Saturday, June 20, 2020

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK


Buku: TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK
Karya: Haji Abdul Malik Karim Amrullah (1908-1981)
Tahun : 1938
Penerbit: PTS Media Group (2020 cetakan ke sebelas)
Tebal: 290 mukasurat
Pra: Sejujurnya saya lebih kenal Buya Hamka sebagai penulis Tafsir Al-Azhar, selama 7 tahun Khamis setiap minggu menguliti kitab Tafsir tersohor bahasa Melayu di JBGJB*. Dari situ susuk peribadi Hamka yang lembut dan halus dapat dikenali melalui pembumian kata-kata, sehingga kritikan sosial Buya lunak diresapi pembaca sedang hakikatnya ia menyanggah adat leluhur. Meskipun tak khatam lantaran tafsirnya panjang ya amat, tapi sangat sesuai dimiliki untuk tadabbur ayat. Tapi saya tak ulas Tafsir beliau, lantaran terlalu agung untuk diresensi, cuma nak review ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ (TKV) sahaja.
1. Hanya 3 hari diperlukan, untuk khatam karya agung Hamka yang satu ini. Yang lain lain belum baca kecuali Tafsir Al-Azhar. Ini dah kira laju bagi orang yang dah naik kerja masa PKPP ni, tiada lagi landing time, honey moon PKP. Laju sebab laras bahasa yang mudah, melankolik, roman tapi tidak picisan dan sudah tentu naskhah yang tidak pantas disambung sambung.
2. Diterbitkan tahun 1938 zaman bapa saya masih belum lahir, mungkin datuk saya inspired dari buku ni bagi bapa saya nama Zainudin, Datuk pernah jadi guru di Pendang dengan sebab itu arwah banyak membaca. Apapun semoga sifat itu inherit sampai ke cucu cicit hendaknya.
3. Bagus serba serbi, tak sukar untuk memuji, biarkan ulang cetak berbicara. Umur buku sudah 82 tahun tanpa mengambil kira ulang cetak tanah seberang, di Malaysia sendiri selama PTS diberi hak menerbit dari tahun 2012, telah sebelas (11) kali diulang cetak pada 2020. Dalam shopee sold out semasa** saya review naskhah tersebut. Punyala best.
4. Kemahsyuran novel ini menjadikan lokasi penceritaan umpama mimpi buat pembaca. Berapa banyak pembaca dirasuk hingga terpaksa mendarat di Surau Lubuk Bauk, sawah bendang Minangkabau, lepau orang kampung Batipuh yang menjadi tulang belakang cerita percintaan ini. Ini belum dikira air mata pembaca jantan betina yang gugur, hati yang terluka saat mendalami jiwa Zainudin yang melarat zahir batin.
5. Buku ini sebenarnya pemecah taboo yang mengatakan setiap ustaz kiyahi, hanya perlu mengajar kitab di pondok, wajib pula menulis kitab ugama, kata-kata mesti untaian peri kitab, mengarang novel adalah against the odd. Buya menerima tentangan yang bukan sedikit apabila mengutarakan nashkah ini ke meja penerbitan, namun akhirnya berjaya, jestru beliau adalah revolusionary atau boleh juga kita panggil mujaddid dakwah media.
6. Buku kalau dah bagus ada aja kontoversinya, Buku keramat ini divonis plagiat dari sebuah novel Arab yang diterjemah dari bahasa Perancis berjudul Magdalena, saya sempat membaca prakata terjemahan novel Magdalena yang diterjemah bahasa Melayu PDF tapi dah lost track.
7. Sebenarnya cerita ni telahpun disadur ke layar perak, nampak aja iconnya dalam apps Online TV Malaysia, nak tengok tekan ajer. Hatta anak saya yang tingkatan 3 tu pun cuba untuk spoil sebab cikgu dia bagi tengok kat sekolah, tapi untuk seorang pembaca, keghairahan untuk khatam tidak boleh disunatkan dengan lakonan dalam filem, ia tak akan sama.
8. Bila umur dah tahap terima wahyu, rasa tak payahlah baca novel remaja,macam tersilap genre aje, jadi dah lama tak jumpa ayat jiwang, tapi bila baca bait-bait pak Hamka, contohnya macam ni...:
“ .. kalau saya melihat alam, maka didalam alam yang ku lihat itu engkaulah yang tergambar, segenap perasaanku berisi dengan engkau. Bilamana matahari terbenam saya perhatikan benar-benar, kerana disana kelihatan wajahmu yang indah. Bila tekukur berbunyi, kudengarkan dengan khusyuk, lantaran disana laksana tersimpan suaramu yang merdu...” (m.s 165)
rasa macam umur di diskaun 25 tahun aja, bikin hati merinding, seakan baru jumpa old flame.
9. Terima kasih banyak-banyak kepada PTS Media Group kerana bersifat amanah tidak mengubah bahasa dan ejaan asli buku ini dengan dibantu glosari bagi menterjemahkan bahasa Indonesia, masih ada istilah dalam buku yang tidak dimasukkan, tapi sebab ghairah membaca saya telankan jua sambil menebak sendiri maksudnya. Juga kalau boleh susunan glosari disusun ikut alphabetical order, senang nak buat quick reference.
10. Sepertimana saya tidak suka orang spoilerkan cerita yang saya akan atau sedang baca, saya juga takkan bunuh kuriositi orang lain, tapi cukup hanya sekadar menyatakan anda pasti mengharapkan pengakhiran cerita seperti yang didambakan seawal plot, tapi ........ ya udah sila baca sendiri. Untuk penarafan bintang, saya bagi buku ini sebiji mentari.
Abu Razeen
My 2 Kupang
Felda Kahang Timur depan klenet
*Legal Aid Department of Johor
**19\6\2020 4:24 a.m

