Tuesday, February 19, 2019

UMUR PENGANTIN 1400 TAHUN DAHULU: POLEMIK PERKAHWINAN NABI DAN AISHAH


Umur Pengantin 1400 tahun yang lalu.
Respon terhadap perkahwinan Nabi dan Aishah

Pra: Artikel ini ditulis tatkala isu penyebaran karikatur yang dianggap/berniat menghina nabi. Ianya mendatangkan respon yang tidak baik, bahkan mampu menggugat keharmonian Malaysia yang telah dipupuk oleh datuk nenek kita sejak dulu. Saya lontarkan tulisan ini sehabis harmoni memandangkan saya mempunyai rakan dan jiran bukan beragama Islam yang masih belum memahami erti Islam sebenarnya.

1. Usia pengantin yang direkodkan dalam sejarah dunia, berbeza-beza mengikut jantina, masa, tempat dan kedudukan. Secara umum, perempuan kahwin muda dari lelaki, perempuan bangsawan berkahwin dalam umur yang muda dari perempuan kebanyakan. Umur pengantin lelaki dan perempuan mula meningkat semasa akhir zaman pertengahan. Secara basic, orang kebanyakan boleh faham jika dia berfikir.


2. Isu ini penting bila kita membincangkan umur Aishah apabila berkahwin dengan Nabi, sekadar membaca hadis dan tanpa penjelasan, bukan kata orang bukan Islam sahaja akan mislead, bahkan yang born muslim pun mungkin akan tertanya-tanya juga. Tambahan lagi isu global sekarang adalah ‘perkahwinan bawah umur’.

3. Kita mulakan dari titik tolak isu perkahwinan Nabi dan Aishah berdasarkan Hadis Aishah sendiri. Hadis tersebut dibawakan sebagai:

عَن عائشةَ رضي اللهُ عنهَا أَن النَّبيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسلّمَ تَزَوَّجَهَا وَهِيَ بِنتُ سِتِّ سِنِينَ، وَأُدخِلتْ عَليهِ وَهيَ بِنتُ تِسعٍ وَمَكَثَت عِندَهُ تِسعَا.
Daripada Aisyah R.A bahawa Nabi SAW mengahwininya sedangkan beliau berusia enam tahun dan bersama dengannya ketika berusia sembilan tahun. Kemudian hidup bersama Rasulullah SAW selama sembilan tahun.

Hadis ini bertaraf sahih riwayat Bukhari (4840) dan  Muslim (1422)

SIAPAKAH AISHAH?

4. Aishah merupakan anak Abu Bakar, sahabat Nabi paling rapat semasa di Mekah dan Madinah. Aishah merupakan seorang perempuan yang cergas pemikiran, pengingat, kritikal dan cepat matang. Lebih dari itu, beliau juga seorang yang kritis, berani dan cemburu jika kita melihat hadis-hadis lain yang diriwayatkan sendiri oleh Aishah. 

5. Semasa meriwayatkan hadis diatas, Aishah mengingati, bahawa beliau sedang bermain diluar rumah. Ibunya memanggil ke rumah, disana Aishah berada disamping bapanya dan Nabi turut berada disitu. Pada ketika itulah Abu Bakar sebagai bapa kandung mengahwinkan Nabi dengan Aishah. Tiada apa yang berlaku melainkan selepas itu Aishah kembali ke luar rumah dan menyambung main seperti kanak-kanak lain.

6. Point dari hadis Aishah adalah perkahwinan usia 6 tahun dan bersama ketika umur 9 tahun. 6 tahun adalah akad yang diwajarkan oleh Abu Bakar kepada Nabi, tetapi tiada hubungan kelamin pada masa itusehinggalah Aishah berumur 9 tahun. Kenapa 9 tahun baru bersama, tidak pada masa 6 tahun semasa diakadkan atau 16 tahun ikut undang-undang keluarga Islam atau 18 tahun ikut age of majoriti dalam Akta Tafsiran 1948?

7. Rasul hanya tinggal bersama dengan Aishah semasa berumur 9 tahun sebab ini adalah umur baligh (puberty) bagi perempuan bangsa Arab yang hidup di  iklim zon kering atau sub tropik yang mempunyai suhu panas yang melampau dan sejuk yang melampau.


