Monday, November 4, 2024

NATIONAL GEOGRAPHIC TRAVELER EGYPT 2nd edition Book review

 


don’t be tourist, be a traveler
 
Judul: NATIONAL GEOGRAPHIC TRAVELER EGYPT 2nd edition
Penyusun: Audrew Humphreys
Penerbit: National Geographic Washington, D.C, (2007)
Mukasurat: 399
Harga: RM12.00/US$27.95/£14.99UK
 

1. Memotret gambar, bawa balik fridge magnet dan keychain itu dah biasa, tapi bagaimana jika kita bawa balik pengetahuan, pengalaman, motivasi dan pengayaan budaya, ia pastinya nilai tambah melebihi wang ringgit yang dilaburkan.

2. Selalu dengar “jangan jadi pelancong, jadilah pengembara”, sebab dengan mengembara kita mengalami dunia nyata dan hidup dalam masa sebenar, lebih dari satu escapism (melarikan diri dari dunia nyata) diri sendiri. 

3. Beza banyak lihat dunia luar dengan pengetahuan dan tanpa pengetahuan, sekadar pengetahuan yang disuap oleh pemandu pelancong, itupun kita tak kan dapat semua sebab deria kita sibuk untuk mencari momen indah untuk dirakam kongsikan

4. Apakata kita lakukan kajian terlebih dahulu sebelum memijak dibumi orang, sebab tu orang Inggeris bijak memanipulisasi tanah Asia dan Afrika, sebab sebelum menjarah mereka kutip pengetahuan sesuatu tempat yang diterokai. Selepas mengetahui, kerja menjajah jadi lebih senang bukan?.

5. Jangan ikut perangai conquistador dan orientalis, mereka biadap selepas mendapat pengetahuan, jadilah seperti Ibn Batutah (1369), Ibn Majid (1430), mereka tulis buku dan kongsikan ilmu. Mana yang jadikan contoh, yang buruk jadikan sempadan.

6. Salah satu buku jual lambak, tapi tidak ternilai harganya adalah “National Geographic Traveler Egypt” hasil pukat memukat di Big Bad Wolf Melaka, beli pada 30/04/2018 dengan harga RM12.00 sahaja. Meskipun jejak kaki ke Egypt 6 tahun kemudian (2024), tetapi bermula dengan membaca akhirnya sampai juga ke “Ibu Dunia”.

7. Terbit 2007 dibandingkan dengan maklumat semasa pada 2024 ada yang telahpun obsolete, tetapi pengalaman membaca akan memudahkan penghadaman deria, apabila kita sampai ke tempat kejadian.

8. Dia ibarat murid yang baca buku dulu sebelum masuk kelas, kemudian dengar cikgu ajar kat papan hitam, tak sama penyerapan ilmu dengan budak yang baru terkial cari mukasurat dalam buku teks bila cikgu suruh. Itulah pentingnya persediaan.

9. Mungkin edisi padat bersaiz tangan mudah dibawa merata-rata menjadikan buku NatGeo ini sangat banyak membantu, disamping content meliputi maklumat tentang sosiologi, demografi, geografi, peta, sejarah  dan tips perjalanan mencapai 09/10 keperluan kembara.

10. Sudah ada pengetahuan, sampai dan hadam di lokasi apalagi kongsikanlah, jadi perkongsian anda bukanlah sekadar gambar, tetapi bersamanya content yang membina ilmu, motivasi, gambar yang cantik dan fotogenik adalah bonus!.


aburazeen
hidupyangsingkat  
 
#aburazeenbookreview#
#NationalGeographicTravellerEgypt#

Saturday, November 2, 2024

MAGDELEINE MAGDOLIN SOUS LES TILLEULS ARC review



Judul: MAGDALEINE @ Di Bawah Lindungan Pohon Linden
Penulis Mustafa Lutfi al-Manfaluti
Terbitan: Darul Arabiah Lil Kitab (2021) Egypt
Mukasurat: 256

evolusi Sous Les Tilleuls (1832) Magdeleine (1912) Tenggelamnya Kapal Van Der Wjik (1938)

1. Pengembaraan emosi manusia dalam meniti kerumitan sebuah hubungan, berlatar belakangkan sebuah kampung di Perancis pertengahan abad ke 19. Novel ini membawa kita menyelami tema cinta, rindu, kehilangan, kecurangan dan pembalasan. Menjalin naratif pembaca ke dalam jiwa setiap karektor.

2. Novel bermula dengan surat Magdeleine kepada Suzanne, menceritakan hal Stephan penyewa tingkat atas, penzahiran cinta terhadap Stephan melalui bait tulisan Magdeleine cukup membahagiakan. Namun kawan Stephan si Edward kacau daun hingga berkahwin dengan Magdeleine jadikan Stephan sangat kecewa jestru bagai minta dikafani. Kemudian Stephan bangkit dari kemurungan dengan asbab kemahirannya sebagai ahlil muzik pianist (piano). 

3. Sebaliknya Edward pula bernasib malang dibelenggu hutang sebab dikorupsi perangai sendiri serta cuai nafkah pulak tu dan akhirnya bunuh diri di Amerika. Pada masa inilah Magdeleine menumpang rumah Stephan. Barangkali dialog yang paling ditunggu pembaca adalah saat Stephan meluahkan segalanya kepada Magdeleine ibarat penggulungan hujah dalam bab Bilik Warna Biru mukasurat 202 hingga 211. Ada rasa Deja-vu tak?

