Saturday, November 23, 2013

Mega Book Fair November Danga City Mall 2013

1. Satu tabiat yang sukar dikikis meskipun dah hujung bulan adalah …membeli buku. Sukar sekali untuk mengelakkan Book Fair, yang sebetulnya jangan tahu langsung. Baiklah berita baik untuk penduduk JB Popular Mega Book Fair @ Danga City Mall buat kesekian kalinya bermula 21/11/2013 hingga 1/12/2013.
2. Meskipun syarikat ini nampak 50% lebih kepada bahan bacaan bahasa cina namun, tawaran yang diberikan untuk buku English sangat sangat berdaya saing berbanding book store yang seumpamanya. Melainkan anda berada di Lembah Klang, sememangnya KL Book Fair lebih menawarkan harga lebih berpatutan. Cuma yang tak tahannya kat KL nak beli buku semasa peak time seolah olah kita berebut rebut nak cium hajarul aswad …boleh ke? Sangat sangat tidak sesuai untuk membawa budak apatah lagi budak dalam strolly.

3. BADAN selaku lead Malay bookstore di JB juga ada menganjurkan jualan. Tapi masih dalam liga tersendiri, terus terang saya lebih suka panjat tingkat 3 Angsana untuk beli buku di BADAN dari pergi tempat lain sekiranya dianjurkan bookfair yang sama disekitarnya.

4. Yang tak tahan kali ini adalah harganya, namun harus diingat duit hujung tahun ni kena banyak belanja untuk anak anak nak sekolah, jadi pembelian dibuat atas tawaran yang paling patut, walau dihati terkilan tak dapat beli buku lain juga dalam harga tawaran.

5. Untuk kali ini buku World Atlas yang sepatutnya berharga RM65.70 telah diturunkan ke RM19.90 jimat RM45.80. Buku yang padat dengan info taburan penduduk, geografi, industries lebih dari 50 negara di dunia. Bagus untuk anak-anak. Rasyid Redho menjadikan ini buku pertama yang dibeleknya dengan tidak henti henti mengucapkan terima kasih… macam beli kat dia.
6. The Upside Of Irrationality, The unexpected benefits of defying logic at work and at home, oleh Dan Ariely, bakal mengubah pemikiran dan pandangan kita terhadap apa yang berlaku seharian, dari routine pekerjaan kepada sesuatu yang lebih menarik dan tidak membosankan, malah menjadikan kerja di pejabat dan rumah lebih ceria dan berfaedah. Dari RM112.00 offer RM8.90 (ye ke nie?) jimat 103.10. Yang ni Edo tak baca pulak.

7. The 10 Laws Of Career Reinvention, Essential Survival skills for any economy by Pamela Mitchell. Buku ni mengajar kita bersedia untuk embarking new world of career, tapi bukan maksud nak suruh anda berenti kerja sekarang dan cari kerja baru, Cuma apapun rancangan pada masa depan mesti ada plan dan stategy. Dari 79.60 la nie dah jatuh RM6.90. Jimat 73.00.

8. Dan last not least (untuk tahun 2013) Speeches that changed the World. Mencuri rahsia pemidato dunia, kalam kalam yang mengubah minda, lidah yang mengubah paradigma, menariknya buku ini telah menyenaraikan Nabi Musa Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW sebagai senarai tiga tokoh pengucapan yang mengubah dunia dalam buku ini. Memberi suatu pengiktirafan. Selain dari melihat tokoh tokoh lain.

9. Tokoh lain yang perlu anda kenal, seperti Jawarhalal Nehru, Malcolm X seorang dua Islam yang tersenarai selain pemimpin Amerika, Perancis Jerman dan sebagainya. Jika tuan puan mahu anak anak jadi pemidato, ada baiknya kita belajar dari yang berpengalaman.. hanya kerana mulut Adolf Hitler yang berhantu, beliau telah merobah peta Eropah dan mengakibatkan Eropah bermandi darah. He heh, emosi sket. Harga Asal RM58.95 Great Offers RM15.00 potong 43.95.

10. Mungkin ada yang terdetik buku-buku yang dijual murah ini hanya untuk mengosongkan stor setelah buku tak laku dijual. Bagi saya…. Tidak memandang begitu. Masyarakat kita memandang rendah buku yang murah tapi sebenarnya ia masih berkualiti, sedangkan bangsa-bangsa lain sibuk, mengambil kesempatan dari tawaran yang diberikan dengan mengisi bonet kereta. Bagi mereka buku dan isinya adalah harta dunia. Gerbang ilmu pengetahuan, meskipun belum tentu dibaca tetapi sekurang-kurangnya duit dibelanjakan kepada yang berfaedah.
11. Kesimpulannya dari jumlah asal harga buku kesemuanya RM316.55 dapat di crampkan kepada RM50.70 sahaja. Mungkin ini langkah kanan saya pada hari Sabtu, tak tahulah sekiranya hari lain tak dapatpula rega macam ni jangan marah saya. Apapun selamat membeli …tipah kata nak pergi jugak next time bebeh!. 

