Saturday, March 20, 2021

FASAKH YANG SUSAH : KOD Z

FASAKH YANG SUSAH, KOD Z
Notes : 10 para with heavy reading and street writing 

Pra: Pernah jumpa masalah dalam hidup?, masalah yang datang, bukan masalah yang dicari. Bila jumpa masalah selesaikan. Tanpa masalah hidup akan dull, lame dan boring. Lagi besar masalah lagi, lagi kreatif kita kena fikir penyelesaiannya, antaranya masalah ditempat kerja. Biar saya kongsikan satu masalah yang pernah dihadapi tidak lama dulu... ingat bukan cari masalah ya!


1. Kes Fasakh adalah merupakan kes yang paling banyak dikendalikan antara 2010-2018. Bagi orang lain mungkin mudah bagi mereka, tetapi untuk saya ia adalah batu paling besar yang perlu saya pecahkan, kerana sebelumnya dari 2002 hingga 2010 kebanyakan kes yang terlibat adalah kes Mahkamah Tinggi Syariah.

2. Fasakh adalah kes Mahkamah Rendah, kurang popular berbanding pengesahan lafaz cerai atau permohonan cerai biasa. Bagi saya untuk master dalam kes tuntutan cerai ada baiknya seseorang bawa kes fasakh full trial dari siasatan sampai ke hujahan. Lebih mengujakan kes dibawa dihadapan seorang Hakim yang Syadid (straight/hard/details).

3. Di kalangan ramai-ramai Hakim, yang kebijaksanaan mereka semua adalah undisputed akan ada seorang yang sangat detail. Biasa akan wujud, walau seorang dimana-mana tempat sekalipun. Kalau boleh nak mengelak dari bicara hadapannya. Namun bagi saya berlainan pula.

4. Saya letakkan Hakim tersebut sebagai penanda aras (key performance indicator: KPI) bagi kecemerlangan dalam menjalankan perbicaraan. Saya sangat berpuas hati sekiranya saya menang dalam kes yang didengar di hadapan beliau, keistimewaan ini kalau nak diumpamakan seperti meneguk air tebu jam 12.00 tengahari yang panas membahang. Pasti tak sama dengan minum air tebu waktu yang redup dan nak hujan.

5. Oleh sebab itu kalau ada juniors yang saya bimbing saya akan suruh dia study perbicaraan dalam dewan Hakim tersebut. Look and Learn. Adalah satu kejayaan kalau bawa kes dari mula sampai habis Hakim tersebut tidak berkutik. Tapi kalau dia tanya, walau satu soalan siaplah awak! Soalannya maut maut.

6. Satu yang saya nak kongsikan adalah pengetahuan mengenai seksyen 53(1)(b) En. Undang-Undang Keluarga yang menyatakan “Bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan”. Atau lebih dikenali dengan merit cuai nafkah.

7. Seumpama audit trail, kita kena cari sebab kenapa seorang isteri tidak dapat nafkah, ada yang sebab tinggal berasingan dengan suami, jadi perlu kenalpasti apakah sebab tinggal berasingan. Perlu beri perhatian ini adalah titik paling penting dalam meneruskan kes fasakh, dia umpama tengkok bagi badan.

8. Jika tinggal berasingan kerana isteri keluar dari rumah kelamin, sila pastikan keluarnya itu disebabkan oleh faktor suami. Waimma suami halau, suami pukul, suami dera fizikal atau mental, rumah tiada perkara asas, api kena potong, air takde, atau suami masukkan orang mukan muhrim/ajnabi tinggal sekali dalam rumah, tuan rumah halau. etc.

9. Bila fakta keluar rumah disebabkan suami maka pastikan fakta tersebut didokong oleh bukti dan/atau saksi yang kukuh. Kalau keluar rumah sebab dihalau, adakah saksi yang melihat kejadian tersebut, adakah repot polis dibuat jika tiada saksi. Kalau keluar sebab dipukul suami maka mesti ada repot polis, surat doktor atau sesiapa yang melihat kejadian atau lihat kesan pukulan pada badan.

10. Jika hanya ada dakwaan wujudnya fakta tetapi tiada keterangan sokongan maka, ratio untuk menang kes dah jadi “0”. Dan Hakim yang syadid yang saya ceritakan diatas akan tanya sekali sahaja, “sebab apa puan keluar rumah?”, ..nanti client jawab sebab gaduh, Hakim akan tanya “dia halau ka?”, kalau client jawab tak… maka bersedialah peguam nak cover jawapan keluar rumah secara sukarela tadi ..kalau tiada bukti kukuh maka bersedialah untuk disembelih dalam dewan hidup hidup.