4. Dua kali sebenarnya si Stephan buat penggulungan hujah, kali kedua sewaktu mereka bertemu kembali di taman temujanji pertama yang ada pohon Linden. Tidak bagi peluang langsung, Hujahan yang tidak terbalas oleh Magdeleine membawa kepada hukuman cinta. Inilah yang dimaksudkan dengan ..cinta adalah senjata yang memusnahkan harapan dan mungkin juga nyawa..

5. Novel Magdeleine adalah terjemahan dengan sedikit rencah “kushairi*” oleh Mustafa Manfaluthi. Buku asal bertajuk Sous Les Tilleuls oleh Jean-Baptiste Alphonse Karr (Karr). Kalau terjemah bunyinya “Di Bawah Lindungan Pohon Linden”, Pohon Linden ni dalam bahasa Arab disebut الزيزفون sayangnya tiada terjemahan bahasa Malaysia untuk itu. Jadi nostalgia pohon Linden ni sebab dibawah pohon ada kerusi dimana Stephan dan Magdeleine berjanji temu. 

6. Karya sulung Karr asalnya bersiri dan diterbitkan pada tahun 1832 dan penceritaan dilatari suasana kampung Perancis yang bernuansa cantik, ikhlas, terhormat, bermoral serta tidak bersalah (innocent) dan mungkin inilah yang menjadi tarikan kepada Mustafa Manfalouti untuk menterjemahkan dalam bahasa Arab.

7. Membaca Magdeleine bakal menjadikan anda seorang filosof, barangkali seusai baca anda boleh bayangkan diri seperti Plato tidakpun Socrates, masakan tidak ayat yang disusun Penulis dipenuhi falsafah orang mabuk cinta, mukasurat 179:

الحب قطرة غيث صافية تنزل بالتربة الطيبة فتثمر الرحمة والشفقة والبر والمعروف و بالتربة الخبيثة فتثمر الحقد والغضب والشر والانتقام

“Cinta adalah titisan hujan murni yang jatuh ke tanah yang baik dan menghasilkan belas kasihan, cinta, kebenaran dan kebaikan, manakala di tanah yang keji ia menghasilkan kebencian, kemarahan, kejahatan dan dendam. …. “ [179] 

8. Baca pula bagaimana Stephan berada di titik paling rendah dalama kehidupan, saat jiwanya berkecamuk tidak menerima hakikat yang Magdeleine jadi isteri Edward di muka 197:

والليلة التى كابد فيها الاهوال العظام فى غرفة قريبة ليلة وفاته حتى اشرف على على الجنون. والليلة التى قضاها طريحا تحت سلم دار ماجدولين حتى الصباح وهى خالية بزوجها بغرفة عرسها تعانقه وتقبله وتقول له انت حياتى التى لا حياة لى بدونها..

“..dan pada malam Stephan mengalami ketakutan yang sangat hebat di dalam bilik seolah malam kematiannya sehingga dia berada di ambang gila. Dan malam itu dia berbaring di bawah tangga rumah Magdeleine hingga pagi ketika Magdeleine berduaan dengan Edward di bilik pengantin, memeluk dan mencium serta memberitahunya, "Engkau adalah hidupku yang tanpanya aku tidak mempunyai nyawa.".. [197]

9. Jika anda membaca Magdeleine dari mula hingga habis kemudian bandingkan dengan “Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick” maka anda akan bersetuju dengan ulasan HB Jassin bahawa hanya sedikit yang boleh dikatakan plagiarisme. Manakala Magdeleine Mustafa Manfaluti adalah terjemahan dari Sous Les Tilleuls dengan sedikit saduran berpola Arab. Tidak sama dengan Hamka yang mengubah terus watak menjadi Zainudin dan Hayati dan sebahagian plot versi minangkabau namun masih mengekalkan naratif dan pengajaran, mungkin selayaknya dipanggil sebagai terinspirasi dan bukan plagiarisme. 

10. Watak Stephan mengajar kita kekuatan diri bukanlah sekadar fikiran dan tindakan, tetapi zahir dalam ucapan dan keteguhan hati. Cinta juga tidak perlu dipaksakan untuk dimiliki, kadang lebih baik semadi dalam hati. Hanya Allah mengetahui.


aburazeen

cintaadalahanugerah

* Kushairi – makanan mesir campuran nasi, spaggeti tiub basikal, kekacang, bawang goreng, perahan lemon dan kuah sos yang lazat.


