Wednesday, November 16, 2011

Saksi Kroni Jurunikah Sah ke Akadnya?

Pra: setelah kian lama dalam mode hibernate, blog ni pun macam dah bersawang akibat lama tak sentuh, oleh yang demikian terima kasih kepada sahabat saya sorang ni yang sudi bertanyakan soalan cepumas yang mengakibatkan saya terpaksa membuka kitab dan memeras otak untuk menjawabnya. Akhirnya AR aktiv semula, masalahnya mungkin kita kurang ambil kisah sebab rata-rata orang bernikah sekali seumur hidup, (yang lebih tu bonus laa) jadi perkara saksi kurang dipertikaikan, kot nak ada pun ia bersifat one-off lepas tu terus selesai, malas nak ambil kira, rupa-rupanya ada yang mengambl kira, mohon didebatekan sekiranya tidak menepati hukum syarak dan undang-undang yang kita tahu.

Mohon pandangan menurut Ilmu Fiqh dan Perundangan Islam Versi 1Malaysia mengenai hal ini : Ada seorang bapa ingin menikahkan anak perempuannya dengan saksi bagi pihaknya adalah 2 orang kawan si bapa yang memang mengenali keluarganya itu dengan baik.

Apabila borang pernikahan diisi di Pejabat Agama , kedua-dua kawan itu pun diisi nama mereka sebagai saksi-saksi nikah.Namun apabila tiba hari Akad Nikah , Si Jurunikah menolak kedua-dua orang saksi itu dan menggantikan kedua-dua orang saksi itu dengan 2 orang kawan si jurunikah itu sedangkan 2 orang saksi baru itu langsung tidak mengenali pengantin perempuan itu.

Acara Akad Nikah pun berjalan juga . Dan sejurus selepas itu kedua-dua orang saksi baru itu pun mengisyaratkan kepada jurunikah itu bahawa mereka mahu 'wang saguhati jadi saksi' .

Itulah kisahnya.

Soalannya ialah :

(1) - Bolehkah orang yang tidak kenal pengantin perempuan itu menjadi saksi ?. Sahkah menurut Hukum Syariat , dan sahkah menurut Enakmen Agama Negeri ?.

(2) - Jika itu berlaku lagi kepada pasangan lain , maka apalah guna disi borang saksi nikah itu di pejabat agama sedangkan masa Akad Nikah orang lain pula yang menjadi saksi ?.

(3)- Benarkah ada Enakmen Agama yang menyatakan bahawa saksi-saksi nikah itu mestilah 'kroni' Si Jurunikah ?.

(4)- Bagaimanakah saksi-saksi 'kroni' yang tidak mengenali si penganti n perempuan itu benar-benar dapat bertanggung-jawab di mahkamah nanti apabila timbul kes-kes berkaitan pernikahan itu nanti ?.

Sekian . Harap dapat pandangan bernas semua pihak

(1) - Bolehkah orang yang tidak kenal pengantin perempuan itu menjadi saksi ?. Sahkah menurut Hukum Syariat , dan sahkah menurut Enakmen Agama Negeri ?.

Jawabannya:
Boleh, walaupun saksi tidak kenal, akan tetapi dengan kehadiran kad pengenalan diri, serta wali serta kerabat-kerabat yang turut meramaikan majlis akad nikah maka saksi yang bersama tok kadhi atau naib kadhi forsure kenal bakal pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Dan ianya sah menurut hukum syarak berdasarkan research dalam marja’.

Merujuk kepada kitab rujukan mazhab shafie, Mughni Muhtaj karangan Imam Khatib Sharbini mensyarahkan Minhajut Talibin karangan Imam Nawawi. Ms 186 hingga ms190 Jilid 3 Maktabah Darul Fikr cetakan Beirut 1995. Disini beberapa cacatan ringkas terpilih dari mukasurat tersebut:


Saksi adalah rukun nikah ketiga, berdasarkan hadis Aishah:” Tiada nikah melainkan dengan wali dan saksi yang adil, adapun nikah yang tiada keduanya maka ia adalah batil”. Hadir kedua saksi tanpa berpisah dengan maksud yang sama, atau hadir mendengar akad dan tetap sah sekalipun saksi itu tidak mendengar jumlah maskahwinnya. Disunatkan hadir sekumpulan manusia sebagai tambahan dua orang saksi yang mana mereka terdiri dari orang yang baik-baik dan beragama.