8. Sebab tulah kita dapati budak budak Arab umur baru 9 tahun tapi tubuh badannya macam 17 ke 18 kita ataupun sama dah macam anak dara di Malaysia, begitu juga di Amerika dan Eropah. Perbezaan ini hanya didapati oleh mereka yang terbuka dan mungkin pernah keluar negara.

PERBEZAAN BALIGH BAGI WANITA

9. Perkara ini adalah common, perbezaan umur kedatangan haid perempuan bukan sahaja berdasarkan perbezaan geografi, bahkan mengikut keturunan. Ada juga yang lambat sampai baligh disebabkan penyakit dan ada juga yang tak ada langsung. 

10. Bahkan mengikut kajian sains, kedatangan haid bagi perempuan juga berbeza mengikut aktiviti kehidupan. Seorang ballerina (menari gunakan ibu jari kaki) akan lambat datang haid sehingga umur 16 tahun. Ini disebabkan latihan intensif dan pergerakan tubuh badan yang sangat aktif. Manakala perempuan yang berbadan besar (oversize) akan datang haid lebih awal dari perempuan yang kurus. Begitu juga dengan pendedahan perkara dewasa (adult content) yang awal dan perkembangan semasa.[1]

11. Oleh yang demikian, secara biologinya haid berbeza-beza atas pelbagai faktor, berdasarkan kajian tumbesaran kanak-kanak wanita di Saudi (tempat Aishah dilahirkan) tanda baligh dari segi fizikal telah datang seawal 9 tahun. Tanda baligh tu boleh lah dilihat dari legend dalam clustered bar diambil dari artikel Pubertal Developmental Age among Saudi and Non-Saudi Young Females Living in Jeddah, Saudi-Arabia [2]


12. Manakala kita di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai (2008) kanak-kanak mengalami menarche (haid kali pertama) pada umur 12.6 tahun 1994. Manakala pada tahun 2008 banyak yang menarche pada seawal umur 10 tahun. Kan nampak tak perbezaannya? [3]

13. Kenapa saya cerita pasal haid pulak?. Sebabnya dalam Islam, tidak diletakkan had umur secara angka untuk membolehkan perkahwinan. Ia seawal datang haid, sekira-kira mampu melahirkan anak hinggalah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ini cerita hukum syarak, berbeza dengan undang-undang yang dikanunkan di negara Malaysia.

UMUR MINIMUM UNTUK PERKAHWINAN DI MALAYSIA

14. Manakala angka 16 tahun dalam undang-undang keluarga Islam bagi perempuan (sebelum pindaan ke 18 tahun) dan 18 tahun bagi had umur minima untuk berkahwin. Itu adalah kuasa pemerintah bagi mengelakkan penginayaan dan jenayah sex bawah umur ikut tafsiran common law. Jika nak kahwin bawah 18 tahun maka kena lah minta kebenaran Mahkamah Syariah. *sex bawah umur 16 tahun dikenali sebagai statutary rape dan boleh dikenakan hukuman tak kurang pemenjaraan 10 tahun dibawah seksyen 376 Penal Code.   

15. Jadi adakah undang-undang keluarga Islam contradict dengan hukum syarak?, jawapannya… tidak. Sebab hukum syarak kekal sebagai asas perundangan bagi orang Islam dimana sahaja mereka berada, manakala undang-undang keluarga dibuat untuk pengkhususan atau penyeragaman bagi satu satu jajahan atau pemerintahan. Sesuai dengan Senarai 2 Jadual Ke 9 Perlembagaan Persekutuan. Penentuan undang-undang dibuat berdasarkan kemaslahatan pemerintah dan Rahmatan Lil Alamin! (nak masuk jugak). 

USIA PENGANTIN DALAM KONTEKS DUNIA

16. Untuk kita membuat kesimpulan samada perbuatan Nabi berkahwin dengan Aisha adalah perbuatan menyalahi norma atau tidak, kita kena lihat apa yang berlaku pada masa itu. Ini mengambil kira Nabi dilahirkan pada tahun 570AD (Anno Domini = tahun Masihi). Tahukah anda 1400 tahun yang lalu, atau tahun 500AD Eropah masih diselubungi zaman kegelapan, juga disebut dark ages. Berikut beberapa fakta zaman dark ages yang lebih kurang sama zamannya sewaktu nabi dilahirkan. Saya bawakan fakta ‘pada zaman dahulu’.  


