Thursday, April 1, 2010

tips ceramah kamal afandi



9 tips untuk bakal penceramah. diambil dari kamalafandi blog www.kamalfndhashim.blogspot.com. beliau adalah penceramah berkaitan jenayah dan selalu masuk tv.

Bagi yang berminat untuk menjadi penceramah, berikut saya (Kamal Afandi) perturunkan seba sedikit ilmu setelah 15 tahun di dalam bidang ini.

1. Kebanyakan yang mengundang ceramah sebenarnya tidak berminat mengetahui samada yang dijemputnya sihat atau tidak. Yang penting orang itu datang pada masa itu. Sebelum atau selepas itu, apa jadi pada penceramahnya, samada hidup, mati, cacat, itu urusannya.

2. Nilai kertas bagi sesetengah pihak lebih mahal daripada ilmu. Sebab itu mereka akan bertanya samada ada kelapangan atau tidak menerusi telefon sebelum bersedia untuk menghantar jemputan rasmi.

3. Penceramah hendaklah berkira kira soal kebajikan apabila timbul perbincangan upah. Ingat selalu bahawa kebajikan itu pahala walaupun penganjur lebih banyak berbelanja untuk hal lain. Ini kerana penganjur akan cuba memberikan yang terendah untuk ilmu dan tertinggi untuk makanan.

4. Tidak usah bertekak dengan pam atendan apabila cuba mengisi minyak kenderaan dengan memberitahu bahawa dia juga mendapat pahala kebajikan bila memberikan diskaun. Begitu juga dengan jurutol apabila membayar tol serta juga pemotong bil letrik dan air di rumah.

5. Cuba ambil kelas nyanyian kerana artis mendapat bayaran lebih banyak untuk lagu dalam 30 minit berbanding penceramah yang bercakap ehwal ilmu untuk 2 jam.

6. Bersedia untuk kelewatan majlis kerana telahpun dijanjikan sejumlah wang. Walaupun tempohmasa akadjanji telah tamat, katakan 10pagi ke 12tghari, dan terpaksa dianjak 12tghari itu ke 1 ptg, jangan fikirkan sangat tentang temujanji berikutnya yang tidak dapat ditepati gara gara penganjur gagal menepati masa.

7. Ingat bahawa sesiapapun mempunyai hak meletakkan gambar dalam iklan mereka walaupun tak pernahpun berjumpa dan membincangkan undangan itu. Ini bagi membantu mereka melariskan jualan walaupun nama penceramah jadi tercemar bila tidak hadir pada hari yang dijanjikan kerana tidak tahu menahupun hujung pangkalnya.

8. Sentiasa bersedia untuk hinaan paling hebat bila kesediaan penganjur untuk membayar upah selayaknya rupa-rupanya fitnah semata mata.

9. Jangan kecil hati bila penganjur salah eja nama kalaupun andalah fokus majlis itu kerana ada hal lebih besar yang perlu mereka fikirkan seperti khemah, protokol dan jamuan.

kamal fnd hashim