Saturday, May 18, 2024

KERIS MELAYU BOOK REVIEW


 …jika hendak merosakkan bangsa racunilah sejarahnya” [ms 56]


Buku: KERIS MELAYU
Penulis: AHMAD ZAMLI BIN ALI PIAH
Penerbit: AHMAD ZAMLI BIN ALI PIAH
Mukasurat: 360
1. Masterpiece!, jika boleh disimpul dengan satu perkataan. Cukup dihadkan 11 point sahaja supaya tak berjela jela nak baca review. Selengkapnya dapatkanlah buku yang hanya 700 naskhah emas dicetak terhad.
2. Buku 11 bab lengkap ilustrasi dan grafik gred A, saya bahagikan kepada 2 bahagian, Bahagian Pertama: pengenalan sejarah dan kesenian dari bab 1 hingga 3. JIka memperkatakan zat keris boleh masuk Bahagian Kedua: kesempurnaan keris Bab 4 hinggalah fungsinya Bab 11.
3. Penting untuk kita tidak tinggalkan Bahagian Pertama kerana disini anda akan faham, kenapa meskipun keris adalah harta tinggalan datuk nenek kita, tetapi tak banyak yang kita tahu dan faham, malah disalahertikan pula sebagai tahyul dan syirik.
4. Ini kerana ilmu zaman dahulu banyak dipindahkan secara sistem lisan ke lisan dan adakalanya terlalu berahsia kerana ilmu diperturunkan kepada yang berkehendak sahaja. Satu lagi ilmu perkerisan banyak disimpan dalam bentuk falsafah yang sukar ditafsirkan oleh generasi alpha.
5. Falsafah disimpan dalam zat keris itu sendiri, siapa sangka dalam sebentuk keris ada pelbagai cerita, identiti, sejarah, pemberitahuan dan masa hadapan. Orientalis menyedari kepentingan katalog bahan sejarah telah memandai-mandai menulis tentang keris hasil mata zahir mereka, malang pula kita mencedoknya bulat bulat tanpa khilaf dan sepakat.
6. Berdasarkan kesedaran tersebut Penulis merakamkan segala sejarah dan pengalaman beliau berguru dengan pandai keris dipelusuk tanah air dan mendokumenkan pula untuk kita ceritakan pada anak cucu. Jestru buku ini, jika bukanlah selengkap dokumen tentang keris, tetapi sekurang-kurangnya membuka minda kita terhadap pusaka warisan turun temurun.
7. Menceduk sedikit ilmu keris yang praktikal adalah Jenis keris Pandai Saras:
“..atas perintah raja Pattani, Tok Saras diminta membuat keris bagi kegunaan berperang, kerana itu didapati keris keris Pandai Saras adalah keras, tajam dan hebat seesuai untuk bertarung serta dibawa berperang.. “ [ms 225]
8. Seperti yang dikatakan, kesenian pada segenap sudut keris mungkin hanya dianggap sebagai hiasan tampak meninggikan nilai dipandangan mata sahaja, namun bagi pengguna, ia padat dengan fungsi bukan sia-sia:
“ ..duri pada kerrawang ganja dan belalai gajah digunakan sebagai penyangga senjata lawan dan ekor cicak pula untuk menikam anggota tubuh lawan dengan cara menyinggung..” [323]
9. Keistimewaan keris bukan pada bilah keris sahaja, malah hulu seperti Jawa Demam yang ditajamkan pada sudut tertentu akan berfungsi apabila bilah terlepas dari sasaran. Jika bilah ditepis atau terlepas, maka hulu akan mengambil tempat bagi menusuk anggota badan atau tangan lawan secara kilas atau dihentak.
10. Manakala sarung digunakan untuk menyangga, menangkis pukulan dan tikaman senjata lawan, sebab itu dalam pertarungan keris tiada perisai digunakan. Malah sarung pun boleh jadi senjata apabila sampir digunakan untuk menusuk dagu atau mencekak leher lawan. Lebih dari itu, sampir digunakan untuk memukul kepala lawan dan buntut dihendak ke badan lawan.
11. Buku Dokumentasi yang cemerlang ini bukanlah satu ultimatum untuk kita berhenti membongkar rahsia keris, banyak lagi pendapat dan guru tua yang masih boleh dipelajari ilmu mereka. Memetik tulisan penulis:
“Hakikat sebenar tentang keris, ia adalah anugerah Tuhan kepada bangsa Melayu, dengan bentuk yang tersendiri sesuai mengikut cara penggunaannya di mana tiada siapa yang dapat menafikan bahawa yang mengetahui cara menggunakan keris hanya satu bangsa sahaja di dalam dunia ini ….. “
Abu Razeen
Yang Tersirat dan Tersurat
Hulu: Tajong Botakala
Pendongkok: Temin
Bahan: tembaga
Sarung: Sampir Tajong
Bahan: Kayu kemuning
Mata: Keris Pandai Saras Lurus
Kategori: Keris Pandai Saras Lurus Besi Sebatang
Panjang mata: 41 cm
Attribute to Norsyariman Saharudin GWS

