Sunday, May 28, 2023

SEMAKAN PERJANJIAN DALAM ARAHAN PERBENDAHARAAN ARAHAN 204

Arahan 204 Arahan Perbendaharaan
Syarat Kontrak

 Perjanjian antara kerajaan dan vendor samada perkhidmatan atau perbekalan hanya ada satu sahaja. Dan satu-satunya perjanjian itu hendaklah disemak dan diluluskan oleh AGC  untuk perjanjian dengan agensi persekutuan dan Penasihat Undang-Undang untuk agensi negeri.

Perkara tersebut dinyatakan dalam Arahan 204 Syarat Kontrak. 

Tujuan semakan dan kelulusan oleh AGC atau PUU adalah demi menjaga kepentingan kerajaan dalam sesuatu kontrak atau perjanjian yang dimasuki dan mengelakkan kerugian pada pihak kerajaan. Paling penting adalah untuk memastikan pihak kerajaan tidak terperangkap dengan perjanjian yang kabur dan menimbulkan konflik samada dari segi ekonomi atau undang-undang.

Saturday, April 8, 2023

HUKUM MENELAN KAHAK SEMASA BERPUASA BULAN RAMADHAN

 


Merujuk kitab Matlaul Badrain wa Majmaul Bahrain, karangan Syeikh Mohd bin Ismail Daud Fathoni (1914).

"... (Dan yang membatalkan) puasa beberapa perkara (Pertamanya) memasuk sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja jikalau sedikit sekalipun maka setengah daripadanya menelan akan dahak kemudian daripada sampai ia kepada had yang zahir yaitu makhraj "ha" yang tiada bertitik.."

Bermakna dahak (kahak) yang muncul sama ada datang dari otaknya atau dadanya, sekiranya melepasi anak tekak paling bawah, sila teliti makhraj huruf "ha" (kerongkong bawah), "kha"(kerongkong atas) pada kerongkong sewaktu menyebut huruf hijaiah secara bertajwid. Kahak dalam keadaan melepasi makhraj "ha" jika ditelan, hukumnya membatalkan puasa. Maka wajib secara sedar untuk ludahkan ia. 

Sekiranya kahak tersebut keluar semasa dalam solat, boleh ludahkan ia ke sapu tangan, Pergerakan yang dibuat adalah pergerakan yang kecil dan tidak membatalkan solat.  

Allahuwaliuttaufeeq.

Terima kasih ya Imam Ahmad, Imam Surau AsSakinah Taman Pulai Indah atas pertanyaan.

Abu Razeen.

Tuesday, March 21, 2023

PEWARTAAN ENAKMEN DAN UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI DI NEGERI JOHOR

PROGRAM PEMANTAPAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
21 Mac 2023
Savanna Hill Resort Ulu Tiram
anjuran Jabatan Mufti, MARSAH
Proses pengkanunan berdasarkan flow chart negeri. Proses ini tidak sama diantara negeri-negeri.
Draf disemak oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri sebelum dibawa ke Mesyuarat MAIJ. Draf disemak supaya tidak berlaku ketidakselarasan antara undang-undang negeri dan Persekutuan. Begitu juga dengan penyeragaman dengan undang-undang persekutuan dan negeri negeri yang lain.
Pejabat penasihat undang-undang juga perlu memastikan rang undang-undang disediakan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, supaya mematuhi Akta Bahasa Kebangsaan.
Undang-Undang Kecil juga disebut sebagai subsidiari mengikut nama yang diberikan oleh enakmen ibu yang menghasilkannya. Sekiranya dari Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri ia dinamakan sebagai Peraturan-Peraturan. Tetapi sekiranya berasal dari Enakmen Keluarga Islam, maka ia dinamakan sebagai Kaedah-Kaedah. Mesti tengok kepada peruntukan yang memberi kuasa.
 
Paling penting, sebelum semakan dibuat, perlu ada arahan dari Majlis Agama Islam dalam bentuk minit mesyuarat Majlis kerana Majlis adalah pelaksana dasar Ketua Agama, iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang dinyatakan oleh Perlembagaan Persekutuan Per(3)(b) dan  Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895. 

Bersama Sahabat al Ustaz wa Duktur Othman Sahalan. MARSAH