17. Di Eropah telah berlaku perkahwinan di usia 10 tahun, buktinya Alice de Routclif of York telah berkahwin dengan John Marrays pada tahun 1364, walaupun Canon law (undang-undang gereja) kata had minimum adalah 12 untuk perempuan dan 14 untuk lelaki tetapi priest (naib tok kadi) pernah menjalankan akad nikah bawah daripada umur tersebut. Sapa Alice ni?, dia bukan Alice in Wonderland, tapi Alice ni seorang bangsawan yang turut kawin dengan bangsawan yang sekufu dengannya.[4]

18. Masih di Eropah, Isabella (bukan lagu ‘search’) juga dikenali sebagai she-wolf of france berumur 10 tahun semasa dikahwinkan pada tahun 1303. Beliau kahwin melalui ‘papal dispensation’ (kebenaran kadi besar/pope pada masa itu Clement V) atas tujuan proxy. Ada khilaf yang kata Isabella kahwin pada umur 12 tahun (Gillaume de Nangis) tapi apapun, ia masih dibawah umur kalau kita ikut pembaris zaman sekarang. [5]

Isabella de France

19. Pada abad ke 12 dan 15 di England, anak orang bangsawan boleh kahwin seawal 4 atau 6 tahun. Cuma mereka tidak tinggal bersama (consummated) sehinggalah yang perempuan mula datang haid sekitar umur 12 hingga 14 tahun. Ini bertujuan untuk menjaga kuasa dan kekayaan keluarga dari jatuh ke tangan orang lain.[6]

20. Bahkan pada semasa kurun ke 19, umur berkahwin di negeri-negeri Amerika Utara adalah antara 10 dan 16 tahun, bergantung kepada undang-undang negeri dan tahun. Ukuran dibuat berdasarkan kemampuan anak perempuan boleh melakukan aktiviti sex. Kebanyakan perkahwinan tersebut adalah dengan persetujuan ibu bapa. Walau tak ramai yang buat macam ni, tapi undang-undang tersebut wujud. [7] 

21. Kita patah balik zaman sebelum kelahiran Nabi sehinggalah selepasnya. Kita lihat dalam agama Yahudi. Dalam kitab Hebrew dan New Testament perkahwinan adalah situasi biasa, walaupun ada yang tak kahwin. Kebanyakan perempuan kahwin dalam usia yang sangat muda, biasanya selepas datang haid yang pertama. Kedatangan haid sudah tentunya menandakan kesuburan. [What the Bible Really Tells Us: The Essential Guide to Biblical Literacy By T. J. Wray page 146 chapter 7].


22. Perempuan biasa berkahwin dengan bapa saudaranya dari sebelah bapa atau dengan sepupunya untuk memelihara harta keluarga dan dengan harapan saudara terdekat itu akan menjaga perempuan dengan baik. Kanak kanak perempuan ditunangkan (betrothed) oleh bapanya walaupun sebelum mencapai umur dan biasanya mula hidup bersama suaminya yang biasanya berumur lebih tua  dikala kanak-kanak itu masuk usia baligh, [Encyclopedia of the Jewish Diaspora: Origins, Experiences, and Culture,  Professor Mark Avrum Ehrlich writes]

Ketubah, perjanjian perkahwinan dalam agama Yahudi

23. Yahudi Parsi mengahwinkan anak mereka semasa awal usia anak, lelaki semasa umur 10 atau 11 manakala perempuan 6 atau 7. Sesetengahnya telah menjadi ibu semasa berumur 12 atau 13 tahun. Poligami diamalkan oleh lelaki yang mampu mempunyai lebih dari seorang isteri. Adalah menjadi kebiasaan untuk anak yang baru nak baligh (prepubescent) untuk berkahwin dengan lelaki yang layak dipanggil datuk. Jewish Communities in Exotic Places By Ken Blady Page 69.

24. Rabbi Isaac Kelin dalam bukunya ‘A Guide to Jewish Religious Practice’ berkata, perkahwinan kanak-kanak adalah kebiasaan dan umur bukanlah faktor apabila seseorang perlu berkahwin, apabila ibubapa mengarahkannya maka kanak-kanak perempuan kena pilih suami dan dia tiada pilihan. A Guide to Jewish Religious Practice By Isaac Klein page 396 [8]


25. Penemuan ini tanpa mengambil kira usia perkahwinan dahulu dan sekarang di negara India, China, Zimbabwe, Peru, Sri Lanka, Korea Selatan,  dan mana-mana negara yang sewaktu dengannya.

