Wednesday, January 21, 2015

Bulughul Maram: Sheikh Husni Ginting: Pondok Ledang


Bulughul Maram kitab malam ni dan malam besok
Post: 21/01/2014 Pondok Ledang BBU JB
Sheikh Husni Ginting al-Lankati
Kitab Bulughul Maram oleh
Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi Al-Azhari Al-Malayui
Percetakan al-Anuarul Muhammadiyah. Cairo
m.s 93 - 97
sebarkan kebaikan walau dengan share button fb pondok ledang
Bab Syarat Solaah:

1. Dari Jaabir r.a Nabi SAW telah bersabda baginya. Apabila adalah kain itu luas maka berselimutlah dengan dia, ya’ni didalam sembahyang. Dan bagi Muslim: Maka selang selikan antara dua hujungnya, dan jika ada kain itu sempit maka bercuking (jadikan kain) dengan dia. Bersetuju atasnya riwayat Bukhari dan Muslim. Dan bagi Bukhari dan Muslim daripada Hadis Abu Hurairah r.a tiada boleh sembahyang seseorang daripada kamu pada kain yang satu, yang tiada atas bahunya daripada sesuatu.
Bulughul Maram ms 93 Syarat Solah, beserta dhabit al-faqeer abu razeen
2. Hadis ini adalah mengenai cara berpakaian menutup aurat semasa dan diluar solat, wajib atas kita menutup aurat samada lelaki atau perempuan.

3. Pada zaman Rasul SAW, ada sahabat yang susah dan hanya mempunyai pakaian berbentuk sehelai kain sahaja. Di dalam Sahih Bukhari ada disebut tentang ada seorang wanita datang kepada Rasul lalu berkata, “jadikan aku isterimu” Saidina Anas ceritakan kepada anaknya. Lalu anaknya berkata: “Orang ini tidak tahu malu”.Anas memarahi anaknya, lalu berkata: orang ini lebih bagus dari kamu”.

4. Semasa Rasul melihat wanita tersebut, (dibenarkan untuk melihat bagi tujuan meminang) lalu berkata seorang sahabat, “jika kamu tidak mahu, berikan kepadaku”. Lalu Rasul bertanya: “Apakah yang kamu ada?”, Sahabat itu menjawab: “Aku ada kain”. Rasul bertanya kepada Sahabat tersebut: “Jika kamu memberi kain tersebut kepada wanita ini, apa yang kamu ada?”.

5. Peristiwa ini menunjukkan kehidupan para sahabat yang serba kekurangan. Ada yang hanya mempunyai sehelai pakaian Malah ada yang solat dengan sehelai kain sepertimana dalam hadis diatas.
Sheikh Husni Ginting al-Lankati al-Azhari, Musnid Asia Tenggara. Daurah di Pondok Ledang sebulan sekali talaqqi kitab Bulughul Maram 2 malam berturut-turut.
6. Oleh sebab itu,  dalam satu riwayat dari Abu Hurairah r.a., Rasul SAW. bersabda: "Sebaik-baiknya saf bagi kaum lelaki ialah saf pertama-nya, sedang seburuk-buruknya saf bagi mereka ialah saf yang penghabisan. Adapun sebaik-baiknya saf bagi kaum wanita ialah saf penghabisan, sedang seburuk-buruknya saf bagi mereka ialah saf pertamanya."  [Muslim] Yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah perempuan yang berada di saf depan berkemungkinan akan berada berhampiran dengan sof lelaki paling belakang. Maka pada zaman Rasul, perempuan yang solat di Masjid, bangun dari sujud disengajakan lambat supaya tidak terlihat aurat lelaki yang berpakaian cukup-cukup sahaja.