Abu Razeen
Hadapi masalah bukan lari dari masalah

Post: Code ‘Z’ tu digunakan untuk pembayang tahap kesukaran bawa kes circa 2010-2018 


Tuesday, March 16, 2021

Islam adalah penyebab semua jenis keganasan di dunia: Betulkah?

Forward Whatsup, Islam as a Cause of all Terror, or else?
Credit belongs or for who wrote this first,


10 negara dengan kadar pelacuran tertinggi
  1. Thailand (Buddhisme)
  2. Denmark (Kristian)
  3. Itali (agama Kristian)
  4. Jerman (Kristian)
  5. Perancis (Kristian)
  6. Norway (Kristian)
  7. Belgium (Kristian)
  8. Sepanyol (Kristian)
  9. Amerika Syarikat (Kristian)
  10 Finland (Kristian)
 
 ðŸ—’️ 10 negara dengan kadar tertinggi: Kecurian dan rompakan.
  1. Denmark dan Finland (agama Kristian)
  2. Zimbabwe (Kristian)
  3. Australia (Kristian)
  4. Kanada (Kristian)
  5. New Zealand (Kristian)
  6. India (agama Hindu)
  7. Inggeris (Kristian)
  8. Amerika Syarikat (Kristian)
  9. Sweden (Kristian)
  10 Afrika Selatan (Kristian)
 
 ðŸ—’️ 10 negara dengan jumlah alkoholik terbesar:.
  1. Moldova (Kristian)
  2. Belarus (Kristian)
  3. Lithuania (agama Kristian)
  4. Rusia (Komunis + Kristian)
  5. Republik Czech (Kristian)
  6. Ukraine (Kristian)
  7. Andorra (Kristian)
  8. Rom (Kristian)
  9. Serbia (Kristian)
  10 Australia (Kristian)
 
 ðŸ—’️ 10 negara dengan kadar pembunuhan tertinggi:.
  1. Honduras (Kristian)
  2. Venezuela (Kristian)
  3. Blaise (Kristian)
  4. El Salvador (Kristian)
  5. Guatemala (agama Kristian)
  6. Afrika Selatan (Kristian)
  7. Saint Kitts dan Nevis (Kristian)
  8. Bahama (Kristian)
  9. Lesotho (Kristian)
  10 Jamaica (Kristian)
 
 ðŸ—’️ Nama kumpulan pembuli yang paling berbahaya di dunia:
  1. Yakuza (bukan Islam)
  2. Egbers (Kristian)
  3. Wow Singh (Kristian)
  4. Jamaica (Kristian)
  5. Primero (Kristian)
  6. Persaudaraan Arya (Kristian)
  7. Darah (Kristian)
  8. Gang 18th Street (Kristian)
  9. Manjke (Kristian)
  10 Mara Salarotha (kristian)

 ðŸ—’️ Mafia pengedar dadah terbesar di dunia (yg terlibat juga dengan pelacuran dan perjudian:
  1. Pablo Escobar - Colombia (Kristian)
  2. Amado Carilo Fuentes - Mexico (Kristian)
  3. Pemimpin Carlos - Jerman (Kristian)
  4. Griselda Blanco Colombia (Kristian)
  5. Joaquin Guzmán dari Mexico (Kristian)

  6. Raphael Caro Quintero Mexico (Kristian)

(Cuba juga semak negara manakah yang mempunyai industri perjudian terbesar, jumlah kemalangan yang tinggi akibat memandu dibawah pengaruh alkohol, anak luar nikah yang ramai ( jumlah rumah kebajikan ibu muda ), jumlah kemurungan sehingga membunuh diri akibat tidak mempunyai maksud hidup).

Namun, media Barat dan Timur mengatakan: Islam adalah penyebab semua jenis keganasan di dunia. Berdasarkan ini, ramai orang Islam yang jahil dan naif mempercayai tuntutan palsu dan kosong ini. Jangan biarkan orang lain mengawal pemikiran anda

 Islam adalah agama yang benar yang mengajar kesejahteraan, keamanan dan kedamaian.

 "Seluruh isu adalah trend media yang memusuhi Islam dan umat Islam."

Kita tidak merasakan pelik bila negara Kafir tersenarai TAPI kita akan terasa pelik negara berlandaskan islam, ada segelintir yg ingin meniru tata cara kehidupan kafir. Semoga Allah SWT melindungi kita sekeluarga dr perkara-perkara keji dan mungkar. Aamin³.