JADI DIMANAKAH LOGIK FIKIRAN KITA?

26. Jesteru, adakah adil untuk kita menghukum, mereka yang hidup 1400 tahun yang lalu? Kalau nak hukum kelakuan orang dahulu dengan pembaris sekarang, zalimlah kita. Kalau begitu adilkah orang-orang Inggeris yang menetapkan perempuan dari golongan bangsawan kena beri maskahwin kepada lelaki dalam bentuk duit, barang keperluan dan harta.

27. Atau perkahwinan hanya diatur untuk faedah keluarga, selalunya disebabkan pangkat dan harta, bukan atas pilihan anak perempuan. Atau tuan-puan mahu pakai undang-undang memberikan kuasa kepada lelaki hak sepenuhnya kepada perempuan, perempuan akan menjadi seumpama harta yang dimiliki. Kalau begitu, tuan-puan pergilah ke kedai sarapan minta nasi lemak sepuluh sen… atau pergi market beli ikan kembung seringgit ..cubalah!

28. Kesimpulannya.

a) Nabi dikahwinkan oleh Abu Bakar semasa Aishah berumur 6 tahun dan hidup bersama hanya pada umur Aishah 9 tahun.

b) 9 tahun Aishah adalah umur baligh bagi perempuan di kawasan hijaz.

c) Tiada salahlaku samada dari segi moral atau etika dalam perkahwinan Nabi dan Aisha.

d) Kita tidak boleh menghukum perkara yang dilakukan oleh orang terdahulu dengan menggunakan neraca pada masa sekarang.



POST: i) Sengaja saya tidak membawakan hujah dikalangan ulama bahawa kemungkinan umur sebenar Aishah semasa perkahwinan adalah 14 tahun bukan 6 tahun, seperti membandingkan umur berdasarkan peristiwa tahun perang badar, perang uhud, umur Asma (kakak Aishah), kecelaruan sanad pada Hisyam bin Urwah. Sebab perkara ini tidak diambil pusingpun oleh pihak yang membuat dakwaan Nabi berkahwin dengan budak bawah umur.

ii) Oleh itu saya membuat perbandingan terus dengan keadaan pada masa itu, kerana secara common, orang yang membaca akan akur dengan perbezaan masa dan tempat. Namun jika tak faham juga, tunggu matang fikiranmu atau sampainya hidayah dari Allah. 

iii) Satu lagi, saya amat tidak menyokong sesiapa menyatakan bantahan terhadap penyebaran karikatur tersebut dan pada masa yang sama mengattachkan karikatur tersebut untuk tatapan orang lain, meskipun niatmu murni tetapi tanpa sengaja anda telahpun mempromosikan karikatur tersebut untuk tatapan orang ramai.

iv) Dan lagi satu, kepada sesiapa orang Islam yang merasa tiada apa-apa, tepuklah dada tanyalah iman kita kat mana. 

REFERENCE

[1] https://www.cam.ac.uk/research/news/age-of-puberty-in-girls-influenced-by-which-parent-their-genes-are-inherited-from

[2] https://www.omicsonline.org/open-access/pubertal-developmental-age-among-saudi-and-nonsaudi-young-females-living-in-jeddah-saudiarabia-2161-0665-1000242.php?aid=51564

[3] https://www.thestar.com.my/news/nation/2008/08/26/malaysian-reaching-puberty-younger-says-liow/  

[4]https://www.reddit.com/r/AskHistorians/comments/3pafst/what_was_the_average_marriage_age_for_people/


[6] https://www.quora.com/In-medieval-times-at-what-age-were-girls-and-boys-married


[8] https://discover-the-truth.com/2013/09/14/bible-child-marriage-in-ancient-israelite-times-paedophilia/

Sunday, February 10, 2019

BELI KITAB KAT MAAROD KUTUB (PESTA BUKU ANTARABANGSA KAHERAH)

SENARAI KITAB-KITAB YANG PERLU DIMILIKI OLEH PARA PENUNTUT ILMU SYARIE

( Diimla’kan oleh Al-Allamah Al-Muhadith Dr. Mahmud Sa’id Mamduh As-Syafie atas permintaan para pelajar yang meminta panduan untuk membeli kitab-kitab penting  di Ma’rod Kutub Antarabangsa di Kaherah  )

Kitab-kitab Fiqh Syafie :

1.) Kitab Fathul Qarib : (Syarah matan Abi Syuja’ yg paling penting) karangan Ibn Qasim Al-Ghazzi

- Bersama kitab hasyiahnya : hasyiah Imam baijuri atas Syarah ibn Qasim
- Dan Hasyiah Syeikh nawawi Al-Bantani atas syarah ibn Qasim

2.) Kitab Iqna’ :  syarah kepada Matan Abi Syuja’ karangan  Imam Khotib Syarbini.