Thursday, May 9, 2024

DOA KEPADA ORANG PERGI HAJI

*doa copy dari utube credit untuk Amaliyah Islam dan blog birdsnbees.com
1. Ya Allah kami mohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan di dalam perjalanan bakal haji kami jadikan ia amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! Permudahkanlah perjalanan mereka dan dekatkanlah ia. Ya Allah! Engkau adalah Penjaga di dalam perjalanan, khalifah iaitu wakil pengganti diri mereka terhadap keluarga dan harta-benda mereka semasa ketiadaan mereka.
2. Ya Allah! Lindungilah mereka daripada kesukaran dalam perjalanan, daripada keadaan yang mendukacitakan dan daripada keburukan tempat kembali terhadap apa yang berlaku pada harta dan keluarga mereka. 
3. Dengan nama Allah yang melancarkan perjalanan ini; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun lagi Maha Penyayang! Apa yang ditentukanNya adalah hak Allah untuk menentukannya.
4. Berilah keselamatan dan kesihatan pada orang yang melaksanakan haji, orang-orang yang berziarah dan para musafir dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW melalui darat, laut dan udara. Jauhilah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim khususnya keselamatan kepada ...Cikgu Shamsul bin Kamaruddin dan Isterinya Norizan binti Ahmad .
اللهم اجعله حجًا مبرورا وسعيا مشكورا وذنبا مغفورا وعملا صالحا مقبولا وتجارة لن تبور. يا عالم ما في الصدور أخرجني يا الله من الظلمات إلي النور
5. Jadikanlah haji mereka haji yang mabrur dan usaha amal yang diterima oleh Allah dan dosa-dosa mereka yang diampunkan dan amal kebaikan mereka yang diterima serta pekerjaan yang tidak akan menghancurkan atau merugikan.
6. Ya Allah peliharalah bakal haji ini. Permudahkanlah perjalanan mereka. Kurniakanlah keselamatan tubuh badan dan harta benda sepanjang perjalanan. Sampaikanlah maksud mereka mengerjakan Haji dan mengunjungi makam Baginda Rasul SAW.
7. Ya Allah, wahai Tuhan kami, kehadiran mereka ke Tanah Suci adalah atas perintah dan kehendak-Mu. Oleh itu kurniakan kepada mereka perkara-perkara menyenangkan di rumah suci itu. Jika cuacanya panas, sejuk atau sederhana, jadikanlah segala keadaan cuaca di sana nanti sesuai dan menjadi nikmat kepada mereka. 
8. Berikanlah mereka selera makan dan minum walau apa sahaja makanan dan rasa dan jauhilah segala kesan buruk akibat makanan dan minuman mereka. Suaikanlah rumah-rumah tumpangan atau hotel yang akan mereka diami walau bagaimana keadaannya sekalipun.
9. Suaikanlah mereka bergaul dengan sahabat dan saudara seagama di Tanah Suci nanti di mana juga mereka berjumpa dan mereka berkumpul dalam mengerjakan perintah-Mu. Suaikanlah semua jenis kenderaan yang mereka naiki ke mana sahaja mereka pergi dalam menjalankan kerja yang Engkau perintahkan.
10. Kurniakanlah mereka keselesaan dan ketenangan serta mendapat kepuasan dalam melihat, memikirkan dan mengambil iktibar ke mana sahaja tempat yang mereka ziarahi dan janganlah Engkau jadikan kedatangan mereka ke Tanah Suci-Mu kali ini sebagai kedatangan kali terakhir.
11. Ya Allah! Elakkanlah kami dan mereka daripada segala bala bencana, wabak penyakit dan jauhkanlah daripada mereka dan kami daripada perasaan was-was dengan kurniaan-Mu dan kemuliaan-Mu; Wahai Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
12. Ya Allah! Selamatkan dan peliharakanlah mereka dan apa sahaja yang bersama mereka dan sampaikanlah hajat mereka dan apa sahaja yang bersama mereka.  
للهم يسّر للحجاج طريقهم، واجعله حجًا مقبولًا وذنبًا مغفورًا، واكتب لنا معهم زيارة قريبة يا رب العالمين