Syarat kepada saksi ialah merdeheka, tidak sah hamba, lelaki, adil, mendengar, melihat, syarat lain kepada saksi adalah boleh bercakap, bijak dan punya ingatan, mengetahui bahasa kedua-dua orang yang berakad. Adil yang disyaratkan adalah adil secara zahir sahaja.

Istihab/disunatkan saksi-saksi diperkenankan (redha) oleh pengantin perempuan, seperti katanya, “aku ridho” atau “aku izinkan padanya” (iaitu apa sahaja yang boleh diktibarkan kepada perkenan si pengantin perempuan). Yang demikian itu untuk menunjukkan si pengantin perempuan tidak dipaksa, pemilihan saksi ini dibuat untuk mendapat kepercayaan pengantin perempuan sekira-kira ia tidak bersetuju dengan pernikahan ini. Tidak disyaratkan saksi pada sah nikah kerana ia tidak termasuk kedalam akad, ia hanyalah syarat sahaja, ber’kenan’nya dianggap mencukupi di dalam akad yang terhasil dengan izin dan keterangan dari pengantin perempuan, yang demikian itu dengan pemberitahuan dari walinya bersama kebenaran berkahwin.


Berdasarkan rujukan yang dibuat, tiada sebarang halangan untuk pihak naib kadhi atau kadhi memilih sesiapa yang cukup syarat atau syarat tambahan yang disebut dalam kitab, meskipun wali telah datang dengan saksi terpilih. Tidak disebutkan juga didalam kitab rujukan saksi mestilah saudara terdekat, atau sesiapa yang lebih kenal dengan wali atau pengantin perempuan.

Yang ada mungkin boleh dihujahkan dalam pertanyaan tadi, pihak wali telah berusaha menyediakan saksi yang berkelayakan dan kadhi atau naik kadhi (selepas ini disebut jurunikah) boleh menerima saksi yang dicadangkan dan boleh juga tidak menerimanya. Jurunikah boleh juga menyediakan saksi sekiranya orang yang datang tidak mempunyai saksi, senario yang berlaku apabila jurunikah telah menyediakan saksi-saksi tertentu dalam majlis akad sebenarnya tidaklah menyalahi hukum syarak, kerana yang nak menjaga kesahehan rukun nikah itu mestilah jurunikah, jadi mungkin saksi yang dibawa oleh jurunikah diyakini melengkapi syarat yang disebut di dalam kitab.

Saya harap pihak pengantin bolehlah bersangka baik terhadap jurunikah, kalau tidak takkan jabatan agama memberi tauliah penolong pendaftar nikah cerai kepada si jurunikah. Terdapat kriteria yang telah diteliti terlebih dahulu oleh Jabatan Agama sebelum tauliah diberi. Dan tauliah itu boleh pula ditarik balik.

Pada masa yang sama, pihak jurunikah diharap tidak terlalu rigid dengan saksi-saksi pilihannya sendiri sedang pihak pengantin ada membawa saksi yang diyakini oleh mereka. Perasaan kecil hati atau terkilan oleh rombongan pengantin apabila saksinya tidak diterima sepatutnya difikirkan sama oleh jurunikah. Ditakuti akan timbul fitnah, saksi pilihan jurunikah mengharapkan duit upah saksi yang bakal diterima disetiap kali akad nikah dijalankan. Sehingga timbul curiga ini adalah mata pencarian sampingan pengikut atau juak-juak jurunikah. Sesungguhnya fitnah itu lebih buruk dari membunuh maka mengelak dari fitnah lebih baik dari menggalakkan fitnah, tambahan pula dalam kerja ibadat yang sepatutnya penuh berkah maka tidak patutlah kita cari serakah.

Dicadangkan sekiranya perkara ini terlalu kerap berlaku sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat, maka salurkanlah apa-apa cadangan terbaik kepada pihak kadhi atau naik kadhi atau lebih mujarab kepada pengarah Jabatan Agama Islam demi untuk kemaslahatan umat Islam agar tidak hidup dalam prasangka dan curiga antara satu sama lain.


Sahkah menurut Enakmen Agama Negeri ?.