- Hasyiah kepada Iqna’ amat paling bernilai : Hasyiah Syeikh Bujairimi ala Iqna’.

3.) Kitab Yaqut Nafis ala Mazhab Ibn Idris:  karangan Sayyid Ahmad Bin Umar As-Syatiri
 
4.) Kitab Minhaj Tolibin : karangan Imam Nawawi dan 4 kitab syarah Minhaj  yang paling penting :

- Tuhfatul Muhtaj : karangan Imam Ibn hajar Haitami bersama hasyiahnya karangan Imam Syarawani dan Imam Ibn Qasim AL-Abadi.

- Nihayatul Muhtaj : Karangan Imam Romli

- Mughni Muhtaj : karangan Imam Khotib Syarbini

- Kanzul Roghibin : karangan Imam Mahalli bersama hasyiahnya karangan Syeikh  Qalyubi dan Syeikh Umairah.

5.) Kitab Fathul Wahhab : syarah Manhaj Tullab karangan Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansori.

6.) Kitab Majmu’ : karangan Imam Nawawi  syarah kepada Muhazzab (karangan Imam Abi Ishaq As-Syirazi ).  Kitab ini amat penting dan wajib  dimiliki oleh semua penuntut ilmu Syarie.

7.) Al-Hawi Al-kabir : karangan Imam Al-Mawardi

Kitab-kitab lain yang berkaitan dengan Fiqh :

1.) Kitab Fawaid Makkiyah Fima Yahtajuhu Tolabah Syafieyah : karangan Sayyid Ahmad bin Alawi As-Saggaf.

2.)  Mukhtasar Fawaid Makkiyah : karangan Sayyid Ahmad Bin Alawi As-Saqqaf tahqiq syeikh Yusuf Al-Mirasyli

3.) Khaza inus Saniyyah Fi Asyhuri Kutub Syafieyah : Karangan Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili ( wajib dimiliki ) 

Kitab-kitab Nahu :

1.) Kitab Mukhtasar Jiddan : Syarah Matan Ajrumiah karangan Syeikhul Islam Sayyid Ahmad Bin Zaini Dahlan.

2.)  Syarah Kafrawi : Syarah matan Ajrumiah karangan Syeikh Hasan Al-Kafrawi.

3.) Syarah matan Qatrun Nada : Tahqiq Syeikh Muhyiddin Abdul Hamid.

4.) Syuzuz Zahab : Tahqiq Syeikh Muhyiddin Abdul Hamid.

5.) Syarah Ibn Aqil ala Matan ALfiyyah Ibn Malik.

6.) Kitab-kitab Nahu karangan Syeikh Muhammad Amin Al-Harari seperti Futuhaat Qayyumiah, Durarul Bahiyyah dll. ( dicetak dan dijual oleh Darul Minhaj )

Kitab-kitab Tafsir :

1.) Tafsir Imam Qurtubi ( kitab Tafsir yang paling penting )
2.) Tafsir Imam Nasafi
3.) Tafsir Imam Khazin
4.) Hasyiah Imam Sowi ala Jalalain.
5.) Tafsir Bahrul Madid ( Tafsir Isyari ) : karangan Imam Ibnu Ajibah Al-Hasani.

Kitab-kitab Mustolah Hadis:

1.) Nuzhatun Nazor : syarah Nukhbatul Fikar karangan Syeikhul Islam Ibn hajar Asqalani, tahqiq Syeikh Nuruddin Itr.

Kitab –kitab Tauhid :

1.) Tuhfatul Murid : Syarah Matan Jauharah Tauhid karangan Imam Baijuri

2.) Syarah Kharidah Bahiyyah : karangan Imam Dardir Al-Maliki, dengan Hasyiahnya karangan Syeikh Bakhit Muti’e.

