCINTAI NABI.Tidak cukup dengan sekadar berselawat kepada baginda 100 atau 1000 kali sehari, usaha untuk 'mengenali' Baginda Rasulullah tercinta mesti dilakukan oleh setiap orang. Cara untuk mengenali Rasulullah s.a.w bukanlah dengan sekadar membaca buku-buku tentang Nabi, tetapi mempelajari ilmu tentang sunnah, dengan kata lain, mengkaji dan mempelajari sunnah Nabi berasaskan sumber yang terkemuka seperti Bukhari, Muslim dan seumpamanya. Sama-samalah kita menghidupkan budaya mempelajari hadis Nabi yang sahih agar Rasulullah benar-benar dicintai, bukan dizalimi dengan penyebaran hadis palsu atau tanpa meletakkan sebarang sumber.Pesan Rasulullah seperti yang dilaporkan oleh Abdullah bin Amar al-As, "Sampaikanlah apa-apa daripadaku walaupun satu ayat, tiada halangan untuk menceritakan tentang Bani Israil, tetapi sesiapa yang berdusta atas namaku, maka dia telah menyiapkan kedudukannya dalam neraka!" [Riwayat Bukhari: 3202, al-Termidhi: 2593, Ahmad: 6189, al-Darimi: 541]
post: thread ni belum habis design ...nak tumpu pada content ceramah dulu ....doakan saya selamat (tak kena bagi ceramah besok) kalau kena jugak ... fal yatawakkal ala Allah! Fanik'mal maula wani'man Naseer