MENJEJAK RONIN DI ISTANA AKO : Edo review


 MENJEJAK RONIN DI ISTANA AKO : Edo review

SURVIVAL : Jijim review

SURVIVAL : Jijim review
 

DIARY OF A WIMPY KID : Kiki review 2020


 DIARY OF A WIMPY KID : Kiki review 2020

KOLEKSI TERBAIK FABEL AESOP : Nani review


 KOLEKSI TERBAIK FABEL AESOP : Nani review

KIDS PICTURE DICTIONARY : Una review 2020


 KIDS PICTURE DICTIONARY : Una review 2020

Tuesday, October 29, 2024

تبصرة العقلاء بقصص الأنبيٱ PENCERAHAN CENDEKIAWAN DARI KISAH NABI NABI ARC review



fast reference kisah Nabi Nabi terulung, mencari ibrah yang belum sampai difikiran.
Judul: تبصرة العقلاء بقصص الأنبيٱ
Terjemahan: PENCERAHAN CENDEKIAWAN DARI KISAH NABI NABI
Penulis: Syeikh Dr. Hisham Kamil
Penerbit: Darul Manar Kaherah.
1. Ringkas, padat, jitu dan meyakinkan. Jika isu pengkisahan romantika insan suci buatkan kita bingung. Carilah pencerahan.
2. Allah titipkan kisah Nabi NabiNya dalam Quran dan dimurnikan pula Hadis yang dipelihara, apa lagi yang kita dambakan?.
3. Jika tidak suka yang romantis, carilah kisah cemas, nyawa dihujung tanduk, soal hidup dan mati insan pilihan Allah.
4. Zaman sekarang mahunya apa semua ketemu dihujung jari, semua mahu viral tinggalnya sahih ataupun maudhu' yang dipilihnya.
5. Mahu atau tidak, kenalah kita berusaha dapatkan yang sahih. Nah! dapatkan salah satu buku Syeikh Dr. Hisham Kamil permata Azhari yang aktif menyumbang ilmu kepada masyarakat.
6. Keistimewaan pada susunan dan konten yang ringkas, tidak terlalu meleret dan tidak juga terlalu lurus. Ia sedang sedang terletak.
7. Suka dengan petikan Quran Hadis dan tafsiran yang disusun menjadikan buku ini istimewa sebagai rujukan.
8. Paling bermakna adalah ibrah atau pengajaran yang Allah selitkan buat kita, tapi hati kita terlalu kotor untuk menjumpainya. Disini Syeikh bantu cerahkan buat kita.
9. Sebab itulah namanya "Pencerahan Cendekiawan... ", sebab takat yang kita tahu hanyalah sembang kawan-kawan.
10. Pyramid dan Firaun. Meskipun zalim tapi Allah tinggalkan bekas buat pengajaran insan beriman, tapi dimanakah pula kesan orang yang Soleh?. ... ia dihatimu wahai teman🙂
aburazeen
Wakallamallahumusataklima
berkata kata Allah kepada Musa

KAEDAH KAEDAH LAHJAH AMMIAH (MESIR) review


Tajuk: Kaedah-Kaedah Lahjah Ammiah
Terbitan: Zedsoft Research Inc. (Cairo)
Cetak: Pertama 1994
Mukasurat: 30

1. Selain kota seribu minaret, Kaherah (cairo) juga dikenali sebagai Hollywood Arab. Jadi selain dari kiblat ilmu, disisi lain ia adalah kiblat hiburan orang Arab.
2. Oleh kerana dominasi hiburan tv dieksport oleh mesir, maka turut dieksport adalah loghat atau lahjah ammiyah keseluruh rantau Arab dan utara Afrika.
3. Lahjah Ammiah agak unik kerana menafikan nahu dan sorof yang penuh disiplin seerti Arab Fusohah. Jadi bahasa pasar ini patut boleh dikuasai dengan mudah jika selalu bergaul dengan Arab.
4. Cuma nak mula tu agak susah, tapi kalau dengan bantuan insyaAllah takdelah asyik kena tapau je dengan Arab.
5. 30 mukasurat dengan 3 bahagian padat dengan informasi tatabahasa, contoh perbualan, tasrif, indeks perkataan ammiah.
aburazeen
credit2cikgutipah

Friday, October 11, 2024

ADAKAH PERLU TUKAR BINTI ANAK ANGKAT BILA MAHU KAHWIN?

ADAKAH PERLU TUKAR BINTI ANAK ANGKAT BILA MAHU KAHWIN?

Seorang anak angkat hendak berkahwin, sedangkan dalam sijil kelahiran dan kad pengenalan, anak angkat tersebut di“binti”kan kepada bapa angkat, adakah perlu untuk menukar binti dalam kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara?.

1. Bapa angkat tidak boleh menjadi wali kepada anak angkat perempuan yang hendak berkahwin.

2. Status bapa angkat yang telah dibintikan kepada anak angkat hendaklah dimaklumkan dalam borang permohonan nikah di Pejabat Agama. 

ADAKAH PERLU MENUKAR BINTI DALAM KAD PENGENALAN?

3. Tidak perlu, sekiranya bapa kandung yang sah anak angkat tersebut diketahui dan dapat hadir bagi mewalikan anak tersebut maka, tidak perlu untuk tukar binti dalam kad pengenalan, cukup hanya buat surat sumpah menyatakan siapa bapa kandung yang sah kepada anak tersebut.

4. Sekiranya bapa kandung tidak ditemui dan/atau tidak diketahui, maka status tersebut hendaklah dinyatakan kepada pejabat agama. Pernikahan anak tersebut akan dijalankan secara Wali Hakim. Perlu mendapat perintah dari Mahkamah Syariah sebelum pernikahan dijalankan oleh Wali Hakim.