Thursday, May 7, 2020

Panduan Menulis Book Review

1.MULAKAN DENGAN KESIMPULAN RINGKAS BUKU


Ini mungkin yang terbaik untuk memperkenalkan review kerana ia menerangkan konteks, tapi pastikan jangan masuk terlalu dalam dan ditiL, biarkan pendek dan sweet, kerana kesimpulan secara rasmi boleh ditemui melalui google search.

contoh: tafsiran untuk buku ini adalah keghairahan yang bersalah, jangan berikan makian, tiada kekesalan untuk membaca, ia hanyalah keseronokan.

"This book is the definition of GULTY PLEASURE, dont give a fuck, make no apologies reading, it’s just FUN"

2. PILIH ASPEK PALING PENTING DALAM BUKU

Saya selalunya memberi penumpuan kepada karektor, membina duina, tema dan plot. Tetapi ini mungkin berbeza diantara buku, genre dan citarasa. Dedikasikan satu paragraf untuk setiap aspek penting, bincangkan bagaimana bijaknya penulis mengendalikan topik tersebut, sementara itu, kemukakan apa yang kamu suka dan kamu tidak suka.

3. MASUKKAN KERATAN RINGKAS UNTUK CONTOH

Memasukkan keratan selalunya adalah idea yang bernas, kerana ia memberi contoh untuk segala-gala yang kamu perkatakan, jika karekter yang direview dikatakan sebagai cerewet, masukkan line cerewet biarkan pembaca melihat apa sebenarnya cerewet yang sedang kita hadapi dalam buku ini.
Tapi jangan panjang sangat, sebab quote yang panjang boleh memakan ruang dan melampaui review kita. Quotes yang pendek, biasanya akan menampilkan kredit dan pada masa yang sama menjadikan review kita sentiasa menyerlah disepanjang artikel.

4. TULISKAN PENUTUP SATU KESIMPULAN PADA KESELURUHAN BUKU

Sepertimana pada pembukaan, pastikan penutup adalah pendek dan sweet, ia akan membawa point utama dalam review kita, bersama dengan itu padangan keseluruhan kita terhadap buku tersebut.

5. CARIKAN BUKU YANG LEBIH KURANG SERUPA

Cara terbaik untuk menutup review adalah memberikan buku yang sama yang telah anda review, jadi kita boleh kata, kalau awak peminat buku X, saya rasa awak akan suka pada buku ini.
Kita juga boleh jadi lebih teliti dengan melihat perkara tertentu yang menjadikan kedua-dua buku tersebut adalah sama. Kita juga boleh mencadangkan seperti berikut. “.. jika kamu suka watak utama dalam buku X yang merupakan superhero, maka kamu akan mencintai watak utama dalam buku ini.