 Wallahualam

Tuesday, March 2, 2021

KONSEP RAYUAN DI DALAM ISLAM : Abu Razeen

Pra: Artikel ini ditulis dalam konteks memenuhi muqaddimah dalam projek buku terkini berkaitan undang-undang Mahkamah Syariah, memandangkan pembikinan tersebut memakan masa disebabkan isu bajet, kobid, pindah dan macam macam mehnah lagi maka, saya prelude kan kat sini. Dan antara tujuan lain untuk memberi manfaat kepada researcher untuk memenuhi kehendak literature review dalam thesis. Jika ada pahala darinya saya mohon tuan-tuan/puan-puan doakan saya dapat siapkan buku sendiri. InsyaAllah. Saya mohon jika nak gunakan sila beri kredit dan link pada artikel ini, dan esok kalau buku ini diterbitkan, belilah untuk faedah bersama. 

KONSEP RAYUAN DI DALAM ISLAM

Abu Razeen

MUQADDIMAH

1. Prinsip utama penyampaian hak dalam Islam adalah adil. Bersikap adil adalah perintah dari Allah SWT dalam ayat 58 surah An-Nisaa Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”Salah satu ciri keadilan dalam perbicaraan adalah hak untuk merayu, pihak yang terkilan dengan keputusan hakim boleh memanjangkan aduan kepada pihak yang lebih tinggi. Prinsip ini dikenalpasti melalui amalan pengadilan Rasul SAW, para sahabat, sehinggalah ke zaman khalifah Islamiah terakhir di Turki. Meskipun kuasa khalifah yang menggabungkan pemerintahan kerajaan Islam dibawah satu bendera tidak lagi wujud, tetapi asas perundangan masih diamalkan sehingga ke hari ini, terutamanya di negara Timur Tengah, Asia dan Malaysia adalah tidak terkecuali.  

2. Selain memberikan keadilan kepada yang berhak, asas kehakiman Islam juga berpegang kepada prinsip ‘kebenaran lebih utama, dari berterusan dalam kebatilan’. Penguatkuasaan terhadap prinsip ini dapat dilaksanakan melalui sistem mahkamah yang berperingkat. Konsep rayuan dan semakan kepada mahkamah yang lebih tinggi, menepati prinsip keadilan samada rayuan tersebut atas permintaan pihak-pihak yang terlibat atau semakan yang datangnnya dari mahkamah yang membicarakan itu sendiri.

RAYUAN ZAMAN RASUL

3. Antara nas yang sering digunakan oleh peguam dalam penggulungan hujah kes rayuan adalah peristiwa lubang singa atau dikenali sebagai ‘Zubyah al Asad’, peristiwa berlaku pada masa hayat Rasul SAW apabila Saidina Ali yang menjadi hakim di Yaman telah menjatuhkan hukuman denda atau diyat bagi orang yang pertama masuk ke dalam lubang perangkap singa mendapat satu perempat diyat, kedua satu pertiga diyat, ketiga satu perdua diyat dan orang yang keempat mendapat diyat yang penuh.

4. Diyat ini dikenakan kepada kabilah-kabilah yang berasak-asak di sekeliling lubang perangkap singa tadi, kerana merekalah yang menyebabkan orang yang pertama jatuh ke dalam lubang diikuti oleh orang yang kedua kerana ditarik oleh orang yang pertama. Manakala orang yang kedua ditarik pula oleh orang yang ketiga dan seterusnya menyebabkan semuanya mati.

5. Yang pertama mendapat satu perempat kerana dia menyebabkan tiga kematian, yang kedua mendapat satu pertiga kerana dia menyebabkan dua kematian dan yang ketiga mendapat setengah bahagian kerana dia menyebabkan satu kematian sahaja dan yang keempat mendapat diyat penuh kerana dia tidak menyebabkan kematian sesiapa.

6. Keputusan ini tidak dipersetujui oleh beberapa kabilah sehingga hampir-hampir membawa kepada peperangan, lalu Saidina Ali memutuskan. “Adakah kamu hendak berperang sedangkan Rasul SAW masih hidup? Dan saya berada di tengah-tengah antara kamu, sayalah yang sepatutnya membuat keputusan. Kalau kamu tidak berpuas hati dengan keputusan saya maka keputusan tersebut tidak akan berjalan sehingga kamu berjumpa kepada Rasul SAW kerana baginda lebih berilmu”[1]. Atas keputusan Saidina Ali tersebut menyebabkan pembayaran diyat ditangguhkan.