7. Sheikh Ali Jum’ah berkata ciri-ciri pakaian menutup aurat adalah, kain dari jenis yang tidak menampakkan warna kulit, contohnya kain kebaya yang dipakai kebanyak perempuan. Kadang-kadang sempit dan nipisnya pakaian sehingga menampakkan warna kulit. Itu haram. Kemudian pakaian tersebut hendaklah tidak sempit sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.
8. Ada orang pernah berkata, kalau lelaki berpakaian sempit muat-muat badan kita melihat tak rasa apa-apa pun. Ya memang kita melihat tidak apa-apa, bagaimana pula dengan perempuan yang melihat lelaki yang pakai pakaian muat-muat sahaja, mungkinkah mereka juga akan naik nafsu. Seperti kita melihat perempuan berpakaian begitu.

9. Sheikh juga mengingatkan supaya menjaga aurat terutama di bahagian lutut, yang dimaksudkan adalah lutut bukan atas lutut. kadang-kadang semasa kita solat memakai kain atau kain ihram, sewaktu sujud kebarangkalian untuk nampak pangkal lutut adalah luas. Oleh itu dikepit sedikit supaya auratnya dibahagian belakang lutut tidak terbuka.

جرهد بن خويلد الاسلمي الهجيمي أبو عبد الرحمن قال له النبي صلى الله عليه وسلم غطى فخذك فإنها عورة

10. Daripada Abu Abdul Rahman berkata, Rasul SAW bersabda: “tutuplah lututmu, sesungguhnya ia adalah aurat”. Oleh itu kepada kawan yang mahu pergi stadium tengok bola, hati hati jangan sampai melihat aurat orang, kalau boleh dinasihatkan pemain bola agar pakai seluar menutup sehingga bawah lutut. Kerana melihat aurat orang lain adalah Haram.
11. Jika merujuk kepada Fiqhus Sunnah, penulis dikatakan banyak mengambil pendapat Mazhab yang tidak terpilih atau kurang kuat dijadikan sebagai isi kandungan kitab, dalam kitab tersebut ada disebut aurat lelaki bermula pada pangkal paha. Ini pendapat yang tidak kuat dan akan menjadikan orang lain keliru.

12. Sheikh juga menegur orang yang pergi ke Masjid dengan pakaian yang indah-indah, tetapi semasa solat di rumah pakaiannya ala kadar sahaja. Ada yang pakai kain sahaja, baju tidak dipakai, itu salah. Sama juga keadaan Solat semasa berpakaian ihram, sepatutnya kain ihram digunakan untuk menutupi bahu dan bahagian atas badan, bukan solat dalam keadaan idtiba’, (membuka bahu sebelah kiri). Malah ada juga yang solat dengan menyangkut kain ihram dileher, itu juga salah.
يا بني آدم خذوا زينتكم عند كل مسجد وكلوا واشربوا ولا تسرفوا إنه لا يحب المسرفين}(الأعراف:31)

13. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas [Al-A’raf:31]

14. Oleh itu Sheikh berpesan untuk solat, kenalah berpakaian cantik-cantik pakai jubbah pakai serban, pakaian yang bagus dan bersih, kasihan kain serban berbelas helai dalam almari menangis ia sebab tidak dipakai. Apapun terima kasih untuk ummu razeen atas meminjamkan kitab yang barakah ini, lenkali pinjam lagi. sebagai kredit pahala di akhirat kelak.

Post: “Sampaikan dariku walaupun satu ayat” Alhamdulillah, ini hasil malam ni, malam besok ada lagi, sesiapa yang berkesempatan datanglah ke Pondok Ledang, atas tu baru satu Hadis, banyak lagi hadis yang telah disyarahkan oleh Sheikh Husni, kalau tak sempat juga niatkanlah akan datang pada hari lain. Apabila kita berazam maka bertawakkallah. Malam ni banyak santri baru, tak kenai pon.;) Ya Allah sampaikanlah aku ke majlis ilmu sebegini malam besok dan besoknya lagi. Dan sekiranya aku tidak mati shahid di medan jihad, matikanlah aku di jalan menuntut ilmu.
 
bonus: rakaman bulan lepas punya daurah 
bonus 2: ikatan serban dari jalan Abu Musa Al-Ashaari. Sanad melalui Sheikh Husni. Bolehla pakai serban pi surau ka mengaji ka supaya kain serban tak menangis dalam almari.