6.BERIKAN RATE BINTANG

Tips terjemahan dari:

Thursday, April 2, 2020

MAHKAMAH TERBESAR DI EROPAH ADA DI ISTANBUL



Post: Khamis 2\4\2020, hari ke 16 Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19. Baruku tahu perasaan orang yang kena perintah berkurung. Meskipun Abah Din Cakap ni bukan darurat lagi, tapi hati dan perasaan yang biasa lepas bebas pasti merana duduk terperap dalam rumah just like forever!.

Sebab tu kalau kita tengok penulis prolifik seperti J.R.R Tolkien yang tulis Lord Of The Ring, The Hobbit dan seumpamanya, hidup dan menulis semasa dalam peperangan WW 1, diwaktu itu badan dikurung tetapi minda lepas bebas sampai boleh buat buku, begitu juga dengan C.S.Lewis yang tulis cerita Narnia, beliau menulis sewaktu WW II dimana dia berbakti kepada negara dengan menyediakan rumah pelindungan kanak-kanak sewaktu London Raids 1935 gitu pada masa yang sama dia menulis cerita fantasi kanak-kanak. Dan hasilnya amazing sampai sekarang dibaca dibuat filem laku keras.

Oklah to be fair, Islamic sikit kita tengok Fi Dzilalil Quran, dibawa lembayung Al-Quran, yang ni korang kurang bacalah sebab dah la Arab, ditulis pula dengan kesusasteraan tahap tinggi oleh As-Shahid Sayyid Qutb, silap-silap orang Arab pun susah nak baca. Ia ditulis dari dalam penjara yang menjadi kediaman akhir asshahid sebelum beliau digantung oleh Rejim Gamal Abde Nasir.

Lepas tu Tafsir Al-Azhar, ditulis oleh Buya Hamka disempurnakan dalam tempoh 2 tahun 4 bulan dalam penjara atas tuduhan nak menjatuhkan soekarno. Yang ni korang kena tengok betapa Hamka menggunakan mehnah penjara sebagai sesuatu yang positif. Sebab bila Soekarno mati, Hamka bersedia untuk menjadi Imam solat jenazah Soekarno. Ini semua sebab pemenjaraan itu dianggap anugerah Allah yang tidak terhingga, sampai selesai kitab Tafsir al-Quran 30 juz.

So korang taknak terima kasih ke kat Abah Din? ni belum saya cerita pasal buku dari tirai besi tulisan Promoedya Ananta Noer, Dr Martin Luther King, Nelson Mandela ...atau yang paling menakutkan Mein Kampf dari Adolf Hitler. Semua tu dari dalam penjara kut, takde line internet, wifi pun guna imaginasi ajer.

Jadi gunakanlah masa tersisa anda untuk buat sesuatu yang bermunafaat, selain dari main game, tengok muvi astro free, iflix dan yang paling banyak orang buat ...tido. Just get up and make yourself usefull.

Mula-mula nak cerita pasal melawat agensi undang-undang Turkiye...

ISTANA KEHAKIMAN ISTANBUL: ISTANBUL ADALAT SARAYI


1. 9.30 pagi 9\3\2018 temujanji dengan Ketua Pendakwa Istanbul dan Mahkamah Keluarga di Sisli Istanbul. Ini lokasi pertama penyelidikan ikut jadual kami yang padat gitu. Mana lagi nak layan sejuk cuaca disini, pagi pagi lagi dah kena keluar nak elakkan jem, macam KL pulak jem dia.

2. Istana kehakiman Istanbul adalah yang paling besar di Eropah dibina pada tahun 2011 berkeluasan 3200,000 sq ft, mempunyai 326 dewan perbicaraan, 276 bilik untuk pendakwa, 442 ofis untuk Hakim, dewan persidangan sebanyak 354 seat dan bilik seminar untuk 50 seat. Kompleks kehakiman ini juga mempunyai bilik untuk peguam, dewan makan, cafeteria, pusat asuhan anak, post ofis, bank dan unit kesihatan. Bapak punya besar Mahkamah dia, kita baru takat ada Istana keadilan kat putrajaya yang mungkin 1\4 dari keluasannya.