7. Saidina Ali lalu mengadap Rasul SAW memohon agar dilihat semula kes mereka ini dan hukuman yang dijatuhkan oleh Saidina Ali disemak semula. Akhirnya Rasul SAW menyetujui keputusan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Saidina Ali tersebut.

8. Dalam riwayat yang lain pula menyebutkan bahawa ada diantara kabilah tersebut yang reda dengan keputusan Saidina Ali dan ada yang tidak bersetuju. Melihat yang demikian Saidina Ali berkata. “Berpeganglah kamu kepada hukumanku sehingga kamu berjumpa Rasul SAW dan hukuman yang baginda berikan.” Mereka bersetuju dengan cadangan Saidina Ali.

9. Pada musim haji mereka ke Mekah untuk menemui Rasul SAW dan mengemukakan rayuan mereka di Masjidil Haram iaitu di Maqam Ibrahiim. Rasul bersetuju untuk mendengar rayuan mereka dan akhirnya Rasul menolak rayuan dan mengekalkan keputusan Saidina Ali.

10. Selain dari rayuan, terdapat juga proses pengawasan dan semakan oleh mahkamah yang lebih tinggi terhadap mahkamah rendah. Perbezaan antara rayuan dan semakan, rayuan hanya boleh dibuat oleh pihak-pihak yang diadili setelah keputusan dibuat oleh hakim bicara, manakala semakan boleh dibuat sebelum hakim membuat keputusan, semakan boleh dibuat melalui permohonan pihak yang berkepentingan dan boleh juga datang dari Hakim yang membicarakan kes itu sendiri. Proses semakan turut mendapat tempat dalam sejarah perundangan Islam apabila Saidina Umar pernah berkata:

11. “Tidak ada halangan bagimu untuk memeriksa dengan akalmu dan mempertimbangkan dengan petunjukmu, keputusan yang telah engkau putuskan pada hari ini agar engkau sampai kepada kebenaran. Kerana sesungguhnya kebenaran itu harus dilaksanakan. Dan kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berpanjangan dalam kebatilan[2].

12. Beberapa pandangan fuqaha’ terhadap prinsip semakan telah diutarakan oleh YA Dato’ Hj Muhammad Asri bin Hj Abdullah di dalam artikel beliau. Dalam keadaan pertama, jika Hakim tersilap pada sesuatu keputusannya, sekiranya Hakim sengaja membuat sesuatu keputusan yang salah dan dia mengakui kesalahannya itu. Hakim tersebut wajib menggantikan sebarang kerugian yang melibat tertuduh dan dia harus dihukum takzir dan dipecat dari jawatan hakim. Sebaliknya, jika dia membuat satu keputusan yang salah dengan tidak sengaja, dia tidak wajib menggantikan sebarang kerugian yang terkena pada tertuduh kerana kedudukannya sebagai hakim adalah sebagai wakil kepada pihak pemerintah.

13. Jika hakim tersilap dalam membuat keputusan yang melibatkan hak Allah seperti kes zina, minum arak dan mencuri, keputusan yang dibuatnya akan terbatal dan sebarang kerugian yang melibatkan tertuduh wajib diganti oleh pihak pemerintah dengan mengambil peruntukan wang Baitulmal. Bagi kes hakim yang sengaja membuat kesilapan hukuman seperti kes qisas, maka dia wajib membayar diyat, begitu juga dengan kes-kes yang lain.

14. Kesilapan keputusan yang disebabkan dari kesilapan berijitihad seorang hakim yang sah disisi syarak, tidak boleh dibatalkan dan hakim tidak dikenakan apa-apa bayaran ganti rugi. Hal ini ada dinyatakan dalam satu hadis Rasul SAW bahawa hakim tidak dikira salah jika dia tersilap berijtihad bahkan dia akan diberi satu ganjaran pahala berbanding dua ganjaran pahala yang didapatinya hasil ijtihad yang betul[3].

RAYUAN ZAMAN KHALIFAH UMAR

15. Dalam pemerintahan Saidina Umar selama 10 tahun bermula dari 13 hijrah, sistem perundangan Islam telah disusun. Saidina Umar berpendapat, jika seseorang hakim mendapati bahawa hukuman yang dijatuhkannya itu ternyata salah, maka hendaklah diperbetulkan kerana tidak ada sesuatu pun yang boleh membatalkan hak dan melupakan kebenaran[4].

16. Meskipun prinsip membatalkan hak adalah wajar, tetapi pada masa yang sama adalah tidak wajar bagi mahkamah menukar hukumannya dan meminda keputusannya dengan begitu mudah, jika ini berlaku ianya akan menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap institusi kehakiman dan menjejaskan kewibawaan kehakiman dan mahkamah.