PERLUKAH MENCARI BAPA KANDUNG?

5. Adalah tindakan bijak untuk mencari dahulu siapa bapa kandung yang sah, sebelum mendaftarkan kes permohonan Wali Hakim di Mahkamah Syariah, kerana Hakim akan bertanya apakah usaha yang dilakukan untuk mencari wali tersebut.

6. Sekiranya bapa kandung anak tersebut diketahui tetapi ia bukanlah bapa yang sah kerana tiada talian perkahwinan dengan ibu biologi, atau anak tersebut lahir sebelum 6 bulan dari tarikh perkahwinan bapa kandung dan ibu biologi, maka proses permohonan Wali Hakim hendaklah dibuat.

MASIHKAH PERLU TUKAR BINTI?

7. Untuk menukar binti dalam kad pengenalan bagi seorang dewasa perlu melalui proses di Jabatan Pendaftaran Negara dan melibatkan lain-lain agensi seperti institusi kewangan jika melibatkan perjanjian serta urusan lain. Proses tersebut boleh dilakukan, namun terserah kepada individu untuk melaksanakannya.

JIKA BARU HENDAK AMBIL ANAK ANGKAT …..

8. Namun sayugia diperingatkan bahawa, jika semasa mula daftar anak angkat tersebut manakala anak masih kecil atau semasa menerima anak tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara, maka hendaklah dibinti/bin kan kepada bapa kandungnya atau mana-mana nama Allah al-Husna yang tidak sama dengan nama ayah angkat berkenaan.  


Aburazeen
soalancepumas


Book Review: PROPAGANDA Truth and lies in times of conflict


Tajuk : PROPAGANDA Truth and lies in times of conflict
Editor: Tony Husband
Publisher: Arcturus Publishing limited 2014 (London)
Page: 192
Price: £14.99
1. Perang saraf biasanya lebih “makan dalam” sebelum perang sebenar meletus, ia adalah ejen provokasi yang ampuh untuk mendatangkan kegerunan kepada pihak lawan atau meniup semangat perjuangan secara massal.

2. Propaganda berbentuk poster menjadi efektif dimasa ketiadaan teknologi, tidak banyak tulisan tapi lebih kepada imej, karikatur yang menarik perhatian dan mudah difahami walau melihat dari jauh dan tidak perlu fikir lama, orang sekarang panggil infografik.

3. Dalam keadaan aman dan tanpa konflik, propaganda juga boleh jadi alat untuk mengukur tahap kesabaran, kesiapsiagaan seteru dan tinjauan refleksi komuniti. Salah satu contoh yang baik adalah majalah karikatur Charlie Hebdo (France) ia satu bahan baca yang mempromosikan sekularisma melalui propaganda.

4. Perang dunia ke II menyaksikan penggunaan propaganda secara optimum seiring perkembangan pemodenan mesin cetak. Cetakan dibuat secara berkala walhasil mendatangkan keuntungan politik yang besar.  “Jika kamu mencipta satu penipuan besar, kemudian mengulangi secara tetap, kelak manusia akan melihatnya sebagai satu kebenaran” – Josef Goebbles.

5. Bagi peminat lukisan poster dan pengkaji evolusi perang saraf, wajar memiliki buku “Propaganda”. Koleksi poster konflik terbaik yang dikumpul oleh Tony Husband seawal “The Last Judgment” 1432 hingga Pengawal Revolusi Iran 1979. Ia bukan sekadar lukisan tapi pembelajaran pola pemikiran manusia sewaktu berhadapan dengan konflik.

6. Bagi peminat senjata pula, jika melihat buku Propaganda pasti boleh mengesan penggunaan senjata bayonet dalam kebanyakan poster, senjata multi tugas ini boleh digunakan sebagai pisau tempur, tombak, mematikan bobby trap malah tangkal semangat.

benet jepun

7 Bayonet atau benet mula digunakan di Perancis awal abad ke17 dan popular dikalangan tentera Eropah dan kemuncak penggunaannya selepas perang dunia pertama. Sebelum menjadi senjata, benet berfungi sebagai sekuriti penutup muncung senapang.


Mouser M 1890

8. Dari segi sejarah, pertempuran menggunakan benet adalah untuk menyerapkan perasaan agresif kepada pengguna senapang dan mendatangkan kegerunan psikologi kepada musuh.

9. Benet asalnya tidak terlalu tajam dan tidak selalu diasah, terdapat taboo bagi orang yang mengasah benet kerana bilah akan mudah patah, namun kemudiannya pada tahun 2003 Tentera Marin US menggunakan benet tajam sehingga boleh menembusi baju perisai, ia dianggap pisau tempur.

10. Lekapan benet pada muncung senapang adalah tidak terlalu ketat. Benet hanya dipasang bagi persediaan tempur jarak dekat, jika dipasang terlalu awal benet akan mengganggu ketetapan akurasi senapang kerana isu berat.

aburazeen

fixbayonet!




Wednesday, September 18, 2024

PERBEZAAN STATUS SAKSI NIKAH FASIQ DAN WALI NIKAH FASIQ

 PERBEZAAN STATUS SAKSI NIKAH FASIQ DAN WALI NIKAH FASIQ

Selaras dengan Quran dan Hadis Nabi, saksi yang fasiq tertolak kesaksiannya termasuklah dalam saksi nikah. Namun status saksi nikah dan wali nikah ada perbezaan dalam kitab fiqh, jika boleh dilihat dalam kitab Tuhfatul Muhtaj Imam Ibnu Hajar al-Haithami.