3. Sejarah pernah tercipta disini kerana selepas 4 tahun perasmian bangunan ini, Mehmet Selim Kiraz seorang pendakwa (public prosecuter) pernah dibunuh dalam pejabatnya sendiri setelah ditahan dua pemberontak bersenjatakan pistol selama 6 jam. Ini angkara parti pembebasan yang nama singkatan dia DHKP-C. Sebab tu tahap sekuriti dia sangat ampuh, kalaulah mesin pengimbas dia tu kuat magnetiknya mau mati pucuk hari hari lalu dekat situ beb.


4. Kawalan keselamatan disini, sangat ketat sana sini jumpa polis bersenjata berat. So memang tak heranlah, sebab ancaman yang diterima oleh kerajaan turki juga turut hebat. Harap Malaysia tak perlu sampai macam ni. Jenuh nak pi Mahkamah kena sampai 2 ke tiga kali scan. Ya ampunn mau merghah punch card pakcik.

5. Setelah melalui pemeriksaan, kami naik ketingkat atas untuk berjumpa dengan Ketua Pendakwa Istanbul, kenapa Istanbul dan bukan Turkey, ini kerana sistem kehakiman di Turkey secara pentadbirannya di pisahkan antara Istanbul dan Ankara. Sebab Istanbul berada di turkey Eropah dan Ankara berada di Turkey Asia. Jarak antara keduanya lebih kurang 450km  benua dan cuaca pun berlainan.

6. Ayhan AYAN, Pesuruhjaya Keadilan Istanbul, menyambut kami dengan muka yang ceria, sambil mengiringi chief de mission untuk berjumpa dengan Ketua Pendakwaraya Republik Turkey (Istanbul) bernama Irhan FIDAN. Kiranya macam kat Malaysia kita ada Tommy Thomas (terkini Tan Sri Dato’ Idrus  Harun mula 6\3\2020)

7. Turkey ni muka depa banyak macam orang belah Russia, sekali tengok macam Chechen pun ada, sebab asal tok nenek mereka ada yang datang dari Mongolia, macam Melayu jugaklah, ada Melayu mirip cina dan ada Melayu mirip India, tapi kalau nak disifatkan macam tu lah.

8. Dalam kamar Irhan FIDAN, tercokoh gambar bapa pemodenan Turkey, Mustafa Kamal Atarturk, betul betul belakang kerusi boss. seolah-olah memerhatikan segala gerak geri mereka yang menghuni kamar Ketua Peguam Negara. Perasaan canggung orang Melayu apabila disapa ketua pendakwa tiba-tiba hilang apabila, beliau bersuara, tidaklah segarang macam yang disangka.

9. Beliau mengalu-alukan rombongan Ketua Hakim Syarie dan berulangkali memuji tahap kerjasama yang baik antara Malaysia dan Turki. Malaysia sentiasa membantu Turki pada bila-bila masa yang diperlukan. Beliau menerangkan Istana Keadilan adalah kompleks Mahkamah yang terbesar di Eropah. Mempunyai 5,000 Pegawai dan kakitangan, sebanyak 600 hingga 1000 kes dibicarakan setiap hari.


10. Kalau mengadap orang Turkey tak cukup sembang aja, kami pekena the turkey untuk memanaskan badan dan manisan turkey yang memang manisss potong kaki. Tak lama kami bertukar-tukar maklumat disitu kerana point kami lebih kepada Mahkamah Keluarga. Kalau nak Tanya pasal maklumat jenayah kat Turkey macam tak kena pulak. Jadi kami pun dibawa bertemu dengan panel Mahkamah keluarga.

11. Oh ya bersama kami penterjemah yang diuruskan oleh pihak kedutaan. Baik orangnya masih study, terror bab cakap turkey. Lepas tu kami berjumpa dengan wakil Mahkamah Keluarga.. Kita sambung nooo.