Tuesday, February 17, 2015

Umur Umat Muhammad 1

Dunia Akhir Zaman dan Kemunculan Imam Mahdi Hampir Tiba.
Roadshow Tn Guru Kiyai Zulkifli M. Ali LC-Dr Indonesia (Mudir Madrasah An Nabawiy, Sumatra Barat) 17/2/2015 Selasa Malam 7.30 malam Masjid Sri Dayong, Sri Medan Batu Pahat Johor.

Pra: Hati bagai ditarik tarik untuk hadir mendengar mutiara ilmu, meskipun di daerah asing se-hulu Sri Medan, Batu Pahat. Lalu Allah susurkan perjalanan ilmu ini dengan kenderaan dan expertise- shortcut-jalan-kampung sehandal Cikgu Mohd Nuh dan kuda Exoranya. Meskipun lebuhraya seawal Skudai ke Yong Peng Utara bak kelajuan himar layaknya (balik kampong raya cina), tetapi Allah sampaikan jua. Kuliah dimulakan pada jam 8.02 minit dan Alhamdulillah punggung ini dilabuhkan dalam Masjid pada jam 8.20 minit. Lewat 18 minit. Apapun Alhamdulillah, mana yang dapat itu yang dapat disajikan, demi menyampaikan …walau satu ayat yang disabdakan oleh Rasul SAW.
1. Pada zaman sebelum datangnya hari qiamat akan berlaku keadaan aman sehingga serigala yang paling buas sekalipun tidak akan makan domba biri biri, begitu amannya dunia. Seorang wanita berjalan kaki seorang diri dari kediaman menuju ke Makkah tanpa pengawal seorang diri, dia pulang dalam keadaan aman, kerana kondisi manusia, satu lelaki 50 wanita, kemana perginya lelaki. banyak lelaki akan meninggal dunia.
2. Nabi mengatakan jangkamasa sejak baginda diutuskan sampai umat Islam ini akan berakhir, adalah antara 1400 tahun sampai 1500 tahun hitungan hijriah, dan ini tidak akan sampai kesitu. Kita berada dalam tahun 1436H. Hitungannya hijriah. Antara 1400 ke 1500. Dalilnya Nabi bersabda “Umur umat ku adalah umur umat Yahudi dikurangi dengan umur umat nasrani”.     
3. Antara Nabi Musa dengan nabi Isa ada 2000 tahun ini menurut sejarah, antara Nabi Isa dengan Nabi Muhammad itu ada 600 tahun. Sementara zaman Nabi Musa ke Nabi Isa itu disebut agama Yahudi dan zaman dari Nabi Isa ke Nabi Muhammad disebut agama Nasrani.
4 Ertinya 1400 tahun sahaja, yang dimaksudkan dengan nabi adalah hitungan Hijriah bukan Miladiah, beza antara Miladiah dan Hijriah, Miladiah ada 10 hari lebih dari Hijriah, ertinya 1400 di kali 10 hari dari setiap tahun hijriah. maknanya 14000 hari maknanya 360 dibahagi menjadi 38 tahun. 1400 kita tambahkan 38, 1438 sekarang 1436H, ini tidak beza banyak, boleh jadi lebih sikit. Begitu juga 600 tahun mungkin ada kurang sedikit. Ini umur umat nabi Muhammad SAW, lalu sekarang kita masih rasa aman?.
5. Ada sebuah lagi Hadis umur umatku menurut Allah adalah satu hari lalu Allah menambahkan setengah hari lagi, supaya umatku tidak menjadi lemah kerana Allah menambahkan umur umatku setengah hari lagi. Satu hari menurut Allah adalah sebanyak 1000 tahun sepertimana dalam surah Sajdah ayat 5:

 
 
 
 
 
 
6. Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu hari kadarnya (masa yang dirasai oleh orang-orang yang bersalah) seribu tahun (banyak bilangan tahunnya) menurut hitungan masa kamu yang biasa.
 