Qaul Masyhur Mazhab Imam Shafie tidak sah nikah wali yang fasiq, namun ada perbahasan fuqaha’ status nikah menggunakan wali fasiq.

Imam Ghazali, Ibnu Solah dan Imam Nawawi dalam Raudhah, Imam Subki dan Imam Azraie berpendapat sah wali yang fasiq menikahkan kerana jika berpindah wali Hakim, akan pergi kepada Hakim yang Fasiq pula.

Ulama’ mutaakhirin berpendapat sah wali nikah yang fasiq secara mutlaq. Kata Ibnu Hajar dalam Kitab Tuhfah, sah kerana fasiq itu telah umum, ghalib pada kebanyakan manusia.

Imam Ghazali kata, barangsiapa membatalkan hukum nikah dengan wali yang fasiq nescaya dihukumkan atas segala manusa pada masa ini anak zina, yakni tiada anak halal tetapi anak syubhah.

Wallahu’alam

[Idhohul Bab li Muridin Nikah Bi Sawab – Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathoni ms14]

Monday, July 22, 2024

PENGARATAN DAN KAKISAN BILAH KERIS SERTA PENJAGAAN

Disclaimer: Teori dan video ini berdasarkan pendampingan dengan guru, pembacaan dan amalan sendiri, Ini bukanlah cara yang paling betul mahupun paling asli namun jika salah mohon diperbetulkan dan teknik sebenar dikongsikan supaya manfaat berpanjangan. 

1. KERIS: PENGENALAN RINGKAS


1.1 Sebelum memulakan pembersihan keris, awal Bismillah kena kenal aset terlebih dahulu. Sama ada bilah berluk atau tanpa luk (pandai saras) teknik pencuciannya sama sahaja. Di bawah adalah dua bentuk yang akan digunakan dalam demonstrasi seterusnya:

    1.a Keris Madura

Berhulu Madura manakala bilah naga sastro berasal dari ranah seberang. Hulu ukiran motif flora juga dikenali dengan hulu donoriko, jarang dilengkapkan dengan pendongkok dan hanya menggunakan sebentuk cincin logam dihiasi berlian. Ini adalah keris baharu bilah Lok 11 boleh dibawa berperang digunakan insyaAllah.
    1.b Keris Tajung
'Keris Tajong' Atau 'Keris Pekaka' (Hulu Yang Menyerupai Kepala Burung Raja Udang) Berasal Daripada Pattani, ukiran dihulu Tajong juga disebut Botakala. Bilah adalah bentuk pandai saras tanpa luk, direkabentuk sesuai untuk berperang digunakan juga.

1.2 Saya lebih suka bilah baharu dari guna yang lama, sebab kita tidak tahu asal usul yang lama. Bilah baharu insyaAllah kitalah pemilik pertama dan tahu asal usulnya. Jadi sepatutnya tiada sebarang masalah.

2. ISU PENGARATAN DAN KAKISAN BILAH


2.1 Besi menerima kakisan berupa karat, faktor kakisan boleh datang dari pelbagai faktor samada angin, haba, substans biologi sarung keris, kimia dari sentuhan tangan, lembapan, kekeringan melampau dan macam macam lagi.

2.2 Jestru penjagaan besi yang menerima tempaan dan campuran adalah perlu bagi memanjangkan hayat. Paling biasa adalah karat akibat tindakbalas karbon, oksigen dan kimia lain.

2.3 Ada juga anggap keris berkarat sebab dulu sudah pernah kena darah, sebagai makluman, kalau tak kena darah pun bilah keris tetap akan berkarat. Wallahua'lam.
2.4 Sebab itu keris kena dibersihkan dan dirawat sebab harganya mahal dan bukan sebab misteri ada jin penunggu bagai semata-mata.

3. CABUT HULU MULAKAN MANDIAN

3.1 Kenapa hulu keris tidak lekat kuat pada bilah?, kerana banyak tujuan, antaranya bagi tujuan tanggal bagi basuhan, boleh tukar hulu dengan bilah ikut kesesuaian, mudah dipusing ikut kehadiran ke acara tertentu, pergi istana misalnya.

3.2 Kebanyakan keris adakala disimpan di rumah dan ada masa diguna bawa perang. Bila dirumah mungkin hulunya lebih kepada ornamen berseni buat untuk hadir upacara istana, hari kebesaran, hadir kenduri kendara, atau sahaja dibuat teman bawa berjalan.
3.3 Sebaliknya jika tiba waktu perang, hulu yang cantik berseni akan ditanggal dan digantikan dengan hulu yang memang direka untuk berperang, biasanya tidaklah seindah hulu istiadat, kerana hulu perang lebih kepada cengkaman dan fleksibiliti di tapak tangan. Wallahua'lam.