17. Dalam hal ini Saidina Umar telah memperkenalkan sistem kehakiman dua peringkat di Madinah dan juga beliau sendiri memegang jawatan Ketua Hakim yang mendengar rayuan dari pihak-pihak yang tidak puas hati terhadap keputusan hakim-hakim yang dilantik. Lebih jauh dari itu beliau juga mempunyai bidangkuasa mengulangkaji keputusan-keputusan hakim-hakimnya.

18. Saidina Umar juga telah mengawasi pentadbiran kehakiman dengan menggunakan sistem mahkamah madzalim atau lebih terkenal dengan wilayah madzalim secara berkesan. Beliau membuka luas pintu pengaduan kepada rakyat terhadap kezaliman yang dilakukan pegawainya dan kepincangan-kepincangan pentadbiran yang wujud, rakyat dengan mudah untuk menuntut hak dan keadilan semasa pemerintahan saidnia Umar, musim haji adalah merupakan kemuncak perbicaraan atau penyiasatan Mahkamah Madzalim ini. Tujuannya untuk mengembalikan hak orang yang berhak, menegakkan keadilan, menyiasat penyelewengan pegawai dan menghindarkan kezaliman mereka.

19. Dalam menggambarkan keadilan sistem Saidina Umar, pernah berlaku pada tahun kebuluran, telah berlaku zina di mana seorang perempuan yang telah pun berkahwin membuat pengakuan atau beriqrar ia mengandung akibat melakukan zina dan meminta khalifah Umar mengenakan hukuman rejam. Saidina Ali telah meneliti kes tersebut sebelum hukuman dijatuhkan. Setelah disiasat, didapati perempuan tersebut telah dipaksa dan zina tersebut bukanlah dengan kerelaannya tetapi kerana untuk menyelamatkan dirinya dari kehausan dan kebuluran.

20. Kejadian itu berlaku ketika perempuan itu terlalu dahaga, ia terjumpa seorang lelaki yang memiliki susu, ia meminta sedikit susu dari lelaki tersebut. Susu diberikan dengan syarat perempuan itu menyerahkan dirinya lalu lelaki tersebut memperkosanya. Setelah mendengar keterangan tersebut maka Saidina Ali memberikan pendapat bahawa perempuan tersebut tidak bersalah atas alasan darurat. Saidina Umar membebaskan perempuan tersebut berdasarkan pandangan Saidina Ali[5].  

21. Dalam peristiwa ini, Saidina Umar yang bertanggungjawab untuk menjatuhkan hukuman rejam keatas pengakuan zina perempuan tersebut, telah menarik balik hukuman berdasarkan pendapat Saidina Ali. Ini menunjukkan keadilan Islam terhadap  pandangan kedua disisi undang-undang.

PERUNDANGAN ISLAM DI EROPAH PADA ABAD KE 10.

22. Semasa pemerintahan Aghlabiyah, Fatimiyah hingga Kalbiyah di Sicily selama 264 tahun, sistem pentadbiran kehakiman dan ketenteraan adalah secara berpusat. Khalifah atau Sultan merupakan kuasa yang tertinggi dalam bidang pentadbiran, kehakiman dan ketenteraan[6].

23. Walaupun bidang kuasa kehakiman terletak kepada Sultan atau khalifah, kuasa mereka diimbangi dan dipantau oleh satu badan dipanggil Diwan Nazir al Mazalim. Sekiranya sultan tidak menjalankan keadilan dalam pentadbiran kehakiman, maka pihak yang teraniaya boleh mengemukakan aduan kepada Diwan Nazir Al Mazalim ini dan Qadi Al-Mazalim akan memutuskan dengan adil.

24. Sultan akan melantik ketua hakim yang dipanggil Qadi Al Qudat. Disamping pelantikan ketua hakim, sultan juga melantik hakim-hakim biasa yang dipanggil Qadi yang membicarakan kes di wilayah-wilayah yang ditentukan. Hakim-hakim ini mempunyai bidang kuasa yang terbatas di mana mereka hanya mendengar dan membicarakan kes-kes tertentu dalam wilayah mereka sahaja. Manakala, Qadi Al Qudat mempunyai bidangkuasa yang tidak terbatas. Beliau boleh mendengar dan memutuskan semua jenis kes bagi seluruh wilayah.

25. Kuasa mendengar rayuan pula adalah pada khalifah atau sultan. Sekiranya pihak-pihak tidak berpuas hati dengan keputusan hakim-hakim, maka mereka boleh merayu kepada sultan atau khalifah. Sekiranya sultan atau khalifah gagal menyediakan keadilan kepada pihak-pihak ketika mendengar rayuan dan ketika membuat keputusan, maka pihak-pihak boleh membuat aduan kepada Qadi Al Mazalim.

