1. Bertuah sangatla orang putrajaya, rugi kalau tak pergi, tapi pakcik meting sampai 23 ajer. lokasi sebelah tompek meeting pakcik pulak tu..2. Takpe pakcik nak beli buku poie ajelah kek BADAN kat Angsana.
Say: Though the sea became ink for the Words of my Lord, verily the sea would be used up before the Words of my Lord were exhausted, even though We brought the like thereof to help. Say: I am only a mortal like you. My Lord inspireth in me that your God is only One God. And whoever hopeth for the meeting with his Lord, let him do righteous work, and make none sharer of the worship due unto his Lord. [Cave Dwellers]
1. Harini Malam Jumaat selang seminggu kuliah tasauf ustaz Ibrahim bin hj. Masran Al-Banjari di surau Jauharul Muttaqin, Taman Mutiara Rini. (orang Johor suka pakai 'Jauhar' sebab asal perkataan Johor diambil dari Jauhar adanya).
[gambar hiasan adalah majlis ilmu Ustaz Ibrahim Al-Banjari di Pondok Ledang, somewhere around BBU. Dari entry yang diupload oleh Ustaz disini. http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/2009/04/blog-post_16.html
1. Teruja dengan pemberian udang cik Syaid sebelah rumah minggu lepas, udang sungai berskala xl diburu cuti begini, bertolak sesudah subuh, kami pergi ke Kota Tinggi. Hajat dihati nak turun ke Mawai Sedili, khabarnya disitu udangnya joly godfella! Cik Syaid pernah bawa balik 50 ekor sekali pergi.
2. Tapi khabarnya hujan turun lebat semalam di sedili, so Mawai tak jadi pergi, gudbye udang joly godfela then, namun tidak berputus asa pantang pengail masukkan joran dalam kereta, check point sewa sampan kg. mingchu kami berkumpul. sewa bot kat situ RM15.00 satu hari, enjin sendri bawa maa. Datang awal sebab time cuti selalu sampan abiss.
3. seawal 8.45am cik syaid dah dapat lesen, Alhamdulillah, pakcik takdapat lagi mana buleh lawan tokey, so dengan penuh kesabaran sekali turun 5 joran menanti habuan. Paling kurang Tipah buat masak udang sambal tumis... ermm kecur air liur. apapun kasi makan umpan dulu.
4. Alhamdulillah Allah mengabulkan doa pakcik, dapat juga lesen pada jam 9.12am. Membuatkan pakcik bertambah semangat. Udang pertama dipancing seumur hidup. hnss! hnss! (bunyi kembang lubanghidung). Apapun ini motivasi untuk jam jam seterusnya.
5. Sebagai persiapan, unless korang memang suka sun tan, para pemancing biasanya pakai seragam long suit. panas adalah musuh nombor dua, selain bosan menjadi musuh pertama. Jadi belilah topi apek sayur cameron highland (bukan apek goal keeper) untuk daya tahan hingga ke petang. Pakcik beli topi ala ala justin timberlake.. sebab tak jumpa topi apek tu dulu. So dah beli boleh la bawak bergaya lepas nih. Topi apek boleh dijumpa dengan mudah di hardware... tips cik syaid.
6. Sebenarnya bosan hanya untuk orang yang kurang gemar aktiviti penuh thriller begini. Kesabaran dan ketekunan adalah kunci kata untuk para pemancing. Sebab tu pakcik suka orang yang memancing, slow and steady beb. Pakcik juga belajar untuk bersabar harini. Sambil menikmati keindahan alam semula jadi, angin yang nyaman, cahaya matahari menggigit anda juga dihiburkan dengan beruk/monyet/ungka yang inhabitant di sekitar sungai. Nasib baik deowang tak pandai makan udang. Kotidak pupus laa.
7. Sebenarnya harini kesabaran pakcik diuji, tapi untuk pertama kali turun pancing udang, pencapaian beberapa ekor udang (jangan tanya berapa ekor) cukup untuk dijadikan tangkal masa akan datang. jangan putus asa beb. Yang dalam gambo kat atas adalah pencapaian yang boleh dibanggakan (bukan pakcik tapi kawan pakcik) udang bersepit biru. Cik syaid cakap jongkong.
8. Cube tengok sepit birunya tu ...amacam ngeri tak?, siapa yang bertuah boleh kena sepit akan merasalah kejutan letrik.. hihihihi. bergerigi macam duri buluh. Takpa lain kali pakcik pula dapat, Tipah mesti suka. terbaik dari ladang.
9. Alhamdulillah akhirnya aktiviti harini berakhir lebih awal dari yang di jangka, 3.30 dah naik sebab air keruh tak berapa nak elok, so kalau tunggu sampai besok pun belum tentu boleh bawa sekilo.. mungkin mancing udang takkan jadi hobby utama apatah lagi sebagai profesen tapi at least pakcik dah buat antara ...wish to do list, while ini Johor. lepas ni boleh try pulak gagau kepah, cekau belangkas, mancing marlin, tunggang kuda laut etc. ... Tipah ..sambal udang tau.!
[Mimbar Masjid Negara]
3. Susahkan nak faham?. Sebab tu kena mengadap tok guru. Meskipun guna bahasa Shaikh Daud bin Abdullah Al-Fathani semacam membaca Hikayat Malim Demam (art stream tahun 1992) tetapi pemahaman dari sumber ‘pondok’ teramatlah diperlukan, tak sama macam baca teks sastera dulu-dulu.
5. Anyway, beberapa maklumat menarik dicurahkan oleh AL-Fadil Ustaz, antaranya kaedah mengurangkan beg tangan wanita yang selalunya bawa 3 beg sekali jalan. Beg duit, beg susu dan beg telekung. Sebenarnya untuk orang perempuan yang bersolat boleh ajer solat di surau tanpa perlu bawa telekung atau guna telekung kat surau yang dah berapa lama tak basuh. Rahsianya kenalah pakai pakaian keluar rumah yang lulus puspakom syariah. Bila dah pakaian cukup menutup aurat seperti menutup bahagian lengan dan berstokin (selain pakaian yang labuh) maka boleh terus aje solat.
7. Antara syarat sah solat adalah yakin masuk waktu solat. Jika semasa niat nak mula solat ragu-ragu tentang masuk waktu solat maka tidak sah solatnya itu meskipun waktu solat itu telahpun masuk. Atau cukup dengan dzon sahaja pun boleh.
[Bangunan JAKIM. maso pakcik kojo pendakwaan dulu. Best woo!]
[Muridun wa Mualim fil Ilmi, sebelah pakcik Hj. Kamin (Al-AHkam.net)dan sebelah lagi AL-Fadhil Ustaz Dr Abd Basit]