7. Satu hari menurut Allah kalian menghitungnya 1000 tahun, lalu Allah tambahkan setengah hari lagi iaitu 1500. Menurut para ulama’ umur umat Islam tidak akan samapai 1500 hijriah. Ada diantara kelompok yang berani menerangkan dengan angka menerangkan 1 2 3:
1. Menurut Sheikh Ibnu Hajar Asqalani dalam umur umat Islam 1477
2. Imam Nawawi umur mensyarahkan Sahih Muslim 1476
3. Imam Ibnu Rejab al-Hanbali 1400 tak sampai 1500
Saya belum ketemukan ulama’ terkini yang berani membuat penetapan selain daripada penemuan mereka dahulu.
 
9. 1436H 41 tahun kita di hadapan, kita hanya tersedia 41 tahun ke depan. Ini hitungan hijriah, bererti setelah nabi Hijrah, hitungan setelah nabi Hijrah, padahal dihitung sejak nabi diutus menjadi Rasul, ditolak 13, berapa tersisa, 28 tahun lagi dimana seluruh umat islam di muka bumi akan meninggal dunia serentak. Itupun hanya 7, 8 atau 9 tahun sahaja. Ada 19 tahun lagi Yakjuj Makjuj akan keluar, banyaknya kejadian sebelum ini manusia meninggal di muka bumi ini.
 
10. Urusan kita bukan percaya atau tidak percaya, yang penting tahu dulu, yang yaqin silakan, tidak salah, seperti para sahabat meyakini qiamat sudah hampir dengan mereka, Rasul tidak menyalahkan Sahabat. Jestru kita lebih dekat dengan qiamat daripada para Sahabat, jadi tidak salah kalau kita percaya kalau kita meyakini kiamat sangat dekat.
11. Yang haram yang menentukan adalah bila terjadinya kiamat, yang kita bincangkan ini berakhirnya umur umat Islam, bukan tentang bilanya tarikh kiamat. Nabi sendiri tidak tahu tapi tanda-tandanya Nabi sudah beritahu, wajib kita pelajari, supaya iman kita sangat kuat, dan akan bertambah hebatnya ibadah, sedeqah, berbuat baiknya kita … kerana sesudah ketahui hakikat ini maka untuk apa kita berbuat jahat setelah kita ketahui bumi ini akan berakhir.
Sambungan….. Umur Umat Muhammad 2

Post: Catatan ini adalah transcript tidak lengkap dari Fadhilatul Kyai yang menyampaikan dalam Bahasa beliau, sebarang salah faham diminta kembali merujuk kepada syarahan kyai yang telah banyak diupload dalam youtube. Boleh taip Kiyai Zulkifli MA atau seumpamanya. Buku beliau telah habis dijual sebelum sempat lokasi ke tiga dalam siri Roadshow ke Batu Pahat. Sehingga blog ini ditulis kyai masih belum memulakan kuliahnya di Johor Bahru. Sesiapa ingin maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Jamil Sri Medan. Untuk dapat nombor kontak Ustaz Jamil sila emel kepada saya di aburazeen@gmail.com. Kesalahan pemahaman pembaca blog ini sekiranya berlaku adalah berpunca dari tulisan admin sendiri dan bukan dari kalam kyai. Wallahua'lam.

Wednesday, February 4, 2015

PERIHAL RASUL BERIBADAT TENGAH MALAM


 
 