Kitab-kitab Fatawa :

1.) Fatawa Imam Zakaria Ansori
2.) Fatawa Imam Romli
3.) Fatawa Syeikh Ismail Zain AL-Yamani
4.) Fatawa Al-madaniah : karangan Syeikh Sulaiman Al-Kurdi
5.) Al-Hawi lil Fatawa : Imam Suyuti ( semua karangan Hafiz Suyuti amat penting dan perlu dimiliki )
6.) Fatawa Ibn Hajar Al-Haitami
7.) Fatawa Syeikh Bakhit Al-Muti’e
8.) Fatawa Sayyid Abdullah Bin Siddiq Al-Ghumari
9.) Fatawa Syeikh Yusuf Ad-Dijwi
10.) Fatawa Imam Nawawi himpunan anak murib beliau : Syeikh Ala’uddin Al-Attor ( dijual di Darul Basyair Islamiah )
11.) Fatawa Imam Subki
12.) Fatawa Sayyid Alawi Bin Abbas Al-Maliki

Kitab-kitab Usul Fiqh :

1.) Syarah Matan Waraqat : karangan Imam Juwaini dengan Hasyiahnya Nafahat.

2.) Syarah Luma’ Imam Syirazi

3.) Matan Jam’ul Jawami : karangan Imam Subki ( kitab usul Fiqh yang masyhur dikalangan Ulama Hijaz)

4.) Nihayatul Sul syarah Minhajul Wusul : karangan Imam Isnawi ( kitab usul Fiqh yang masyhur dikalangan Ulama Azhar )

Kitab-Kitab Syarah Hadis :

1.) Kitab Fathul Bari syarah Sohih Bukhori: karangan Imam ibn hajar Asqalani ( Wajib dimiliki )

2.) Kitab Syarah Sohih Muslim : karangan Imam Nawawi, tahqiq @ hasyiah Al-Allamah Syeikh
Muhammad Amin Al-Harari.

3.) Syarah Imam Zurqani ala Muwatto’ Imam Malik.

4.) Subulus Salam : syarah Bulughul Muram karangan Imam Muhammad Bin Ismail As-Son’ani.

5.) Dalilul Falihin : syarah Riyadhus Solihin karangan Syeikh Ibn Allan

6.) Futuhaat Rabbaniyah : Syarah Azkar karangan Syeikh Ibn Allan.

7.) Faidhul Qadir : syarah Jami Soghir karangan Imam Munawi ( wajib dimiliki )

Kitab-kitab sirah & Tobaqat :

1.) Nurul Yaqin : karangan Syeikh Khudari .
2.) Tobaqat Syafieyah : karangan Imam Subki
3.) Tobaqat Sufiah : Karangan Imam Munawi
4.) Al-Kamil Fi Tarikh : Ibn Atsir ( kitab penting )
5.) Siyarul A’lam Nubala’ : Karangan Imam Zahabi tahqiq Syeikh Syua’ib Arnaut.

Kitab-Kitab Tasawwuf :

1.) Syarah Risalah Qusyairiah : karangan Syeikh Zakaria Al-Ansori
2.) Uhud Muhammadiah : karangan Syeikh Abdul Wahhab Sya’rani
3.) Targhib wa Tarhib : karangan Hafiz Al-Munziri
4.) Iqazul Himam : syarah Matan Hikam Ato’iyyah karangan Ibn Ajibah Al-Hasani.
5.) Ihya’ Ulumuddin : Karangan Imam Al-Ghazali  ( wajib dimiliki )
6.) Takhrij Hadis2 Ihya’, karangan Al-Hafiz Iraqi dan Al-Hafiz Murtadha Az-Zabidi.

Kitab-kitab Para Ulama Muasarah :

1.) Kitab- kitab karangan Ulama Hijaz  ( Makkah ) :

- Kitab-kitab Syeikh Yasin Ibn Isa Al-Fadani Al-Hasani
- Kitab-Kitab  Syeikh Ahmad Jabir Jubran ( dicetak dan dijual buat pertama kali oleh Darul Minhaj )
- Kitab-kitab Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al-Maliki Al-Hasani ( kitab-kitab beliau wajib dimilki )
- Kitab- kitab Syeikh Abdullah Sa’id Lahji , khususnya kitab Qawaid Fiqhiyyah karangan beliau yang dicetak buat kali pertama , boleh didapati di Darul Basoir )
- Kitab-kitab Sadah Makkah yang lain seperti : Syeikh Ismail Zain Al-Yamani, syeikh Abdul Qadir Al-mandili, syeikh Ibrahim Al-Fatoni, Syeikh Zakaria Bila, Syeikh Hasan Al-Mahsyat, Sayyid Alawi Al-Maliki dan Masyaikh Makkah lain yg tidak terhitung jumlahnya.