Tuesday, January 13, 2015

SENJATA UNTUK BUNUH DAJJAL @ DAJAL

Pra: Pukul 11.09 malam dapat soalan Nak Tanya pedang Rasulullah yang akan digunakan oleh Nabi Isa menentang dajjal diakhir zaman nanti البطار  atau البتار ?
 

1. Hu Hu! Semangat betul si penanya. Waktu nak tarik selimut ditanyanya… heheh, saya boleh bagi jawapan tapi pagi besok je saya wazabkan sebab kalau malam malam cenggini saya wazabkan nanti pakwe/makwe jeling pulak kan susah… sebelum pergi ke laut saya bagi jawapan direct dahulu, ejaan yang betul adalah .البتار
2. Ok! Lihat kepada Hadis Sahih. Merujuk kepada SahihMuslim. Dari Abdullah bin Amr, ia berkata bahwa Rasul SAW bersabda: “Lalu Allah mengutus Isa bin Maryam seperti Urwah bin Mas’ud, ia mencari Dajjal dan membunuhnya. Setelah itu selama tujuh tahun, manusia tinggal dan tidak ada permusuhan di antara dua orang pun. Kemudian Allah mengirim angin sejuk dari arah Syam lalu tidak tersisa seorang yang dihatinya ada kebaikan atau keimanan seberat biji sawi pun yang tersisa kecuali mencabut nyawanya” [Muslim] Dan
 
3. Dari Aisyah, Rasul SAW bersabda: “Jika Dajjal telah keluar dan saya masih hidup maka saya akan membela (menjaga) kalian, namun Dajjal keluar sesudahku. Sesungguhnya Rabb kalian tidaklah buta sebelah (bermata satu) dan Dajjal akan keluar di Yahudi Ashbahan hingga ia datang ke Madinah dan turun di tepinya yang mana Madinah pada waktu itu memiliki tujuh pintu. Pada setiap pintu terdapat malaikat yang menjaga, lalu akan keluar (menuju) kepada Dajjal sejelek-jelek penduduk madinah darinya hingga ke Syam tepat di kota palestina di pintu Lud.” Sesekali Abu Daud berkata, “Hingga Dajjal datang (tiba) di Palestina di pintu Lud, lalu Isa ‘alaihis salam turun dan membunuhnya, kemudian Isa ‘alaihis salam tinggal di bumi selama empat puluh tahun dan menjadi imam yang adil dan hakim yang adil.” [Ahmad]
4. Begitu juga dengan hadis lain yang maknanya lebih kurang sama cuma berlainan lafaz seperti dari An Nawwas bin Sam’an dari Muslim, Abu Umamah Al-Bahili dari Ibnu Majah. Namun dari beberapa hadis yang jelas diatas tiada yang menerangkan jenis senjata yang digunakan oleh Nabi Isa A.S.
 

5. Apapun merujuk kepada buku Nihaayat Al-Aalam (Berakhirnya Dunia Ini) oleh Syeikh Dr. Muhammad al’Arefee ms 313 menyatakan “Isa A.S akan menangkapnya dan menikamnya dengan lembing yang berada di tangan baginda; baginda akan menunjukkan kesan darah pada lembing”

Buku ini sering menjadi rujukan para asatizah, sedang dalam diskusi bulanan oleh Al-Fadhil Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman a.k.a Abu Anas Al-Madani. Mudir Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. di Masjid Tun Abdul Aziz Petaling Jaya. Begitu juga asatizah lain semasa Diskusi Peristiwa Akhir Zaman di Dewan Jabatan Pendidikan Johor 2014.