4. RENDAMAN DAN PELANGGIRAN LIMAU


4.1 Limau mempunyai kuasa asid yang kuat, boleh digunakan untuk menanggalkan kotoran terutamanya karat pada bilah. 4.2 Perlu diingat pada bilah yang ditempa akan mempunyai liang pori halus tersimpan udara, disinilah bermulanya pengaratan walaupun pada asasnya tidak tersentuh dengan air atau mana mana unsur biologi. 4.3 Ada orang kata, limau tu akan menambahkan biasa kepada bilah keris, mungkin logik juga, tapi penggunaan limau tujuan utamanya memisahkan agen pengaratan yang membinasakan bilah. 4.4 Buktinya banyak sabun basuh pinggan gunakan asas limau, tapi kita makan pinggan yang dibasuk tersebut tidak pula terkena bisa limau?. Wallahuaklam 4.5 Tapi limau kalau picit atas luka, bisanya boleh bawa orang direct ke langit tujuh.

5. TEKNIK SAPUAN DAN TUJU MATA


5.1 Perlu dipastikan langgiran limau diarahkan ke hujung mata keris, tidak depan patah balik depan patah balik. Ini bertujuan memelihara bilah agar bersifat tajam meskipun keris tidak diasah seperti parang atau belati. 5.2 Keris semasa ditempat memang dibuat tajam dan kasar, tetapi bukanlah tajam seperti besi SUP, besi stainless steel, besi spring atau besi rail. Secara teori menjaga keris agak mudah sebab tidak perlu diasah, tetapi penjagaan logam itu sahajalah perlu diberi perhatian.

6. MENGGOSOK BILAH


6.1 Oleh kerana bilah terhasil dari tempaan logam yang pelbagai yang ada kalanya formasi karbon berbeza ketumpatan, maka liang atau pori disepanjang bilah boleh terhasil dan sulit untuk dicuci. 6.2 Maka orang dahulu gunakan akar sintok atau sabut, tapi kini kita boleh guna berus gigi, tak kisah yang baru atau terpakai, cuma kena tonyoh lembut lembut, jangan terlalu kuat nanti nipis pula kerisnya. 6.3 Jangan gunakan berus plastik lebih lagi lagi berus dawai tak kisahlah jenis cuci periuk atau yang dawai tebal, bimbang ia akan binasakan unsur pamor jika wujud pada bilah, lagipun hormatlah sikit. 6.4 Pun jika mampu beruslah ia mengarah ke hujung mata bilah. Wallahuaklam

7 BILAS DAN SAPUAN


7.1 Setelah selesai rendaman, langgiran dan berus menyingkir unsur karat dan kotoran pada bilah, maka jangan terus keringkan masuk dalam sarung balik. 7.2 Meskipun limau bagus untuk penyingkiran kotoran pada besi, tetapi sekiranya tertinggal limau yang kaya dengan unsur asid pada celahan keris, kelak unsur besi keris pula dihakisnya. 7.3 Jadi baik dibilas dengan air, cuma air tu sebaiknya bukan air paip, sebab air paip telah ada campuran klorin, pakailah air yang tak ada unsur asing dalamnya. 7.4 Dulu orang pakai air sungai, air perigi, air hujan pun elok ditapa dahulu takut air hujan ni turun dari langit dan bercampur dengan segala macam asap dan kotoran terapung, jadi ambillah bahagian atas air untuk dibuat bilas. 7.5 Air mineral mungkin paling sesuai buat masa ini. Wallahuaklam

8. PERASAPAN KERIS


8.1 Setelah di bilas dan sapu, pastikan karat sudah hilang, jika masih ada ulang balik proses teknik pemberusan mesra sampai tidak nampak zahir karat pada bilah. 8.2 Sungguhpun keris dibawa berperang digilir lasak kehulu kehilir, bermandi darah dan terpacak kat mana-mana, tapi hakikatnya bilah keris adalah sangat manja dan sensitif. Itulah hakikat manusia, nampak macam kuat pada zahir, namun batin rohaninya adalah lemah disisi Allah. 8.3 Jadi selepas pengelapan dengan kain atau tuala, sebenarnya masih ada kelembapan yang singgah dalam lubang pori bilah yang mana jika tidak ditangani akan membinasakan bilah secara perlahan. 8.4 Tugas pengasapan hanyalah untuk memberikan kehangatan dan mengingkir lembapan, namun proses ini kadang disalahertikan umpama memberi pengisian jin jembalang penjaga pada keris. 8.5 Namun proses ini hanyalah untuk pengeringan semata, sebab keris orang tak jemur bawah matahari, bimbang riak menunjuk kepada orang lain, takpun nanti kena curi. Kehangatan melampau juga mampu bengkokkan bilah. 8.6 Keris juga tidak disalai di tungku dapur itu biadap namanya. Ada juga pakai hair dryer, itu bolehlah namun bimbang kehangatan melampau akan membinasakan. 8.7 Jadi balik kepada proses tradisional teknik pengasapan. Dulu orang guna kemenyan, sebab mudah didapati, cuma kalau dibakar kemenyan dalam rumah bimbang memberi tohmahan kerana kemenyan banyak dikaitkan dengan kematian dan alam mistik. 8.8 Sebab asap kemenyan sering dikaitkan dengan makanan jin pendamping, jadi sebagai alternatif saya guna bukhur sebab baunya wangi dan tiada tohmahan, rasa macam duduk majlis maulid yahanana pulak rasanya.

