Wednesday, April 20, 2022

DOA MAJLS ILMU HAFAZ AL QURAN

Diambil dari kitab Doa Orang-Orang Soleh oleh Syeikh Abu alFida' Muhamad Izzat Arif. Pengetua Ma'had Araby bagi Perubatan Nabawi dan ilmu ilmu lain.
Doa ini sering dibaca oleh Asatizah sebelum memulakan kuliah
Doa untuk memelihara ilmu dan menerbitkan hasil dari ilmu tersebut
Doa untuk menghilangkan kelupaan
Doa untuk mohon ilmu dan penerang hari 


 Credit untuk YA Tn Hj Syukeri Najib yang telah kongsikan dalam Grup Pakar Turath JKSM.

MAK AYAH KSHR DAN KAHERAH

KHSR tu Kad Selamat Hari Raya

Beberapa gambar lama mengimbau kenangan masa lalu, ada gambar keluarga, masa belajar dan selepas kahwin.
Bersama dengan mak di lombong belakang jalan keretapi Kampung Pinang, Taiping
Ayahnda Zainudin di Taman Tasik Taiping, zaman beggie
Kad Selamat Hari Raya yang dibuat sendiri dulu-dulu, jenuh cuci kat kedai gambar. Ayah yang kreatif
Hadiah perkahwinan kami, masih ada lagi yang belum dipakai sampai anak ke enam, berkat keikhlasan pemberi hadiah
Majlis Konvokesyen tahun 1999, sempat ikuti sebelum balik diambang 2000
Masjid Husain dibelakang, kawasan ini dipanggil Husaiin bersetentang dengan Universiti Al-Azhar kampus induk di Kaherah
Didalam Masjid Al-Azhar, dibelakang menara mercutanda al-Azhar berpucuk kembar yang tidak dapat dilihat dek kesilapan pengambil gambar
Di Mahattah Jami' Al-Azhar tempat menunggu bas, yang ni nampak menara berpucuk kembar simbol Masjid Al-Azhar, tempat ni kami berulang alik ke kuliah dan mengejar bas

 Komputer IBM pertama dibeli dengan wang JPA, semua main pasang sendiri kat Mother board. Siap Bahas "Assignment" pakai PC ni lah yang beso gedabak dan berat nak mampoih.

Monday, April 11, 2022

AMAL WIRID SELEPAS SOLAT

 AMALAN WIRID SELEPAS SOLAT

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikhul Akbar Ahmad Al-Qasyasyi , ulama besar di Tanah Suci di kurun-16. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.
Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal.
Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah - Syeikh Al-Qushashi - Syeikh Ibrahim Al-Kurani - Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri - ulama-ulama alam Melayu.
Syeikh Ahmad Al-Qasyasyi adalah Syeikhul-Akbar Syeikh besar Thoriqat Syathoriyyah. Beliau wafat pada tahun 1660M/1071H di Madinatul-Munawwarah di kebumikan di perkuburan Al-Baqi'.Beliau juga adalah guru Tarekat kepada Syeikh Abdul Rauf As-Singkili atau Syeikh Kuala(Acheh) , Beliau juga guru kepada Qutbuddin Syeikh Daud Al-Fathoni dan juga guru kepada Syeikh Abdul Malik bin Abdillah Sang Wali Keramat Tokku Pulau Manis.
Wirid pusaka (Auradul Madaniyah) Syeikh Thoriqat Syathoriyyah ini dulunya menjadi amalan popular ahli Madinah Ar-Rasul dan Tidak ada lagi sejak Zaman Pemerintahan Wahabi di Arab Saudi selepas 100 tahun . Beliaulah yang menyusun Wirid mulia ini kembali kepada Al-Qur'an dan Al-Hadis.Di-amalkan dia sesudah selesai tiap-tiap solat Fardhu yang lima.
Bersyukur lah kita Wirid dan zikir yang disusun As-Syeikh Qutubul-Wujud Sayyidi Ahmad Al-Qusyasyi r.a. berkekalan di Tanah Melayu semenjak dahulu sehingga kini. Kerana Kebanyakan masjid di Semenanjung Arab sudah tidak diamalkan lagi sejak pemerintahan Wahabi.
"Aku bangga Menjadi Melayu - Islam." Terlalu banyak jasa tokoh tokoh ulama tanah melayu terdahulu yang merantau dan menimba ilmu berpuluh-puluh tahun di Tanah Semenanjung Arab. Segala ilmu berbagai ilmu yang mereka perolehi di turunkan kepada anak-anak Melayu yang sanad ilmunya masih bersambung sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah syukur! ❤
Kredit penulis Tengku Daeng Mawelle