Jawapannya masih sah juga. Kerana jika dirujuk kepada Bahagian III Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 dan bahagian yang sama pada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Johor 2003 dan malah semua enakmen negeri dan akta wilayah persekutuan tiada sebarang spesifikasi tertentu diberikan kepada saksi nikah. Sepanjang pengetahuan saya juga, jarang berlaku pertikaian mengenai saksi nikah, yang sering terjadi pertikaian tentang wali atau tentang jurunikah itu sendiri. Kot nak jadi isupun sekiranya perbicaraan pengesahan nikah luar negara dan melibatkan sendikit ( bukan dibuat di pejabat agama Pattani, Yala, Songklha, Narathiwat, Batam dsb) so disini saksi akan dipertikaikan oleh Pendakwa.

(2) - Jika itu berlaku lagi kepada pasangan lain , maka apalah guna disi borang saksi nikah itu di pejabat agama sedangkan masa Akad Nikah orang lain pula yang menjadi saksi ?.

Jawapannya. Tidak menjadi sebarang masalah kerana yang diisi dalam borang adalah untuk kegunaan registration sahaja, tidak semestinya masa nak pi jabat tangan tok kadhi musti atau wajib saksi orang yang sama. Sekiranya dipaksakan maka mungkin akan lebih menyulitkan urusan pernikahan nanti. Contohnya Apa akan jadi sekiranya saksi yang telah tandatangan borang tidak dapat hadir majlis akad nikah, adakah majlis akad nikah akan di tangguhkan hanya kerana saksi dalam borang tak dapat hadir?

(3)- Benarkah ada Enakmen Agama yang menyatakan bahawa saksi-saksi nikah itu mestilah 'kroni' Si Jurunikah ?.

Jawapannya tidak ada, tidak semestinya saksi adalah terdiri dari kroni si jurunikah dan tidak semestinya kroni wali atau hatta kroni pengantin lelaki atau perempuan sekalipun. Asalkan cukup syarat seperti dalam kitab itu sudah memadai.

(4)- Bagaimanakah saksi-saksi 'kroni' yang tidak mengenali si penganti n perempuan itu benar-benar dapat bertanggung-jawab di mahkamah nanti apabila timbul kes-kes berkaitan pernikahan itu nanti ?.

Jawapan, saksi-saksi ini akan ditanya tentang soalan relevan sahaja, dan jika tidak tahu mereka kena jawab tak tahu. Dan sudah pasti soalan oleh mahkamah adalah berkaitan dengan hukum syarak. Saksi-saksi kroni akan dapat masalah sekiranya tidak cukup syarat seperti tidak mendengar lafaz ijab dan kabul atau tidak memahami bahasa pertuturan pengantin lelaki atau jurunikah. Pun begitu siapa boleh jamin saksi saksi dibawa oleh wali confirm tiada sebarang cacat celanya?.

Mahkamah akan tanya saksi bagi melengkapkan keyakinan sebelum buat keputusan, sekiranya dibawa saksi yang betul-betul kenal dengan pengantin lelaki dan perempuan sekalipun akan tetapi ia tidak mendengar lafaz ijab dan qabul atau dia tak ingat langsung majlis perkahwinan itu sebab kena penyakit chikugunya maka keterangannya tetap tidak terpakai tak kiralah betapa aqrabnya hubungan saksi dengan wali atau pengantin lelaki dan perempuan. Wallahuaklam.

post: Harap rakan seperjuangan @ jo miaw berpuashati dengan jawapan yang diberikan, boleh rujuk juga kitab Qailubi wa Umairah, atau untuk rujukan modern tengok Fiqhul Islami Wa Adillatuh karangan Dr Wahbah Zuhaili, apapun perbincangan masih boleh dilakukan, boleh bisik kat telinga jurunikah sebelum mula majlis supaya dibenarkan guna saksi kita sendiri, gunakanlah alasan yang munasabah contohnya saksi kita ni datang dari jauh uzur pula tu, takut nanti terkilan pula tak dapat jadi saksi... InsyaAllah bisa diatur, kalau tak puas hati juga ikutlah saluran yang betul.