26. Diwan Nazir Al Mazalim merupakan sebuah badan yang terdiri daripada seorang pengerusi yang dipanggil Qadi Al Mazalim dan dibantu oleh hakim-hakim, para fuqaha dan pembesar-pembesar kerajaan yang dipilih. Badan ini akan mengamalkan prinsip-prinsip keadilan dan membatalkan setiap keputusan, hukuman dan tindakan yang tidak adil yang dilakukan oleh khalifah, hakim-hakim dan pentadbir-pentadbir.

27. Pada zaman keemasan Islam di Eropah inilah, berlakunya adaptasi undang-undang Islam ke dalam common law[7] hasil dari keadilan Islam dan asimilasi penduduk Eropah dan orang Islam berbangsa Arab yang berlaku hampir tiga kurun. 

28. Sebelum berlaku pemurnian undang-undang di Eropah, kuasa kehakiman dipegang oleh raja dan diperturunkan kepada golongan paderi yang menubuhkan mahkamah gereja. Golongan paderi mempunyai bidangkuasa untuk menjalankan perbicaraan, memutuskan penghakiman dan menjalankan hukuman ke atas semua lapisan masyarakat kecuali raja. Pada zaman kegelapan Eropah, raja kebal dari undang-undang kerana mereka berada di atas undang-undang. Tugas golongan paderi juga adalah untuk memberi justifikasi ke atas segala tindakan raja yang zalim, kesannya masyarakat Eropah tidak mendapat pembelaan ke atas kezaliman yang berlaku ke atas mereka.

29. Bukti kezaliman pada zaman kegelapan dapat dilihat melalui alat inquisition yang masih dipamerkan sehingga ke hari ini, dokumentari sejarah[8] dan sebahagian undang-undang kuno tersebut diabadikan dalam bentuk cereka[9]. Kesan ketidakadilan yang lebih besar, adalah penolakan terhadap sistem beraja dan pemusatan kuasa gereja sehingga menghasilkan ideologi sekular[10] dan juga golongan atheis.

PEMERINTAHAN KHALIFAH OTHMANIAH SEHINGGA AWAL ABAD KE 20

30. Sebelum zaman reformasi Turki, undang-undang Islam mendominasi sistem perundangan Khalifah Othmaniah selama 470 tahun, namun undang-undang diri dan undang-undang awam dipisahkan. Sultan tidak pernah mencampuri urusan kehakiman yang diputuskan oleh Qadi dalam undang-undang diri, melainkan penghakiman yang diberikan tidak adil, pada masa itu sultan akan berperanan sebagai pembela hukum syara[11]’. Manakala bidangkuasa hukuman jenayah membunuh dikembalikan kepada ahli waris mangsa untuk memaafkan atau hukuman balasan. Walaubagaimanapun hukuman balas bunuh hanya boleh dikuatkuasakan dengan kebenaran sultan. 

31. Dalam sistem kehakiman Othmaniah, prinsip keadilan Islam dilimpahkan kepada undang-undang selain syariah. Untuk setiap mahkamah yang ditubuhkan bagi membicarakan kes yang berbeza bidangkuasa dan juga di tempat yang berbeza, pemerintah pasti mewujudkan mahkamah yang lebih utama bagi mengambil mendengar rayuan.

32. Pada tahun 1864 pemerintahan Othmaniah telah menubuhkan undang-undang tempatan yang dipengerusikan oleh panel perbicaraan disetiap negeri. Panel rayuan disediakan untuk mahkamah rendah dan mahkamah tinggi disetiap ibu negeri sebagai tambahan kepada mahkamah komersil. Mahkamah ini berbidangkuasa untuk menyemak kes-kes yang tidak melibatkan perundangan syariah, komuniti, konsular dan mahkamah komersil. Mahkamah ini akan menyemak kes yang melibatkan penduduk di wilayah Othmaniah tanpa mengira muslim atau bukan muslim. Mahkamah ini dikenali sebagai Mahkamah Nizamiye, Hakim syarie (qadi) mempengerusikan mahkamah ini.

33. Apabila pentadbiran mahkamah dipisahkan dengan tertubuhnya Konsul Negara pada tahun 1868, Tribunal Kehakiman (Divan-i Ahkam-i Adliye) mula mengambil tempat sebagai mahkamah utama untuk mahkamah yang lebih rendah. Mahkamah ini mempunyai konsul muslim dan bukan muslim bagi memenuhi prinsip keadilan. Mahkamah ini dipisahkan kepada bahagian mahkamah rayuan dan cassation court.