* doa diedit c&p credit to fb Azie Damha/Jemaah Haji Malaysia 1445/2024

aburazeen
jadual TH 2032 mohon Ya Mujib Sailin mohon disegerakanlah Amin

Monday, February 12, 2024

OF CATS AND MEN, PROFILES & HISTORYS CAT LOVING ARTISTS, WRITERS, THINKERS AND STATESMEN : BY SAM KALDA

 … in our attempt to understand our cats, we in fact discover ourselves more gentlemanly …


Buku: OF CATS AND MEN, PROFILES & HISTORYS CAT LOVING..
Penulis: SAM KALDA
Penerbit: Quadrills Pub. 2017
Harga: £10 hard cover
Pages : 100

1. Aksesori hidup atau hiburan kala sunyi, atau mungkin tiada makna langsung. Sebenarnya kewujudan kucing membawa pelbagai peranan namun jarang dapat diungkapkan… sebab siapa yang peduli?, ia hanya sejenis haiwan.

Sam Kalda. Illustrator. Brooklyn 

2. Nak tahu pengertian kucing disisi orang lain?, bacalah “Of Cats and Men, Profiles & Historys Great Cat Loving Artists, Writers, Thinkers and Statemen”, oleh Sam Kalda. Ada 30 profail dihimpun penulis dalam satu buku santai berilustrasi.

DYMM Sultan Abdullah 

3.  Menariknya profail ini terdiri dari mereka yang berpengaruh dan pengukir sejarah dunia dalam forte masing-masing, Winston Churchill tokoh perang dunia ke II, Sir Isaac Newton saintis, Nikola Tesla pencipta, Karl Lagerfeld fashion designer, Freddy Mercury artis serta Mark Twain, Ernest Hemingway dan Haruki Murakami dalam kelompok penulis semua ada sentuhan kucing dalam dunia masing-masing.  

DS Najib bersama kucing peliharaan

4. Tidak lengkap kalau cerita tentang kucing jika tak kaitkan dengan orang Arab, Sultan Baibars dari abad ke 13, Penulis kaitkan dengan mencontohi Nabi Muhammad yang menyayangi kucing: 

“While Baibar’s ruling, European counterparts killed cats en masse on account of satanic hysteria. Baibars feline stewardship provided the cats of Cairo with sustenance and shelter for several centuries, a legacy underscoring the relationship between cats and Islam”. [Sultan Baibars ms 11]

kredit kepada tuan punya gambar
 

5. Tidak kesemua profail dihuraikan peranan kucing dalam hidup mereka. Penulis membiarkan kita merangka falsafah masing-masing dalam hubungan tanpa syarat. Buku ini bukan memaksa kita membuat kesimpulan, tetapi cukup mengetuk hati dan rasa manusiawi terhadap makhluk.

Penulis menulis tentang Haruki Murakami juga seorang penulis

6. Penulis seorang illustrator, menjimatkan kos dengan menghasilkan lukisan untuk buku sendiri. Konten boleh dicapai selagi mahu tapi mengupah seorang ilustrator untuk penerbitan buku, ia memakan kos yang tinggi.

Sir Winston Churchill bila jumpa kucing
Dokudrama Winston Churchill Film Darkest Hour England diserang German

7.   Ilustrasi Sam sangat menginspirasikan, dengan lukisan sendiri, kita tak perlu bayar royalti atau libatkan risiko legitimasi hak cipta, cukup untuk wartakan paten sendiri. Itu menjadi sebahagian hasil kerja tangan Sam jika kita lawat samkalda.com

dewa kucing Mesir purba disembah dan diberi nama Bastet
Kucing dimummified bersama tuannya sebagai teman dunia sebelah sana
Sir Isaac Newton cipta Cat Flap sebab malas buka pintu kucing nak masuk
Freddy Mercury bersama Delilah barangkali

8. Masa berlalu, manusia berterusan hidup bersama kucing, dari ukiran Mesir purba dewa “Bastet”, hinggalah ke perpustakaan, studio, woksyop ataupun sofa, kita mewarisi pengajaran dari kucing. Dalam perjalanan itu, sebenarnya kita akan temui diri sendiri, versi yang lebih sensisitif dan lebih memahami.


aburazeen
terima kasih atas pemberian ini.

temubual Sam Kalda https://kathytemean.wordpress.com/2020/07/25/illustrator-saturday-13/

# Sebelum sesiapa tanya, kat mana nak beli buku ni, setakat ni ada di Amazon atau Bookdepository. Atau kalau tak kisah buku preloved, ada nampak dalam Shopee dengan harga berpatutan

gambar di lokasi Geopark Tanjung Leman Kota Tinggi Johor 10/02/2024 




Batu terhasil dari kesan vulcano 300 juta tahun lampau