2.) Kitab- kitab karangan Ulama  Maghrib :

- Kitab-kitab karangan Sadah Ghumariah @ Siddiqiah : Sayyid Abdullah, Sayyid Abdul Aziz, Sayyid Abdul Hayy ( Al-Ghumari ), Sayyid Ibrahim.  kitab- kitab Sadah Ghumari amat bernilai dan mencakupi segenap bidang ilmu seperti Ilmu Hadis Tatbiqi, Fiqh dan usul, Aqidah, Tasawwuf dll. ( Banyak dijual di Maktabah Al-Qaherah ). Begitu juga karangan anak anak murid mereka seperti : karangan Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh, Sayyid Abdullah Talidi, Syeikh Farouq Hammadah, Sayyid Nabil Al-Ghamri dll.
- Kitab-kitab karangan Sadah kittaniyin , seperti Sayyid Abdul kabir Al-Kittani, Sayyid Muhammad Bin Ja’afar Al-Kittani, Sayyid Abdul Hay Al-Kittani dll.

3.) Kitab-kitab karangan Sadah Ba’lawi dari Hadhramaut,hijaz dan lain-lain Negara.  Karangan mereka meliputi  kitab-kitab Fiqh Syafie, Nahu, Tasawwuf, Sirah dll. terlalu banyak, tak mampu di senaraikan   (kitab-kitab ini  penting dan wajib dimiliki )

4.) Kitab-kitab karangan Ulama Al- Azhar :

- Karangan Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muti’e
- Karangan Syeikh Yusuf Dijwi
- Karangan Syeikh Zahid Al-kausari ( keseluruhan kitab-kitab beliau dicetak sekaligus sebanyak 10 jilid dan dijual Darul Kutub Ilmiah )
- Karangan Syeikh Salamah Al-Azzami
- Karangan Ulama Azhar yang lain seperti Karangan Syeikh Soleh Ja’fari, Syeikh Hafiz Tijani, Syeikh Muhammad Kholil khotib, Syeikh Judah Al-Mahdi, Syeikh Zaki Ibrahim, Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf, Syeikh halim Mahmud dan Ulama Azhari lain yang tidak terhitung jumlahnya.

5.) Kitab-kitab Syeikh Abdullah Al-Harari ( dijual di Darul Masyari’ )

SILA JAUHI :

1.) Kitab-kitab karangan Wahhabi @ Salafi seperti : karangan syeikh Albani, Syeikh Bin Baz, Syeikh Soleh Uthaimin, syeikh Soleh Fauzan dll kerana karangan mereka akan menimbulkan kekeliruan pada penuntut ilmu , lebih-lebih lagi karangan mereka tidak lebih dari membicarakan isu-isu khilafiah seperti tawassul, ziarah kubur, Maulid dll. Kebanyakan kitab- kitab mereka mengandungi unsur Takfir ( mengkafirkan kaum Muslimin hanya kerana isu khilafiah yg bersifat furu’ ). Kitab-kitab mereka boleh dirujuk sekadar untuk Mukaranah dan untuk mengkaji ideolagi mereka.

2.) Kitab-kitab karangan Syiah Imamiah Rawafidh yang banyak mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap para Sahabat Nabi.

* Para penuntut ilmu juga digalakkan memiliki kitab-kitab rod syubhat wahhabi seperti  kitab Kasyfu sutur fi Ahkamil Qubur  ( kitab penting ) karangan syeikh Mahmud Sa’id Mamduh , karangan Syeikh Abdullah Al-Harari, karangan Sadah Ghumariah dll.

* Nasihat Khas dari Al-Allamah Al-Muhadith Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh buat para penuntut ilmu : “ Penguasaan ilmu itu diperolehi bukan dengan banyak membaca kitab, tetapi dengan menekuni setiap kitab dibaca. Mengkhatamkan sebuah kitab dari kulit ke kulit di hadapan para Masyaikh dengan tekun lebih bermanfaat bagi penuntut ilmu daripada membaca 10 buah kitab tapi tidak faham isi kandungannya .”