9 SAPUAN MINYAK BAKAWALI


9.1 Selepas memastikan tiada lembapan tinggal pada bilah, maka boleh mula minyakkan supaya tiada lembapan luar boleh singgah. Unsur air dan minyak tidak bersatu, jadi jika ada lembapan pada hulu maka ia tidak menjejaskan bilah yang diminyak. 9.2 Satu lagi ia membolehkan unsur karbon dalam bilah terpelihara, cuma pastikan minyak tiada unsur kimia yang menghakis. Sebab itu orang dahulu gunakan minyak Bakawali yang dibuat sendiri. 9.3 Jestru ia bukan minyak biasa, namun moden ini kita boleh gunakan minyak mesin jahit seperti "Singer", cuma belum pernah dengar orang guna minyak enjin atau minyak gear. 9.4 Boleh gunakan minyak atar biasa, cuma kita tidak dapat pastikan unsur kimia pada nya sama ada bersifat korosiv (corrosive) kakisan atau sebaliknya. 9.5 Jadi jika jumpa orang jual minyak bakawali atau minyak keris beli sahajalah dan sapu pada bilah sebelum dimasukkan kembali kepada sarung. 9.6 Akhir sekali kalau tiada minyak lain, minyak masak pun bolehla sebab parang yang diminyakkan tidak akan berkarat. Wallahua'lam.

10. BILAH KEMBALI KE HULU


10.1 Lanjutan dari operasi peminyakan, arah sapuan turut sama macam pelanggiran dan pemberusan. Halakan ke arah mata. 10.2 Setelah berpuas hati dengan pemandian sehingga tanggal karat dan noda pada bilah, pasangkan kembali pakaian bilah berupa hulu dan ketatkan ia dengan sendal kain atau benang. 10.3 Walau ketat bagaimana sekalipun pastikan hulu boleh dipusing sebab itu sifat dia. Semoga bermunafaat. Disclaimer: upacara pemandian keris hanyalah untuk memelihara keaslian dan tahan lama, tiada membabitkan mantera mistik dan pemasukan makhluk halus sebagai pengisi. Jika berlaku sedemikian ia adalah usaha dan niat kita juga. Tiada yang berkuasa melainkan Allah.

aburazeen
semoga bermunafaat

EMPAYAR 2 HIKAYAT MUKJIZAT DARIPADA IBLIS review


 

Buku: EMPAYAR 2 HIKAYAT MUKJIZAT DARIPADA IBLIS
Penulis: TEME ABDULLAH
Penerbit: Iman Publication (Mac 2019)
Mukasurat: 487
Reviewer: Rasyid Redha
Tarikh: 22/12/2019
 

Terima kasih kepada Rasyid Redha kerana baca buku dan review, jumpa balik video 2019 sebab nak cari benda lain. Baru dapat tahu market buku ni bukan untuk remaja sahaja, sebab ada “seasoned” remaja  (>50) pun ada baca juga.

Pun begitu, Penulis berjaya mengumpul admire bukan dalam siri buku fiksyen Empayar sahaja, tetapi melalui Arkitek Jalanan dan lain-lain. Kudos kepada Penulis.

Jadi ini video 5 tahun lepas, Disember 2019 saat beramah mesra dengan PKP Covid 19 dan segala macam ujian.

Sempat curi pandang buku bacaan beliau (edo), sekarang tengah baca Percy Jackson. Kadang kadang geologist kena baca fiksyen sebab nak buat write up yang menarik …agaknyalah.


aburazeen
asalkaumembaca

Sunday, July 7, 2024

catatan Sinai 1

 

GUNUNG SINAI: THE REVIEW (1)

 

Jarang sangat untuk ulang naik gunung yang sama. Tidak kecuali untuk bukit latih tubi, pemanas badan atau tiada pilihan lain. Bukan sombong tetapi sekadar untuk menyimpan tenaga. Tenaga bukan makin bertambah, tetapi makin berkurang, jesteru menaiki gunung yang berbeza akan menambahkan pemandangan zahir dan pandangan batin seseorang. Meskipun bumi Tuhan tidak akan pernah akan sama nikmatnya.

Thursday, May 23, 2024

KURSUS KEHAKIMAN SYARIAH DI PUSAT PENGAJIAM KEHAKIMAN KEBANGSAAN NEGARA MESIR


𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐑
Mohd Bukhari bin Jusoff, 24 Mei 2024, 10.15 Pagi

𝑺𝑬𝑷𝑨𝑵𝑮 | YBrs. Tuan Haji Nassir bin Abd Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, pagi ini telah mewakili YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM untuk merasmikan Majlis Pelepasan Delegasi para pegawai Syariah ke Negara Mesir bagi mengikuti Kursus Kehakiman di Pusat Pengajian Kehakiman Kebangsaan Negara Mesir (NCJS) selama 2 minggu bermula 24 Mei 2024 hingga 10 Jun 2024. 

