Saturday, August 8, 2020

LIKE IT OR NOT LIKE IT 3 MAXIM OF LIKE

 Post Dalam FB ko nak apa sebenarnya?.

Saya didatangi seorang kawan. Dia bilang kasihan tengok post ngko tak ada orang nak like, jadi aku pun like..

Saya dapati dia like setiap yang saya post yang kini, yang dulu dan dulu dulu.

1. Saya cuba ingat balik, sejak bila saya post dan tagihkan like dari kawan-kawan. tak pernah rasa nak berniaga like kat dalam FB, apa yang ditulis adalah sebab saja nak tulis, lain sikit sebab nak educate, atau mungkin ada niat untuk simpan memori bersendirian atau dengan seseorang.

2. Dan bila tak dapat like, itu bukan sebab untuk saya berhenti menulis, sebab like tidak memberi apa apa erti buat saya, dan saya pulak jenis, kalau ada kawan yang menulis dan memberi satu makna kepada saya, atau atas sebab yang munasabah, sebab tu saya like tulisan dia. 

3. Ini tidak bererti semua yang dia tulis semua mesti saya like, yang berkenaan itu sahaja saya like. tahap tertinggi sikit saya komen manakala tulisan tahap 'guru' pulak saya akan share, begitulah kasta dalam aktiviti pembacaan dan penulisan saya. Tidak perlu mengutuk atau perli sebab saya bagi saya teguran haruslah personal, jangan tegur dalam post, atau wall orang lain, itu membunuh karier dan dinamakan dengki, walaupun dengan asal berniat baik.

4. Saya amalkan PM atau DM pada mana-mana tulisan yang saya rasa tidak kena, atau saya kurang bersetuju dengan pendapat mereka. InsyaAllah benda boleh settle. Kalau dia masih kekal dengan pendiriannya, biarkanlah ..ingat bukan tugas kita memberi hidayah!.

5. Saya cakap ni bukanlah saya seorang ja betul dalam adab berFB nih. Tapi setakat ini itulah yang saya rasa. Tak perlu rasa nak pleased orang dengan 'like'. Pleased Allah lagi bagus.

6. Lain pula jika anda memang memerlukan like, share dan apa lagi jenis support yang akan dicipta lepas ni. Orang business amat amat memerlukannya, bahkan ada satu skuad akan dilatih untuk like share dan support geng sendiri. Yang ni memang perlukan like. Contohnya perniagaan online, artis, promosi program dan seumpamanya.

7. Jadi samada nak like atau tidak, bukan urusniaga untuk saya, like jika perlu dan tak perlu like jika hanya sebab kasihan.

8. Amalkan 3 hadis Nabi ini, sebab ini kayu ukur samada kita berada di landasan yang betul atau tidak dalam bersosial di alam virtual media macam ni.

8.1. Sebaik-baik Muslim adalah yang meninggalkan apa yang tidak menjadi urusannya

8.2. Halal itu jelas, Haram itu Jelas, apa yang diantara keduanya adalah perkara Syubhat.

8.3. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka berkatalah yang baik atau diam.


Abu Razeen

Hate me Love me


  

  



UNTAIAN TASBIH Us Nazrul

 UNTAIAN TASBIH 

Credit FB Ustaz Nasrul

Penggunaan untai tasbih adalah merupakan sunnah para Auliya' dan Solihin. Sayyiduna Abu Hurairah radhiyallahu anhu adalah di antara Sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam yang turut menggunakan tasbih sebagai alat untuk berzikir. 


Al-Imam As-Sahili rahimahullah yang  telah menggunakan untai tasbih dalam wirid beliau bagi menjaganya daripada tersalah dalam kiraan wirid dan zikirnya.

Sebahagian Ulama mengatakan bahawa : 

[[ لو أمكننا التسبيح بالجبال لفعلنا ]] 

Maksudnya : Jika mampu bagi kami untuk bertasbih menggunakan bukit atau gunung maka kami akan lakukannya .

(( MENGGANTUNGKAN  TASBIH DI TENGKUK )) 

Al-Imam Abdul Wahhab as-Sya'rani rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya al-Minan al-Kubro bahawa beliau pernah terpijak tasbih lalu terbit perasaan bersalah di dalam benak hatinya sehingga beliau merasakan seakan-akan beliau akan hancur. Disebabkan itu beliau mengatakan bahawa meletakkan dan menggantungkan tasbih di tengkuk itu lebih hampir kepada adab, penjagaan dan penghormatan terhadap alat yang digunakan untuk mengingati Allah taala dan Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Menggantungkan tasbih di tengkuk juga melatih diri agar sentiasa merendah diri dan mengekang nafsu yang sentiasa inginkan ketinggian dan pujian. 

Ini kerana pada tasbih itu ada dua jalan : Jalan Peringatan dan Jalan Kemegahan.

Ada yang menjadikan tasbih sebagai alat untuknya mengingati Allah taala dan Baginda sallallahu alaihi wasallam. 

Ada juga yang menjadikan tasbih sebagai alat untuk mencari kemegahan dan pujian manusia.

Al-Qadhi Iyadh al-Yahsubi rahimahullah telah menyebut di dalam al-Madarik

bahawa sebahagian ulama menyebut setiap kali mereka datang bertemu dengan al-Imam Suhnun al-Maliki rahimahullah maka mereka mendapati ditengkuknya digantung tasbih yang beliau gunakan.

Al-Imam Abu Muhammad Soleh rahimahullah juga dilihat sentiasa mengantungkan tasbih ditengkuknya.

Para Ulama mengqiaskan perbuatan menggantung tasbih ditengkuk setelah menggunakannya adalah seperti seseorang yang menggantungkan pedang di bahu dan tengkuknya setelah berjihad. 

Jika alat jihad melawan musuh zahir seperti pedang dan busur panah digantung di tengkuk dan bahu setelah menggunakannya , maka alat jihad melawan musuh batin yang lebih berbahaya iaitu nafsu syahwat lebih utama untuk digantungkan. 

Maka perbuatan mengantungkan tasbih setelah menggunakannya tidaklah dilarang.

Tasbih tidak sama dengan rantai perhiasan yang digantungkan ditengkuk.

Tasbih alat untuk berzikir, rantai alat perhiasan semata.

Bertanyalah jangan sombong. Belajarlah jangan lagak.

Mohd Nazrul Abd Nasir al-Azhari,

Zawiyah Nasiriyyah .