- Ada kitab-kitab penting yang tidak disenaraikan diatas kerana senarai ini diimla’kan oleh Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh secara spontan dalam Majlis beliau. Sebarang persoalan dan kekeliruan amat dikesalkan.

- Sebarang kesalahan Fakta dan maklumat dalam senarai ini adalah berpunca dari pencatit yang mencatit senarai ini, sebarang kesalahan diminta agar ditegur.

- Risalah ini bebas disebarkan dan dikhidmatkan  tanpa minta izin dari sesiapa. 

Sekian.

SINGKATAN FIQH DALAM MAZHAB SYAFI'I.

SINGKATAN FIQH DALAM MAZHAB SYAFI'I.
(jumpa forward dalam wazap. semoga penulis dan penyebar diberi pahala berganda oleh Allah SWT)

Ketika membaca kitab fiqh mazhab syafi'i, mungkin sebagian sahabat-sahabat pernah mengalami kesulitan seperti yang pernah kami rasakan, iaitu memahami istilah, judul kitab dan nama ulama yang ditulis dengan singkatan. Dalam kitab i'anah ath-tholibin, misalnya, kita akan mendapatkan beberapa singkatan nama pengarang kitab yang ditulis dengan huruf hija'iyah seperti ع ش, ق ل dan sebagainya.

(salah satu kitab rujukan untuk mengenal rumuz dalam kitab mazhab Shafie ditulis oleh Imam Nawawi)

Di sini kami ingin berkongsi kepada para sahabat beberapa singkatan nama pengarang, nama kitab dan istilah yang sering digunakan dalam kitab fiqih mazhab Syafi'i.

Singkatan Nama Ulama Madzhab Syafi'i

1. خط : محمد الشربيني الخطيب
2. م ر : شمس الدين محمد بن أحمد الرملي
3. حج : شهاب الدين أحمد بن حجر الهيتمي
4. ع ش : علي الشبراملسي
5. سم : شهاب الدين أحمد بن قاسم العبادي
6. زي : علي الزيادي
7. طب : منصور الطبلاوي
8. ح ل : إبراهيم الحلبي
9. ق ل : احمد بن سلامة القليوبي
10. ش ق : عبد الله الشرقاوي

Singkatan Nama Kitab Madzhab Syafi'i

1. المختصر : إسماعيل بن يحيى المزني تلميذ الإمام الشافعي
2. الشرح : الشرح الكبير على متن العزيز للإمام الرافعي
3. الإيضاح : للإمام النووي
4. الشروح : شروح المنهاج الطالبين للنووي
5. المنهاج : منهاج الطالبين للنووي

Laqob (Gelar) Ulama Mazhab Syafi'i

1. الإمام : ضياء الدين أبو المعالي إمام الحرمين عبد المالك بن محمد الجويني
2. الإمامان : إمام الحرمين والرازي
3. الشيخان : الرافعي والنووي
4. الشيوخ : الرافعي والنووي وتقي الدين بن علي بن عبد الكافي السبكي
5. الشيخ : أبو إسحاق إبراهيم بن علي الشيرازي
6. القاضي : أبو علي حسين بن محمد المروزي
7. السبكي : تقي الدين بن علي بن عبد الكافي السبكي, والد عبد الوهاب تاج الدين السبكي
8. العراقي : زين الدين عبد الرحيم بن الحسين العراقي
9. القفال الصغير أو المطلق : القاضي أبو بكر عبد الله بن محمد القفال الصغير المروزي
10. القفال الكبير : القاسم بن محمد بن علي القفال الكبير الشاشي
11. حجة الإسلام : محمد بن محمد بن محمد الغزالي
12. شيخ الإسلام : أبو يحيى زكريا الأنصاري
13. البلقيني : سراج الدين عمر بن رسلان البلقيني
14. الفيروزابادي : مجد الدين محمد بن يعقوب الفيروزابادي الشيرازي

Istilah Kelompok yang Sering Digunakan

1. المتقدمون : من انتمى لأربع من المئين سنة
2. المتأخرون : من انتمى بعد أربع من المئين سنة
3. السلف : من كان لثلاثة القرون
4. الخلف : من كان بعد ثلاثة القرون
5. الأصحاب : المتقدمون أصحاب الوجوه الناقلون من الإمام الشافعي
6. المعتمد : الأظهر من القولين أو الأقوال
7. الأوجه : الأصح من الوجهين أو الوجوه

(Rujukan Kitab Bayan al-Mubhamat)

والله أعلم.