Sunday, November 13, 2011

greenrun gunung belumut sampai sengal otot

1. At last, after 8th year of dreaming to conquest it finally come true. 12th Nov 2011 had stated, Gunung Belumut telah kujejak dan teroka. walau dengan almost 500 peserta green run yang lain, tapi saya berasa puas, sebab kalau nak naik sorang-sorang is strictly forbidden. Forest tak kasi naik sendiri sendiri, mesti ada guide (nak buat macam kinabalu kot). Anyway syukur Alhamdulillah. done it!
2. Kenapa 8 tahun?. sebab 8 tahun yang lalu Gunung Belumut (GB) adalah pemandangan indah yang dapat aku lihat setiap kali dapat balik ke rumah mertuaku. Rumah Tipah ler. Rumah dia kat Felda Kahang Timut specificly lebih kurang 5km nak ke kaki GB. Mathematicly ketinggiannya 1,010metres dari aras laut atau 3,314 ft. Itu kalau kira tinggi, tapi kalau mendaki jarak nak ke puncak ada la lebih kurang 6km. Greenrun kali pertama dibuat di GB untuk kategori wanita hanya 3km jumlah naik dan turun. Mankala kategori saya (lelaki terbuka) 6Km campur naik dan turun.
3. Treknya agak mudah untuk 500 meter pertama, disisinya air terjun yang molek untuk santai keluarga dan untuk meter-meter seterusnya perjalanan anda akan bertambah sukar, pengalaman saya naik kinabalu menjadi tips untuk lebih bersemangat. Tapi sejujurnya saya katakan, trek kinabalu lebih mudah untuk didaki. (bukan underestimate).

4. Sebenarnya mendaki gunung adalah salah satu cara escapsm saya dari tekanan kerja dan masalah sekitar, mendaki mendekatkan saya dengan tuhan. Mendaki juga satu cara untuk menunjukkan kita orang yang sihat (untuk kaki bangku macam saya) sebab saya tak suka persaingan, game yang memberi tekanan sebab saya tak suka kalah. Macam green run ni pun, bukan tujuan saya nak menang (sebab dah kalah) sebenarnya nak mencari kepuasan. Goal untuk pendaki adalah untuk sampai ke puncak, cepat ke lambat ke bergantung pada diri sendiri.

5. Walau tak dapat nombor satu, tapi saya sekurang-kurangnya pendaftaran nombor 001 jadilah. early birdkan.. .Kat km ke 3 dari kaki bukit ada landmark berbentuk baru bergerigi, orang kat sini panggil batu kerang, takde supersticious kat sini, namun tempat ni keras (kalau dihantuk kepala kat sini boleh pecah) dari sini lagi 3 km boleh sampai kepuncak.

6. Apapun terima kasih kepada jabatan hutan kerana telah menganjurkan greenrun 2011, harap ada lagi budget untuk buat kat gunung lain pulak kat Johor nie, boleh join. Nakcerita panjat bukit, semua bermula dengan Gunung Baling 420m, tempat saya dilahirkan di Kedah. Walau tak sampai kepuncak tapi sekurang-kurangnya saya dah mendaki separuh sewaktu sekolah rendah dulu. Kemudian Gunung Semanggol 15om tempat saya belajar Sek Menengah, rasanya lebih 2 kali naik gunung tu (nanti semak gambarnya kalau ada lagi).

7. Lepas tu Gunung Maxwell atau gunung larut 1,448m kat Taiping, yang ni masa kecik naik jeep landrover sampai ke atas, lepas tu bila dah besor panjat sendiri. Gunung Mat Cincang tak kira sebab naik pakai gondola begitu juga dengan Genting Highland. Gunung Datok 870m kat Rembau naik masa kat JAKESS. Gunung yang paling tinggi saya pernah naik setakat ni adalah Gunung Kinabalu 4101m. Selain dari tu Jabal Nur 200m pun saya belasah. Mula tu nak naik Jabal Uhud tapi tak boleh dapat naik Jabal Ramah (bukit pemanah) jer. Jabal Rahmah 70m kat Arafah pun dah naik juge.

8. Aim saya selepas menunaikan haji yang wajib tu, rasa nak naik Kilimanjaro lah. takpun Everest kalau ada sponsor (keh keh keh). Tapi mungkin terpaksa melupakan buat sementara waktu kerana kaki saya dah pun sengal sengal masuk greenrun. Harap boleh berkongi dengan anak-anak minat yang penuh sihat dan keinsafan ini. chalooo!
p/s Hannan suke suke suke