Seramai 23 orang pegawai Syariah akan mengikuti kursus pada kali ini. Turut hadir dalam Majlis pagi ini adalah YAA Dato’ Mohammad Adib bin Hussein, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dan YAA Dato’ Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Pengarah Bahagian Latihan, Puan Mazlina binti Hussain dan Pegawai-pegawai dari Bahagian Latihan, JKSM. 
Program ini merupakan strategi bagi memperkukuhkan hubungan bilateral antara kedua-dua negara (Malaysia dan Mesir) serta sebagai antara usaha bagi pemantapan kompetensi penjawat awam negara khususnya Pegawai Syariah di Malaysia.

Untuk Rekod, pada 3 September, 2023, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  telah mengadakan lawatan rasmi ke Negara Mesir. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah YAA Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM. Dalam sesi lawatan tersebut mereka telah melawat  ke National Centre For Judicial Studies (NCJS) dan telah berkesempatan bertemu dengan Timbalan Menteri Kehakiman Mesir, Tuan Umar Ansari. Antara agenda yang dibincangkan adalah berkaitan hasrat yang tertangguh sebelum ini bagi penganjuran Kursus Jangka Pendek kepada hakim-hakim Syarie dengan kerjasama pihak JKSM yang telah diusahakan sejak tahun 2020 ketika YB Menteri sebagai Ketua Pengarah JKSM.

https://www.facebook.com/share/p/opLPtsZAyXsXc7E2/?mibextid=WC7FNe

Saturday, May 18, 2024

PEGUAM KRIMINAL EXTENDED book review ARC

 ".. jika ingin menuai angin, maka badailah hasilnya..."

Buku: PEGUAM KRIMINAL EXTENDED

Penulis: ARIFF AZAMI HUSSEIN
Penerbit: Ilham Book Publication 2023
Page: 232
1. Kenapa nak jadi loyar? Sebab ia profesyen layak menantu, sebaris dengan doktor dan majistret ...kata Nyonya Mansoor lah. Jadi seronokkah kerja loyar?
2. Jom baca sequel kepada buku yang tajuknya sama, cuma tambah "extended", dan saya yakin ada 1001 kisah menarik untuk dikongsikan.
3. ..dan memang tak salah, kalini masuk sekali kisah jadi peguam syarie:
"Puan Yanie, Mahkamah kena tanya, bila kali terakhir puan 'BERSAMA' dengan suami? ... ..saya berasa sangat canggung ... "😅 [Bab 1: Peguam Yang Soleh: 18]
5. Dalam bab 11 Patah Sayap Terbang Jua, terselit kisah pengajaran berguna untuk semua peguam baru, lama, tersohor mahupun established. Kadang kadang cara Tuhan bagi peringatan dengan benda tak disangka.
6. Elemen paling bernilai dalam buku 1 dan 2 adalah peristiwa, kesan, akibat jenayah dan pengajaran. Dititipkan oleh penulis macam abang abang senior. Boleh baca Bab 29 WRONG TIME WRONG PLACE:
".... sifat ingin tahu, itulah yang menjadi punca sebenar mereka tercampak ke lembah kebinasaan selama lebih 24 purnama itu."
7. Jadi benarlah buku ini membuka mata pembaca untuk memahami bahawa peguam punya disiplin yang mesti diikuti, bukan sekadar sorong beg mengelek robe dan ..layak jadi menantu.
aburazeen
ignorantiajurisnonexcusat

THE GUEST CAT TAKASHI HIRAIDE book review ARC

 

Buku: The Guest Cat
Penulis: Takashi Hiraide
Penerbit: Picador 2014
Penterjemah: Eric Selland
Mukasurat 136
1. Kucing boleh jadikan anda penulis, pemuitis, malah mungkin juga romantis. Pelik bukan? Inilah sentuhan magis Takashi Hiraide menyihir pembaca untuk lekat pada “The Guest Cat”.
2. Kehadiran kucing dalam kehidupan sepasang penulis mampu dicoretkan dalam 136 mukasurat hingga menang award sastera Jepun Kiyama Shohei dan bestseller di Perancis dan Amerika.
3. Sederhana, melankolik dan menenangkan apabila melayan keletah Chibi dalam satu hari lagi di rumah sewa sunyi pinggir Tokyo. Besar kemungkinan ini adalah kehidupan sebenar Hiraide, kucing dan isterinya.
4. Hiraide dilihat amat sensitif dengan persekitaran, menjadikan penulisannya sangat halus dan terperinci, meskipun membaca “The Guest Cat” adalah saduran dalam bahasa Inggeris. Bayangkan kalau diterjemah dalam bahasa kebangsaan.
5. Berbeza dengan tulisan Haruki Murakami yang dilihat lebih eksplisit, berani dan abstrak sebaliknya Hiraide memaparkan kehalusan seni dan keindahan alam sekitar persis lukisan di zaman edo manakala Murakami mewakili genre gore-anime.
6. Buku ini adalah tentang seni kehidupan, perkara kecil yang selalu kita terlepaskan, jalani kehidupan dengan indah meskipun hidup secara minima. Ya terlalu banyak yang kita ambil mudah, tetapi itulah yang melakarkan kehidupan kita tanpa sedar.
7. Setelah Ziggy dalam How To Live Like A Cat: Stephane Garnier, Manira kucing Manikam Kalbu: Faisal Tehrani, dan kini giliran Chibi kucing putih mewarnai waktu senggang anda. Saya bagi 4.5/5.
Abu Razeen
The Neighbours Cat