34. Dalam tahun yang sama, mahkamah awam distruktur semula kepada daerah kecil, kampung dan cawangan. Mahkamah cawangan diberikan kuasa mendengar rayuan bagi kes mahkamah rendah. Mahkamah yang membicarakan kesalahan dipanggil ‘Mahkamah Jenayah’ ditubuhkan untuk menyemak kes jenayah yang penting, dianggotai oleh hakim dari mahkamah jenayah dan keadilan di peringkat jajahan.

35. Khalifah Othmaniah mempunyai kuasa legislatif selagi mana mereka tidak melanggar atau mencabuli hukum hakam dalam agama. Penguasaan mutlak Sultan terhadap kuasa legislatif dan eksekutif diperkuatkan hasil adaptasi perlembagaan negara Belgian dan Prussia pada tahun 1876 melalui Perlembagaan Negara Othmaniah (Kanun-u Esasi). Perlembagaan ini kemudiannya di imbangi dengan kuasa legislatif parlimen yang diwakili oleh menteri. Bidangkuasa perundangan khalifah berakhir pada tahun 1923 apabila Turki diisytiharkan sebagai negara republik. Kini undang-undang diri dan keluarga diceduk dari undang-undang sivil Italy dan tiada lagi Mahkamah Syariah[12].

KONSEP RAYUAN DALAM PERUNDANGAN ISLAM KINI

36. Dalam pentadbiran undang-undang syariah moden, diwujudkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bertujuan meningkatkan kecekapan dan keseragaman sistem pentadbiran mahkamah syariah di Malaysia bermula tahun 1998.

37. Objektif pertama JKSM adalah untuk mengendalikan kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah terutamanya untuk mahkamah syariah negeri yang menjalinkan hubungan gunasama, beberapa hakim kanan bermula dari Jusa C dilantik bagi mendengar kes rayuan. Bagi memastikan keberkesanan sistem rayuan, pihak JKSM mensasarkan 80 peratus kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan selepas didaftarkan di JKSM[13].

38. Antara inisiatif terawal untuk memperkembangkan undang-undang syarak secara seragam adalah penerbitan Jurnal Hukum yang diterbitkan seawal 1980 oleh Bahagian Ugama Jabatan Perdana Menteri dan kini diteruskan penerbitannya oleh JKSM. Isi kandungan utama adalah alasan penghakiman kes-kes rayuan untuk dijadikan pedoman oleh mahkamah yang terkemudian.

39. Mengambil satu contoh rayuan kes cerai talak tiga yang disabitkan oleh hakim bicara melalui iqrar suami dalam kes Mustafa Batcha lwn Habeba Abd Rahman JH Jilid 8 Bhgn 1 ms 41 – 47, jawatankuasa rayuan telah membenarkan rayuan suami dan memutuskan kes dibicarakan semula.

40. Menariknya kes ini, jawatankuasa rayuan telah menerangkan prinsip perbicaraan dan rayuan dalam Islam. Dalam kes tersebut, jawatankuasa mendapati saksi-saksi tidak dipanggil untuk memberikan keterangan sedangkan keterangan mereka  perlu didengar sebelum hukuman diputuskan. Begitu juga dengan dakwaan perayu bahawa beliau telah disihir dan berubat melalui seorang dukun. Sewajarnya dukun tersebut dipanggil bagi menentukan kebenaran pernyataan perayu semasa menceraikan isterinya. Jawatankuasa rayuan telah mendatangkan kes nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha berkenaan dakwaan curang. Dalam kes nabi Yusof, pendapat ra’yu al-khabir telah menyebabkan dakwaan Siti Zulaikha tertolak[14].

41. Meskipun hakim bicara telah membuat sabitan berdasarkan iqrar dan iqrar adalah pembuktian terkuat dalam hukum syara’, tetapi jawatankuasa rayuan menegaskan iqrar hendaklah dipastikan mutlaq tanpa syarat, ikatan atau kait mengait dengan perkara lain. Iqrar perayu dalam kes rujukan tidaklah mutlaq tetapi berkaitan dengan keadaannya yang kena sihir semasa menjatuhkan talaq, iqrar hendaklah diselidiki keadaan suasana dan latar belakangnya, sebelum iqrar tersebut diterima dan disabitkan. Oleh sebab itu jawatankuasa telah memutuskan hukuman hakim bicara terbatal dan kes dibicarakan semula dihadapan hakim yang lain.     

