Saturday, November 28, 2020

AKU, BUKU & KOTA KAHERAH: KEMBARA SANG PENCINTA BUKU

AKU, BUKU & KOTA KAHERAH: KEMBARA SANG PENCINTA BUKU
SYED SHAHRIMAN JAMALULLAYL:
BOOK REVIEW
Tahun 2020
Penerbit: Toko Buku Azbakia Enterprise
Tebal: 242

Pra: PKP dah lebih dari sebulan, sempat juga buat review, janji habis baca terus buat tapi harini baru dapat up. Syukur kehadrat Ilahi yang menzahirkan seribu hikmah, kepada friend fb, membaca jambatan ilmu. Review ini diterbitkan dalam FB pada 18 April 2020, tengah tengah PKP. 

1. Keluar dari forte teologi dan falsafah, Syed Shahriman Jamalulail terjun ke dalam dunia penulisan buku cerita dengan penuh bergaya. Meskipun buku bergenre memoir tidak sesukar menulis novel fiksyen, kerana ia berdasarkan peristiwa yang telah dan benar-benar berlaku pada penulis, tetapi teknik penceritaan yang cemerlang mampu mengalahkan novel tersohor layaknya. Tiada kekesalan untuk membaca.

2. Karektor penulis dibina seawal prolog hingga ke akhir perenggan, jadi anda kena baca sampai habis. Membaca buku ini membuatkan anda boleh merasai degup jantung seorang pelajar kuliah usuluddin dan falsafah di kampus utama Al-Azhar, Kaherah, Mesir, meskipun anda tak merasa pijak tanggaa sekolah agama sekalipun.

3. Kepayahan, keperitan, tekanan wang dan emosi selalunya disalah ertikan sebagai pematah semangat mahasiswa. Apatah lagi hidup di negara orang jauh dari ibu bapa dan saudara. Kemahuan dan semangat tidak mengalah mengisi hampir 80% isi buku ini. Bagi saya inilah mesej paling penting yang cuba digarapkan oleh penulis.

4. Semangat juang yang kental di gambarkan pada detik-detik sukar di rumah sewa dalam bab ‘Air Mata Berderai Lagi’:

“..Letih dan lapar menyelinap seluruh saraf badan. Mataku perlahan-lahan kabur dan berkaca-kaca. Roti ish yang mengeras aku celupkan ke dalam baki syai semalam, lalu kukunyah dengan perlahan-lahan. Hambar dan tawar seperti mengunyah hampas tebu rasanya. Tanpa dipaksa-paksa kunyahan di mulut disulami linangan air mata membasahi pipi..”

Pada masa itu terbayangkan seorang pelajar Malaysia tinggal sendirian di rumah sewa di negara Mesir, disaat saat memerlukan wang, wang telah tiba, tetapi wang tersebut dikorbankan. Kemana dikorbankan wang tersebut?.

5. Buku ini wajar dimiliki oleh mereka yang tertanya-tanya bagaimanakah suasana mereka yang belajar di Mesir, mungkin ada kaitan dengan kenalan, atau saudara kita sendiri, sudah pasti suasana yang diceritakan tak semua kita dengar, dengan buku ini pembaca boleh merasai sendiri, bagaimana berkawan dengan Arab, makanan gaya Arab, pameran buku antarabangsa, serta saat-saat kerinduan menggigit sanubari, jangan nangis tau.

6. Kemudian wajar dimiliki jua oleh graduan Al-Azhar sendiri, meskipun telah melalui pengalaman yang hampir sama, saya percaya belum ada buku cerita senadir ini yang boleh membuat kita tersenyum dan terkenang bumi yang begitu subjektif dan sukar diungkapkan secara akademik. Nah bacalah dan selusurilah jalan yang kita pernah lalui dulu dan mungkin anak cucu kita pula akan lalui satu hari nanti insyaAllah.

7. Dan buat pencinta buku, terutamanya buku ilmiah saya fatwakan sebagai wajib untuk memiliki, mungkin kita pernah baca pasal ulat buku di National Library atau pemburu buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PWTC, tapi debut Syed Shahriman ini sangat ‘langka’ (meminjam istilah penulis). Sifat pencinta buku yang suka bau kertas cetak, tak sayang duit untuk beli buku walau tak makan, suka simpan buku walau tak baca, salah satunya mungkin adalah sifat anda!.

8. Agak memberangsangkan, walau ini merupakan buku pertama penulis, tetapi mampu mengungguli tempat pertama bestsellers Bibliophile sewaktu PKP, perlu diingat PKP ni bukan macam cuti penggal, PKP ni masa terperap kat rumah, jadi dari makan tido bangun ada baiknya kita baca buku, dengan buku catatan perjalanan hidup seseorang, sekurang-kurangnya jiwa kita keluar mengembara walau jasad dalam rumah saja.


9. Sejujurnya saya suka dengan buku bercorak jurnal atau disebut memoir, ia berkenaan sejarah, jurnal tu macam formal sangat pulak. Jadi sungguh tidak adil kalau saya bandingkan hasil karya Syed Shahriman ini dengan Muhammad Asad ‘The Road To Mecca’, tapi apa yang saya suka tentang buku Syed Shahriman yang turut sama wujud dalam ‘The Road To Mecca’ adalah kejujuran dalam penulisan. Asad jujur dalam memberi pandangan tentang raja Saudi, Muhammad bin Abdul Wahab, Shah Iran dan Kamal Atarturk manakala Syed Shahriman jujur memberi pandangan terhadap Syed Qutb, Syekh Ali Jumaah, Anwar Al Jundi dan sahabat segila bukunya si Abdul Rahman al Misri.

http://aburazeen.blogspot.com/.../ulasan-buku-1-road-to...

10 Tidak guna ulas panjang, saya tak akan ‘steal the limelight’ atau mahu spoil mood bakal pembaca. Ini star rating yang ditunggu-tunggu. Saya tidak dapat memberi penarafan bintang buat buku ini sebab saya bukan dari firma Price Waterhouse Coopers pun, cuma saya boleh bagi 4.5 dari 5 bintang dalam kategori isi kandungan buku. Secara objektifnya sebab penulis telah memperkayakan pembaca dari sudut hukum fiqh, boleh tengok dalam bab ‘Fatwa al-Azhar Buatku’, menyingkap rahsia ‘underworld’ buku Arab yang kita tak sangka-sangka dan banyak lagi. Apapun buku ini hebat sehingga saya bimbang karya kedua penulis samada mampu atau tidak untuk mengatasi keistimewaan naskhah sedia ada ini?

*Penulis boleh dihubungi melalui facebook syedshahriman jamalullayl

**Terbitan Toko Buku Azbakia Enterprise Batu Gajah Perak

Abu Razeen
My 2 cent

Sunday, November 1, 2020

CAPAL YANG MENJEJAK LANGIT : ISU DAN PENYELESAIAN MAULID 1442H

Pada tahun 1442H kali ni Maulid disambut dengan perbahasan ilmiah, walau nampak macam pecah belah tapi sebenarnya ia mengangkat martabat ilmu sebenarnya. Isu na'al atau capal Rasul SAW yang diberi gambaran lukisan berbentuk capal dicetak dan dijadikan lambang pada pakaian. Ramai orang dah pakai, tapi tak jadi isu sangat sehinggalah dipromosikan secara besar besaran oleh seorang pendakwah tersohor. Maka Sales Maulid yang dimaksudkan tersebut telah membuka medan perang yang tiada hentinya samada dari kalangan pendekar ikut sahaja, mahupun yang berpangkat asatizah.