Monday, January 27, 2020

ANTARA KOPI DAN TEH

KOPI ADDICTS (1)



Sedar tak sedar, pakcik dah jadi peminat kopi, asal dulu mula suka minum teh, sebab teh boleh menyegarkan badan, namun lebih mujarab sekiranya minum tepat pada waktunya. Pak Lang saya di Shah Alam belajar acupuncture, dia selalu buat mix teh dari herba terpilih. Dia pesan jangan minum teh lewat malam. Tapi sebabnya saya dah lupa..

Tak lama lepas tu, semasa di Melaka, around 2018, saya berbekam pertama kali. Masa bekam tu, Dr yang buat bekam tu bagi konsultan sekali, terapi darah namanya. Banyak konsultasi dia, tapi yang saya tangkap antaranya kopi ini ada antioksidan, makanya orang yang berdarah jenis O tak sesuai minum.

Orang darah jenis O, darahnya mudah dimasuki angin kalau makan tak kena gaya, bukan 'angin satu badan', itu kadang-kadang. Tapi perut cepat kembung, makanan jenis yang lambat hadam, perut kembung, makan kekacang kembung, makan sayur kangkung, terung, kacang panjang, kembung. Nama kacang bonces pun kembung. 

Ini menjawab kenapa kadang kadang pakcik selalu kena gout, sebab perut lambat hadam makanan tertentu, ia bukan sahaja menambahkan asid urik.. tapi disisi lain ia juga menghasilkan gas yang tak perlu.

Tapi ...tapi, katanya kopi pun tak sesuai untuk darah jenis O. Pakcik baru nak suka kopi dan nak slowkan teh. Abis tuuuu.

Lepas tu, masa pergi turkey kemaren, pakcik ada beli satu jenis kopi, punyalah lama beli, tak habis habis sampai sekarang, sebabnya tak pandai buat. Mungkin kena ada caranya, macam teh jepun ada SOP buat dia hahah, tak pandai buat tak sedaplah jadinya.

Disini ada satu syair tentang kopi, bagi saya ia sangat indah dan memikat hati.. saya share ahhh.


Yang memberi makna: 


kopi alBunna wahai pencinta #  pengusir kantukku diwaktu terasa
menemanku dengan pertolongan Allah # kerjakan taat dikala tidurnya maya
'Qaf'nya Quwwah (kekuatan), 'Ha'nya (Huda) petunjuk # 'Waw'nya wud (cinta), 'Ha'nya hiyam (jaga).
jangan disampingkan atas minumku ini # kerana ini minumnya tetuan terpuji.
  
ini adalah syair oleh Syeikh Abu Bakr bin Abdulloh al-Aydrus (1447-1508M) seorang ahli sufi di  Yaman. AI-Imam juga penyebar kopi di pelbagai tempat.

https://santrinews.com/Hikmah/5722/Ulama-Sufi-dan-Tradisi-Minum-Kopi 

https://alkasui.blogspot.com/2018/10/kopi-dan-syair-hal-ihwal-tentang-kopi.html 

https://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakr_al-Aydarus

Wednesday, November 6, 2019

ZIKIR PELINDUNG PAGI DAN PETANG

Pra: Pasti ramai yang dah dapat zikir yang diberikan oleh guru, paling kurang pun kawan bagi atau rasa rasa nak sendiri nak zikir, zikir ni maksudnya untuk ingat Allah. Meskipun kita berzikir tapi ingat benda lain, tapi pahala tetap dapat, dan untuk lebih ampuh, perlu tahu makna dan yakin sesungguhnya yang memberi bekas hanya Allah SWT.

1. Susunan zikir ini, dah lama diamalkan oleh pakcik, biasanya ingat waktu diluar rumah, dalam rumah selalunya alpa kalau takda gangguan. Tapi kalau dalam hutan biasanya lagi banyak yang dibaca.

2. Zikir itu ikut kemampuan atau keperluan, sebab Allah sendiri telah tetapkan zikir untuk manusia yang beriman itu adalah semasa waktu solatnya, manusia yang tidak solat itu luput ingatannya pada Allah, Nauzubillah.

3. Kalau nak panjang takut tak teramal, dapat sanadnya saja boleh nak istiqamah ikutlah martabat iman sendiri. Jadi kalau nak mulakan biarlah dari basic, lebih basic dari basic adalah bacaan dalam solat.

4. Sebab tu dalam masa perjalanan Rasul suka berzikir cara solat, so solat sunat boleh sahaja dibuat atas kenderaan, cuma bila nak solat fardhu kena la berhenti jika boleh berhenti untuk solat sesempurna mungkin. Terkecuali atas kapal terbang atau tempat yang susah nak berhenti, jika berhenti tertinggal bas ekspress contohnya... saya dah dua kali kena tinggal bas, sekali kena tinggal flight.

5. Untuk basic atau biasher biasher inilah susunannya, tak ingat bermula dari siapa yang ajar saya, tapi ada sekali tu al Fadhil Ustaz Zahazan ajar semasa kuliah di Radio IKIM pukul 7.30 gitu samalah susunannya. Dimulai dengan Alfatihah, Ayatul Kursiy, Al Falaq, Annas, Auzubukalimatillah tiga kali, Bismillahillazi tiga kali. diulang pada pagi dan petang atau sebaiknya selepas solat subuh dan sebelum solat maghrib.




yang ni baca tiga kali

yang ni pun baca tiga kali

6. Pakcik try nak upload PDF susunan molek tapi server blogspot tanak bagi, jadi pakcik try gif sahajalah, boleh download dan simpan dalam fon kalau belum hafal. Tapi kalau nak PDF punya kena la komen atau emel pakcik. Yang pakcik susun dibawah ni BMP file, kalau print semula mungkin pecah gambo.


7. Manakala dah hafal dan istiqamah, kalau nak upgrade boleh la tambah lagi, tapi mungkin dalam tread yang lain, bawa basikal dulu dah terer baru bawa harley okeh. Semua ni kena pelan-pelan bagi istiqamah. Hafal mungkin senang tapi nak maintain tu susah. Tapi kalau terlupa taklah sampai berdosa pula.

Post:  Ajarlah spouse, pasangan, anak-anak, sebaik-baiknya kalau naik satu kereta biar ayahnya leadkan, baca beramai-ramai. Tak susah pun. Paling utama kalau bawa baby dalam kereta atau diluar rumah, lebih baik baca sebab baby ni fragile syaitan ummu sibyan suka bertenggek usik dia. Kalau dalam hutan hiking lagi kena baca, sebab makhluk halus suka.

Thursday, October 31, 2019

Opening Speech Example or Sample when needed

BILA NAK TEMUDUGA BAHASA ENGLISH


Bende nampak simple, tapi bila nak start cakap baru menggagau carik so, biar lepak kat sini, besok terdesak boleh kutip balik.

Contoh 1
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Good evening, members of juries, organisers, colleagues, ladies and gentleman.
I am honoured to be here this moment,Thank you to each and every one of you for being participate with me today. I am very pleased to be able to welcome those of you that have been with me along this courses might be. Therefore ….the topic that I am going to share today is……
Contoh 2
Very good evening/morning/afternoon and welcome to the Intan Bukit Kiara Hall I’m so pleased to have this opportunity to welcome you all here today for this public speaking courses.
Contoh 3
I am very pleased to be speaking to all of you today, I hope that you feel as excited as I am, to be part of this great moment. I’d like to draw your attention for a few minute, to share with you how important the thing that I will speak in short. The topic for today is……