42. Selain dari kuasa mahkamah lebih tinggi untuk mendengar rayuan syariah, terdapat satu lagi kuasa prerogatif yang diperuntukan dalam undang-undang tetapi digunakan secara terhad. Bagi negeri Melaka, seksyen 3 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (negeri Melaka) 2002 menyatakan: Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam dalam Negeri Melaka sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri Melaka’.

43. Bagi menerangkan bidangkuasa ini, kes Pendakwa Syarie v Kartikasari Sari Dewi 2008 dirujuk. Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan. Kes tersebut menjadi sensasi selepas mendapat liputan luas media. Atas ehsan Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Agama Islam bagi negeri Pahang pada waktu tersebut, hukuman diringankan kepada melakukan khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuran Fatimah Kuantan selama 3 minggu[15].

44. Dalam perkembangan terkini, terdapat usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah yang akan memberi kesan secara langsung terhadap proses rayuan di Malaysia. Salah satunya adalah penstrukturan semula mahkamah syariah daripada tiga tingkat kepada empat tingkat, iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rayuan Syariah Negeri manakala di peringkat Pusat akan diwujudkan satu Majlis Rayuan Syariah yang baharu[16].

45. Terdahulu, negeri Perak telah mengorak langkah pertama dengan penubuhan mahkamah syariah peringkat keempat selepas Mahkamah Rayuan Syariah yang dinamakan Mahkamah Utama Syariah. Usaha telah bermula selepas mengambil kira titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas pada 6 Ogos 2018.

KESIMPULAN

46. Seiring dengan peningkatan daya intelektual serta celik undang-undang dikalangan orang Islam, didapati semakin banyak kes rayuan yang didaftarkan. Meskipun dari satu sisi, peningkatan pendaftaran kes rayuan bermakna makin ramai yang terkilan dengan keputusan mahkamah, tetapi dari sudut positif peningkatan ini menunjukkan berlakunya penambahan pengetahuan disisi masyarakat dan ini memaksa pihak Mahkamah untuk berfikir lebih kritis dan inovatif dalam membuat keputusan, sesuai dengan perkembangan semasa. Penyusunan sistem rayuan yang teratur dan seragam disemua mahkamah syariah akan dapat meningkatkan kepercayaan pengguna dan kredibiliti institusi kehakiman syariah di Malaysia bagi merealisasikan slogan ‘Syariah Asas Keadilan’.


[1] Ahmad cAbd al-Mucim al-Bahi, Tarikh al-Qada’ fi al Islam, Matbacah Lujnah al-Bayan al-cArabi Kaherah, 1965 (satu jilid sahaja)

[2] Sayid Sabiq, Fiqh Sunnah, Kuwait, Dar al-Bayan 1971 Jld 3 ms 407

[3] YA Dato’ Hj Muhammad Asri bin Hj Abdullah, Bidangkuasa Pengawasan dan Penyemakan Mahkamah Tinggi Syariah. Jurnal Hukum Jld XX Bhg 2 2005

[4] Prof. Madya Dr. Mahmud Saedon, Kehakiman Zaman Khulafa ar-Rasyidin, Jurnal Hukum Jld VIII Bhg 1 1991

[5] Ibnu Qayyim al-Jauziah, Turuq Hukmiah, Matbaah al-Madani, Kaherah

[6] Hasanudin Yusof, Cahaya Islam dan Syariah di Hati King Roger II, Pustaka Sri Saujana 2018.ms 42.

[7] Prof John A. Makdisi. The Islamic Origins of the Common Law, 77 N.C. L. Rev. 1635 (1999) (artikel)

[9] Braveheart 1995, Season of the Witch 2011

[10] Dr Yusuf Al-Qardhawi, Pertentangan Islam dan Sekular, Maktabah Al-Qardhawi 1999 ms.63 hingga 72

[11] Dr. Gülnihal BOZKURT, Review of The Ottoman Legal System. Ankara University.

[12] Unit Dasar dan Penyelidikan, Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Laporan Lawatan Penyelidikan Mahkamah Syariah Melaka ke Istanbul Turki pada 8 – 12 Mac 2018.

[14] Surah Yusuf: 25-28

[16] http://www.utusan.com.my/rencana/utama/penstrukturan-semula-mahkamah-syariah-1.36909 disalin pada 17 Jun 2019.

Post: Yang reference bab filem tu nanti kena ganti fakta sebenar. Selamat membaca, nak tunggu lukih lambat la lagi sebab dok sibuk buat hujah kes PTD V anu kes Hibah yang melanggar KTN.