6. Saya juga telah merujuk kitab Fathul Bari Sharhi Sahih Bukhari oleh Ibnu Hajar Al-Askalani dalam Kitabul Fitan dari Hadis 7122 (bab mengenai dajjal) hingga 7134 (bab Dajjal tidak masuk Madinah) [Percetakan Darussalam Riyadh 2000 Jilid 13 ms 112 hingga 132]. Sayangnya mungkin kelemahan saya, saya gagal menjumpai apakah jenis senjata yang digunakan. Tentang Nabi Isa bunuh Dajjal memang ada dalam syarah Hadis Bukhari tetapi tiada dalam riwayat Sahih Bukhari yang zahir lafaznya menyebut peristiwa pembunuhan Dajjal laknatullah.
 

 Pedang   
 
7. Al Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai ‘Pedangnya para nabi’, dan di dalam pedang ini terdapat tulisan Arab seperti berikut:‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’.
8. Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala dari Goliath, orang yang memiliki pedang ini pada awalnya. Di pedang ini juga terdapat tulisan yang diidentifikasi sebagai tulisan Nabataean.
9. Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk bilah dengan panjang 101 cm. Dikhabarkan bahawa ini adalah pedang yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk mengalahkan Dajjal. Sayangnya dalam carian saya tiada pula dinyatakan dari sumber manakah ambilan yang mengatakan Al-Battar akan digunakan untuk membunuh Dajjal. Saya tawakufkan dulu pendapat tentang al-Battar sehingga saya didatangkan dengan dalil tentang perkara tersebut. Gambar diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi (Cairo: Hijr, 1312/1992).
Tombak
10. Saya telah melakukan carian terhadap hadis Muslim 2987, dengan melihat kepada text Arab seperti dibawah

فَبَيْنَمَا هُمْ يُعِدُّونَ لِلْقِتَالِ يُسَوُّونَ الصُّفُوفَ إِذْ أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ فَأَمَّهُمْ فَإِذَا رَآهُ عَدُوُّ اللَّهِ ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ فَلَوْ تَرَكَهُ لاَنْذَابَ حَتَّى يَهْلِكَ وَلَكِنْ يَقْتُلُهُ اللَّهُ بِيَدِهِ فَيُرِيهِمْ دَمَهُ فِي حَرْبَتِهِ ‏"‏ ‏

“…Ketika mereka sedang bersiap-siap untuk perang dan merapatkan barisan, tiba-tiba adzan dikumandangkan, lalu Isa putra Maryam turun. Saat Dajjal melihatnya, maka dia meleleh seperti garam di dalam air, seandainya dibiarkan niscaya dia pasti binasa, akan tetapi Allah membunuhnya lewat tangan Isa. Lalu Isa memperlihatkan darah DI PEDANG-NYA kepada mereka.” [Muslim 2897, Kitab Al-Fitan, di sebagian kitab tercatat tombak]
11. Ini adalah keratan dari sebuah hadis yang panjang riwayat oleh Abu Hurairah. Boleh rujuk ke laman web http://sunnah.com/muslim/54 . Apa yang ingin saya fokuskan adalah kalimah فِي حَرْبَتِهِ jika dirujuk kepada Kamus Mu’jam Al-Arabi Asasi memberi maksud : Satu alat yang pendek daripada besi, ditajamkan pada hujungnya digunakan dalam perang. (m.s 303)

12. Manakala jika dirujuk kepada Kamus Marbawi  حَرْبَتِه bermaksud: lembing, tombak, penikam didalam peperangan (m.s 126):


 Post: Oleh yang demikian saya berpendapat ia adalah sebilah lembing yang membunuh Dajjal, apapun saya berlapang dada, waimma pedang al-Battar atau lembing, ia adalah kuasa Allah, intipati yang lebih penting adalah bagaimana kita nak berhadapan dengan fitnah akhir zaman, hafallah 10 ayat Surah Al-Kahfi yang terawal dan yang 10 terakhir, semoga kita dilindungi dari fitnah dajjal. Wallahuaklam