P/S: pagi tadi pergi x-ray rasyid redo yang kepala terhentak windscreen myvi, Alhamdulillah masih waras. Tiada sebarang clot atau crack dalam kepala, apapun kejadian basikal langgar myvi bukan myvi langgar basikal akan membantutkan impian berbasikal keliling taman buat cuti sekolah kali ni. Beli burger jalan kakilah kau redo, baca buku kat rumah lagi baik. Huhu!

amaran kepada redo "sekiranya kau tak baca buku, otak akan kecut macam kat atas ni hahhh!"

Wednesday, November 13, 2013

Mai Makan Buboq Asyura! Bolehke puasa hari Jumaat?


1. Hasil dari pemerhatian pakcik, kebanyakan umat Melayu sebenarnya sangat suka melakukan ibadat. Terutamanya ibadat yang melibatkan sedeqah makanan. Contoh macam Kenduri tahlil, yasin, doa selamat, kenduri nak pi haji, balik haji, akikah,  hatta pak arab pun kalah tiba bab kenduri nih. Paling best apabila tiba bulan Muharram adalah makan bubur ashura.  ..(sebab tu pakcik susah nak hilang gendotnya!)


2. Khusus kepada bubur asyura, sebahagian besar kalau ditanya berdalilkan sempena mendaratnya bahtera nabi Nuh, Itulah yang diketahui dan sememangnya ada asas sekiranya kita merujuk kepada kitab jawi kuning seperti “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

3. Setakat ini itulah saja, rujukan yang dijumpai, mungkin ada dalam lain-lain kitab pakcik maslh belum jumpa. Pendirian pakcik selagi mana belum ada sumber yang sahih lagi rajih maka ia terhenti setakat dalil pengharusan sahaja, mungkin boleh disandarkan hikmah menjamu keluarga kepada hadis “Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”. Itupun hadis tersebut berstatus lemah. Boleh rujuk ke http://abuumair.com/2009/12/26/asal-usul-bubur-asyura/ . Lagi baik sekiranya kita bersandarkan kepada Hadis yang Sahih seperti: Dari Abu Zar ra, katanya: “Rasul  SAW bersabda: “Hai Abu Zar, jikalau engkau memasak kuah, maka perbanyaklah airnya dan saling berjanjilah dengan tetangga-tetanggamu – untuk saling beri-memberikan”.” (HR Muslim)

4. Bagi pakcik, untuk kita meraikan sesuatu yang dipanggil perayaan bersumberkan agama, lebih baik dirujuk kepada pakar agama, macamlah kita nak repair kereta lebih baik pergi ke pomen kereta  jangan pergi kat pomen basikal pula. Nanti tak bergeraklah kereta kita.

5. Jangan kita jadi macam golongan ini, yang merayakan 10 Muharram mengikut persepsi agama tafsiran sendiri, namun lebih malang lagi, ada juga umat Melayu yang terikut-ikut. Gambar penuh sila pergi http://blogserius.blogspot.com/2011/12/serius-sekitarsambutan-hari-asura-di.html
 
6. Ada beberapa artikel bagus untuk kita baca, Terafdholnya bergurulah dengan ustaz di pondok surau masjid… mungkin anda boleh tanya dengan para asatizah tentang kebenaran bubur ashura dikaitkan dengan kisah nabi nuh…dari mana datangnya? Apapun bubur ashura kalau sesapa bagi ambil dan makan. Baca bismillah. Tak ambil hangpa rugi woo!

7. Pakcik juga agak berhati-hati juga dengan amalan turun temurun  yang disandarkan atas nama agama, kalau boleh biarlah ada sandaran pengambilannya yang jelas dan sahih, agar ibadat kita dinilai disisi hukum syarak. Dalam kita dok anti syiah tapi kelakuan kita amalan kita sama macam penganut syiah .. sila rujuk http://apanamadotcom.wordpress.com/2012/11/24/awas-jangan-mengikut-jejak-amalan-syiah-ketika-menyambut-hari-asyura-10-muharram/ jangan tak tau.

8. Satu lagi isu berkait dengan asyura juga adalah berkenaan puasa sunat, ada sahabat pakcik tanya ..bolehke puasa hari Jumaat (hari Khamis adalah 10 Muharrram) kerana nak cukupkan dua hari, sebab dia lupa nak puasa tasua (9 Muharram). Jawapan ringkas pakcik: Boleh!. Berdasarkan pertanyaan ini sebenarnya ada 3 keadaan berdasarkan kiraan hari.

a. Puasa pada 9 dan 10 Muharrram
b. Puasa pada 10 Muharram
c. Puasa pada 10 dan 11 Muharram
d. Tak puasa langsung.

9. Paaaling Afdhal adalah  puasa pada 9 dan 10 Muharram berdasarkan dalil berikut:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim) 

10 Kemudian boleh juga puasa 10 Muharram on single day berdasarkan dalil A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

11. Secara tidak langsung hadis diatas menerangkan keharusan untuk beramal dengan situasai (b) dan (d). Manakala untuk puasa kategori (c) sungguhpun tiada dalil namun untuk membezakan puasa orang Yahudi pada 10 Muharram semata-mata maka hadis dalil untuk puasa (a) boleh digunakan. Namun beramal dengan hadis sohih adalah lebih utama. So ambillah puasa tasu' dan 'ashura untuk menghilangkan was-was.

p/s beramallah tanpa was was.