Pre: Rabu malam Khamis pengajian kitab “Raudhatul Anwar Fi Shamail Nabiyul Mukhtar” karangan Sheikh Ibrahim Masran AlBanjari Hafizahullah. Himpunan sebanyak 241 Hadis terpilih dari Kitab Syamail Muhammadiah karangan Imam Tarmizi Rahimahullah. Syeikh titipkan untuk anak muridnya dalam bentuk buku comel di daurahkan setiap minggu di Pondok Ledang. Semoga kita berazam untuk mengikuti Sunnah baginda Rasul SAW dengan cara mengaji dan berguru secara talaqqi di setiap masa dan kesempatan InsyaAllah. Doakan saya. Harini hadis ke 43 m.s 57-58:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ‏:‏ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، قَالَ‏:‏ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الأَسْوَدِ بْنِ يَزِيدَ، قَالَ‏:‏ سَأَلْتُ عَائِشَةَ، عَنْ صَلاةِ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِاللَّيْلِ‏؟‏ فَقَالَتْ‏:‏ كَانَ يَنَامُ أَوَّلَ اللَّيْلِ ثُمَّ يَقُومُ، فَإِذَا كَانَ مِنَ السَّحَرِ أَوْتَرَ، ثُمَّ أَتَى فِرَاشَهُ، فَإِذَا كَانَ لَهُ حَاجَةٌ أَلَمَّ بِأَهْلِهِ، فَإِذَا سَمِعَ الأَذَانَ وَثَبَ، فَإِنْ كَانَ جُنُبًا أَفَاضَ عَلَيْهِ مِنَ الْمَاءِ، وَإِلا تَوَضَّأَ وَخَرَجَ إِلَى الصَّلاةِ‏.

1. Daripada Aswad bin bin Yazid R.A, aku bertanya kepada Aisyah R.A tentang solat malam Rasul SAW, Aisyah menjawab; Rasul SAW tidur awal malam, dan baginda menghidupkan (beribadat) di akhir malamnya. Apabila mendekati waktu sahur, Baginda mendirikan solat witir. Sesudah itu, beliau kembali ke tempat tidur. Sekiranya Rasul SAW berhajat ke atas isteri Baginda, baginda akan melakukan hajatnya. Ketika mendengar seruan azan. Baginda bergegas bangun (untuk solat). Jika baginda bangun dalam keadaan berjunub, baginda akan mandi terlebih dahulu. Jika tidak, cukup sekadar mengambil wudhu’ lalu keluar (ke Mesjid) ke tempat solat.  

2. Syekhuna Ibrahim semoga Allah merahmatinya menyatakan, Hadis ini yang menerangkan tentang ibadat Rasul SAW pada waktu malam. Rasul membahagikan malamnya kepada ibadat dan berehat. Ada satu bahagian malam dikhususkan untuk beribadat kepada Allah.
3. Berbanding dengan kita, sepanjang malam tidur, siang tidur, dalam kuliah pun tidur lagi. Kita ini banyak tidur. Rasul beribadat pada waktu pagi sehingga menjelang subuh adakalanya menggerakkan isterinya untuk beribadat sekali. Begitulah juga yang sepatutnya kita buat.
4. Untuk isteri yang menggerakkan suaminya untuk beribadat di tengah malam, akan dapat pahala atas usahanya. Sekalipun kena merenjis air ke muka suami, tapi jangan jirus air ke mukanya, takut nanti dapat cerai pula.
5. Saidatina Aisyah R.A tidak berasa malu meriwayatkan Hadis tentang Rasul SAW kerana ilmu. Apabila ditanyakan oleh para sahabat perihal Rasul sewaktu berada di rumah.
6. Rasul apabila mendengar azan terus bangun untuk pergi Solat, kalau kita lagi tarik selimut.
7. Sunat mengambil wudhu’ dirumah sebelum pergi Masjid. Kalau nak pakai air masjid untuk berwudhu’ jangan buka air kuat-kuat. Kecilkan jumlah air yang digunakan untuk wudhu supaya tidak berlaku pembaziran.
8. Sesudah bersama dengan isteri kenalah mandi wajib terlebih dahulu di rumah, jangan pergi mandi di Masjid pula.
Post: Sampaikan dariku walau satu ayat. Jadikanlah usahaku ini dan mereka yang mem’viral’kan kalam Rasul sebagai asabab mendapat Syafaat di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin. ..udah pagi yeop!